Tepukan buat Muhyiddin, 'boo' untuk Ahmad Maslan
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan disambut dengan 'boo' dan ejekan sewaktu Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Pontian sekalipun beliau adalah timbalan bahagian kawasan itu.
Ia berbeza dengan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disambut dengan tepukan sewaktu ketibaannya dan ketika sampai ke kemuncak ketika menyampaikan ucapannya.
Laungan "Hidup Tan Sri!" beberapa kali turut bergema dalam dewan sepanjang beliau menyampaikan ucapan.
Bagaimanapun, Ahmad, yang juga MP Pontian di'boo' dan diejek sewaktu nama beliau disebut.
Keitka beliau diperkenalkan oleh pengerusi majlis, beliau di'boo'. Ketika Ketua Umno bahagian Hasni Mohammad menyebut nama Ahmad dalam ucapnnya, tepukan perlahan oleh hadirin.
Sewaktu Muhyiddin menyampaikan ucapan, beliau mengucapkan tahniah kepada Ahmad yang dilantik menjadi timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri. Hal ini juga mengundang ejekan 'boo' oleh hadirin.
Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno serta merta menegur hadirin supaya tidak melakukan demikian.
"Beliau timbalan ketua bahagian Umno Pontian, jangan 'boo'," kata Muhyiddin.
Ketika ditemui Malaysiakini kemudiannya, Ahmad ditanya mengenai reaksi beliau berhubung penerimaan perwakilan hari ini.
"Dua orang saja kan?" kata beliau sebelum beredar. -mk
IKLAN BERBAYAR
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan disambut dengan 'boo' dan ejekan sewaktu Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Pontian sekalipun beliau adalah timbalan bahagian kawasan itu.
Ia berbeza dengan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disambut dengan tepukan sewaktu ketibaannya dan ketika sampai ke kemuncak ketika menyampaikan ucapannya.
Laungan "Hidup Tan Sri!" beberapa kali turut bergema dalam dewan sepanjang beliau menyampaikan ucapan.
Bagaimanapun, Ahmad, yang juga MP Pontian di'boo' dan diejek sewaktu nama beliau disebut.
Keitka beliau diperkenalkan oleh pengerusi majlis, beliau di'boo'. Ketika Ketua Umno bahagian Hasni Mohammad menyebut nama Ahmad dalam ucapnnya, tepukan perlahan oleh hadirin.
Sewaktu Muhyiddin menyampaikan ucapan, beliau mengucapkan tahniah kepada Ahmad yang dilantik menjadi timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri. Hal ini juga mengundang ejekan 'boo' oleh hadirin.
Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno serta merta menegur hadirin supaya tidak melakukan demikian.
"Beliau timbalan ketua bahagian Umno Pontian, jangan 'boo'," kata Muhyiddin.
Ketika ditemui Malaysiakini kemudiannya, Ahmad ditanya mengenai reaksi beliau berhubung penerimaan perwakilan hari ini.
"Dua orang saja kan?" kata beliau sebelum beredar. -mk
TMJ tegur Puad kerana dakwa hubungan Najib dan Sultan Johor baik
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Tunku Ibrahim menegur seorang ahli Majlis Tertinggi Umno dari negeri itu yang mendakwa hubungan di antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar adalah baik.
Menurut Tunku Ismail, Datuk Dr Puad Zarkashi tidak wajar membuat kenyataan tanpa mengetahui perkara sebenar yang berlaku.
"Merujuk pernyataan yang dibuat seorang Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengatakan tidak ada masalah antara Sultan Johor dan perdana menteri, pada pendapat saya seseorang tidak perlu membuat kenyataan tanpa menyedari cerita yang sebenar.
"Jangan membuat spekulasi berkenaan DYMM Tuanku ada masalah dengan perdana menteri atau tidak, kerana hanya DYMM Sultan dan saya sahaja yang tahu keseluruhan cerita tentang perkara tersebut.
"Oleh itu, buat masa ini, hanya kita perlu tahu dan tidak ada sebab untuk ia didedahkan kepada umum," katanya menerusi akaun Facebook Johor Southern Tigers hari ini merujuk kepada Puad yang juga merupakan ketua pengarah Jasa.
Dua hari lalu, Puad mengeluarkan kenyataan yang hubungan di antara Najib dan Sultan Ibrahim adalah baik sewaktu menjelaskan khabar angin di media sosial yang hubungan di antara mereka tidak mesra.
Sebelum ini, Tunku Ismail turut membidas forum Nothing2Hide yang dibatalkan pada saat-saat akhir kerana Najib tidak muncul.
Keluarga diraja Johor juga turut menerima menghadap Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas beliau digugurkan daripada Kabinet hujung bulan lalu. – TMI
Timb menteri perdagangan yg gagal tarik pelabur ...
BalasPadamSehingga pelabur seMua lari... Jual ringgit buang tong sampah... Beli u.s Dollar...
Expat cakap good bye kepada bumi Malaysia...
Tak heran ringgit cecah rm4.88 klcj merudum 1500. Maybank cimb harga separuh...
Mana mat maslan pergi bawak suey jahanam mcm najib
Yang boo tu dua orang, yang mengejek tu semua orang .. hihi
BalasPadamJawatan menteri patut adakan kementrian baru.Kementrian Mengampu Pm.Ketua nye Ahmad maslan,naib nye Nazri Aziz.
