9 Sep 2015

Hanya PAS Perjuangkan Islam, Khurafat Yang Wajar Dihapuskan

Baiah Taklik Talak Tiga: Ahli Akademik Kritik PAS

Tindakan Pas mengenakan syarat baiah yang berserta lafaz taklik talak tiga kepada ahlinya yang dipilih menjadi calon pilihan raya, dikritik kerana mencampuradukkan politik dengan hukum agama.

Malah apa yang dilakukan itu sehingga meruntuhkan institusi rumah tangga seperti apa yang berlaku kepada wakil rakyat parti itu yang kini telah ‘melompat’ ke Parti Pekerja Malaysia.

Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, apabila politik cuba dikaitkan dengan agama, ditambah pula menerusi pelaksanaan yang tidak jelas seperti sumpah baiah dan taklik, ia jelas mengundang masalah besar kepada masyarakat.

“Pas tidak sepatutnya menggunakan baiah seperti ini sewenang-wenangnya kerana kesannya sangat besar, bukan sahaja melibatkan parti bahkan membabitkan rumah tangga dan hubungan kekeluargaan ahli politik yang melafazkan sumpah (taklik) itu,” katanya.

Ahmad Marthada menyatakan sumpah baiah yang berserta lafaz taklik dibuat oleh pemimpin Pas itu ialah sesuatu yang tidak wajar kerana ia berkaitan jatuh talak kepada isteri.

“Ini sebenarnya bertentangan dengan ajaran Islam sendiri di mana baiah yang dilakukan selalunya melibatkan ketaatan kepada perkara -perkara yang dibenarkan dalam agama, bukan melibatkan perceraian dalam keluarga.


“Perkara ini seolah-olah isteri yang tidak berdosa akan menjadi mangsa keadaan. Tambah merumitkan keadaan kerana sebilangan pemimpin Pas telah melakukan bai’ah sedemikian dan mereka kini menjadi ahli kepada sebuah parti lain,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan status baiah yang dilafazkan kerana ia persoalan agama, bukan lagi politik.

“Adakah sah baiah itu sebenarnya? Ia kini ialah persoalan agama, bukan lagi persoalan politik,” katanya. -SH


ULASAN GB

Sudah banyak pihak yang menentang Baiah Talak 3 yang dikenakan oleh PAS kepada ahlinya yang dipilih menjadi calon pilihan raya.

GB tertarik dengan satu pandangan bahawa jika PAS ingin meneruskan untuk memaksa baiah talak tersebut dilaksanakan, maka ia perlu dimasukkan di dalam Perlembagaan PAS bahawa bukan saja kepada wakil rakyatnya, malah juga kepada semua mereka yang ingin menyertai PAS.

Ada berani?

Kedua, GB tertarik juga kenyataan Dr. Rozaime Ramle di atas yang menyatakan bahawa:

"Islam milik bersama bukan hanya milik Pas sahaja. Saya nak pecahkan KHURAFAT, bukan hanya Pas yang faham Islam. Orang lain pun ada yang faham Islam. Apabila tidak bersama bukan bermakna dia menentang. Ada benda yang kita boleh duduk sekali. Berkawanlah dengan orang-orang yang membuat kerja dakwah".

"JANGAN MENDABIK DADA hanya kita seorang yang buat kerja dakwah. Setiap orang berjuang di bidang masing-masing.."


Sebelumnya beliau menyatakan bahawa "Bai'ah (Sumpah) boleh dirungkai dengan membayar kafarah" dan terdapat beberapa ulama seperti Ibnu Taimiyyah dan Said Hawa menyatakan demikian.

Mengenai penubuhan Parti Amanah Negara, satu status dari Ust. Saiful Islam atau nama sebenarnya Haszrizal Abdul Jamil amat menarik perhatian:


Alhamdulillah, penubuhan Parti Amanah Negara nampaknya telah berjaya menjadi jambatan kepada pertubuhan-pertubuhan Islam yang besar di negara ini seperti ABIM, JIM, IRC dan lain-lain untuk meneruskan kerja-kerja Islam di dalam kerangka yang amanah, progresif dan peduli.

Ini bertepatan dengan hadith Nabi saw.

"Sesungguhnya ummatku tidak akan bersatu dalam kesesatan" - riwayat Ibn Majah.

Sesungguhnya memang benar kata-kata Ust Saiful Islam, Islam itu menghimpun bukan mengusir. Jika ada jemaah yang mengusir, maka fahamlah kita bahawa ia bukan jemaah Islam yang sebenar.







IKLAN BERBAYAR




17 ulasan:

  1. Bro, jangan menentang ulama pas suci mulia berilmu tinggi.

    Cina boleh pergi komen ulama pas auta politik, terus dilabel Hina agama.

