2 Jamaah: Apa Yang Sebenarnya Haram
Dewasa ini ada kedengaran suara sumbang yang menyatakan bahawa kewujudan dua parti politik Islam pada masa yang sama di sesebuah negara adalah haram. Apabila dijelaskan kepada mereka keadaan sebenarnya, iaitu bahawa hukumnya adalah harus, maka dijawab balik ianya harus hanya sekiranya saling membantu dan tidak berbalah satu sama lain.
Sebenarnya itulah hukumnya yang paling tepat. Kewujudan parti Islam lain selain PAS tidak merupakan masalah pada dasarnya. Yang menjadi masalah ialah apabila berlakunya perbalahan dan saling menyerang antara satu sama lain. Dalam erti-kata lain, yang haram adalah perbalahan dan bukan kewujudan lebih dari satu parti Islam.
SIAPA SEBENARNYA YANG MELAKUKAN PERKARA HARAM?
Kalau premis seperti di atas itu dipersetujui, maka apa yang perlu dilakukan adalah usaha untuk mendamaikan antara parti Islam yang wujud ini. Perlu difahamkan kepada semua pihak bahawa mereka semua berhak wujud dan yang wajib ke atas mereka adalah untuk saling membantu dan bukan saling menyerang. Perbezaan pendapat yang wujud adalah berhubung isu sampingan, termasuk persoalan pendekatan dan oleh itu sambil masing-masing ingin terus berpegang kepada pendirian dan pendekatan masing-masing, ianya perlu dilakukan dalam keadaan saling menghormati satu sama lain.
Dalam keadaan itu maka pihak yang ingin mencetuskan perbalahan dengan mendakwa pihak satu lagi adalah haram, pengkhianat dan ‘perlu dimusnahkan’ adalah pihak yang merupakan pencetus masalah. Pihak ini perlu difahamkan bahawa kewujudan pihak lain adalah dibenarkan dan sikap ‘mengharamkan’ dan ingin ‘memusnahkan’ adalah tindakan haram dan terkutuk di sisi syariat.
HAKIKAT PERBEZAAN PANDANGAN
Pendekatan merupakan persoalan ijtihad dan khilaf berhubungnya adalah perkara biasa. Pendekatan mana yang lebih benar, tepat dan berkesan akan hanya terbukti apabila ianya dilaksana dan diamalkan. Kesan dan natijah pendekatan adalah bukti pendekatan mana satu yang lebih baik.
Sebagai satu contoh mudah, kalau ada yang menyatakan sesuatu jalan adalah lebih cepat berbanding jalan satu lagi, maka cara untuk memuktamadkan persoalan mana yang lebih cepat adalah dengan dibenarkan kedua-dua jalan diikuti dan dilihat siapa yang sampai dahulu. Begitu jugalah dalam berbagai persoalan yang merupakan ijtihad dan pendapat.
Termasuk dalam soal ijtihad ini adalah pendekatan yang terbaik untuk mendapat sokongan dari masyarakat Melayu. Bagi mana-mana parti Islam yang ingin bergerak di Malaysia, persoalan sokongan Melayu adalah penting. Dalam pada itu mereka mungkin mempunyai pendekatan yang berbeza dalam mengusahakannya.
PERSOALAN SOKONGAN MASYARAKAT MELAYU
Antara perbezaan sikap pimpinan PAS dan Amanah dewasa ini ialah persoalan samada hubungan dengan DAP akan menyebabkan larinya undi Melayu. PAS beranggapan Melayu akan lari darinya sekiranya PAS bersama dengan DAP. Oleh itu perbalahan dengan DAP perlu diusahakan demi meyakinkan masyarakat Melayu terhadap PAS. Manakala Amanah beranggapan sebaliknya.
Bagi Amanah, masyarakat Melayu, khususnya golongan muda sudah tolak persoalan perkauman. Mereka ingin melihat wujudnya sebuah parti yang mampu menyatu-padukan rakyat keseluruhannya. Oleh itu parti Islam yang mampu berkerjasama dengan DAP adalah sesuatu yang amat diinginkan.