BalasPadamPuad zakarshi-padan muka nak bodek sangat Najib nah ambil habuan dari TMJ. Elok Puad dan Mat 3.85 suku ni letak muka dalam mangkuk tandas.
BalasPadamYa Allah. Mengapakah kau lahirkan 2 orang manusia semacam ini untuk menjadi pemimpin kami?
BalasPadamAdalah lebih elok kau jadikan mereka haiwan sahaja. Sesungguhnya haiwan itu berjuta kali lebih mulia dari manusia. Mereka hidup dan berzikir menyebut2 namaMu. Hanya nabi Sulaiman yang memahami bahasa mereka. Haiwan ini titipan Ilahi kepada manusia. Selama2nya tiada berdosa.
Atau kau jadikan dua manusia ini daun2 sahaja. Akhirnya dia layu dan kering lalu hancur menjadi baja. Berjasa dan tiada berdosa.
Kenapa kau jadikan 2 orang ini untuk dihina oleh bangsa dan rajanya. Kenapa orang2 seperti ini kau jadikan sebagai sebagai pembela ketuanya yang zalim. Padahal kalau mereka kata hanya untuk cari makan, 2 keping roti canai, cukup untuk mengenyangkan.
Kau bukalah hati2 mereka untuk kembali menjadi sebenar2 manusia. Atau kau binasakan mereka dan gerombolan mereka dengan sebesar2 kebinasaan.
Amin..
semenjak najib jd pm tak pernah putus bencana ..itulah "berkat"menjunjung pemimpin zalim.. tak mustahil usd 1=rm5-6. ini kerana dollar index mmg dijangka akan semakin meningkat..disebabkan sentimen pasaran dunia yg pesimistik..tp ringgit akan jatuh lebih teruk berbanding matawang lain disebabkan krisis ketidakpercayaan kepimpinan sekarang. Ramalan R.A.H.M.A.N semakin nyata.
BalasPadamapabila ringgit jatuh..kesan kekal akan muncul iaitu harga barang akan melambung, bila harga barang melambung..ia tak akan turun kembali! bencana yg menunggu dihadapan kita
bN bukan pun menang majoriti besar dlm pru13 secara puratanya...atau dlm kerusi2 yd ditandingi,... dgn gst dan krisis 1mdb serta 'derma' 2.6bilion rakyat tentunya akan lebih percaya kpd pembangkang..atau semakin ramai yg tidak akan mengundi Bn lagi,,,,.
Jd tidak boleh dipertikai undi Bn akan makin merosot dan kerajaan baru pd pru14 tentunya bukanlah lagi Bn...
apabila itu terjadi, semua pemimpin dan ketua2 bhg UmNo harus dibongkar cara mrk dpt kekayaan mrk. Pembangkang mmg lah tak disukai org Melayu..tapi at least mrk bukan hipokrit...adalah lebih jijik dan kotor bagi org2 yg mendakwa menyokong kepentingan bangsa ..tetapi dlm bersembunyi mengkhianati bangsa itu sendiri, rakyat, agama dan dan negara. Rakyat tak akan memaafkan pemimpin2 UMNO akan pengkhianatan mrk dgn membiarkan keadaan ini berlanjutan dan kesan hutang yg berlaku atas ekonomi negara yg dibebankan kpd rakyat
Berdasarkan kajian ethnography, masyarakat Banjar dikatakan mempunyai sahsiah keagamaan yang sangat tinggi berbanding dengan kemajuan mengejar keduniaan. Personaliti orang Banjar adalah tegas, garang, mudah naik radang (panas baran), pantang dicabar, bukan pembodek dan sukar dipengaruhi.
BalasPadamAhmad Maslan dan Puad Jarkasi adalah dua orang pemimpin Umno Johor yang berasal daripada etnik Banjar. Di lihat dari sosok tubuh dan komunikasi hariannya, kedua-dua pemimpin ini mewarisi secara genatiknya personaliti orang Banjar. Mereka berdua ini agak berbeza dengan kebanyakan etnik Banjar yang lain kerana kaki ampu dan mudah dipengaruhi. Memang sudah diketahui umum orang Banjar sangat sukar dipengaruhi dan bukan kaki ampu. Inilah kelainan bagi mereka berdua.
Banyak kenyataan-kenyataan beliau yang boleh dikategorikan sebagai lawak antara bangsa. Ramai orang ketawa apabila beliau membuat kenyataan. Kenyataan-kenyataan beliau lebih lucu berbanding dengan peserta-peserta Maharaja Lawak. Kelainan inilah yang menyebabkan PM melantik Ahmad Maslan menjadi Timbalan Menteri Perdagangan antara bangsa.
Puad Jarkasi yang dahulunya pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Pendidikan. Apabila tewas dalam PRU 14, beliau kehilangan jawatan kabinet. Lantaran beliau pandai membodek, beliau dilantik menjadi Ketua Pengarah JASA (Jabatan Hal-Ehwal Khas) di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Beruntunglah mereka berdua ini kerana tidak mewarisi 100% genetik Banjar. Mereka mendapat pangkat dalam kabinet dan kerajaan kerana sikap ampu dan mudah dipengaruhi oleh. Kedua-dua pemimpin Banjar Johor ini mempercayai dan mempertahankan 100% kenyataan dan saranan PM. Betapa beruntungnya mereka berdua setelah keluar dari kepompong sikap dan psikologi orang Banjar.