17 Okt 2015

Perbicaraan Kemalangan Myvi-Pajero: Berlanggar Secara Bergeser

Ahli kimia dakwa Myvi kuning, Pajero berlanggar secara bergeser

Mahkamah Trafik Kuala Lumpur diberitahu kemalangan tragis di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) yang meragut nyawa 3 beranak, Mei lepas berlaku melalui pergeseran antara Myvi kuning dipandu tertuduh dan Pajero mangsa.

Ahli Kimia Jabatan Kimia Malaysia, Mohd Amin Husna Nik Alli@Zulkifli berkata pelanggaran itu membabitkan sisi kanan Pajero dan sisi kiri Myvi kuning.



"Cara pelanggaran yang saya maksudkan (dalam gambar rajah yang ditunjukkan pada mahkamah) ialah sisi kanan Pajero di bahagian tengah dan sisi kiri bahagian hadapan Myvi kuning berlanggar secara sebelah-menyebelah atau bergeser," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim.

Beliau berkata demikian pada perbicaraan 2 pemandu Myvi, Siti Noor Aini Mohd Said, 36, dan Mohammad Fizal Reza Jamauddin, 31, yang didakwa memandu secara berbahaya kepada orang awam dan menyebabkan kematian Fairuz Nizam Husain, 35, dan isterinya Nova Safitri Azhari, 27, serta bayi mereka, Nur Firuza Annisa, 6 bulan.

Siti Noor Aini dan Mohammad Fizal Reza didakwa melakukan kesalahan itu di Km6 Lebuhraya DUKE dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta antara 12.31 tengah malam hingga 12.35 tengah malam pada 2 Mei lepas.

Mohd Amin Husna merupakan saksi kelima yang dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang masuk hari ke-6, hari ini.

Beliau yang berkhidmat selama 12 tahun di jabatan itu bertanggungjawab menyiasat tragedi berkenaan dan membuat laporan serta lakaran gambar rajah awal kemalangan yang berlaku.

Beliau memberitahu, laporan yang disiapkan itu diserahkan kepada pegawai penyiasat kes pada 20 Mei lalu.

Terdahulu kepada soalan Suhaimi mengenai adakah beliau boleh menentukan pelanggaran manakah yang berlaku terlebih dahulu, Amin Husna berkata tidak boleh.

"Berdasarkan pemeriksaan, saya tidak dapat menentukan antara kedua-dua pelanggaran ini, yang mana satu berlaku terlebih dahulu," katanya.

Saksi itu berkata kebiasaannya beliau menentukan pelanggaran pertama berdasarkan pemeriksaan dan pemerhatian kepada kesan kerosakan (pada kenderaan) seperti kesan geseran dan kesan impak paling kuat yang biasanya menunjukkan kesan pelanggaran pertama.

Pada perbicaraan hari ini Mohammad Fizal Reza diwakili peguam S N Seelan manakala Siti Noor Aini diwakili peguam Omar Bakhi Ahmad.

Peguam pemerhati C Leo Camoens turut hadir mewakili keluarga mangsa.

Perbicaraan di hadapan Majistret Zilfinaz Abbas bersambung pada 7 Disember. – Bernama



IMBAS KEMBALI


Berang kecuaian pemandu Myvi

Kemalangan yang meragut nyawa sepasang suami isteri dan bayi mereka berusia enam bulan di Lebuhraya Duke awal pagi Sabtu lalu, mendapat perhatian rakyat Malaysia.

Mereka ialah Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa.

Fairuz Nizam yang memandu kenderaan Pajero maut di tempat nahas manakala isteri dan anaknya meninggal di Hospital Kuala Lumpur.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan S Markandan berkata, kejadian pada jam 1.05 pagi di laluan dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta.

Beliau berkata kemalangan berlaku apabila Pajero itu yang berada di lorong tengah dipercayai digesel dari sebelah kanan oleh sebuah kereta Myvi.

“Akibat pelanggaran itu, kereta mangsa terbabas di sebelah kiri sebelum dilanggar sebuah lagi kereta Myvi yang berada di lorong kiri.

“Kenderaan mangsa berpusing beberapa kali dan menyebabkan mereka tercampak di atas jalan,” katanya.

Sebagai tanda simpati, ramai yang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan menyuarakan perasaan sedih di laman sosial.

Tidak kurang juga marah dengan kecuaian pemandu Myvi dipandu secara melulu sebelum merempuh kenderaan dipandu Allahyarham Fairuz Nizam.

Kedua-dua pemandu kereta Myvi itu, seorang daripada mereka seorang wanita berumur 35 tahun, cedera ringan manakala seorang lagi pemandu lelaki berumur 31 tidak cedera.

Laman Facebook dipenuhi spekulasi bahawa kejadian itu berpunca daripada enam kereta Myvi yang sedang berlumba sekitar jam 1 pagi.

Malah akaun Facebook Familia Myvi Club diserang dengan kritikan daripada pengguna laman sosial itu yang berang dengan perbuatan ahli kelab tersebut.

Pemilik akaun dengan nama Faizul Rahimi dalam komennya berkata, kelab tersebut perlu dipersalahkan atas kejadian itu.

“Kalau sebuah saja yang berlumba, salah individu. Tapi kalau dah sampai beberapa buah kereta dari kelab ini terlibat, terpaksalah tuding jari dekat kelab ini.