Dalam soal ini biarlah kedua-dua parti mengamalkan pendekatan masing-masing. Kesan dan natijah pendekatan akan membuktikan ijtihad mana yang lebih tepat dan sesuai dengan waqi’ atau realiti masyarakat.
Pada masa sama, sambil mengamalkan pendekatan masing-masng, hendaklah dielakkan penggadaian prinsip dan pencemaran imej perjuangan Islam oleh kedua-dua parti. Kedua-dua parti perlu kekal dengan pendirian tegas menentang perkauman dan penerimaan setiap aspek ajaran Islam termasuk tuntutan syariat. Penggadaian kesucian mesej Islam, samada melalui laungan semangat perkauman atau pengguguran sebahagian aspek ajaran Islam seperti perlaksanaan syariat, hendaklah ditolak oleh PAS dan juga Amanah.
RUJUKAN AL-QURAN
Dan inilah apa yang dapat dilihat sebagai sebahagian dari pengajaran yang terkandung dalam ayat 9 dan 10 Surah Al-Hujurat yang bermaksud :-
“Dan sekiranya dua kumpulan (Taaifah) orang-orang beriman berbalah, maka damaikanlah mereka. Tetapi sekiranya salah satu dari mereka bertindak zalim terhadap yang satu lagi, maka lawanlah pihak yang yang bertindak zalim sehingga mereka kembali kepada perintah Allah. Dan bila mereka kembali maka damaikanlah mereka secara adil dan saksama. Sesungguhnya Allah kasih pada yang golongan yang bertindak adil dan saksama.”
“Sesungguhnya orang-orang beriman adalah bersaudara maka damaikan dan datangkan kebaikan antara saudara-saudara kamu. Bertaqwalah kepada Allah semoga kamu dirahmatiNya.”
Dari dua ayat ini maka boleh dirumuskan bahawa kewujudan dua kumpulan (Taaifah) jelas sekali tidak dilihat sebagai masalah. Yang menjadi masalah adalah perbalahan. Maka yang menjadi wajib adalah usaha mendamaikan dua kumpulan ini. Sekiranya satu kumpulan tidak mahu berdamai, malahan ingin terus menzalimi kumpulan satu lagi, dengan diserangnya dan diusahakan kemusnahannya, maka yang wajib untuk dilakukan adalah untuk menentang kehendak kumpulan ini. Dan kehendak mereka ini perlu ditentang sehingga mereka kembali kepada perintah atau hukum Allah. Dalam kes ini hukum Allah adalah wujudnya kumpulan satu lagi adalah harus sambil berbalah di antara satu sama lain adalah haram. Dan sekiranya kumpulan yang ingin terus berbalah itu kembali kepada perintah Allah itu, maka hendaklah didamaikan dengan adil dan saksama.
Dilengkapkan perintah ini dengan diingatkan bagaimana orang-orang beriman adalah bersaudara dan perdamaian antara mereka wajib diusahakan sekiranya ingin dirahmati Allah.
KESIMPULAN
Berdasarkan semua yang dikemukakan di atas adalah jelas jalan benar dari jalan yang salah. Semoga kita mempunyai kekuatan keimanan dan akhlak untuk melakukan yang benar dan menjauhkan diri kita dari yang salah.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
ULASAN GB
Sedikit hujjah dan ulasan mengenai ayat AL-Quran yang sdra Khalid Samad petik iaitu Surat AL-Hujurat ayat 9-10

Berdasar ayat itu, Al-Quran menjelaskan bahawa kumpulan Islam itu boleh mempunyai beberapa kumpulan.
sekiranya dua kumpulan (Taaifah) orang-orang beriman berbalah, maka damaikanlah mereka.
Yang penting ialah damaikan mereka. Malah ditegaskan:
Tetapi sekiranya salah satu dari mereka bertindak zalim terhadap yang satu lagi, maka lawanlah pihak yang yang bertindak zalim sehingga mereka kembali kepada perintah Allah.
Siapakah yang sebenarnya zalim selama ini? Siapa yang begitu kuat melabel dan menuduh barua, tolol, anjing, babi, pengkhianat dan sebagainya kepada kumpulan yang satu lagi? Bukankah pihak yang melabel dan menuduh itu zalim dan kumpulan itu yangperlu "dilawan" menurut perintah Al-Quran?
