Baiah taklik buat PAS hilang sokongan pengundi wanita, kata penganalisis
PAS bakal kehilangan sokongan segmen pengundi wanita ekoran isu baiah taklik, atau sumpah talak tiga, yang dimainkan pemimpinnya susulan perpecahan parti itu dan tertubuhnya sebuah parti baharu, kata para penganalisis.
Parti Islam itu menggunakan sumpah tersebut ke atas ahli Parlimennya kerana pemimpin seperti wakil rakyat Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli contohnya, meninggalkan parti itu untuk memihak kepada Parti Amanah Negara (Amanah) yang bakal ditubuhkan secara rasmi.
Pemerhati berkata, perkara itu menerima bantahan kaum wanita, yang membentuk majoriti pengundi di Malaysia, kerana menganggap parti itu menyalahgunakan agama dan meletakkan isteri sebagai cagaran dalam politik mereka.
Pengerusi Eksekutif Ilham Centre Hisomuddin Bakar berkata kajian pihaknya mendapati golongan wanita paling marah dengan isu ini.
"Berdasarkan tinjauan pantas yang dijalankan kepada pengundi wanita di Lembah Klang, hampir keseluruhan memberikan reaksi marah dengan tindakan PAS menggunakan agama demi kepentingan politik dan kuasa," kata pengkaji pendapat bebas itu kepada The Malaysian Insider.
Baiah taklik yang menyandarkan pegangan terhadap parti kepada cerai talak tiga ke atas isteri, dimulakan bekas menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi menyelamatkan kerajaan negeri itu selepas kalah dalam pilihan raya kecil Pengkalan Pasir pada 2005.
Dengan kekalahan itu, PAS dan musuhnya Umno hanya berbeza satu kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dengan 23 kerusi berbanding 22 milik BN.
Selepas terbukti ia berkesan, tradisi baiah taklik ini diteruskan PAS di Kelantan pada setiap kali menjelang pilihan raya termasuk pada pilihan raya umum (PRU) 2013 lalu.
Namun begitu, Nik Aziz menjadikan perkara ini rahsia yang disimpan hanya di kalangan mereka yang terlibat saja tanpa diketahui umum.
Apabila bekas naib presiden PAS Datuk Dr Hassan Ali mendedahkan perkara ini tidak lama dulu, Nik Aziz serta setiausaha agung PAS ketika itu, Datuk Mustafa Ali, menafikannya.
Tetapi kini, ketika parti berpecah dua, pemimpin PAS menjadikan isu ini sebagai senjata politik untuk mengekang ahlinya, khasnya wakil rakyat mereka, daripada meninggalkan parti itu.
Ia berlaku selepas parti itu kehilangan rakannya dalam Pakatan Rakyat, diikuti pengundi Cina, sebagaimana ditunjukkan dalam perhimpunan 34 jam Bersih 4 yang tidak disertai PAS.
Tentangan terhadap baiah taklik juga mula disuarakan pertubuhan dan pemimpin wanita terhadap parti itu.
"Apabila rahsia ini terbongkar, ia menjadi isu sensitif kerana tidak tergambar bagi kita semua bagaimana wanita, yang seharusnya dimartabatkan dalam institusi keluarga Islam, kini menjadi bahan dagangan percaturan politik," kata Ketua Wanita Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) Datin Paduka Che Asmah Ibrahim.
Mereka menentang sebarang tindakan yang menjadikan wanita dan institusi keluarga sebagai barang pertaruhan dan percaturan politik atas alasan apa sekalipun.
"Perbuatan ini bukan saja merendahkan martabat wanita, malah bertentangan dengan syariat dibawa Rasulullah yang meletakkan wanita dan lelaki sama kedudukannya di depan Yang Maha Pencipta, syariat yang membawa rahmah bagi sekalian alam," kata Che Asmah.
Hisomuddin berkata, pada pengamatan panel penyelidikan Ilham Centre, sekiranya isu tersebut diheret dalam tempoh yang lama, maka hakisan sokongan segmen pengundi wanita terhadap PAS akan berlaku.
Katanya, ini diburukkan lagi dengan beberapa isu mutakhir ini yang menyaksikan pendirian politik PAS dalam isu nasional tidak mengambil kira kehendak penyokong dan pendukung Pakatan Rakyat.
"Menarik diri daripada menyertai Bersih 4, memperbesarkan insiden terpencil penyokong Bersih 4 memijak foto presiden PAS dan perdana menteri, semua ini mengundang kemarahan pengundi bukan Melayu, terutama pengundi Cina," katanya memberi contoh.
