20 Sep 2015

Cagar Isteri, PAS Perlu Laksanakan Kepada Seluruh Ahlinya.. Ada Berani?

Hadi dakwa baiah cerai angkat kedudukan isteri dalam perjuangan Islam

Polemik baiah cerai taklik bekas pemimpin PAS yang menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) nampaknya belum reda apabila presiden parti Islam itu mendakwa, isteri yang "dicagarkan" dalam perjanjian politik itu sebenarnya diangkat taraf bersama kecintaan kepada Allah.

Menulis dalam kenyataan menerusi akaun Facebook beliau, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Allah tidak akan menurunkan rahmatNya kepada mereka yang "membeli" semula perjanjian mereka denganNya.



Katanya, PAS mensyaratkan baiah, yang dimasukkan di dalamnya sumpah dan laknat, sekiranya ia tidak dipenuhi, yang ditegaskan dengan menyebut nama Allah sebagai saksinya.

"Ada negeri yang memasukkan talak taklik, bukan bermakna merendahkan isteri, sebaliknya meninggikan kedudukannya sehingga dimasukkan bersama kecintaan kepada Allah, walaupun tidak menyamainya.

"Bahkan para sahabat Nabi Muhammad bersumpah dengan menyebut 'demi ayah dan ibu'.


"Kecintaan terhadap kedua-duanya tidak melebihi kecintaan kepada Allah dan Rasul, (ia) merupakan seni sastera Arab bagi mengukuhkan ucapan dan ikrar," katanya dalam kenyataan itu.

Dalam kenyataan sama, Hadi menegaskan yang kesetiaan kepada "perjuangan Islam" mengatasi kerjasama politik (tahaluf siyasi) dengan pihak lain.

"Tahaluf siyasi dengan pihak lain yang termasuk dalam perkara strategi, tidak boleh mengatasi baah kesetiaan kepada akidah, dasar dan matlamat perjuangan Islam.

"Walaupun PAS berkali-kali menerima kekalahan pilihan raya kerana kemenangan akidah dan matlamat Islam memimpin negara, syariat Allah didaulatkan tidak boleh tunduk kepada hala tuju yang dikehendaki semua pihak walaupun rakan paling akrab," katanya.

Kenyataan ini dibuat sewaktu perbincangan tentang penubuhan pakatan baharu politik pembangkang di antara PAS, DAP, PKR dan Amanah – yang dianggotai bekas ahli politik PAS – hangat berlangsung. -TMI

ULASAN GB

Jika benarlah dakwaan Presiden PAS yang menyatakan bahawa isteri yang "dicagarkan" dalam perjanjian politik itu sebenarnya diangkat taraf bersama kecintaan kepada Allah, maka sewajarnya ia hendaklah dilaksanakan secara merata dan adil. Ertinya tidak hanya dihadkan kepada wakil rakyat tetapi hendaklah kepada semua para ahli PAS, baru atau lama. Ia perlu dimasukkan di dalam Perlembagaan PAS bahawa: untuk menjadi ahli PAS seseorang itu perlu mencagarkan isterinya sebagai bukti kecintaan kepada Allah! Ada berani?

Mengenai istiqamah, yang perlu seseorang itu istiqamah ialah istiqamah dengan Islam, bukan istiqamah dengan parti, dan AMANAH adalah parti Islam alternatif selain PAS. Mereka yang menyertai AMANAH adalah orang yang istiqamah dengan Islam. Istiqamah dengan keputusan jemaah yang berkehendakkan jemaah bertahaluf siyasi seperti yang diputuskan oleh muktamar PAS bertahun-tahun. Yang tidak istiqamah ialah yang memutuskan tahaluf siyasi itu yang sekaligus telah menghancurkan Pakatan Rakyat.

Berkenaan dengan kenyataan Presiden PAS sebelum ini bahawa seseorang itu dianggap pengkhianat dan wajar dihapuskan, maka ia telah dijelaskan oleh Penasihat Umum Parti Amanah Negara, Ustaz Ahmad Awang seperti berikut:


INI JAWAPAN USTAZ AHMAD AWANG


"Jika keluar PAS kena hukum bunuh ikut hadis yang dibawa, maka orang yang tandatangan Perlembagaan PAS dulu yang perlu dibunuh kerana dalam Perlembagaan PAS membenarkan Ahli PAS keluar PAS dan bukan setakat keluar PAS malah mansuhkan PAS pun dibenarkan oleh perlembagaan PAS".

