25 Okt 2015

TMB Kelantan Tidak Bercakap Benar - Husam

Saya membaca respon Kerajaan Kelantan terhadap isu tunggakan caruman guru-guru YIK, Sinar Harian, beberapa hari lalu.

TMB dilaporkan berkata : 'Memang ada potongan tertunggak tetapi tidak terlalu banyak seperti didakwa....'

Saya mendakwa jumlah tunggakan caruman itu adalah RM 14.6 juta.

Jika angka itu salah, berapa jumlahnya?
Saya mempertahankan ketepatan angka ini - RM 14.6 juta.

Saya juga terbaca isi kandungan ucapan seorang Exco Kelantan di Kota Raja yang menyebut tunggakan ini wujud sejak waktu saya menjadi Exco lagi.



Bagi tujuan kebenaran, saya petik semula data-data dari buku mesyuarat di mana YB TMB sendiri mempengerusikannya pada 12 Oktober 2015 seperti di bawah.

Laporan Tunggakan Potongan Gaji YIK Sehingga 30 September 2015

A) Institusi Kewangan/Bank
1. Biro Angkasa RM 159,873.62
(Tertunggak sejak 8/2015)

2. Bank Islam RM 32,353.41
(Tertunggak sejak 8/2015)

3. Bank Rakyat RM 435,426.62
(Tertunggak sejak 8/15)

4. Public Bank RM 382,134.00
(Tertunggak sejak 7/15)

5. Perumahan Perbendaharaan RM 1,357,150.40
(Tertunggak Sejak 2014)

6. Tabung Haji RM 600,956.00
(Tertunggak Sejak Feb 2015)

7. Etiqa Insurance RM 4,075.08
(Tertunggak Sejak Ogos 2015)

8) Takaful RM 42, 806.12
(Tertunggak Sejak Ogos 2015)

9) KWAP RM 3,876,557.75
(Tertunggak sejak Mac 2015)

10) KWSP RM 166, 273.00
(Tertunggak sejak September 2015)

Jumlah Tunggakan A: RM 7,077,620.00

B) Koperasi-Koperasi

1) Koperasi Maik Rm 4,469,588.00
(Tertunggak sejak Jun 2014)

2) Koperasi YIK RM 2,292,451.70
(Tertunggak sejak Jun 2014)

3) Koperasi Tarbiah Kelantan RM 697,908.36
(Tertunggak sejak Jun 2014)

4) Koperasi MGU RM 15,021.47
(Tertunggak sejak Mei 2015)

5) Koperasi Pegawai Melayu RM 3,805.00

Jumlah Tunggakan B : RM 7,478,874.53

C) Lain-Lain Potongan

1) Pinjaman Komputer RM 624.00
(Tertunggak Sejak Jun 2015)

2) Pinjaman Kenderaan RM 22,239.00
(Tertunggak Sejak Mei 2015)

3) Pinjaman YAKIN RM 46,200.00
(Tertunggak sejak Mei 2015)

4) JPA RM 3,469.00
(Tertunggak sejak Ogos 2015)

5) Zakat MAIK RM 15,007.11
(Tertunggak sejak Ogos 2015)

6) Pelbagai Potongan RM 6,788.00
(Tertunggak sejak Ogos 2015)

Jumlah Tunggakan C : RM 67,962.11

Jumlah Besar Tunggakan A+B+C: RM 14, 650,821.64 (14.650 juta)

Saya berharap Exco yang berucap di Kota Raja sudi menatap angka-angka ini. Supaya tidak dikata orang, bagaimana se orang berpendidikan Islam boleh bercakap bohong?

Membaca angka-angka berkaitan hal ehwal pentadbiran juga satu ibadah. Bercakap benar juga satu ibadah dan amat dituntut oleh Islam.

Janganlah kerana bencikan Husam, maruah sendiri tergadai.
Saya bangkitkan isu ini kerana ia sudah berlarutan.
Permintaan pihak berkaitan untuk menemui pemimpin dan pegawai tinggi di Kota Darulnaim tidak dilayan.
Pelbagai kerumitan pencarum/peminjam makin parah.
Tunggakan makin hari makin besar.
61 orang guru ini telah pun bersara tetapi gagal menikmati kemudahan atas caruman mereka kerana tunggakan itu. (Saya belum menyentuh terhadnya jawatan tetap dan berpencen yang menyebabkan kebajikan guru tidak dapat dipenuhi).

Pada masa sama, Kota Darulnaim ada pula wang untuk 'berjoli'.
Pada hal Islam mengajar, apa yang wajib perlu diutamakan.

Berbalik pada ucapan Exco berkenaan di Kota Raja:

1. Isu Pembalakan Haram di Ulu Sat. Realiti wujudnya pembalakan haram tidak disentuh.
2. Isu KPK. Konsensi diberi kepada syarikat lain di bawah pasaran tidak disentuh. Isu pekerja diberi VSS tidak disentuh. Isu ke mana wang dari kawasan seluas 20,000 ekar tidak disentuh.
3. Lawatan ke Padang. Indonesia. Beliau kena ikut melawat untuk menjimatkan perbelanjaan. Apa pula halnya dengan Speaker ikut sama? Dan tiap YB membawa isteri masing-masing.