"Insiden berkenaan membayangkan akan berlaku penolakan pengundi Cina terhadap parti Islam tersebut dalam pilihan raya akan datang.
"Jika ditambah dengan polemik baiah taklik ini, kehilangan sokongan pengundi wanita sudah tentu akan menjejaskan lagi peluang PAS menawan lebih kerusi Parlimen atau DUN pada masa depan," katanya.
Selain itu, Hisomuddin berkata, golongan wanita menegaskan PAS sewajarnya menumpukan kepada soal lebih besar seperti memperjuangkan nasib rakyat yang terbeban dengan kos sara hidup tinggi, kenaikan harga barangan, cukai barangan dan perkhidmatan dan skandal melemaskan pemikiran rakyat.
"PAS perlu senada dengan barisan pembangkang yang lain melegakan keresahan rakyat dan bukannya menambahkan beban dengan mengutamakan soal menghukum, dan melibatkan perkara sensitif seperti meruntuhkan ikatan perkahwinan orang lain," katanya.
Katanya, bagi mengetahui pola sokongan, Ilham Centre juga mengemukakan soalan adakah mereka akan memilih parti yang menggunakan kaedah cerai taklik ini dalam pilihan raya akan datang bagi mengetahui sama ada isu tersebut mempengaruhi keputusan mereka.
"Berdasarkan maklum balas yang diberikan, mereka sepakat akan menolak PAS.
"Justifikasi pendirian mereka juga menyatakan isu ini antara faktor yang akan mengatasi faktor lain dalam mempengaruhi keputusan mereka," kata Hisomuddin.
Katanya, responden juga mendesak agar badan bukan kerajaan dan sayap wanita parti politik tampil dengan kenyataan tegas menempelak dan menolak cara PAS menggunakan cerai taklik dalam ruang lingkup politik negara.
"Jika dibiarkan, ia seakan-akan membiarkan parti politik bertindak merendahkan martabat kaum wanita," katanya.
Pada Selasa, PAS mengesahkan 22 pemimpinnya termasuk Hatta tidak lagi menjadi ahli parti itu apabila mereka menyertai Amanah yang diumumkan pada 31 Ogos.
PAS Kelantan pada Khamis mendakwa, baiah taklik yang dilafazkan wakil rakyatnya adalah sah di bawah undang-undang Islam.
Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam menggesa semua pihak menghentikan polemik isu baiah itu, sebaliknya menyerahkan kepada pihak yang berautoriti dalam hal menentukan hukum.
"Pihak yang terlibat mesti merujuk kepada Mahkamah Syariah dalam memutuskan sesuatu isu yang melibatkan hukum syarak.
"Oleh kerana ia melibatkan hukum syarak yang mempunyai banyak implikasi, maka wajar bagi semua menyerahkan kepada pihak berautoriti dalam menentukan hukum bagi memutuskannya," katanya sambil menambah, perbincangan secara terbuka menggunakan pandangan akal menimbulkan kecelaruan di kalangan masyarakat. -TMI
ULASAN GB
Kelam kabut PAS kini dengan isu Baiah Talak. Ternyata ia sudah menjadi senjata yang makan tuan.
Timbalan Presiden PAS meminta supaya polemik Talak Baiah dihentikan selepas melihat majoriti umat Islam menolaknya. Anehynya, TITM meminta mereka yang terbabit meninggalkan parti itu perlu merujuk kepada Mahkamah Syariah dalam memutuskan hukum sumpah bai’ah tersebut kerana ia melibatkan hukum syarak.
Sungguh aneh dan pelik. Sepatutnya PAS yang perlu terlebih dahulu merujuk kepada Mahkamah Syariah SEBELUM memasukkan Baiah Talak itu di dalam sumpah untuk para wakil rakyatnya. Apakah itu pernah dilakukan? Adakah isteri bakal wakil rakyat itu dimaklumkan? Kedua-duanya tidak pernah dilakukan. Oleh itu Baiah Talak itu sudah tidak sah semenjak ia digunakan kerana ia tidak dirujuk terlebih dahulu kepada pihak berkuasa dan tidak diketahui oleh pihak yang terlibat secara lansung iaitu sang isteri.
