29 Okt 2015

Mempelam Harummanis Tunggu Masa Gugur...

Banyak ‘harum manis’ PAS tunggu masa gugur, kata Amanah Kedah

Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah mendakwa akan ada lebih ramai individu yang dikategorikan sebagai ‘harum manis’ dalam PAS, yang hanya menunggu masa untuk keluar parti itu, lapor akhbar Sinar Harian hari ini.

Pengerusinya Datuk Dr Ismail Salleh berkata, kumpulan itu dilabel sedemikian kerana daripada segi luaran mereka merupakan ahli PAS, namun di dalam hati, mereka lebih cenderung kepada Amanah.


“Ibarat buah mempelam yang harum manis, kulit luarnya hijau, isinya oren. Inilah istilah tepat yang ditujukan kepada kumpulan ini.

"Walaupun masih bergelar ahli PAS, mereka secara senyap menyokong Amanah tetapi belum bersedia meninggalkan PAS,” katanya sambil menambah, golongan harum manis ini juga dipercayai wujud di kalangan wakil rakyat parti Islam itu di Kedah.

Selain itu, Ismail dilaporkan berkata, ‘harum manis’ ini bukan saja di Kedah tetapi wujud di setiap negeri dan jumlahnya ramai.

“Mereka akan sertai Amanah dalam masa terdekat, tunggu masa sesuai. Malah, sudah ada yang berani sertai program secara terang-terangan.

“Golongan muda antara paling ramai menunjukkan minat. Kemungkinan wakil rakyat pun ada tunjuk kecenderungan,” katanya dipetik berkata kepada akhbar itu.

Ismail berkata, golongan terbabit terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan latar belakang, serta peringkat, sama ada ahli biasa atau berjawatan.

Sinar Harian melaporkan beliau berkata, antara kekangan yang menghalang ahli PAS meninggalkan parti Islam itu ialah kenyataan dibuat pimpinan tertinggi parti, termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang berunsurkan ugutan atau mengelirukan.

“PAS cuba menakut-nakutkan ahlinya dengan ancaman ‘kafir’ jika keluar parti, selain kenyataan yang menyebabkan ahlinya keliru atau terikat untuk berhijrah.

"Mereka yang bercadang untuk berhijrah, akhirnya terpaksa tunggu dan lihat, bagi tempoh tertentu, agar suasana lebih harmoni,” katanya dipetik sebagai berkata.

Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan, pertembungan antara PAS dan parti serpihannya, Amanah, memasuki era perang proksi dan psikologi apabila sebahagian pemimpin dan ahli PAS yang pro Amanah terus kekal dalam parti Islam itu.

Ketika menjelaskan siapa mereka, maka lahirlah pelbagai label atau bayangan bagi menggambarkan kumpulan mereka masing-masing, seperti harum manis, kelapa muda, kelapa tua dan sebagainya.

Ahli Parlimen Pokok Sena daripada PAS, Datuk Mahfuz Omar misalnya, mengakui beliau seorang ‘harum manis’ apabila rakan-rakannya dalam Amanah bertanya apakah pendirian sebenar beliau. -TMI

12 ulasan:

  1. Kita tunggu siapa yg gugur.....

    BalasPadam


  2. Kenyataan yang dibuat Hj Hadi memang berupa ugutan dan mengelirukan tetapi adakah Hj Hadi masih di hormati oleh ahli-ahli PAS ??

    Singkap lah satu persatu tindakan Hj Hadi dan kata-kata Hj Hadi. Melainkan ahli-ahli berpendapat lebih baik PAS bersama dengan UMNO.

    Tunggulah nanti, perubahan sikap dan gaya hidup pemimpin PAS setelah duduk dalam satu bas dengan UMNO.

    Lebih cepat tinggalkan Hj Hadi lagi baik kerana Hj Hadi bukan nak bawa ahli untuk mendapat kesenangan dan UMNO pula cuma nak kan parti bukan ahli.


    BalasPadam
  3. kelapa tua sudah tentu akan gugur,kelapa muda gugur kalau tempat itu banyak beruk2 makyeh..

    BalasPadam
  4. Pas tidak akan bekerjasama dengan BN dalam PRU 14. Pas akan bersendirian menghadapi PRU 14, dan tidak akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan dalam konteks meletakkan calon. Ini bermaknan akan berlaku pertembungan tiga penjuru antara BN, Pas dan Pakatan Harapan. Pertembungan tiga penjuru akan memungkinkan BN mudah memenangi kebanyakan dun yang parlimen. Langkah bersendirian Pas ini pastinya telah dicatur dengan rapi dan "dimastermainkan" oleh Umno.

    BN hanya akan mempelawa Pas untuk menyertainya bergantung keputusan PRU 14. Andaian pertama, jika BN telah memenangi 2/3 majoriti parlimen, Pas tidak akan diundang sebagai komponen BN. Andaian kedua, jika BN menang dengan majoriti mudah, dan dengan kemasukan Pas, BN mendapat 2/3 majoriti, makan Pas akan menjadi anak emas BN. Andaian ketiga, jika BN tewas dengan majoriti kecil dan dengan kemasukan Pas, BN kembali berkuasa, pasti dijemput dengan bentangan permaidani merah. Andaian keempat, jika BN tewas dan kemasukan Pas tidak membawa apa-apa makna yang signifikan, maka Pas kekal bersendirian.