Selekeh itu alasannya? Kalau dah rapat, di talipon saja tidak memadai?
Jelaskan dulu tunggakan yang menyebabkan guru dihimpit masalah, termasuk kehilangan dividen dan gagal mengeluarkan simpanan, tentunya dari segi hukum lebih aula dari menghabiskan wang untuk tambang kapal terbang kerana dapat makan nasi free di Padang.

Husam Musa
10 Muharram 1437H/23 Oktober 2015

Nota: Mesyuarat penuh Lembaga Yik pada 22 Oktober 2015 yang dipengerusikan oleh MB sekali lagi menatap angka yang saya petik di atas.

21 ulasan:

  1. Kerajaan kelantan sekarang adalah kerajaan haprak dan merupakan kerajaan negeri paling teruk di malaysia..pemimpin2 nya tak faham pentadbiran dan tak faham ekonomi..nasib baik kerajaan pusat sekat royalti minyak kalau tidak tak tahulah nk jadi apa..kalau dpat royalti alamat berjoli katak lah diorang...tengok terengganu sewaktu dpt royalti dulu,negeri terus melingkup.

    BalasPadam
  2. Tidak bercakap benar = MENIPU..
    MENIPU= sifat org munafik dan berDOSA
    Tak kan ULAMAK MENIPU... nak percaya.. ke tak nak....
    Pening..2

    TAPI KALAU LIHAT TUANG SIDANG PARLIMEN... PONTENG... makna tidak beretika..... ulamak tidak beretika..
    Pening.. 3X


    TAK TAHU NAK PILIH SIAPA DLM PRU14....

    BalasPadam
  3. Kan dah semakin jelas yang ostad-ostad dan ularmak PAS memang membohong lagi berbelit-belit lidah. Harap orang Melayu janganlah senang terpersona dengan geng-geng ostad. Cerdik tidak, buat kerja tidak, dah tak reti kerja, khianat pulak dengan rakyat dan pengundi konon demi Islam dan Melayu. Sebenarnya semua sebab saku jawatan dan kuasa.

    BalasPadam
  4. Sejak pemergian tgna semua ularmak nak jd bos..sbb blh hidup glamor naik kereta mewah rumah mewah joli sakan..dulu segan kat tgna..ltp sayang memerintah tak reti..hancuss..

    BalasPadam
  5. Dah mcm kerajaan umno je..

    BalasPadam
  6. Kerajaan PAS yg memerintah Kelantan sekarang ni macam kera dapat bunga...x tau nak mmtadbir sebaliknya merosakkn yg ada, kalau bagi royalti minyak lagi lah teruk, lagi cepat UMNO mmerintah kelantan..

    BalasPadam
  7. Kalau pemimpin PAS dah berani cakap bohong, apalagi bagi penyokong2nya lebih lagi bohongnya. Syabas kepada Dato Husam kerana mendedahkan "belang sebenar" pemimpin PAS Kelantan. Jika pemimpin tidak amanah maka kerajaan tidak berkat.

    BalasPadam
  8. yang salah bukannya pas .... yang salah adalah pemimpin-pemimpin pas di kelantan itu ...... tak sadar diri ....!!!!!!

    BalasPadam
  9. Kalau begini keadaannya > MB, TMB dan exco tak pandai mentadbir. Hanya layak menjadi Iman Masjid, baca tahlil dan doa selamat sahaja lah yg AMAT SESUAI

    BalasPadam
  10. Biarkan lah mereka husam...ahli PAS seumur hidup..bru jadi TMB tu..

    BalasPadam
  11. Xboleh ke di tindakan mahkamah terhadap penipuan dan penyelewengan kat kelantan.lapor sprm atau mana2 pihak bertanggungjawab utk tindakan keatas kerajaan negeri kelantan

    BalasPadam
  12. Memang mcm kera dpt bunga..dah pandai berbohong pulak tu... Kat mana yang islamnya...ceramah berdegar-degar

    BalasPadam
  13. Sekiranya mengajak semua rakyat Kelantan menolak nampak mustahil, Cara alternatif ialah 1 1\2 tahun je lagi kita kena naikkan kembali Husam dan Kak Lah menerajui Pas Kelantan.. Gerakan kena bermula dari sekarang

    BalasPadam
  14. Membangun bersama Islam
    Membalak bersama ularmak
    Melingkup bersama pas

    presideng jual nama Syeikh konon Ketua tu ada mengutus surat mengharamkan penubuhan Parti Amanah Negara. Jika benar, sila tunjukkan surat tersebut. Padahal dlm bukun Fiqh Daulah ada menyatakan bhw parti2 Islam seperti mazhab2. walaupun banyak tapi satu matlamat.