~Ustaz Ahmad Awang
Baling, Kedah.
03.08.15













29 ulasan:

  1. Lontaran persoalan yg baik dan tepat..ada beranika...

    BalasPadam



  2. Putar BELIT...Benang yg BASAH
    Ber JUTA Habuan..Songlap & FITNAH
    Sudah Menjadi...Ketetapan ALLAH
    Pen DUSTA Yg Sombong..Me Mutarkan LIDAH


    Lidah ULAR...Lidah BIAWAK
    Lidah FITNAH...Songlap KHIANAT
    Semakin HARI...Terang dan NAMPAK
    Makin di BENCI..Di Ketawa kan UMMAT



    Billa Si PONTENG...Mem Beri AMANAT
    Bila Pem FITNAH...Men Tafsir KHIANAT
    Bila Pe Nyonglap...Meng Imam kan SOLAT
    Alamat GELAP...Sesat dan MURTAD


    MURTAD itu...Bahasa ARAB
    Bahasa Mudah nya...Tunggang TERBALIK
    SESAT itu....Buta Yang GELAP
    Hancur MUSNAH...Haprak dan JELEK


    Semua BENCI...Dengan Pem FITNAH
    Benci Si PONTENG.....Pen CURI Balak
    Semua BENCI.....Songlap RASUAH
    Siku LUTOT....TOLOL yg Walaq


    Semua KASEH....Kepada AMANAH
    "AUDIT-Hisab"...Telus dan TEMBUS
    Sujud AMANAH...Kepada ALLAH
    Tak Wujud FITNAH...Songlap yg RAKUS


    FITNAH Ponteng...Songlap & RAKUS
    Akibat SYIRIK...Murtad di HATI
    ALLAH Me Mandang...Hati yg KUDUS
    SELFLESS..Tiada..Pentingkan..DIRI


    SELFLESS..Tiada..Pentingkan..DIRI
    Cinta kan UMMAH...Amanah ALLAH
    SeJujur7AMANAH...Mem Beri Ber BAKTI
    Meng Hapus FITNAH...Songlap & RASUAH


    Meng Hapus FITNAH...Snglap & RASUAH
    Se Kudus7AMANAH...Ber Takhta di HATI
    KASEH kan Ummah...Amanah ALLAH
    CITA dan CINTA...Sampai ke MATI


    KASEH kan Ummah...Amanah ALLAH
    CITA dan CINTA..Mem Bawa ke MATI
    Agung nya Ke "KASEH"..Pasrah Me NYERAH
    Menyerah PASRAH...Kepada "ILAHI"..




    BalasPadam



  3. Putar BELIT...Benang yg BASAH
    Ber JUTA Habuan..Songlap & FITNAH
    Sudah Menjadi...Ketetapan ALLAH
    Pen DUSTA Yg Sombong..Me Mutarkan LIDAH


    Lidah ULAR...Lidah BIAWAK
    Lidah FITNAH...Songlap KHIANAT
    Semakin HARI...Terang dan NAMPAK
    Makin di BENCI..Di Ketawa kan UMMAT



    Billa Si PONTENG...Mem Beri AMANAT
    Bila Pem FITNAH...Men Tafsir KHIANAT
    Bila Pe Nyonglap...Meng Imam kan SOLAT
    Alamat GELAP...Sesat dan MURTAD


    MURTAD itu...Bahasa ARAB
    Bahasa Mudah nya...Tunggang TERBALIK
    SESAT itu....Buta Yang GELAP
    Hancur MUSNAH...Haprak dan JELEK


    Semua BENCI...Dengan Pem FITNAH
    Benci Si PONTENG.....Pen CURI Balak
    Semua BENCI.....Songlap RASUAH
    Siku LUTOT....TOLOL yg Walaq


    Semua KASEH....Kepada AMANAH
    "AUDIT-Hisab"...Telus dan TEMBUS
    Sujud AMANAH...Kepada ALLAH
    Tak Wujud FITNAH...Songlap yg RAKUS


    FITNAH Ponteng...Songlap & RAKUS
    Akibat SYIRIK...Murtad di HATI
    ALLAH Me Mandang...Hati yg KUDUS
    SELFLESS..Tiada..Pentingkan..DIRI


    SELFLESS..Tiada..Pentingkan..DIRI
    Cinta kan UMMAH...Amanah ALLAH
    SeJujur7AMANAH...Mem Beri Ber BAKTI
    Meng Hapus FITNAH...Songlap & RASUAH


    Meng Hapus FITNAH...Snglap & RASUAH
    Se Kudus7AMANAH...Ber Takhta di HATI
    KASEH kan Ummah...Amanah ALLAH
    CITA dan CINTA...Sampai ke MATI


    KASEH kan Ummah...Amanah ALLAH
    CITA dan CINTA..Mem Bawa ke MATI
    Agung nya Ke "KASEH"..Pasrah Me NYERAH
    Menyerah PASRAH...Kepada "ILAHI"..