    Jika keputusan PRU 14 selari dengan andaian pertama atau kedua, maka Pas akan menjadi komponen BN. Pimpinan tertinggi Pas yang memenangi kerusi parlimen dan dun akan dilantik menjadi menteri, timbalan menteri, menteri besar atau exco. Jika Presiden Pas dan pimpinan tertinggi Pas kalah dalam PRU 14, mereka akan dilantik menjadi senator yang membolehkan mereka menjadi menteri kabinet.

    Dalam situasi Pas sudah pandai bermain politik, Azmin sahaja yang tidak dapat membaca kelicikan parti ini memanipulasi kerajaan Selangor. Sudah terang-terangan Hadi Awang membuat kenyataan tidak akan menyertai Pakatan Harapan, Azmin selaku Menteri Besar Selangor masih mahu mengekalkan kerjasama dengan Pas. Tindak-tanduk Azmin ini akan menyebabkan Pakatan Harapan tidak mampu membina kekuatan menjelang PRU 14. Parti Amanah Negara paling terkesan jika Pakatan Harapan tidak dijelmakan di Selangor. Selagi kerajaan Pakatan tidak ditubuhkan, selagi itulah dilihat Azmin seakan-akan ingin menyerahkan Selangor kembali kepangkuan BN. Azmin Ali, kamu ini bagaimana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin Azmin bsekongkol dgn PAS atau UMNO utk lemahkan PH?

      Padam



  5. Pemimpin yg KORUP...Bermain FITNAH
    Bermain FITNAH...Kerana RASUAH
    Berong BENGKOK...Tiada AMANAH
    Berputar Ber BELIT...Mencari HELAH


    Pemimpin yg KORUP...Jelas Ber DUSTA
    Kerana Ber JUTA...Di Songlap "RAHSIA"
    "RAHSIA" Songlap nya...Takut Ter BUKA
    AMANAH yg Di Beri...Sengaja Di NODA


    Pemimpin yg KORUP...Ter "Cekik" RASUAH
    Sanggup Mem FITNAH...PONTENG & Auta
    Takdir-NYA Integrity-AMANAH Memerintah
    Pekong dan BANGKAI...Semua nya Ter BUKA


    Takut kan Pekong...Bangkai Ter BUKA
    Insan yg AMANAH...Ter Sangat di MUSUHI
    Rakyat Di KELIRU...Ter Tipu Ter ANIAYA
    Agar Pekong-Bangkai Selamat Di SEMBUNYI


    Pemimpin yg KORUP...U-Turn & FITNAH
    Sanggup Ber PAUT...Pada Se 'SUMPAH'
    Ber Million-BILLION...Serakah-RASUAH
    ZALIM Mentekedarah...Keringat UMMAH


    ZALIM Mentekedarah...Keringat & DARAH
    Tiada SIMPATI...Belas KASEHAN
    Kaseh dan SAYANG...Anugerah ALLAH
    Musnah Di BAKAR...Menjadi IGAUAN








    BalasPadam



  6. Pemimpin yg KORUP...Bermain FITNAH
    Bermain FITNAH...Kerana RASUAH
    Berong BENGKOK...Tiada AMANAH
    Berputar Ber BELIT...Mencari HELAH


    Pemimpin yg KORUP...Jelas Ber DUSTA
    Kerana Ber JUTA...Di Songlap "RAHSIA"
    "RAHSIA" Songlap nya...Takut Ter BUKA
    AMANAH yg Di Beri...Sengaja Di NODA


    Pemimpin yg KORUP...Ter "Cekik" RASUAH
    Sanggup Mem FITNAH...PONTENG & Auta
    Takdir-NYA Integrity-AMANAH Memerintah
    Pekong dan BANGKAI...Semua nya Ter BUKA


    Takut kan Pekong...Bangkai Ter BUKA
    Insan yg AMANAH...Ter Sangat di MUSUHI
    Rakyat Di KELIRU...Ter Tipu Ter ANIAYA
    Agar Pekong-Bangkai Selamat Di SEMBUNYI


    Pemimpin yg KORUP...U-Turn & FITNAH
    Sanggup Ber PAUT...Pada Se 'SUMPAH'
    Ber Million-BILLION...Serakah-RASUAH
    ZALIM Mentekedarah...Keringat UMMAH


    ZALIM Mentekedarah...Keringat & DARAH
    Tiada SIMPATI...Belas KASEHAN
    Kaseh dan SAYANG...Anugerah ALLAH
    Musnah Di BAKAR...Menjadi IGAUAN








    BalasPadam
  7. saya setuju dgn andaian Dr. Paridul. saya merasakan Pas tidak akan bekerjasama dgn umno pada Pru14 ini kerana apabila mereka bekerjasama secara langsung, ahli2 Pas akan hilang kepercayaan pada Pas. Pas akan hilang sokongan daripada ahlinya. Pas akan berpakat dgn umno BN secara sembunyi-sembunyi. tujuan mereka hanya ingin memecah undi dan menggagalkan perancangan pakatan harapan. Apakah habuannya... itu hanya akan dpt diketahui bila tiba masanya. Yang pasti, Pas semakin mesra dgn umno juga berlembut dgn umno. tapi bukan nak berdakwah pada umno. golongan2 opportunist ingin meraih habuan kesenangan yg bakal diberi oleh umno jika misi mereka berjaya. iaitu membantu umno BN mengekalkan kuasa juga melemahkan Pas dari dalam.

    BalasPadam
  8. Adaian saya nampak macam pas sedang berpakat sembunyi sembunyi dgn umno ..wallahuaklam..

    BalasPadam
  9. Encik Tanpa Nama 12:19 PTG. Yang tak gugur ialah Aji Adi kerana ia bukan mempelam. Ia adalah kepok leko yang digoreng semalam...kocut!!!

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.