16 Ogo 2015

Ust Ahmad Awang Dilantik Penasihat Umum Harapan Baru

Ketua Ittihad Ulamak Cawangan Malaysia, Ustaz Ahmad Awang dilantik sebagai Penasihat Umum Harapan Baru (GHB).

Perkara tersebut diumumkan pada sidang media selepas majlis perasmian sempena program Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah (NUNJI15) anjuran GHB hari ini.

Ustaz Ahmad Awang sebelum itu diundang merasmikan NUNJI15 yang berlangsung di Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), hari ini.

Dalam ucapannya, Ustaz Ahmad Awang berkata, NUNJI15 yang mengangkat konsep "Rahmatan Lil Alamin" sebagai tema, diharapkan dapat diterjemahkan dalam membimbing perjalanan politik di Malaysia khususnya dan di dunia umumnya.

Menurut beliau, para peserta diberi peluang untuk mendengar dan berdialog dengan para pembentang yang berwibawa dalam bidang masing-masing serta tokoh yang dikenali masyarakat.

"Kehadiran Nadwah ini tepat pada masanya untuk para peserta menghadam tajuk-tajuk besar yang berkaitan dengan Islam dan kenegaraan.

"Perbahasan dan perincian tajuk besar ini mempunyai implikasi terhadap bagaimana para pengamal politik Islam khususnya berfikir dan menterjemahkan dalam gerak kerja dalam menyampaikan mesej Islam dalam kerangka sebuah negara," katanya.

Beliau turut mengharapkan nadwah ini dapat menyumbang kepada pembentukan satu formula kerangka fiqh tempatan yang bersifat majmuk dan rencam pemikirannya.

"Fiqh Malaysia atau Fiqh Malayzi adalah sumbangan besar Malaysia ke alam Islam dan dunia dengan menjadikan prinsip syariah sebagai panduan utama jalan formulasinya," katanya.









IKLAN BERBAYAR







13 ulasan:

  1. Terbaikkk!! Semoga GHB terus maju ke hadapan dlm persada politik negara.

    BalasPadam
  2. Maju ke hadapan dgn gerakerja dan perancangan yg tersusun serta berterusan.
    Nampaknya HB telah melangkah bertatih melapasi beberapa cabaran awal dgn bergaya walau serba kekurangan.sy percaya insya Allah ia akan bergerak dgn lebih laju selepas ini.
    Go HB go.
    Buktikan HB bkn main2 mcm pilih ketua berpandukan sepotong kertas CAI.
    Ala2 wahyu tu gamaknya....

    BalasPadam
  3. Patut lah Abduh tak senang duduk.
    Modal Abduh, balik-balik ganjaran pahala. Agaknya yang hasil cai dulu tu pun dapat pahala. Berbeza sungguh dengan pendekatan GHB yang lebih mementingkan matlamat perjuangan Islam dengan mengangkat konsep "Rahmatan Lil Alamin".
    Siapa lah yang gatal kejut dia dari tidur?
    Minta pandangan ramai sebab tak faham lah dengan pemimpin yang dikatakan ulamak ini. Yang cai tidak ada dalam disiplin parti boleh buat tapi yang pecat termaktub tidak pulak berani mereka buat?
    Abduh kata ‘penyakit’ itu (pemimpin PAS) keluar dengan sendiri tanpa perlu dibedah buang’. Harap Abduh bersabar lah sementara 'penyakit' itu keluar dengan sendiri. Tak perlu risau dan takut, bukan boleh buat apa-apa pun. Cuma nak tambah sikitlah, apa program yang dah dibuat supaya dapat bertahan dari 'penyakit' itu?

    BalasPadam
  4. Ada satu permintaan, harap Ustad Ahmad Awang di kurniakan kesihatan zahir batin yang cukup baik untuk turun sertai BERSIH.

    Rasa-rasa nya Tuan Presiden akan pergi luar negara lagi pada tarikh tersebut. ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yaya pergi jepun untuk kongsi ilmu agama.

      Tapi pelik cina kapir ramai Sini dia Tak kongsi ilmu?

      Padam
  5. Salam

    Tahniah ustaz Ahamad Awang.Kemulian sesaorng Ulamak itu,nur cahaya datang dgn sendirinya daripada Allah,tiada dipaksa-paksa,menunjuk-nunjuk akan kehebatan,ianya datang dgn sendirinya dgn amalan ilmu agama ahlklak yg Ikhlas.

    semuga kami yg kurang didikan agama dapat tunjuk-ajar/tauladan dari pemimpin-pemimpin yg ikhlas.

    wassalam.

    BalasPadam
  6. Pesanan buat ahli2 ghb,jgn kutuk pas dan ulamak,nnti org akan x suka pd ghb,kita(ghb)teruskan gerak kerja,jgn layan lg pas.
    Pemimpin2 ghb WAJIB tarbiyah(ilmu agama dan akhlak)kpda seluruh akar umbi,tuan greenboc..tlong smpikn pesanan ini pd pmimpin ghb

    BalasPadam
  7. Taniah! Sila selalu hadir meeting dengan parti rakan. Jangan macam ulama pas suci mulia ponteng meeting ponteng parliament .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuang presideng pun kaki tuang ? Halal ke haram elaun yg dpt tu ?

      Padam
    2. Mulut celupar, khianati janji ( kes DUN Kota Damansara dll ) fitnah sana fitnah sini, mengkafirkan di sana mengkafirkan di sini , UAMAK kah itu ?

      Padam
  8. Syukur dan terima kasih ya Allah. Telah Dikau sempurnakan perkumpulan kami dengan hadirnya seorang pemimpin yang boleh memandu kami ke jalan yang benar. Jalan yang Dikau redai. Semoga Ustaz Ahmad bin Awang sentiasa dikau rahmati. Sentiasa Dikau bantu dan mudahkan pekerjaan beliau. Amin Ya Rabbalalamin.

    BalasPadam
  9. Terbaek.mmg tepat orgnya..syabas kipidad

    BalasPadam
  10. Setelah pergi nya TGNA meninggalkan kita, rasa nya tidak sesuai lagi di guna gelaran Tuan Guru yang sekarang sama taraf seperti memberi gelaran Ayahanda kepada Rani Kulup.

    Kita perlu seseorang seperti TGNA untuk meletakan semula gelaran Tuan Guru di tempat yang di muliakan kerana Ilmu dan cara hidup nya yang bersederhana.

    Sekurang-kurangnya apa yang kita harap dari Ustad Ahmad Awang ialah Ustad mampu membuktikan kita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah, kalau pun kita tak mampu melakukan sebagaimana sikap kerendahan hati TGNA apabila di khalayak ramai.

    Nyalakan lah obor Islam untuk GHB.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.