    BalasPadam
  4. Makin hati makin melalut.
    Apa pon go amanah go..
    Jgn dok fenin dgn klul klek semua neh...
    Keaian rakyat yg semakin tertindis

    BalasPadam
  5. PAS bukan milik Hadi Awang. PAS bukan agama, Hadi bukan nabi.
    Ramai dah lihat situasi dalam PAS makin bercelaru. Rosaknya parti, hancurnya parti kerana pemimpinnya.
    Kalau Hadi tidak menerajui PAS mungkin rasa terubat. Tapi kedudukan ini telah disusun supaya tidak tergugat. Dinyahkan semua mereka yang berbeza pendapat, maka tidak ada lagi yang boleh menegur pemimpin dalam PAS.
    PAS dilihat macam syok sendiri....ahli-ahli yang setia membabi buta pon di ajak syok sendiri.. alahai...

    BalasPadam
  6. Walaun2 sume bersedia lah jatuh ke dlm jurang yg dlm dgn presiden korg..timb,kp korg sume dh nk masuk gear undur..yg lain2 pn akn mnyusul nti..hahaha..ape la sgt sorg presiden jika d banding kn dgn 1 juta ahli PAS..1 juta ahli PAS ada lah lg penting dr sorg presiden PAS..
    SORG ketua sgt la sng nk d cari tp 1 juta ahli susah nk d cari..fikir2 kn la wahai ahli PAS yg ramai..

    BalasPadam
  7. Tepat sekali kata-kata Encik Anon 12:08 PM. Habis semua dibolotnya. Sendiri main muzik, sendiri menyanyi, sendiri menari dan sendiri tepuk tangan. Jangan ditegur kalau muzik sumbang dan jangan ditegur bila pitching lari. Kita tidak boleh buat ape kerana itu pentas mereka. Tiada yang kekal didunia ini. Bila tiba masanya pentas akan roboh juga atau orang lain akan menghalau 'penghibur' itu dengan membaling telor busuk!!!!

    BalasPadam
  8. Pernah lihat drama GURU YAHYA? PAS semenjak 2 menjak ni macam tulah... cuma dia tak ratiblah nama gurunya cuma dia ratib walak2 kononnya pewaris nabi... sorry ilmuan agama berilmu tanpa amal bukanlah ulama pewaris nabi..... apa yang diperjuangkan kini adalah demi KETUANAN HADI.

    BalasPadam


  9. Ini alasan bukan fakta. Sekiranya fakta, tidak mengambil masa terlalu lama begini baru nak cakap (berhujah) baiah cerai angkat kedudukan isteri. Sekiranya betul adakah semasa baiah, Isteri turut sama ada dan mengsahkan Isteri faham dan tidak ada bantahan.

    Sedangkan cerai ada lah satu perkara yang tidak di sukai oleh Allah, macamana Isteri seorang penjuang boleh suka dengan apa yang tidak di sukai oleh Allah.

    PAS telah meminta semua pihak tidak lagi bercakap mengenai baiah dan menyerahkan kepada mereka yang terlibat berurusan dengan Allah.

    Sekali lagi Hj Hadi menunjukkan sikap blind side dia selama ini dengan tidak memperdulikan nasihat dan arahan rakan dalam parti. PAS sudah cukup berat untuk menanggung beban isu baiah tapi Hj Hadi masih berdendan dengan alasan yang mengarut.

    Sepatutnya si isteri lah yang baiah dengan parti sekiranya suami khianat kalau begitu lah fahaman Hj Hadi sebab yang kena cerai isteri dan yang di angkat taraf kecintaaan kepada Allah pun si Isteri.

    Sebaik-baiknya PAS berani dan secara terang mengatakan bahawa baiah akan terus di kenakan ke atas wakil rakyat nya.

