10 Okt 2015

[BERGAMBAR] Ribuan Hadiri Program Jelajah Pakatan Harapan Di Kulai

Pakatan Harapan gegar Johor dengan ‘Optimus Prime’ malam ini

Optimus Prime, watak robot dalam filem terkenal Transformer menjadi nama pilihan treler panjang milik Pakatan Harapan yang dijangka tiba di Johor, malam ini.

Menjadikan Kulai dan Skudai sebagai lokasi pertama, ia merupakan langkah awal promosi Pakatan Harapan selepas dilancarkan baru-baru ini, hasil gabungan 3 parti pembangkang iaitu PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).



Amanah mengambil tempat PAS selepas parti Islam itu tidak mahu menyertai Pakatan Harapan kerana dikatakan disertai musuh dan pengkhianatnya iaitu DAP dan parti serpihan itu.

Di Kulai pada malam ini, 3 pemimpin utama Pakatan Harapan, Presiden PKR dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Presiden Amanah Mohamad Sabu hadir memberikan ucapan.

Selepas itu, bersama-sama Optimus Prime, mereka akan melakukan program jelajah ke seluruh negara.

"Asalnya program ini adalah anjuran Amanah Kulai sahaja tetapi selepas itu ia diambil alih Amanah Johor dan sekarang oleh Pakatan Harapan," kata ketua Amanah Kulai yang menjadi pelaksana program malam ini, Hisham Md Zin kepada The Malaysian Insider.

Johor dipilih sebagai tapak pelancaran Pakatan Harapan kerana menganggap ia sebagai lokasi paling subur untuk ia bertapak selepas berkuburnya Pakatan Rakyat.

"Berdasarkan demografi penduduk Johor, saya rasa Pakatan Harapan mempunyai peluang untuk menang di 70% kerusi di seluruh Johor," kata Hisham.

Sebelum muktamar PAS lalu, Hisam adalah yang dipertua PAS Kulai.

Namun menjelang mesyuarat agung PAS Kulai awal tahun ini, Hisham mengambil keputusan tidak bertanding bagi mempertahankan jawatannya kerana berbeza pandangan dengan pucuk pimpinan parti.

Kini kata Hisham, 17 daripada 26 kawasan PAS di Johor menyertai Amanah, meninggalkan 9 kawasan sahaja kekal dengan parti Islam itu.

Pengkaji politik Ilham Centre baru-baru ini memaklumkan PAS Johor sudah lumpuh ekoran sebahagian besar pemimpin dan ahli, terutama penggeraknya menyertai Amanah.

Ceramah malam ini akan menjadi indikator apakah PAS benar-benar lumpuh di Johor dan membuka lembaran baharu kepada Pakatan Harapan untuk bertapak di negeri tertubuhnya Umno itu. –TMI

15 ulasan:

  1. Subhanallah. Maha suci Allah yang menyatukan rakyat Malaysia datang dan duduk beramai2 ibarat satu keluarga di majlis jelajah Pakatan Harapan di Johor ini.

    Hati manusia ini sebenarnya suka dapat ramai kawan. Suka duduk2 santai dalam suasana redup dan damai. Disirami pulak cerita geli hati dan maklumat semasa. Kemudian mereka bertanya khabar. Semua mengaku susah. Semua merasai payah. Sungguh gembira dapat berjumpa sambil bersalam2an dan mendengar janji tok2 ketua.

    Mereka mahu tiap2 janji itu harus ditunaikan. Walau susah. Sedikit sebanyak sumbangan, mereka hulurkan. Mereka pun hendak merasa memiliki. Lori treller itu pun aku punya. Ke mana dia pergi, seperti aku juga ikut bersama.

    Pergilah ke mana2 wahai optimus prime si lori treller. Pergilah jelajah seluruh bumi Malaysia ini dan beritahu mereka yang masih bebal itu bahawa aku datang sendiri hendak memberitahu kamu semua, KAMI MAHU SEBUAH NEGARA YANG ADIL, AMAN LAGI BERAMANAH.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah...sambutan awal yg menggalakkan...perlu perluaskan lagi promosi dan hebahan2 mengenai jelajah Pakatan Harapan melalui pelbagai medium dan media massa...well done PH, Good luck...

    BalasPadam
  3. Omakkau dimana, Omakkau dimana...Omakkau tersentap terkedu sampai amik gambar2 ni semua post kat blog dia. Klau perhimpunan PAS cepat2 Omakkau mengepos perhimpunan yg tak berapa ramai pun diedit nampak ramai...Omakkau dah ketengek... haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. bila omakkau nak join pas? atau sekurang2nya dipetik jd isteri ke2 @ 3 @ 4 pemimpin pas

      Padam
  4. SYABAS.... SYABAS. ... SYABAS...
    PAKATAN HARAPAN RAKYAT....
    SYABAS. .


    Omak kau.... dimana kau.... apbila rujuk blog OK... tak de ulusan pun... biasanya ada......

    BalasPadam
  5. Wa caya lu..pakatan harspan rakyat

    BalasPadam
  6. Penulis blog pro pas.. nordin ali memperlekeh perhimpunan pakatan harapan di johor ni.. heran..tulisan nordin ali hanya di papar di blog pro pas je... di blog nuetral... tak pernah nampak tulisan dia...