Ini tidak. Dia yang zalim dituduhnya kita. Kita pula yang hendak diperangi dan dihapuskan.
Sedangkan ayat Al-Quran itu dengan jelas menyatakan kumpulan yang bertindak zalim dan melampaui batas itulah yang wajar diperangi dan dilawan, bukan orang yang keluar satu kumpulan Islam kepada satu kumpulan Islam yang lain itu yang perlu dilawan atau diperangi. Bukan orang yang keluar PAS sertai AMANAH itu yang perlu dihapuskan. Walhal yang kuat melabel dan memaki hamun itulah yang zzalim dan wajar dilawan dan dihapuskan.
Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Allah akan mendedahkan dan menghukum kumpulan zalim dan melampaui batas itu.

Masalah dalaman PAS berpunca drp GU dan disokong oleh MSU dan diapikan oleh mr presideng!!!!
BalasPadamOrang politik semua ego, dan cepat mendakwa pihak yg tidak bersamanya sebagai salah. Apabila disokong orang banyak lagi ego. Apabila ditinggalkan orang banyak dia akan menggunakan agama, kaum atau masalah yg sensasi untuk mengugut orang yg tidak menyokongnya. Sudah biasa Pas sejak sebelum lahir Amanah pun, kerjanya mendakwa orang yg tidak sokong Pas sebagai munafik, sesat dan kafir. Apabila orang kata Pas hanya parti bukan agama, dijawab oleh pemimpin pas "jangan main-main dengan parti Islam. Parti Islam dijaga Allah." Hari ini sebagian lepasan tarbiyah Pas sudah kata Pas hanya parti, bukan agama! Kemudian hari ini menyebut kesahan parti lain atas alasan hak-hak berparti. Pandai pula berkata, yang salah ialah jika berbalah. Selama duduk dalam Pas dulu, tak berbalah dengan orang Islam lain?
BalasPadamSalam TQ GB,very clear:
BalasPadamBerdamailah antara PAS dan Amanah, cuma yg membezakan KITA ialah iman,niat/ihklas taat BERTAKWA pada ALLAH dan sebagai umat akhir zaman/muhammad(TERBAIK) diwajibkan Menyampaikan, walau satu ayat Untuk faedah seluruh umat manusia.UNTUK KEJAYAAN DUNIA & AKHIRAT
Teringat dulu-dulu,saya selalu mempertikaikan kenapa islam ada 4 Mazhab,kenapa tidak satu mazhab sahaja, bila belajar menuntut dgn ulamak2 bukan dunia,mereka dgn rendah diri menerangkan, ALLAHlah yg meredhainya keempat mazhab ini demi memastikan ianya terpelihara sampai kiamat.Sebabnya ialah ALLAH nak MEMELIHARA sunah-sunah NABI SAW, supaya diamalkan. sebagai contoh,nabi pernah sembahyang subuh baca kunud,ada ketikanya tiada, dan contoh lagi tersentuh kulit dgn isteri BATAL air sembahyang(mungkin ketika itu isterinabi kulitnya tak berpakaian),ada mazhab kata TAK BATAL air sembahyang(mungkin ketika itu isterinabi kulitnya berpakaian) jadi kedua2nya betul.Selain daripada itu, ALLAH nak tunjukkan AHKLAK keempat2 IMAM tersebut untuk diikuti AKHLAKNYA,umpamanya imam shafie jika ia bersama imam2 yg lain umpama maliki,bersembahyang imam shafie tidak pernah melecehkan ibadat yg dilakukan oleh Imam maliki mereka sama2 menghormati antara satu-sama lain,begitu juga imam2 yg lain.
GO AMANAH GO teruskan niat baik tuan-tuan.
Wallahualam.
Perbalahan terjadi apabila parti yang ingin di ambil sebagai kawan terlalu banyak keburukan nya dan keburukan parti tersebut menyebabkan kumpulan yang berubah pendirian politiknya terpaksa mencari jalan untuk menguat kan alasan untuk menerima parti yang bergelumang dengan dosa.
BalasPadamTidak salah masing-masing mengambil pendekatan yang berbeza asalkan saling hormat-menghormati dan saling mengisi kekurangan antara satu sama lain.
