Al Fahmu dalam erti sebenar disisi Islam.
♦Kefahaman yang benar adalah memahami Islam sebagai ad-Din. Kebenaran ini merentasi semua perkara sama ada kepentingan individu atau kepentingan sesebuah organisasi.
♦ Apabila kita meletakkan Islam sebagai pegangan, kesedaran kita yang utama ialah kita memiliki kudrat dan ilmu yang terbatas. Maka kita sebagai insan sudah pasti tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.
♦Setinggi-tinggi matlamat adalah mendapatkan redha Allah. Untuk mendapatkan redha Allah, Al-Quran dan Hadis menjadi panduan. Kedua-dua panduan ini adalah hak bagi semua muslim sama ada dalam UMNO, PAS, IKRAM, ABIM, ISMA, dan umat muslim keseluruhannya.
♦PAS merupakan wasilah atau alat untuk mencapai matlamat yakni redha Allah. PAS memperjuangkan pelbagai agenda. Siasah, Dakwah, Tarbiyyah dan semua perkara seperti yang terkandung dalam Quran dan Hadis. maka PAS adalah alat untuk menjayakan agenda tersebut dalam konteks negara demokrasi.
Apabila menang PRU, PAS dapat menyuarakan agenda tersebut di parlimen. PAS tak dapat menyuarakanya jika kalah PRU. sedangkan hasil parlimen adalah pelaksanaan. PAS mesti menang PRU barulah agenda itu lebih mudah dicapai. cth: P.Pinang, penceramah PAS bebas berceramah di masjid dan surau. begitu juga di selangor. amat berbeza jika BN yang memerintah. PAS sukar masuk masjid untuk berceramah. cth lain: hasil hubungan PAS dan DAP di P.Pinang, setiap tahun Lim Guan Eng menaikkan peruntukkan/dana kepada sekolah-sekolah agama.
Untuk mencapai matlamat, tidak semestinya hanya dengan PAS. Sekiranya kita berfikir hanya dengan PAS matlamat akan tercapai, amat malang bagi mereka yang duduk dalam IKRAM, ABIM, ISMA, tabligh apatah lagi yang tidak berorganisasi. sedangkan mereka juga ada iltizam untuk amar maruf nahi munkar. cuma beza dengan PAS, ialah kuasa politik.
♦"Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah"
Perlembagaan ini walaupun termaktub dalam perlembagaan PAS namum hak memperjuangkannya bukan hak istimewa ahli PAS sahaja. Sesiapapun berhak untuk memperjuangkannya sekalipun mereka bukan ahli PAS. Perkara ini kita sebut sebagai agenda mengislahkan masyarakat yang akhirnya wujud sebuah masyarakat era madaniyyah. Ringkas kata, agenda mengislahkan masyarakat adalah agenda bagi semua dai'e yang komited untuk mendidik ummah. Sesiapa yang komited, sekalipun dia bukan ahli PAS, dialah yang akan menang. Sekiranya tidak komited, walaupun dia ahli tegar PAS, dia akan kalah.
Kesimpulannya, siapa buat kerja yang bersungguh-sungguh beserta dengan niat yang ikhlas, dialah yang menang. Begitupun bagi yang ikhlas sahaja tetapi malas, akan gagal.
PAS dan GHB
Pada asasnya, kedua-dua kelompok ini memperjuangkan Islam. Kita mesti akui bahawa barisan konservatif dan progresif komited terhadap Islam. Sekiranya timbul sangkaan lain daripada asas ini, ketahuilah ia tidak benar.
Namun, kedua-dua kelompok di dalam PAS bertembung dari sudut method, strategi politik, dan isu-isu kecil lain yang menambahkan perencah pertembungan.
Pertembungan kian memuncak. Kita harus disedari bukan sahaja punca yang disebut tadi, tapi wujud persangkaan negatif yang tidak berasas dicanang rancak:
⛔ Lebel parasit dalam PAS. Hasan Ali yang ditendang daripada PAS kemudian giat dalam forum-forum anjuran UMNO, beliau yang pertama membuat lebel 'parasit' ini kepada ahli PAS. Label ini disambut lantas mengakar dalam kalangan ahli. Sesama ahli PAS saling bersangka. Saya sendiri pernah dilabel parasit dalam kalangan JIK kampus.
⛔ Geng Erdogan. Label ini wujud kerana ada ahli PAS yang kagum dengan Recep Tayyeb Erdogan yang menjadi presiden Turki. Beliau asalnya daripada Parti Refah pimpinan Nechmen Erbakan tetapi keluar dan menubuhkan AK Parti yang sehingga kini memerintah Turki.