    Hj Hadi tidak sepatutnya mengunakan sumpah dengan menyebut 'demi ayah dan ibu' dengan menguna isteri sebagai cagaran dan di ceraikan. Jika nak ikut jugak cukup lah sekadar baiah menyebut 'demi isteri ku' .

    Kesabaran pemimpin PAS lain seperti Tuan Ibrahim sudah tidak bertempat dan merugikan PAS.

    BalasPadam
  10. Keluar PAS bermakna langgar baiah iaitu berlaku perceraian antara suami dan isteri. Adakah Allah meminta pemimpin PAS membubarkan perceraian seseorang jika tidak kekal dalam PAS. Adakah Allah dan Rasul bersetuju memaksa seseorang bercerai demi survival politik kepartian. Apakah hukumnya dalam Islam jika memaksa pasangan suami isteri bercerai tanpa ada sebab musabab yang munasabah? Pemimpin PAS dan pengikutnya perlu ingat bahawa "perkara halal yang dibenci Allah adalah perceraian"

    BalasPadam
  11. Dari masa ke semasa kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Hadi Awang mengambarkan beliau seorang yang autoratarian. Seorang yang mengaku pemimpin jamaah Islam tetapi jiwanya sangat autokratik. Autoratarian ialah satu sikap yang menghampiri ciri-ciri pemimpin diktator. Presiden Pas ini tanpa segan silu menghamburkan tuduhan yang pelbagai kepada individu atau kumpulan yang tidak sependapat dengannya. Beliau melabel pihak yang tidak sefikrah dengannya dengan gelaran pengkhianat, bodoh, tolol, barua, broker, agen Yahudi, agen DAP, kafir harbi, anti ulama, munafik dan sebagainya. Hadi Awang terus-terusan menyerang musuhnya dengan label-label yang tidak seharusnya terpacul dari mulut seorang ulamak yang kononnya bertaraf dunia. Balaci-balaci Pas tidak pernah menegur kerana keceluparan, bahkan mereka menganggap kenyataan-kenyataan Hadi Awang ini sebagai "sabda" dan "firman". Tiada seorang pun pemimpin bawahan berani menegur beliau kerana doktrin "maksum" dan "walaq" telah tertanam di dalam lubuk sanubari mereka.

    Hadi Awang tidak pernah meminta maaf kerana tutur katanya yang kasar dan keterlaluan. Beliau tetap menegakkan benang basahnya. Mana bumi yang tidak ditimpa hujan, mana lautan yang tidak bergelora dan mana manusia yang maksum. Mencagarkan isteri dalam isu baiah talak tiga bagi wakil rakyat yang keluar parti terus menjadi zikir beliau. Mencagar isteri dikatakan memartabatkan isteri. Sangat aneh kenyataan ini. Pada hakikatnya mencagar isteri persis meletakkan isteri di tempat yang paling rendah. Apakah isteri sama tarafnya dengan tanah, rumah, kenderaan atau saham yang boleh dicagarkan? Isteri adalah amanah Allah sedangkan aset-aset tersebut boleh diurusniagakan.

    Baiah diikrarkan semasa Pas berada bersama Pakatan rakyat. Pakatan Rakyat berakhir disebabkan pimpinan Pas sendiri yang memutuskan tahalus siyasi dengan DAP. Kesemua wakil rakyat Pas yang keluar parti adalah bertujuan untuk meneruskan kesinambungan legasi Pakatan Rakyat. Talak berapa pula pimpinan Pas dengan pasangan mereka yang telah merobek setia kawan dengan Pakatan Rakyat? Menghukum pihak lawan terlalu mudah, tetapi menghukum diri sendiri teramat payah, bahkan melihat diri sendiri dari sudut yang terlalu sempurna. Faktor usia memungkinkan Hadi Awang berlarutan menghina lawan, dan mungkin juga faktor ampu ahli-ahli menyebabkan beliau terlupa daratan.

    BalasPadam
  12. Hukum BCT @Hadi Awang tidak dapat mengatasi pendapat Sheikh al-Qaradawi, Sheikh Ali Hassan al-Halabi dan Msulana Halilul Rahman.

    BalasPadam
  13. Dah sakit mental naib ulamak dunia ni... TITM tak berani nak menegur.... ùtk tuan presiden letak jawatan... tak mungkin...terima je lah wahai org2 pas..

    BalasPadam
  14. Bro, we should stop being reasonable to the syaitan that full with lie in his mouth and full with derna in his pocket

    BalasPadam
  15. Pecat saja Hj.Hadi tamay cerita .dia ingat amanat dia sebagai prentah dari langit ka.