Baiah Talak seperti yang GB ulaskan sebelum ini, petikan:
Dan dengan terbongkarnya isu ini, majoriti umat Islam akan menolak PAS di dalam pilihanraya. Setelah bukan Islam menolak PAS seperti yang GB laporkan kelmarin apabila DHPP pun dah ramai meninggalkan PAS, kini disusuli dengan isu Talak Baiah yang akan menyebabkan majoriti umat Islam menolak PAS, sewajarnya PAS tidak lagi perlu untuk bertanding di dalam pilihanraya. Jika mahu bertanding juga... hadapilah kemungkinan akan kehilangan deposit di kebanyakan kerusi...

Ia memaparkan wajah hodoh yang sebenar ada pada PAS yang tidak diketahui oleh rakyat selama ini dan sewajarnya rakyat amnya dan umat Islam khususnya perlu menjauhi PAS selama mana baiah talak itu dikekalkan.
Syukur kepada Allah kerana terbongkarnya isu ini, setidak-tidaknya rakyat dapat menilai bagaimana PAS menggunakan taktik paling hina untuk mempastikan kelansungan survivalnya.
Kedua kita bersyukur kerana ia adalah untuk membuang nanah (baiah talak) yang membusuk di dalam PAS.
Dan dengan terbongkarnya isu ini, majoriti umat Islam akan menolak PAS di dalam pilihanraya. Setelah bukan Islam menolak PAS seperti yang GB laporkan kelmarin apabila DHPP pun dah ramai meninggalkan PAS, kini disusuli dengan isu Talak Baiah yang akan menyebabkan majoriti umat Islam menolak PAS, sewajarnya PAS tidak lagi perlu untuk bertanding di dalam pilihanraya. Jika mahu bertanding juga... hadapilah kemungkinan akan kehilangan deposit di kebanyakan kerusi...
Mana tak nyer
BalasPadamMERAUNG MENANGIS SI WANITA apabila suami berjuang untuk islam selama 30tahun tiba tiba di ceraikan dan humban kluar rumah..
Kerana nak twgakkan islam ...isteri jadi mangsa...
Ini bukan sunnab nabi mahupun sunah abu bakr atau umar dan usman apatah Ali R.A.
Ini sunnah Pas Pis Pus
Kesian tengok para wanita pas meraung apabila di halau dari rumah setelah suami berjuang seumur hidup utk tegakkan addinul-islam
dalam bab ini taada beza antara mat rempit dengan pas.
BalasPadammat rempit jadikan perempuan sebagai pertaruhan
begitu juga dengan pas jadikan isteri sebagai pertaruhan.
bila terpaksa buat bai'ah menunjukkan ramai wakil rakyat pas tak jujur dan juga mengongkong wakil rakyat supaya jadi yes men.
pengkhianatan yg mereka buat dgn rancangan busuk mereka tak nampak tetapi bila bab bai'ah mereka sebar dan war-warkan keseluruh dunia dan sangat suka untuk meruntuh dan memalukan rumah tangga orang Islam.
siap dengan fikiran kotor mereka untuk ambil janda-janda sebagai isteri,bukan setakat itu sahaja malah mengajak orang juga.
peringatan untuk wanita undi pas ialah undi satu bahagian mat rempit.
wanita jadi boneka.
PS,
mungkin yg suka jadi boneka dan di rolling-rolling tu blogger omak kau kot.
Segala keburukan PAS telah terbongkar. Apakah ini petunjuk dari Allah? Isu label ahli dengan gelaran2 buruk, doa laknat sesama ahli sehingga mewujudkan pepacahan sesama jemaah dan kini isu bai'ah dengan mencagarkan isteri?
BalasPadam
BalasPadamISTERI di CAGAR...ber TALAQ Tiga
Sprt AYAM Kaldai..dan UNTA
Siapakah WANITA...Ibu Nabi ISA?
Mengapa kah IBU2...di cagar HINA??
MARYAM Srikandi...Sejarah SILAM
Di puji diBUMI..di Langit nan TINGGI
NO! double-STANDARD ddlm ISLAM
Kerana "si BUTA?"...Nabi di PERLI!?
FITNAH merapu...BARUA pilKUDA
Penyamun ber BILLION disokong di PUJA
Andai bertemu ber SALAM Mesra
Ber JABAT Tangan SENYUM ke TELINGA
"IKHLAS" me NYONGLAP...'Ghonimah' ber Sama
Klentong HUDUD...ber Billion diDERMA
Klentong HUDUD...KLENTONG pilKUDA
Begitu lah "IKHLAS" nya...Niat PENDUSTA
"Mursyid" berkata...AKAUN Tak LOGIK?