    Pas ni hebat Tak terhingga

    BalasPadam
  2. Ulasan yang jelas dan tepat mudah untuk kita semua fahami melainkan kalau mereka yg hatinya dah tertutup.

    BalasPadam
  3. Pas sdh menghampiri usia tua, itu semua pandangan serta fikrah politiknya jauh berubah dari membela rakyat bertukar membela pemimpin. Allahuakbar...

    BalasPadam
  4. Bidaah atau khurafat atau sunnah atau amalan sesat atau ajaran sesat

    Semuanya ada di atas bahu pas

    Tolong kikis sebelum org islam dan bukan islam pandang HINA ,PAS !

    ayoh Ping Marang tolong bertaubat... Mung khabor ke tidok... Takmboh marang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu tak bising kenapa skrg ni baru nak bising 2 7.03am

      Padam
  5. Kalau dulu almarhum Ust Fadzil Noor menyatakan khurafat "hanya UMNO bleh memerintah Malaysia" perlu ditentang dan dihapuskan, kini khurafat baru... "hanya PAS perjuangkan Islam" juga perlu ditentang dan dihapuskan.

    PAS kini lebih menghampiri doktrin SYIAH. Menjadikan ulama sebagai "tuhan" mereka disamping Allah.
    Ulama dianggap sebagai "Ayatullah" dan kononnya tidak melakukan kesalahan. Ini termasuk khurafat yang besar

    Mereka menjadikan orang-orang alim dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah serta mempertuhankan al-Masih putra Maryam. Padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Mahasuci Allah dari apa yang mereka persekutukan. (QS at-Taubah [9]: 31).

    BalasPadam
  6. Untuk memastikan secara terang kedudukan bai'ah ini, sebelum di masukkan kedalam perlembangaan parti, cukup lah sekiranya ada pemimpin PAScai yang berani mengeluarkan kenyataan bahawa bia'ah akan terus dikena kan kepada semua calun-calun PAScai pada PRU yang akan datang.

    Minta Ahmad Yacob dan Amar buat kenyataan tersebut dengan memberi jawapan yang menyakinkan.

    Isteri-isteri wakil rakyat yang masih dalam PAScai pun makan hati sebab jadi barang cagaran. Lagi sedih apabila PAScai sekarang dah terkeluar dari landasan Islam.

    BalasPadam
  7. Baru kita tahu sebenarnya mengapa PAScai memberi tekanan dan merasa takut dengan Amanah.

    Rupa-rupanya bukan kerana Amanah membuka keahlian kepada orang bukan Islam. Kalau ini sebab nya PAScai tidak risau sebab kerja ini bukan mudah dan mereka tidak mencabar kemampuan Ulamak dalam PAScai.

    Tetapi yang membuat PAScai tidak tentu arah ialah apabila Amanah menghimpun kan NGO-NGO dan pendakwah-pendakwah yang ingin melihat Islam yang membawa rahmat.

    Patut lah PAScai nak buat persidangan. Ada sikat dalam serban.

    BalasPadam
  8. Jika bai'ah telah menjadi persoalan agama bukan lagi politik, adakah perkara ini perlu di bawa ke mahkamah yang mengesahkan jatuh talak atau tidak.

    Isu bai'ah (sumpah) ini perlu di putuskan oleh Majlis Fatwa bukan sahaja untuk parti politik tetapi untuk perkara-perkara lain dan sekiranya bai'ah ini memang sah baru lah ianya di bawa kepada mahkamah syariah untuk menentukan pula jatuh taklik atau tidak.

    Perkara ini mesti di selesaikan betul-betul bukan boleh diselesaikan dengan secara senyap-senyap atau pemimpin PAScai menarik balik bai'ah tersebut dengan memecat kumpulan yang keluar PAScai.

    Lagi satu adalah tidak adil menceraikan isteri dengan sekali gus talak tiga. Macam bagi notis 24 jam untuk keluar cari rumah sewa !!

    BalasPadam
  9. Itulah dia yang dikatakan "Rahmatan Lil 'Alamiin". Harapnya, PAN akan benar2 menzahirkan rahmat tersebut!