Parti yang mengaku parti nya lebih Islam hendak menghulurkan tangan persaudaraan terlebih dahulu bukan nya menolak palawaan dengan terus menganggap saudaranya sebagai musuh.
Sedangkan dengan musuh yang bertahun-tahun lamanya parti tersebut boleh berubah, mengapa dengan parti yang baru tidak di ambil pendekatan yang sama??
BalasPadamSiraj,
Bukan semua orang politik yang ego. Yang ego ialah pemimpin yang atas dan yang hilang keyakinan diri. Kita boleh lihat hanya seorang dua pemimpin samada dari BN dan dari PH yang ego. Dan yang nyata yang ego sekarang ialah pemimpin PAS, Hj Hadi. Najib tidak ego tapi Najib gila guna kuasa. Anwar tidak mungkin ego sehingga sanggup masuk penjara.
Kalau semua orang politik ego, kita semua disini termasuk Siraj juga ego.
Apa yang saudara katakan tentang PAS adalah betul. Yang jadi persoalan mengapa UMNO sanggup bekerjasama dengan PAS ?
Mengenai berbalah ini ialah apabila ada dua parti yang dikatakan parti Islam. Semasa PAS dan UMNO, kedua-dua nya tidak di anggap berbalah dan PAS tidak pernah menganggap UMNO itu parti Islam. Jika UMNO parti Islam, adalah haram PAS ujud sebagai parti mengikut hujah yang dipakai oleh pemimpin PAS sekarang.
Berbalah ialah menuduh dan membenci sedangkan Islam mengutamakan muzakarah.
UMNO bukan nak bekerjasama dengan PAS,tapi hanya nak gunakan Pas untuk mempecahbelahkan parti pembangkang saja.dan ia telah pun berjaya
Padamkerana pemimpin nombor satu Pas yang bergitu bodoh.
mulut jgn celupar sgt...beliau tu ulama!...hormat la sikit
PadamAmanah sepatutnya bukan pihak yang menuntut berdamai. Kebanyakkan ahli-ahli PAS yang keluar adalah kerana dihalau, dipinggir, dihina, difitnah dan tidak dipedulikan. Hadi, Harun Din dan gurkha-gurha mereka ingat, kumpulan yang difitnah dan dihalau itu sedikit, tidak berpengaruh, tak berani keluar, kalau keluar takkan laku dan macam-macam tanggaan negatif. Rupa-rupanya telahan lebai-lebai ni malang sekali. Diluar jangkaan, diluar pemikiran mereka yang jumud dan mereka terpaksa menghadapi perkara yang mereka tidak jangka. Lebai-lebai malang lupa atau memang jahil tentang mengapa orang Melayu memasuki PAS. Bukan semua orang masuk PAS kerana Hadi atau Harun Din. Saya sendiri sekeluarga hanya menyokong PAS bukan kerana ianya bagus tetapi kerana sering mendengar atau membaca tentang tazkirah yang disampaikan oleh Almarhum Tuan Guru Nik Aziz. Kami tidak memasuki PAS kerana perjalanannya ditempat kami serupa dan sama macam UMNO. Sekarang tanda-tanda PAS akan bernikah kembali dengan UMNO semakin jelas. Ahli Amanah tidak perlu ambil berat perkara ini dan teruskan sahaja kerja tuan-tuan. Ingatlah kami yang bukan ahli, memerhati, membuat perbandingan, dan mengundi mengikut apa yang kita rasakan membawa faedah kepada negara dan rakyat. Kalau DSAI yang cuba membawa perubahan kepada UMNO tangan dipulas, mata dilebamkan dan dipenjara, Hadi and the gang akan dilenyek saja oleh UMNo diuli dengan tepung dan digoreng macam cekodok dan dihumban untuk makanan penghuni-penghuni dizoo Taiping!!!
BalasPadamhampir semua pendpt di atas sy setuju...
BalasPadamHadi jgn ingat bila dah pakai jubah labuh dan serban sebesar bakul,semua hukum hakam berada di dlm tangannya..terlalu byk perkara yg keluar dari mulutnya sudah terpesong dari islam...adakah hadi seorang kufur,fasik atau munafik????