"Fakeh" ber HUJJAH...Kena Ada SAKSI??
DERMA ber Billion...Logik ker PELIK???
Penyamun dah NGAKU...Tak perlukan SAKSI!????
"Mursyid" apakah...Yg Tolol BUTA?
TAK leh nak BEZA...Logik TAK LOGIK??
Akaun yg WUJUD..."Derma" yg NYATA???
"Mursyid" & "Fakeh"...TOLOL ke Cerdik!????
"Mursyid" dan "Fakeh"...dah jd TOLOL
DERMA ber Billion...BUKTI dah LOGIK
"GELIGA" Buaya...Jin dlm BOTOL
BARUA pilKUDA..."Imam" yg JIJIK!?
PAS bukan hanya satu-satunya parti yang berjuang untuk Islam. Lebih-lebih lagi perjuangan yang dituntut PAS sekarang ini amat meragui terutamanya dengan melabel sesama umat sendiri sebagai jebon, parasit.........dan lain-lain.
BalasPadamSatu bentuk penganiayaan kpd kaum wanita.
BalasPadamDulu kempen saya benci Dadah.
BalasPadamSekarang, kempen saya benci PAS.
Dadah sejenis serbuk iaitu ubat kimia yang boleh merosak urat saraf dan pengambilnya akan mati akhirnya.
Manakala, PAS sejenis ajaran yang lagi marbahaya iaitu memesongkan ajaran Nabi Muhammad SAW.
Tak ape, yang penting janji dapat undi 3 Juta ahli umno. Rasa pru14 nanti satu lawan satu dengan umno pun boleh menang kerana sesucian semulia ulama ulama pas suci mulia.
BalasPadamYang lain terutama undi cina kapir yang sikit tu Heran apa?
kESIHAN KAT AHLI-AHLI pas yg masih totok, walaupun banyak kemudharatan yg banyak, mereka masih lagi nak menegakkan benang yg basah. HARI-HARI MEREKA DIDENDANGKAN ADA 6000 AHLI BARU JOIN PAS TIAP-TIAP BULAN.
BalasPadamSebaik terbongkar soal bai'ah, ramai para ahli PAS yang prihatin termasuk saya menjadi terpingga pingga kerana selama ini tidak mengetahui akan keujudan nya. Satu soalan yang perlu di jawab oleh puak puak PAS-chai ada lah, benar kan terdapat bai'ah yang sedemikian sebahagian dari ajaran ISLAM? Apa yang saya tahu bahawa bai'ah sedemikian hanya di laku kan oleh puak puak kongsi gelap. Apa kah PAS dan yang telah mendapat gelaran PAS-chai itu merupa kan pertubuhan kongsi gelap?
BalasPadamKalau di amati secara pemakaian para muslimat sapertimana yang di ajarkan oleh ISLAM ternyata bahawa para muslimat itu merupa kan sesuatu yang berharga. Dengan itu jangan lah menjadikan diri anda sebagai "HADIAH PERTARUHAN" buat para Mat Rempat dan mereka yang suka explote para muslimat. Dengan itu elok lah para muslimat meninggalkan PAS-chai selagi mereka menyukai "BAI'AH TALAK TIGA" yang sedang mereka war-war kan.
Setiap insan di berikan "GREY MATTERS", pandai pandai lah menjaga nya sehingga tidak menjadi busuk, tolol, barua dan sebagai nya.
Apa nak jadi da....
BalasPadamaku rakyat biasa ni nak hidup aman je kat malaysia ni... bukan nak menghayati politik bodoh korang ni yg mana setakat ni mmg menyusahkn... isu2 rakyat dah makin dipinggir...
PAS sebuah parti hipokrit, mempergunakan agama dan PAS juga parti hodoh, mencagarkan isteri (wanita) untuk kepentingan politik. Caranya tak ubah macam zaman arab Jahilliah...
BalasPadamInagatan untuk muslimat yang masih berjuang dalam Pas,sedarlah bahawa nilai diri kamu kini hanya untuk dijadikan barang tebusan talaq.fikirlah dengan tenag apa perlu kamu berjunag untuk memperthankan ulamk perasan.
BalasPadamDisini lah pokok persoalan nya kerana perkara ini tidak akan terjadi sekiranya TGNA masih lagi bersama kita.
BalasPadamKeadaan bia'ah ketika TGNA berbeza dengan sikap pemimpin PAScai menjadikan bai'ah sebagai alat politik.