    BalasPadam
  16. Apa punya parti ni..heret bini sama..sama macam gadai bini pulak..dah presiden pun ada dua bini...nak suruh para ahli ambik bini kawan yg keluar parti ke...atau pun presiden sendiri yg nak berbinikan semua yg kena cerai..

    BalasPadam
  17. LAIN KALI NAK BERCAKAP SEMAK DAH6LU TERM N CONDITION. SKG TENGOK SKG KU LUDAH ORG SEKARANG DAH KENA LUDAH LU SENDIRI. KAN INI DIPANGGIL BODOH NAMANYA.

    BalasPadam
  18. Adakah dia juga cagar isterinya kalah sokong penerima derma berbilllion?

    BalasPadam
  19. Teringin nak tengok sijil bai'ah arwah datuk nik aziz yg telah beliau tanda tangan

    BalasPadam
  20. Pada pengamatan saya PAS dah tak ada apa-apa lagi lah...cakaplah apa saja, tak ada siapa yang nak dengar lagi. Soalan Subramaniam DHPP dalam muktamar hari tu sampai hari ni pun tak jawab. Pigi daaa.....

    BalasPadam
  21. Hadi suka putar belit ayat quran. Quran telah laknat dia. Sebab tu dia cakap berbelit belit. Kesian juga tengok pengikut bawahan. Hadi dan haron kencing pun dia orang takbir. Aku mengaku memang aku dulu macam tu.

    BalasPadam


  22. Hj Hadi menipu dan menghasut isteri pemimpin terbabit supaya menuntut cerai dari suami masing-masing.

    Dalam hal cerai ini, bukan bercerai dengan isteri sahaja tetapi dengan anak-anak sekali. Walaupun hubungan ayah-anak tidak terputus, hubungan tidak sama lagi dan masa bersama ayah-anak terjejas. Jika isteri di angkat taraf kecintaan nya kepada Allah, anak-anak bagaimana ?

    Sebetul nya, Hj Hadi mengaku kesilapan nya kerana merendahkan maruah wanita dan sekarang memberi alasan konon di angkat tarah wanita bersama kecintaan kepada Allah.

    Tapi sebaliknya Hj Hadi tidak sedar kenyataan nya itu membuat wanita tidak dapat menerima nya dan mereka bertambah marah. Mana mungkin sebab baiah bukan atas kerelaan mereka sendiri.

    BalasPadam
  23. Salam.

    PAS dah sasau...dah jadi setengah gila tak habih-habih serang PPM@ Amanah & sapa saja yang tak sekepala dengan depa.

    Sedarlah, Allah zahirkan aib kesalahan kepimpinan, akhlak, tipu daya kepimpinan terhadapa ahli & penyokong atasan mereka selama hari ni ! Ambil pengajaran... ulamak pun boleh sesat - ulama' su' - apatah lagi kita orang biasa-biasa ! JANGAN main ikut aje ! We must stand out albeit we're alone@ in minority !

    Betulkan destinasi perjalanan dgn bertaubat... jom, betulkan kembali aqidah, cari ilmu asas (fardhu ain) Islam yg betul, tepat & perkemas, mantapkan dengan ilmu tasauf & istiqamah dengan amal soleh untuk meningkatkan taqwa !

    BalasPadam
  24. Semak aku tengok haron hadi dan tontowi dalam pas.

    BalasPadam
  25. Pada pndpt sy,ketika tg hj hadi kata"siapa tak suka..boleh keluar parti"itu brmkna secara x langsung baiah telah terbatal

    BalasPadam
  26. tolong la jawab, adik tak tau nak pikir.
    Sekarang di Kelate ada YB Muslimat (Tg. Mas) Tahun 2008 Wan Ubaidah. Soalnya camne bunyi bai'ah YB-YB ni yer..?
    `Kalau saya berpindah parti atau dipecat oleh parti maka TERCERAILAH suami-suami kami dengan talaq 3.. gitu kerer...wekkk..

    BalasPadam
  27. TALAK tu sama cam TOLAK ker..?
    CERAI sama dengan CEROI ker..?
    PISAH sama dengan Piii Rahhh ker..?

    yang adik tau bukan TALOK tapi TOKROK... tokrok chetong tuang presideng. maaf laa.. adik x sekolah... wekkk..

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.