Amanah wujud sebab rakyat mahu
PARIT BUNTAR - Parti Amanah Negara (Amanah) wujud atas kehendak rakyat yang menyokong gabungan parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat, tegas Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Berucap dalam majlis penerangan dan dialog anjuran Amanah Parit Buntar di sini, beliau berkata, Amanah ditubuhkan bukan atas dasar rasa kecewa dan tamak jawatan, tetapi memenuhi kehendak rakyat yang mahu gabungan parti pembangkang yang kuat menghadapi BN.
“Tiada parti yang dapat menghadapi BN secara bersendirian tanpa bergabung antara satu sama lain. Amanah memenuhi harapan rakyat yang yakin dengan perjuangan Pakatan Rakyat sebelum ini,” katanya.
Majlis penerangan dan dialog yang diadakan di Parit Buntar buat kali kedua ini turut dihadiri oleh Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi dan Ketua Anak Muda Amanah (Aman) Perak , Mohd Fakhrurrazi Mokhtar.
Sementara itu, Mohd Fakhrurrazi menjelaskan keperluan wujudnya Amanah untuk menumbangkan BN kerana mustahil untuk parti pembangkang boleh menang secara bersendirian.
“Sejarah sudah membuktikan BN kehilangan banyak kerusi semasa pilihan raya umum apabila parti-parti pembangkang bersatu
“Pada PRU 2013, Pakatan Rakyat berjaya menghilangkan majoriti dua pertiga BN dalam parlimen,“ katanya.
Mohd Fakhrurazi turut menolak dakwaan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang menuduh sesiapa yang menyertai Amanah akan terjejas akidah.
“Ini tiada kaitan akidah malah Amanah komited meneruskan legasi politik Islam yang pernah ditunjukkan Yusuf Rawa, Datuk Fadzil Noor dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Parti politik ini akan terus berpaksi kepada politik berasakan ilmu dan akhlak, mewujudkan budaya mampu mengurus perbezaan dalam pelaksanaan prinsip hak bersuara dan tuntutan kesaksamaan seperti yang dituntut Islam,” katanya.
Fakhrurrazi berkata, Amanah diterima bukan sahaja oleh orang Islam malah bukan Islam yang mahukan perubahan politik atas dasar kerjasama jujur dan komited dalam Pakatan Harapan.
ULASAN GB
Keputusan untuk menubuhkan parti baharu adalah keputusan rakyat. Pada satu perhimpunan 16 Jun lalu di Muar, Johor, kumpulan progresif yang telah dirancang oleh pimpinan ulamak PAS untuk diketepikan melalui "cai' di dalam Muktamar PAS, telah membentuk jawatankuasa bertindak dengan bekas timbalan presiden Mohamad Sabu dipilih sebagai pengerusi, bekas naib presiden Salahudin Ayub sebagai timbalan pengerusi, Dr Dzulkefly Ahmad sebagai setiausaha dan bekas ketua Pemuda Suhaizan Kaiat sebagai penolong setiausaha.
Pembentukan jawatankuasa itu dilakukan apabila rakyat yang hadir diperhimpunan tersebut telah menyuarakan secara beramai-ramai bahawa sebuah parti politik Islam yang baharu ditubuhkan... apabila mereka melihat PAS telah kesasar dari perjuangan Islam dengan mengambil sikap melabel, memberi gelaran-gelaran buruk seperti BROKER, BARUA, TOLOL, ANWARINAS, PENCACAI DAP, SYAITAN dan sebagainya terhadap golongan progresif.
Presiden PAS sendiri, pada telah menghalau kumpulan progresif keluar dari parti. Malah melalui kempen untuk mengekalkan jawatannya sebagai Presiden PAS, beliau telah menuduh dan mengecop lawannya sebagai "calon yang ditunjukkan oleh DAP".
Diperburukkan lagi, pada muktamar yang lalu, resolusi muktamar telah menerima usul Dewan Ulamak PAS supaya memutuskan hubungan dengan DAP. Ia kemudian diterima oleh Majlis Syura dan berakhirlah apa yang disebut sebagai Pakatan Rakyat selama ini.