Semasa TGNA, tawaran yang UMNO berikan kepada lawan bukan sikit (boleh jadi giler) dan apa lagi dalam masa yang sama jumlah kerusi PAS UMNO berbeza cuma satu kerusi.
Jika tidak ada sesuatu untuk menghalang wakil PAS dari tergoda dengan tawaran tersebut, sudah lama Kelantan terlepas kepada UMNO dan kepercayaan rakyat pada PAS pun terhakis seperti sekarang dimana pemimpin PAScai yang lebih utamakan jawatan dan pangkat sehingga yang menang pada pemilihan yang lepas sanggup menguna cai.
Kita perlu tahu, sekiranya ada seorang wakil PAS ketika itu terima tawaran UMNO bererti wakil PAS itu juga sama dengan pemimpin PAScai yang menang dengan cara cai.
Kita kena faham mengapa TGNA menjadikan bai'ah sebagai penghalang dan bukan alat pollitik. Dalam hanya mempunyai satu kerusi, akan timbul syak wasangka antara satu sama lain sekiranya tidak buat sesautu, lebih lama lebih teruk kesan nya pada parti. Dan diantara wakil-wakil PAS ketika itu akan terfikir jika dia terlambat, dia akan terlepas peluang tersebut.
Ketika itu tidak mustahil PAS akan hilang lebih satu kerusi kerana jumlah wang sogokan akan dibahagi lebih dari satu. Ini terjadi dalam PKR dimana individu yang jadi kepala penghasut akan mendapat bahagian yang lebih !
Rasanya ada yang bersetuju dengan bai'ah jika ketika itu ada wakil rakyat PAS yang khianat ketika itu. Jika tidak bersetuju, apakah cara yang baik yang mampu menghalang wakil PAS dari khianat pada perjuangan parti. Dan apa bezanya pengkhianatan yang di takuti oleh TGNA dengan pengkhianatan pemimpin PAScai yang sanggup bersama-sama dengan UMNO?
Bia'ah semasa TGNA adalah supaya wakil PAS tidak menyokong atau membantu UMNO dalam apa cara sekali pun dalam hal tidak memberi munafaat kepada parti dan rakyat.
Dan pada pandangan kita, sekiranya ketika ini G18 menubuh parti baharu dan TGNA masih lagi bersama kita, maka kita setuju bai'ah tersebut adalah sah. Ini kerana TGNA berpegang pada perjanjian yang terikat dengan PR dan tidak menunjukkan keinginan nya untuk memperbetulkan parti UMNO yang selama-lamanya tidak akan berubah.
Dan kerana sifat mulia dan sederhana TGNA lah, tidak ada sesiapa pun terutama G18 dan yang lain-lain akan memikirkan untuk meninggalkan PAS seperti sekarang. Sama kah Hj Hadi dengan TGNA?
Perlukan PAScai mendedahkan soal bai'ah ini sedangkan ia nya sepatutnya rahsia seperti mana rahsia yang di simpan oleh TGNA. Mustahil pemimpin yang terikat denga bai'ah tidak tahu kesan tindakan mereka dan adakah mereka benar-benar terikat dengan bai'ah dalam keadaan pemimpin PAScai dilihat tidak lagi memperjuangkan parti dengan berpegang pada perjuangan yang asal? Kita sepatutnya rahsia kan dan serah kan pada mereka yang terlibat. Mereka akan rasa bersalah yang amat sangat jika mereka di pihak yang tidak benar.
Kita yakin itu lah yang akan di lakukan oleh TGNA sekiranya pada ketika itu ada wakil PAS yang khianat pada parti. Di sini lah kekuatan TGNA.
Dan akhir sekali PAScai telah menunjukkan kebebalan nya apabila kesudahan yang di ketahui umum akan memakan diri pemimpin PAScai sendiri iaitu hilang sokongan dari kaum wanita dan akhirnya Timbalan Presiden PAScai sendiri menggesa isu bai'ah di selesaikan di mahkamah.
Dan yang buat kita sangat-sangat keciwa, pemimpin PAScai langsung tidak terlintas untuk menjaga nama baik TGNA semata-mata untuk melihat kesangsaraan pemimpin-pemimpin GHB yang telah banyak berjasa pada PAS.
Tuan Ibrahim pun bertindak lambat. Apa guna nya baru sekarang menghentikan isu tersebut dan baru sekarang hendak menyerahkan nya kepada pihak berkuasa?
Kepada Allah kita kembalikan.