    BalasPadam
    Balasan
    1. suruh dia desak pasug laksana segera hudud

      jgn penipu Allah dn rakyat

      Padam



  7. Orang yg MULIA...Tak akan Men CURI
    Orang yg MULIA...Tak Suka Me MINTA
    Orang yg MULIA...SUKA Mem-BERI
    Walau Diri nya...Tak Di Kenal SESIAPA


    Orang yg MULIA...Tak 'Klapak' Glamor
    'Klapak' NOBAT...Ter Kinjat PANGKAT
    Tidak Mem FITNAH...Men Curi HARTA
    "AMANAH-NYA" Mnjd...Pedoman HAYAT


    Insan MULIA...Insan yg AMANAH
    Tiada U-TURN...Ponteng & FITNAH
    LURUS..Kudus..Lapang..BerKHEMAH
    Pasrah & REDHA...Ke Hadrat ALLAH




    Wahai Sahabat...Sahabat BUDIMAN
    Janganlah Seperti...Budak HINGUSAN
    NOBAT & Pangkat...Jadi 'IDAMAN'
    HARTA & Kuasa...Menjadi BURUAN


    Wahai Sahabat...Sahabat AMANAH
    Insan yg AMANAH..."Mewarisi" NABI
    "SYSTEM-Mem-BERI"..."SYSTEM" Ter-INDAH
    Sunnatu"LLAH" Terbukti...Di Langit dan BUMI

    BalasPadam



  8. Orang yg MULIA...Tak akan Men CURI
    Orang yg MULIA...Tak Suka Me MINTA
    Orang yg MULIA...SUKA Mem-BERI
    Walau Diri nya...Tak Di Kenal SESIAPA


    Orang yg MULIA...Tak 'Klapak' Glamor
    'Klapak' NOBAT...Ter Kinjat PANGKAT
    Tidak Mem FITNAH...Men Curi HARTA
    "AMANAH-NYA" Mnjd...Pedoman HAYAT


    Insan MULIA...Insan yg AMANAH
    Tiada U-TURN...Ponteng & FITNAH
    LURUS..Kudus..Lapang..BerKHEMAH
    Pasrah & REDHA...Ke Hadrat ALLAH




    Wahai Sahabat...Sahabat BUDIMAN
    Janganlah Seperti...Budak HINGUSAN
    NOBAT & Pangkat...Jadi 'IDAMAN'
    HARTA & Kuasa...Menjadi BURUAN


    Wahai Sahabat...Sahabat AMANAH
    Insan yg AMANAH..."Mewarisi" NABI
    "SYSTEM-Mem-BERI"..."SYSTEM" Ter-INDAH
    Sunnatu"LLAH" Terbukti...Di Langit dan BUMI

    BalasPadam
  9. Ke arah negara yang lebih adil..saksama dan amanah..kita tolak perasuah ke dalam penjara..

    BalasPadam
  10. Salam:

    Tahniah, teruskan, BERSAMA sehingga pilihanraya PR14.Tiada lagi kawan yg nak tikam belakang,tiada lagi kawan dia sahaja nak jadi ketua,tiada lagi kawan hari ini cakap lain /esok cakap lain.

    go PH go.

    wassalam.

    BalasPadam



  11. Sambungan..Wahai Sahabat...Sahabat AMANAH
    Insan yg AMANAH..."Mewarisi" NABI
    "SYSTEM-Mem-BERI"..."SYSTEM" Ter-INDAH
    Sunnatu"LLAH" Terbukti...Di Langit dan BUMI


    Langit & BUMI..."SYSTEM" Mem-BERI
    Lihat lah MENTARI...Mem-BERI Cahaya
    Hujan-yg-Turun...Pem-BERIan-ILAHI
    OKSIGEN-Udara...Di-BERI Per CUMA..




    Dengan Mem-BERI..."Pasti" Ber TAMBAH
    Ber Tambah Me LIMPAH...Ber Ganda-GANDA
    ======================================
    Wahai Sahabat...Sahabat yg AMANAH
    Genggam lah ""AZIMAT""...Wahyu yg"ESA..




    Dengan Mem-BERI..."Pasti" Ber TAMBAH
    Me Limpah-LIMPAH...Ber Ganda-GANDA
    Apabila Mem FITNAH...Me Nyonglap RASUAH
    Semua nya BANKRUPT...Muflis BINASA


    Wahai Sahabat...Sahabat AMANAH
    Genggam lah "AZIMAT"...Firman ILAHI
    Mem-BERI Itu...Ber Ganda Me LIMPAH
    AIR-Terjun Men CURAH...Tak Pernah Ber HENTI..???$$?$%$??




    BalasPadam
  12. Diperingatkan kepada Tian Chua.
    Jangan fikir dulu PH nak menang PRU14.
    Fikirkan macam mana nak perkasakan PH.
    Pas dah kantoi, dalam PRU14 satu kerusi tak dapat
    kecuali si Hadi Awang bergabung dengan BN/UMNO.
    Itu pun berapa banyak kerusi BN/UMNO nak bagi Pas.
    Harapan rakyat (semua kaum) kepada PH sangat besar.
    Krisis2 dalaman PH tolonglah selesaikan dengan baik.
    Wan Azizah, Lim Guan Eng, Mat Sabu, Azmin Ali, Rafizi
    Ramlee, Tian Chua, Nurul Izzah dan ramai lagi adalah
    "Lelaki dan Wanita Harapan semua rakyat Malaysia."
    Pedulikan apa orang lain nak kata, nak fitnah.
    Pedulikan apa orang lain nak cerca, nak maki hamun.
    Pedulikan, pedulikan - membujur lalu melintang patah.
    Berjuang demi rakyat, damaikanlah bumi Malaysiaku ini.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.