Apabila cabaran Presiden PAS disambut oleh kumpulan progresif dengan pembentukan Gerakan Harapan Baharu, sebuah NGO yang dibentuk sebelum tertubuhnya Parti AMANAH sebagai sebuah parti politik, tiba-tiba Presiden PAS menempelak mereka sebagai pengkhianat yang perlu dihapuskan. Apatah lagi penubuhan AMANAH disambut dengan jumlah bilangan ahli yang luarbiasa, termasuk sokongan dan dokongan beberapa NGO Islam yang terbesar di dalam negara seperti ABIM, IKRAM dan WADAH.
Timbullah pelbagai isu yang kesemuanya merupakan backfire kepada PAS sendiri, misalnya isu baiah talak dan seumpamanya, yang mendedahkan pekung PAS sendiri sebagai sebuah parti yang telah menghodohkan Islam selama ini.
Malah disuruhnya dan ditekan mereka yang meninggalkan parti untuk mengosongkan kerusi yang dimenanginya, tetapi aneh, di Selangor mereka beriya-iya memepertahankan kedudukan PAS di dalam kerajaan negeri dengan alasan mereka menang kerusi di Selangor di atas nama Pakatan Rakyat, walhal mereka sendirilah yang bertanggungjawab membunuh Pakatan Rakyat tersebut.
Demikian keserabutan PAS. Dan hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan..... biarlah mereka menyalak di kiri-kanan jalan, kabilah perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan akan terus berjalan...

PAS, Kau Ini Bagaimana?
Kau ini bagaimana?
Bila aku masih di situ
engkau bilang aku Jebon, aku parasit, aku barua, aku tolol
Kau ini bagaimana?
Bila aku masih di dalam parti itu
engkau bilang aku nyamuk, dan ingin halau aku keluar
Kau ini bagaimana?
Bila aku keluar engkau bilang
parti sudah bersih, ahli parti sudah ditapis
Kau ini bagaimana?
Bila aku bersama rakyat sertai BERSIH
engkau bersama UMNO tuduh aku ini balaci Cina, balaci DAP
Kau ini bagaimana?
Tapi aneh aku temui Sdra Idris di sana
Balaci jugakah dia itu?
Aku juga temui Tuan Ibrahim berbaju BERSIH
tapi sekadar menyertai BERSIH dari dalam rumahnya...
Kau ini bagaimana?
Sekarang kau bilang kononnya parti semakin kuat
kau bilang lebih ramai kini yang menyertai partimu
Bila aku bersama rakan tubuh parti baharu
Mula-mula kau bilang itu demokrasi
Kini kau tiba-tiba kau tuduh
aku ini pengkhianat dan perlu dihapuskan
Kau ini bagaimana?
Agama ini siapa yang empunya?
Tuhankah atau engkaukah?
Kau ini bagaimana?
Apakah kau bermaksud
menyamakan parti dengan agama?
Kau ini bagaimana?
Sedangkan agama itu satu, parti itu banyak
Seperti dulu-dulu, kau kafirkan orang yang tak menyertai partimu...
Kau ini bagaimana?
Dan kini engkau terus bersama orang yang kau kafirkan dulu
menghentam dan menuduh aku balaci Cina
Kau ini bagaimana?
Aku senyum sahaja
dan hanya dapat bersimpati sekolam rasa
kerana aku tahu ada tanda tekanan jiwa
dan ada penyakit sedang bernanah di hati sana...
Greenboc
8 Sept 2015
amanah pun muslim dan tidak pernah mencuri dan merembat mcm keluarga ayoh ping di perangsang
BalasPadamcuba dulu dgn amanah...
insyallah rakyat akan puas hati
Sambil duduk2 santai dan menghirup secanggir kopi, aku memikirkan betapa besarnya kekuasaan Allah mengaturkan perjalanan panjang manusia2 di bumi menuju hari pembalasan yakni kiamat.