Taklik menceraikan isteri dengan talak tiga, adalah sesuatu baiah yang sangat aneh dipraktikkan oleh Pas. Baiah taklik pada kebiasaannya dipraktikkan antara suami dan isteri apabila suami meragui kejujuran isteri, atau suami tidak menunaikan tanggunggungjawab zahir dan batin terhadap pasangannya. Sangat menghairankan bagaimana Pas mempraktikkan taklik talaq tiga kepada wakil rakyatnya yang keluar parti. Kesihan isteri yang tidak berdosa, dan tidak tahu apa-apa diceraikan kerana suami mereka telah keluar dari Pas. Ternyata Pas bertopengkan agama untuk merebut, mempertahankan kuasa atau mengikat seseorang. Ternyata juga Pas menganggap isteri sebagai barang yang boleh digadaikan. Pas telah menganggap isteri seperti barang kemas, kereta, rumah dan tanah yang boleh digadaikan di Bank Islam atau di ar-Rahnu.
BalasPadamPada seneorio yang sebenar, bukan wakil rakyat Pas yang ingin keluar parti, tetapi mereka berbuat sedemikian kerana sikap celupar presiden parti. Kenyataan-kenyataan Presiden Pas yang pernah menghalau, mengejek, mencabar menubuhkan parti baharu, dan menghukum menyebabkan wakil-wakil rakyat Pas tidak sehaluan tidak serasi lagi bersama parti. Kemenangan wakil-wakil rakyat Pas tertentu bukan mutlak dari undi penyokong-penyokong Pas, tetapi dari penyokong-penyokong Pakatan Rakyat. Pemimpin tertinggi Pas sendiri yang mengingkari semangat setia kawan dalam Pakatan Rakyat, sedangkan mereka yang keluar dari Pas adalah pendokong-pendokong PR. Sepatutnya pemimmpin Pas yang sering membuat pusingan U dan lidah bercabang inilah yang dikenakan taklik talak tiga ke atas isteri masing-masing.
Ini lah keistemawan Islam .biar rakyat menghatawi ader hukum .sebagai orang islam . macam maner pun kena belajar baruboleh protest. Hukum berjanji mesti bertanggong jawab walau pun pahit. Jangan Mengelak berbagai alasan. Tak ader hujungnya. Kita tetap mati besok.Lusa. jangan sampai macam dasai pernyaan desebabkan Surat sumpah sebelah pehak. Adil ker. Ini hukum agama. Belajar OK .
BalasPadamSekarang ini para ulama pun ada berbagai-bagai tafsiran dan hujah mengikut panduan ilmu dan pemikiran masing-masing. Ulama yang bijak lebih memandang kan yang mana lebih banyak membawa keburukan dari kebaikan.
BalasPadamSalah kah atau berdosa kah jika kita memberi pandangan mengikut Ulama Yusof Qardawi atau Maza? Apakah mereka yang terlibat wajib patuh pada pandangan Ulamak PAScai semata-mata ?
pas sekarang dipimpin oleh kumpulan bodoh sombong. apa saja masalah yg dihadapinya akan mengunakan media untuk bagi tahu semua orang yang mereka ulama yang pintar.
BalasPadamsemua masalah akan diselesaikan dengan cara propaganda. ahli pas diheret untuk pertahankan apa saja hujah pemimpin walau pun sedar terdapat pencapahan/divergent dari segi pembuktian/ketepatan tafsiran agama mahupun ilmu logiknya. semua yg mereka lakukan adalah betul dengan memetik ayat-ayat allah yg sesuai dengan kehendak.
ianya semacam sudah menjadi perkara biasa hingga hilang rasa malu. kita rasa cukup sedih apabila instituisi kekeluargaan (sebuah masjid runtuh). tapi tidak bagi mereka. terlompat-lompat kegembiraan macam monyet.
musidul amnya, presidennya dipuja sebagai orng yng punya kelebihan bacaan politik yang sangat luar biasa. apakah pas sedang menuju jalan kesesatan?
tanya sama haji hadi apakah nombor akaunnya. saya hendak derma 2 billion kerana kecermelangan hasil dari tarbiyah yg dibangga-banggakan itu. sebelum saya berubah fikiran.
sekian, terima kasih.
Utk wakil rakyat wanita..., nak talak 3kan siapa pula ek?
BalasPadamPAS adalah sebuah parti untuk perempuan yang suka ditalakkan.
BalasPadamABU
BalasPadamPas dah 1000 kali teruk drpd umno
Padam