“Yang berlumba kau orang serah dekat polis. Minta maaf secara terbuka dan bubar terus lagi elok,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna dipercayai ahli keluarga mangsa, Azeera Rahmat berkata, kejadian tersebut telah menyebabkan dua orang lagi anak pasangan itu menjadi yatim piatu.

“Kau orang telah menyebabkan anak buah aku jadi yatim piatu,” katanya.

Rata-rata komen juga mendesak agar Familia Myvi Club menasihatkan ahli mereka yang terlibat dalam kemalangan itu agar menyerah diri kepada polis.

“Minta presiden serah semua suspek. Semoga kelab ini bertanggungjawab dengan apa yang menimpa keluarga ini,” tulis pengguna dengan nama Nizam Giler-Giler Rider.

Terdapat juga akaun Facebook yang baharu diwujudkan bernama Familia MurderMyvi Club–FMC tanda kemarahan kepada pemandu Myvi terlibat.

Setakat jam 7 petang semalam, laman tersebut mendapat 1,135 like. -SH


Gambar Kemalangan Maut Myvi Langgar Pajero 2 Mei 2015

Insiden lumba haram melibatkan enam buah Myvi pada awal pagi Sabtu 2 mei 2015 di Lebuhraya Duke arah Damansara dan melanggar kereta jenis SUV Pajero Sport telah menyebabkan satu keluarga maut. Menurut saksi, satu pasangan (Suami dan Isteri) dan anak beliau (bayi berusia 6 bulan) meninggal dunia.

Difahamkan, kemalangan maut yang berlaku pada jam 12.30 pagi berpunca dari 6 buah Perodua Myvi yang berlumba sesama mereka dan salah satu daripada Myvi tersebut terbabas lalu melanggar sebuah Pajero Sport menyebabkan Pajero itu terbalik manakala penumpang tercampak keluar. Untuk info, kesemua pelumba Myvi tersebut adalah daripada anggota Familia Myvi Club (FMC).



Gambar Kemalangan Maut Myvi Langgar Pajero 2 Mei 2015



Gambar Keluarga Mangsa (Pajero Sports) Maut Dilanggar Myvi 2 Mei 2015

Mangsa Fairuz Nizam (Suami) dan Novasafitri (Isteri) dan seorang bayi berusia 6 bulan maut dalam insiden nahas lumba haram Myvi langgar Pajero Sport. Mangsa turut meninggalkan lagi 2 orang anak yang tidak turut sama dalam kejadian tersebut.



Yatim Piatu


Turut terkorban


Ucapan Takziah Menerusi Laman Sosial



Kelab Myvi Familia Club Dikecam Hebat Dilaman Sosial

Susulan lumba haram yang disertai oleh 6 buah Myvi dari Familia Myvi Club yang menyebabkan satu keluarga yang menaiki Pajero Sport maut, kelab tersebut kini dikecam hebat dilaman sosial.



Gambar Suspek Pemandu Myvi FC123 Langgar Kereta Pajero

Foto Suspek Fizal Reza, pemandu Myvi dengan nombor ahli FC123 yang melanggar sebuah Pajero Sport hingga menyebabkan satu keluarga terbunuh.



Luahan Isteri Suspek Langgar Pajero Sport Dilaman Sosial

Luahan isteri Suspek Fizal Reza pemandu Myvi FC123 yang terlibat melanggar kereta Pajero Sport.



Video Kemalangan Maut Lumba Haram Myvi 2 Mei 2015



-melvister.com


4 ulasan:



  1. Jalan kan siasatan betul-betul. Pihak Polis jangan tunjuk sangat begitu susah hendak menentukan bagaimana pelanggaran berlaku dan teragak-agak. Jangan setakat menentukan berdasarkan pemeriksaan dan pemerhatian kepada kerosakan seperti geseran dan impak sahaja.

    Jika perlu dapat kan pandangan pakar dari luar, kerana kes ini juga mendapat perhatian dari pemandu-pemandu lain yang gemar berlumba tanpa memikirkan keselamatan orang lain.

    BalasPadam
  2. Walaupun aku xkenal org yg eksiden ni tp menitis air mata ku mbaca kisahnye dan anak nya yg menjadi yatim piatu kerana "lumba Haram " myvi club

    BalasPadam
  3. JANGANLAH BUAT MEMANDAI JUDGE ORANG BEGITU SHJ. JUST LET LAWYER AND JUDGE MAKE DECISION AND INVESTIGATION. WE ARE NOT LAWYER, JUDGE MAHUPUN POLIS NAK JUDGE ORANG BEGITU SHJ. LET THE EXPERT DO THE JOBS DAN MEMADAI KITA UCAPKAN TAKZIAH SHJ. AFTER KEPUTUSAN MAHKAHMAH DIKELUARKAN NAK KATAKAN APAPUN IS OK DAH. TAKZIAH I UCAPKAN KPD KELUARGA MANGSA AND LEASSON HERE BERHATI-HATI DI JLN RAYA.

    BalasPadam
  4. amboi.. tanpa nama yg tulis huruf besar bukan main dok bgtau jgn judge, ikut suka org lah nk judge ke tidak, awak ni ahli keluarga pelumba yg menyebabkan kematian keluarga pajero tu ke yg terasa sgt, dah terbentang pelumba tu punca masalah, bukan masalah kecik, masalah besar sampai anak mangsa jadi yatim piatu. Tak mau salahkan lagi pelumba tu???

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.