    Menteri besar pula mungkir janji. konon nak letak jawatan sekiranya hudud gagal dilaksanakan. sekrg dah kluk klek kata dah buat yg terbaik wlpn tak failkan hudud dlm sidang parlimen skrg. jadi tak akan letak jawatang.

    timbalan menteri besar pula menipu kes YIK. YB Husam berhujah dgn fakta, dia berhujah dgn auta air liur saja.

    sy masih ingat bila DAP menyatakan kesediaan utk membantu penduduk kg pasir tumboh utk membina semula masjid kg tsb, si amar ni tetiba je kata kerajaan negeri tlh sediakan peruntukkan. jadi saya nak tanya: MASJID TU DAH SIAP KE BELUM?

    ini tidak termasuk kes2 saman yg terpaksa ditanggung oleh kerajaan negeri kerana bodoh sombong bongkak dgn slogan AKU KALAU ADA KUASA AKU PECAT!!! sy tunggu keputusan sama sykt kontraktor dr korea dlm kes lebuhraya... rm230juta... weiii

    BalasPadam
  15. Sebenar aku ni malas fikir pasal pas kelantan ni.. kalau pas tak join umno... sendirian.. sah2 kerajaan kelantan jatuh ketangan umno... yg aku lagi pening dgn sikap husam..apa yang di tunggu kat pas tu..kalau org kat malaysia ni hormat tgna 100%. Org hormat kat husam 95%.. masaalah bila husam melafazkan janji akan mati dlm pas. Bila dia lafazkan begini.. org akan hormat pendirian dia.. masaalah walau pun org hormat dia.. tp lepas ni org tak pandang dia...sedang tgna cakap husam bukan utk kelantan...tp untk malaysia...tp lafaz dia akan menýusahkan dia sendiri...aku mengharap dia masuk amanah.. dan amanah dpt memerintah kelantan...

    BalasPadam
  16. mamat namo nasaruddin daud ni meme stupid
    kecek kat ceramoh gegar gegar tapi nothing
    kalu kito tok panda merintoh negeri ngaku laa...
    ni dok konar kokre
    baso kakah bodo

    BalasPadam
  17. DAH SAMPAI JELAS DAN BERSULUH MENAMPAKKAN LAGI KEBODOHAAN ULAMA PAS APABILA HILANG SEMUA GOLONGAN PROFESIONAL DALAM PAS. NAK SELESAIKAN MASALAH PERLUKAN GOLONGAN PROFESIONAL YG EXPERT DALAM BIDANG AKAUNTAN. DAH SEMUA GOLONGAN PROFESIONAL U DAH HALAU KELUAR, SIAPALAH YG NAK URUSKAN MASALAH KEWANGAN NEGERI. MASALAH PEMBALAKKAN HARAM PUN PERLU GOLONGAN PROFESIONAL IAITU POLIS DAN PEGAWAI SPRM BARU DPT JEJAK PENJENAYAH SAMPAI KE LUBANG CACING. DAH POLIS YG SEBAHAGIAN DARI GOLONGAN PROFESIONAL U DAH HALAU, YG BOLEH PAS DIAMKAN DIRI SHJLAH.

    BalasPadam
  18. Ulamak yang soleh ada berkata ' sekali seorang itu bercakap bohong, bau busuk akan keluar daripadanya da malaikat akan menjauhkan diri dari orang tersebut'
    Jadi tak heranlah kalau bercakap bohong ni dah jadi trend sebahagian ahli politik kerana malaikat yang tugasnya membawa ilham baik dah tak bersama mereka. Bila malaikat mengundur diri syaitan akan ambil alih tugas dan ahli politik itu terus mengarut. Taubat adalah penawarnya.

    BalasPadam
  19. Yesssss...berjaya juga akhirnya memperdayakan mb n tmb serta exco kelantan ni...tabur duit sikit...keta mewah sikit....habis kelabu mata....hari ni kau aniaya rakyat...tunggulah balasan dari Nya...syabas blog admin n terlebih syabastuan husam sbb brani kerana benar...yessss...berjaya juga indoktrinasi umno kpd pas ni....yg bawah tu dok huluq pitih jahhhh....

    BalasPadam


  20. Buat susah-susah lapur pada SPRM dan Polis. Balik-balik sedang siasat. Pemimpin PAS dah kena cucuk hidung. Untuk menyelamatkan diri, pemimpin PAS ini pertahankan Najib. Tak lain tak bukan untuk menyelamatkan diri dari salah-guna kuasa membalak dan tunggakkan caruman YIK.

    Muhyiddin lebih baik dari pemimpin PAS kerana berpegang pada 'berani kerana benar'.

    PAS sudah lemah kerana sikap tamak pemimpin nya dan untuk menyelamatkan diri mereka sendiri, mereka telah mengadaikan perjuangan PAS kepada UMNO.

    Kumpulan Harumanis perlu bertindak bersama-sama dan menonjolkan diri secara berkumpulan dengan lebih kerap sehingga Hj Hadi mengeluarkan kenyataan seperti mana Hj Hadi telah katakan terhadap pemimpin Amanah.

    Semuga Allah memberi Kekuatan Nya kepada Husam, Mahfuz dan rakan-rakan yang lain demi keutuhan Kebenaran itu sendiri.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.