BalasPadamBetapa Dia melawan balik rancangan manusia pencinta dunia dan harta sampai sanggup membuang rakan2 sehati sejiwa. Rupa2nya peristiwa yang terjadi ke atas rakan taulan dalam pas ini ada hikmahnya.
Syukur kami padaMu ya Allah. Kami harus menerima takdir ini dengan berlapang dada. Harus mengakui ianya sebuah nikmat dan rahmat. Kerana Engkau maha pengasih. Kerana Engkau janjikan agamaMu tetap sirna dan hidup sampai penghabisan umur dunia.
Walau kami Amanah masih merempat. Masih menumpang kasih dari hambaMu parti pekerja, kami tetap sabar dan selalu berdoa 'Wahai Allah tuhan yang maha penyayang, sempurnakanlah cita2 suci kami inginkan sebuah rumah yang selesa. Kami ingin menerima tamu. Ingin duduk elok2 lagi berkasih sayang terhadap semua makhlukMu di bumi. Perkenankan permintaan kami ya Allah. Amin.
Salam
BalasPadamMemang benar rakyat Malaysia yg sedar politik memerlukan parti politik yg PEDULI rakyat,tak kira orang atas pagar,orng umno,orng pkr,orng pas dan bangsa malaysia amnya.
Mulanya PAS merupakan satu wadah politik yg di kira terbaik utk rakyat Malaysia,tetapi malangnya kerakusan pimpinannya membuatkan PAS sudah menjadi parti-parti tok lebai sahaja.Disebabkan untuk mendapatkan kuasa dan mempertahankan kuasaa PAS mempergunakan agama islam yg suci dgn sewenang-wenangnya.Ahklak dan tertib sesuatu perbuatan dan tata-kerja tidak pernah dititik beratkan,asalkan matalamat dicapai.
sekarang ini pimpinan PAS sudah tengelam punca:
Mana nak buat dulu, DASAR ISLAM DULUKAH???
pertahankan kuasa dan rebut kuasa dulukah??
Atau erti kata mudah perut dulukah?? atau dasar islam dulukah??
Ramai kawan2 saya peringkat grass-root PAS msih confuse!!
mengikut mereka dalam PAS sekarang ni dah terbahagi 2 golongan pulak dah??
Yg satu nak bekerjesama dgn parti2 sekular dan yg satu lagi nak dasar islam??TAPI YG COMMON sekata bila bab PERUT masing-masing,semua tak berani nak lakukkan utk TEGAKKAN PRINSIP.AKU TOLAK ENGKAU, ENGKAU TOLAK AKU..Seperti lubuk emas di Selangor..mana dia Hadi,hARON..Mohktar snake,kenapa tak buat buat keputusan..CARA paling mudah highlightkan amanah pengkhianat,DAP jahat...kedua-dua selamat geng ulamak dan geng pelahap dlm PAS pun selamat...syuru tak miss.Yang jadi mangsa ialah balaci-balaci yg bederma,buat kerja kumpul orng kat bawah ni, dan yg berkeliaran dekat internet menegakkan benang yg basah.Pemimpin2 dia ,tiap2 bulan collect allowance dari undi cina yg tak islam tu!!
wassalam.
Setakat ini momentum PAN sgt memberangsangkan.pening lalat PAS dibuatnya walau bkn dgn serangan peluru berpandu secara langsung.bgtu juga umngok najib.
BalasPadamSo sekarang masanya utk memperkemaskan gerakerja ke akar umbi.pastikan setiap peti undi ada cawangan ahli yg komited dan terlatih dgn budaya politik & pilihanraya malaysia yg penuh dgn najis.
Jgn lupa saranan bro OD.kumpul dan cari dana utk gerakerja politik dan kebajikan.jgn harapkan semata2 sumbangan or tin milo.tubuhkan unit ekonomi utk memikir jana ekonomi parti agar tidak perlu bergantung kpd sumbangan mereka2 yg berkepentingan..
Biarkan PAS meroyan ckp sorang2.abis pil nanti baik senari la tu..kpd petugas pendokong PAN teruskan berusaha secara istiqamah berakhlaq..no salak2 no barua2 no jebon2 no munafiq2 no liberal2 no pengkhianat no hapus2 no paling penting no pil khudda.