BalasPadam
BalasPadamMencri ERTI...Mencari MAKNA
Bertemu PUNCA...Terbuka lah "RAHSIA"
FITNAH U-Turn...Ponteng & AUTA
Angkara Pen NYAMUN...Pen CURI Ber JUTA
Wahai Sahabat...Sahabat yg AMANAH
Jangan Ter TIPU...Helah Pem FITNAH
Ponteng U-TURN...Bermacam HELAH
Itu lah TRADEMARK nya...Penyamun-RASUAH
Alangkah SAKIT nya...Bila Di CURI
Alangkah SEKSA nya...Bila Di SAMUN
Alangkah Ter HINA nya...Di Dalam HATI
'IMAM' Ber Sorban...Rupa2nya "LANUN"
Bila di CURI...Sakit nya HATI
Bila di SAMUN...Ter Sangat lah GERAM
FITNAH Merapu...Ter Jijik Ter KEJI
"LAHANAT" Se Begini...Halal kah HARAM???
Apalah Di HARAP...Pada Pen CURI
Apalah Di HARAP...Penyamun Pe ROMPAK
Perompak Pen CURI...Tabiat nya KEJI
Jubah nya PUTIH...Klentong nya 'WARAK?'
Apalah Di HARAP...Putih nya JUBAH?
Apalah Di HARAP...'WARAK' Si KLENTONG?
Khianat U_TURN...Ponteng & FITNAH
ESOS di Songlap...Balak Di "LELONG"?
Wahai Sahabat...Sahabat BUDIMAN
Jangan Se SEKALI...Jadi Peng KHIANAT
Meng KHIANATI Rakyat...Menikam KAWAN
Angkara nya "HARTA"...Syirik & MURTAD
Jadilah Seperti...Langit dan BUMI
Si AIR TERJUN...Yg INDAH Men CURAH
Sentiasa Mem-BERI...Bakti Yg SUCI
Sentiasa Mem-BERI...Tak Meminta-UPAH
"SYSTEM" Yg SUCI...Sentiasa Mem-BERI
Bakti Yg SUCI...Tak Meminta-UPAH
"SYSTEM" Warisan...Nabi & WALI
"SYSTEM" Ke Wujudan...Cakrawala Yg INDAH
"SYSTEM" Warisan...Nabi & WALI
"SYSTEM" Ke Wujudan...Alam nan INDAH
Sentiasa Mem-BERI...Pem-BERIan yg SUCI
Semakin Mem-BERI...Datang Me LIMPAH
Sentiasa Mem-BERI...Pem-BERIan Yg SUCI
Semakin Mem-BERI...Datang Me LIMPAH
Alangkah INDAH nya..."SYSTEM" Mem-BERI
"SYSTEM" Mem-BERI...Itu lah "Deen-nul-LLAH"..
Tidak semua keadaan gerakan Islam mesti mempunyai hanya satu parti atau jemaah. Namun tidak semua keadaan gerakan Islam mesti menubuhkan pelbagai jemaah/parti.
BalasPadamSejarah telah membuktikan, dimana pada 70an dan awal 80an Abim menjadi jemaah kedua kepada PAS. Namun ABIM telah berjaya menjadi kilang kepada pejuang Islam.
Realiti hari ini, PAS telah menjadi rumah kepada semua pejuang islam dan menjadi satu-satu gerakan Islam di Malaysia.
Namun persoalannya, adakah keadaan ini akan terus kekal? dan perlukah jemaah kedua ditubuh untuk menjadi pilihan kepada pejuang Islam?.
PAS tidak perlu menjadikan jemaah kedua sebagai musuh, bahkan PAS hanya perlu bekerja keras untuk menyakinkan pejuang Islam bahawa PAS sahaja pilihan dan gerakan Islam yang unggul.
Sementara jemaah kedua (AMANAH) mesti memastikan mereka bukan alat kepada musuh dan tidak menjadikan kehancuran PAS sebagai matlamat.
"Kemana kuah kalau tidak kembali kepada nasi". InsyAllah bila amarah dan panas dendam menyejuk, bertaut kembali kasih sayangnya.