    BalasPadam


  10. LANGIT dan Bumi...Saling meNYATU
    BUMI "Dahaga"...Di Sirami HUJAN
    Adam dan Hawa...Azali yg"SATU
    JAMBATAN-Kaseh...Kita SATU kan

    JAMBATAN-Kaseh...Ikatan-AMANAH
    Tulus KUDUS..Kita SATU kan
    SYSTEM yg TELUS..Mudah & INDAH
    "AUDIT-Hisab"...Menara KEJAYAAN


    ISLAM itu...Bahasa QURAN
    Bahasa MUDAHnya...Menyerah PASRAH
    Se pasrah7"MENYERAH...Kpd TUHAN
    TIADA..U-Turn..PONTENG..dan FITNAH


    ISLAM itu...Bahasa ARAB
    Bahasa MUDAH nya...Menyerah PASRAH
    Tunggang TERBALIK...Fitnah dan SONGLAP
    Hancur 'MURTAD'...Di Laknati ALLAH


    ISLAM itu...Menyerah PASRAH
    Se pasrah7"MENYERAH...Kpd ALLAH
    MENYERAH Kpd...yg'Maha7"INDAH
    Men Jelma lah BUDI..SeKudus7"AMANAH"


    LANGIT dan Bumi...Menyerah PASRAH
    Jambatan-UNIVERSE...Ber SATU PADU
    System-INCLUSIVE...Di Dakapan ALLAH
    Indah ber TASBIH...Ke Hadrat Yg"SATU


    LANGIT dan Bumi..Ber TASBIH Riang
    Ber SATU Me MUJI...Ke Agungan TUHAN
    "AUDIT-Hisab"...AMANAH di JULANG
    Ber GEMERLAPAN...Cahaya KEINDAHAN









    BalasPadam
  11. Pendapat talak 3 jatuh sekaligus tidak kuat. Allah bagi 3 masa yang berbeza untuk berfikir. Jangan tolak tawaran allah. Bukan aku kata. Ulamak ulamak muktabar kata. Bukan mufti mufti cap ayam kata.

    BalasPadam
  12. Islam adalah hak allah swt bukan hak PAS.

    APA KUASA LU PAS NAK MENCAMPURI HAK ALLAH SWT DAN MENGHALANG KERJA HAMBA ALLAH YG SEDANG MENYAMPAIKAN DAKWAH AGAMA. ALWAYS THINK WAT IS OUR ROLE AS HAMBA ALLAH BUKAN THINK WAT IS OUR ROLE AS WAT EVER POLITICAL PARTI. BERDAKWAHLAH WAT EVER WE CAN TAK PERLU SAMPAI TAHAP TOK GURU BARU NAK BERDAKWAH (IF BOLEH SAMPAI THEN ALHAMDULILAH). IF WE ARE DOKTOR BERDAKWAH MENGIKUT CARA SEORG DOKTOR, IF WE ARE CUSTOMER SERVICE MAKA BERDAKWAH SEPERTI SEORG CUSTOMER SERVICE, IF WE ARE ENGINEER MAKA BERDAKWAH IKUT CARA ENGINEER. INSYA ALLAH SETIAP PERKARA KITA PERMUDAHKAN, ALLAH AKN PERMUDAHKAN URUSAN KITA. BERINGATLAH

    BalasPadam
  13. TGHH pernah menyarankan Ahli PAS yg x setuju dgn jemaahnya boleh keluar dari PAS...dah kuat sangatkah PAS ni...setahu kita kekuatan Parti apapun kerana ramai jemaah yg menyokong, lagi ramai lagi padu dan kuat...kalau cabar dan halau lari habihlah..tinggal ciput...masa tu nak buat HUDUD mcmana..masuk parlimen undi nak ubah perlembagaan kena ada 2/3 baru boleh buat....adakah Ahli Parlimen PAS 1/2 dari semua jumlah ahli parlimen.....itu sJadi Melayu bukan 'wild card' masuk syurga....jadi Cina bukan tiket masuk neraka....Cina di negara Cina jumlahnya ratus juta beragama Islam...berkali ganda dari jumlah rakyat Malaysia....seab DSAI kata kuta perlu ramai utk menang, lepas tu bincanglah elok2 baru AAA+....ni tidak dok halau bagi oecah dan tinggal sikit..mcmana tu????

    BalasPadam
  14. TGHH pernah menyarankan Ahli PAS yg x setuju dgn jemaahnya boleh keluar dari PAS...dah kuat sangatkah PAS ni...setahu kita kekuatan Parti apapun kerana ramai jemaah yg menyokong, lagi ramai lagi padu dan kuat...kalau cabar dan halau lari habihlah..tinggal ciput...masa tu nak buat HUDUD mcmana..masuk parlimen undi nak ubah perlembagaan kena ada 2/3 baru boleh buat....adakah Ahli Parlimen PAS 1/2 dari semua jumlah ahli parlimen.....itu sJadi Melayu bukan 'wild card' masuk syurga....jadi Cina bukan tiket masuk neraka....Cina di negara Cina jumlahnya ratus juta beragama Islam...berkali ganda dari jumlah rakyat Malaysia....seab DSAI kata kuta perlu ramai utk menang, lepas tu bincanglah elok2 baru AAA+....ni tidak dok halau bagi oecah dan tinggal sikit..mcmana tu????

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.