⛔ Label: JEBON, MUNAFIK HARAKI, LIBERAL, SYIAH, TOLOL, BARUA, ALAT DAP, DLL.
Label- melabel semakin memuncak di dalam PAS dan amat sukar untuk dihentikan. Salah satu faktor yang menyumbang sukarnya dihentikan adalah kerana label-melabel ini keluar daripada mulut pimpinan PAS itu sendiri.
Pada saya, semua label ini wujud atas persangkaan yang gopoh atau kerana pemikiran 'simple minded' yang gagal.
❌ Klimaks: Pertembungan bukan lagi cakap label-melabel tetapi hingga melibatkan gerak kerja yang merugikan PAS. Saya tidak perlu mencatatkan semuanya disini. Namun cukup 1 contoh kecil yang saya berikan: JPM negeri melarang ahli menyertai program tertentu walhal ia program PAS, atau ahli dilarang menjemput penceramah tertentu sedangkan penceramah itu ahli PAS, malah tanzim JIK juga pernah dirombak atas arahan JPM dan menaikkan ahli yang baru 2 minggu berbaiah dan masih terkial-kial. Apa yang ingin saya sampaikan disini adalah perpecahan amatlah teruk dan amat sukar dibaiki lagi. dari jemaah kampus hinggalah kepada pimpinan PAS pusat.
✅ Kelahiran GHB.
PAS patut bersyukur kerana mereka yang dilabel seperti yang saya sebutkan diatas akan benar-benar keluar. Selepas ini PAS tidak lagi mempunyai ahli seperti ini.
Kesimpulan
✳ Sekiranya kita memahami seni politik dan sifatnya yang berubah-ubah, kita tidak akan melenting dengan gerombolan ahli PAS yang ingin keluar dan bersama wadah baru GHB. menurut pemerhati politik, Mohd Sayuti Omar, kewujudan GHB sebenarnya memberi kredit kepada Islam dan PAS itu sendiri. GHB yang dianggotai profesional dan progresif lebih kedepan dalam isu-isu negara seperti 1MDB, POTA, TPPA, GST, dll. Manakala PAS yang dipimpin ulama konservatif boleh menumpukan pengundi luar bandar yang selesa dengan gaya konservatif. GHB yang profesional boleh fokus dengan pengundi bandar yang sesuai dengan gaya fikir profesional. Kedua-duanya tetap dengan matlamat. Namun disebabkan pertembungan yang terpaksa berpisah, masing-masing boleh melakukan kerja politik dengan cara sendiri.
Pesan saya: janganlah memanipulasi kata 'istiqomah' itu. setinggi-tinggi istiqomah ialah istiqomah bersama Islam. Amal Islami dalam agama amatlah luas. Mereka yang bukan ahli PAS pun boleh beramal menurut kemampuan dan persekitaranya. Apabila ada yang keluar PAS, itu tidak bermaksud mereka tidak lagi istiqomah dengan Islam. Teknikalnya, PAS tetap wasilah.
Memanipulasi makna istiqomah itu hanya refleksi kepada sebuah kegagalan menyelesaikan pertembungan tadi. Di awal perpecahan yang berlaku, seolah-olah ahli yang dilabel itu sekadar perosak dalam PAS. Mengapa bila "perosak" ini keluar dari PAS sekarang timbul kata 'istiqomah'?
Rendy Ismail
Ketua Anak Muda GHB Sabah.
Mungkin PAS hanya dapat bertahan 2 tahun lagi ?Oleh Hasbie Muda
1. Ramai yang berminat nak menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) mengemukakan persoalan ini. Mereka was-was apabila Presiden PAS meramalkan bahawa GHB hanya mampu bertahan 2 tahun sebelum melingkup.
2. Pertamanya, perkara yang akan berlaku pada masa depan adalah dalam ilmu Allah. Walau bagaimanapun sesiapa sahaja berhak membuat unjuran politik berasaskan sejarah serta kajian yang mungkin mereka lakukan. Ramalan atau unjuran untuk boleh jadi betul dan boleh jadi salah.
3. Izinkan saya berbeza pandangan dengan Presiden PAS dalam soal ini.
4. Survival sesebuah parti Islam di negara ini banyak bergantung (dengan izin Allah) kepada :
i) Dasar parti yang jelas dan teguh.
ii) Kepemimpinan parti yang diterima umum, cekap dan berkesan dalam mentadbir parti serta
iii) Keupayaan sesebuah parti untuk bersifat inklusif dengan tawaran yang memberikan manfaat kepada masyarakat terbanyak.