BalasPadamTak boleh nak bayangkan jika sekarang ini tidak ujud satu pakatan yang melawan UMNO.
Bagaimana sekarang ini jika pemimpin-pemimpin yang kita sanjungi tidak tubuhkan Amanah.
Harapan yang setinggi gunung ini lah yang menjadikan Pakatan Harapan.
Atas ada nya Pakatan Harapan lah kita terus kan perjuangan jika tidak apa lah yang kita buat sekarang selain marah, keciwa dengan sikap acuh tak acuh Perdana Menteri yang suka berdolak-dalih.
Amanah sayang semua. Saya sayang Amanah.
Dan juga mengikut kehendak Hj Hadi selaku Presiden PAS !!!
Yang sebenarnya ahli-ahli PAS yang keluar, mereka taat kepada Presiden PAS. Bukankah Tuan Yang Terutama Presiden PAS telah menyuruh mereka keluar? Maka mereka keluarlah beramai-ramai bukan kerana lurus bendul tetapi kerana taat kepada perintah TYT Presiden!!!
BalasPadamadalah benar pas telah doktrin penykong dan ahlinya bahawa pas inilah saja wadah perjuangan islam yg wajib disokong
BalasPadamtolak pas dianggap tolak perjuangan islam maka blh jatuh munafik dan pengkhianat
ini kerana pas meletakkan hadi seolah2 membawa perjuangan paling tulin Nabi saw.. org lain semua tk berjuang islam dgn betul
maka keluar pas juga halal darahnya seolah2 khianat pd perjuangan Nabi saw.
klu ditanya mereka pasti mereka nafi tp itulah hakikat dan puncanya menyebabkan pas mudah2 tuduh Amanah pengkhianat islam dan DAP kafir harbi.
hanya pas saja yg islam
kita nk tanya bagaimana dgn pertubuhan2 islam yg lain apakah mereka juga tk islam dan tidak mengikut perjuangan Nabi saw.. hanya kerana mereka tidak mencanang hudud.
berapa byk NGO2 islam, badan2 kebajikan dll yg memberikan sumbangan mulia dalam masyarakat tp mereka tidak berjuang hudud.. adakah mereka tidak islam dan sia2 kerja buat mereka?
apakah islam tidak iktiraf semua itu? maka sia2lah buat baik kalau tidak berjuang hudud? begitu ke islam?
penyokong pas perlu dibasuh kotoran otak mereka yg menganggap pas adalah islam dan keluar pas adalah munafik.... ini sgt melampau
lupakah pas bahawa kalau munafik mereka takkan keluar dr pas dan tubuh parti baru... kalau munafik mereka mesti masih dlm pas dan sgt kuat menyokong pemimpin pas.. berlebih2 yg membawa rebah
itulah modes operandi munafik.. sedangkan keluar pas dan tubuh Amanah adalah telus dan jelas berterus terang tk setuju cara pas.
Progreisf keluar pas dan tubuh amanah sebab munafik2 dalam pas sedang merosakkan pas
MUNAFIK SEBENAR ADA DALAM PAS.. BERSELINDUNG DAN SUKAR DIKESAN
"MUNAFIK SEBENAR ADA DALAM PAS.. BERSELINDUNG DAN SUKAR DIKESAN" - Setuju dgn pandangan tuan. Tp ada juga yg memang jelas munafik nya... Yg muka tak tahu malu.
PadamSiang Ada Matahari, Malam Ada Bulan.
BalasPadam....
Nizar, kamu ada kami,
Rakyat jelata yang berotak,
berhati bernurani,
mengerti,
berbudi dan berani.
yassinsalleh
1000 hrs jun 16, 09
Jangan banyak fikir dan jangan banyak cakap, masuk saja AMANAH dan tinggalkan Pas !!!
BalasPadamAmanah - dicadangkan buka pra keahlian online- kemudian asing ikut state dan form team follow up utk isi borang. In sya Allah permohonan besar2 an akn tetjadi.
BalasPadam