5. Memiliki semata-mata dasar parti yang jelas dan teguh belum tentu menjamin sesebuah parti itu mampu survive di arus perdana. BERJASA dan AKIM adalah contoh parti Islam yang gagal bertahan walaupun dasarnya jelas. Kelemahan parti-parti tersebut adalah mereka tidak dipimpin oleh kelompok kepemimpinan sebagaimana dalam perkara (ii) selain gagal dalam perkara (ii).
6. Ada juga yang memiliki percirian (i) dan (ii) tetapi tetap juga gagal kerana tidak berupaya menjadi sebuah parti yang inklusif. HAMIM yang ditubuhkan oleh Almarhum Dato' Asri menggariskan dasar yang jelas serta dipimpin oleh barisan kepemimpinan yang hebat tetapi ia hanya dilihat eksklusif untuk rakyat Kelantan dan sedikit di Kedah semata-mata selain kelompok yang tidak berpuas hati dengan kepemimpinan baru PAS pada ketika itu. Lebih malang, ketokohan Almarhum Dato' Asri berjaya ditenggelamkan oleh Ketua Ulama' PAS Almarhum Ustaz Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga merupakan bekas panglima yang berada lama di belakang Asri.
7. PAS khususnya selepas 1982 sangat bergantung kepada kepada tokoh-tokoh utama yang memimpin PAS kerana mereka adalah idealogue atau institusi yang akan menghuraikan falsafah perjuangan PAS kepada masyarakat. Dulu,falsafah perjuangan PAS akan dihuraikan oleh 3 tokoh utama Kepemimpinan Ulama' iaitu Almarhum Ustaz Fadzil, Almarhum TGNA dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH) . Apabila Almarhum Ustaz Fadzil meninggal pada tahun 2002, PAS masih ada dua institusi yang dominan iaitu Almarhum TGNA dan TGHH. Kedua-dua saling mengimbangi.
8. Apabila Almarhum TGNA meninggal beberapa bulan yang lepas, satu-satunya tokoh yang dianggap idealogue parti hanyalah TGHH. Apa sahaja keputusan yang dibuat oleh beliau akan dianggap sebagai falsafah perjuangan dan dasar parti. Sebab itu apabila adalah yang berbeza pandangan dengan Presiden dianggap sebagai berbeza dengan dasar parti.
9. Persoalan yang bermain di fikiran saya adalah jika TGHH sudah tidak ada nanti, tokoh manakah yang akan diterima sebagai idealogue parti?
10. Saya tidak berniat memandang rendah tokoh-tokoh yang ada sekarang. Tetapi mereka ada kelompok ahli PAS yang tidak menerima mereka sepenuhnya. Timbalan Presiden dilihat terlalu lembut dan tidak keras dan sebab itu beliu 'dipaksa' menarik diri dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden pada Pemilihan PAS 2013. Ustaz Nik Amar pula kurang popular dalam kalangan orang muda manakala Ustaz Idris Ahmad pula pernah hampir dilabel 'jebon play safe' kerana tidak keras menentang kelompok progresif dalam parti.
11. Cabaran PAS masa ini adalah mewujudkan tokoh idealogue parti yang mempu diterima oleh semua. Jika dahulu kelompok Pemuda PAS era 1980-an menukar gelaran TGNA daripada Ustaz Nik Aziz kepada 'Tuan Guru Nik Aziz' manakala gelaran TGHH diubah daripada 'Haji Hadi' kepada 'Tuan Guru Haji Hadi, maka sesebuatu perlu dilakukan agar maqam tokoh-tokoh pelapis dalam PAS juga boleh diangkat dengan pelbagai cara. Namun persoalannya adalah apabila gelaran 'Tuan Guru' diletakkan kepada Ustaz Tuan Ibrahim, Ustaz Idris Ahmad, Ustaz Nik Amar, Dr Mahfodz, maka ahli-ahli PAS dan masyarakat boleh menerima dengan mudah? Dulu orang menerima gelaran 'Tuan Guru' kepada TGNA dan TGHH kerana mereka benar-benar dilihat layak untuk digelar sedemikian.
12. Bagi GHB, tokoh-tokoh mereka tidak perlukan gelaran Tuan Guru kerana falsafah perjuangan parti terletak pada institusi penyelidikan parti yang akan ditubuhkan selain kolektiviti keputusan jawatankuasa eksekutif..
13. Jika PAS gagal dalam menginstitusikan tokoh-tokoh baru pada masa yang akan datang, saya bimbang bahawa yang akan bertahan (relevan) selama 2 tahun bukanlah GHB sebaliknya PAS itu sendiri.
14. Moga ada usaha dilakukan. -wadahbaru
Pasno ug bertindak dngan cara Pas mengurangkan undi kepada pakatan rakyat (dah mapuh) modai agama mana kala umngok menambah undi dengan modai bangsa.Dengan ini sorang akan kluk klek kluk klek supaya sorang lagi terus kekal berkuasa.
BalasPadamTerbaek dari anak2 muda
BalasPadamIkut mcm mat sabu kata,jangan layan apa2 dgn kata2 pas lagi.biarkan pas nk cakap apapun
BalasPadamSaya juga meramalkan yg PAS akan berkubur dlm tempoh 2 tahun lagi kerana punya pemimpin yg tidak bergerak dan tidak bertindak mengikut lunas perlembagaan parti yg bertunjangkan kpd Islam.
BalasPadamWasilah tu apa kebende ?
BalasPadamKalau Ketua Wasilah bodoh bagai Kedai
Wasilah pon kira macam Sampah lah kan.
Tak guna jugak.
Ini dia orang yang layak jadi Ketua Pemuda PAS. Kalau setakat menyanyi dalam studio apa barang bro.
BalasPadamCoba suruh nik beduh buat karangan kenyataan mcm ketua anak muda ghb sabah tu
BalasPadamYg nik beduh tau, god calling..
In responding to: anaom, AUGUST 3, 2015 AT 9:31 AM,terima kasih tuan,adalah lebih berhemah tuan sebutkan nama tuan lebih gentlement:
BalasPadamSaya pun tak faham tiba2 tuan kata syirik,bila orang tak setuju atau perbezaan pendapat terus undi umno.Kenapa nak takut dgn orang2 kristian??dengan gereja2 mereka??dengan nama allah yg nak dipakai oleh mereka??Tahukah kita nama ALLAH digunakan sejak nabi Adam lagi,bermakna zaman nabi2 seterusnya dgn umatnya nama allah digunakan,cuma bezanya mereka gunakan bahasa2 mereka, hebrew,bukan arab.Sunatallah allah adalah lebih besar dari segalanya,sesiapa yg buat usaha agama sejak nabi noah hingga nabi muhammad nusrah allah di janjikan itu pasti.KENAPA kita kata bila bersama abang Mat dgn Harapan Baharu dan bersama lim guan Eng kita akan menjadi syirik.Tak faham,siapalah kita nak menghukum itu,ini!!Nabi2 terdahulu tanamkan IMAN ,tunjukkan ahlaq yg baik pada umat2nya,TAK TIMBUL nak murtad bila tenguk gereja,kuil budha,BERHALA,berkawan dgn orng kristian,budha dan lain2 agama,tak timbul nak berahi pada perempuan 2 bukan muhrin yg tak berhijab,tak timbul nak songlap wang berbilion-bilon,emas berkilo-kilo..JIKA IMAN KITA KUAT DAN IKHLAS SEMATA-MATA pada ALLAH.Siapalah kita nak menghukum orang itu/ini syirik.HIDAYAH islam/iman terletak MUTLAK ditangan ALLAH sahaja.
Tak tahulah tuan syirk-syirik ini berpili=pilih!!bila najib bersama pergi vertican masuk gerja,ucap selamat dgn pop satu okay pula.Tak tahu pula bila najib rasmikan kuil emas depavali di batu cave boleh pula!!Bila haron din dan hadi support najib 1MDB boleh pula!!SO MORAL OF THE STORY,islam tak mengalakkan memandang keburukkan orang,jika kita ada perbezaan pendapat itu adalah lumrah manusia.No one is perfect.Kita disuruh "meperbaiki" diri dan tidak menghukum sesama manusia.Siapalah saya nak mengunakkan ayat2 ALLAH /hadith untuk perkara2 ini.Saya dapat islam dgn cara senang,lahir2 terus islam,dapat dgn terpijak,bagaimana kawan2 kita bukan islam,mestikah dicaci,dihina dan mengatakan mereka belum tentu dapat ka syurga!!teringat pesanan ulama pernah bagitahu:Pernah rasulallah ditanya sahabat"Ya rasulallah benarkan tuan tidak dapat masyuk syurga dgn amalan tuan?" "YA" jawab rasulallah.Kalau begitu bagaimana??tanya sahabat. Jawab rasulallah:"Aku masuk syurga dgn Rahmat allah".Ayat2 surah al-baqarah 214,ali-imran 142" membuatkan kita terlalu takut,nak kata kat orng2 bukan islam itu dan ini.Kalau kita buat kesimpulannya tujuannya kita dijadikan ORNG islam adalah untuk kita dijadikan contoh AKHLAQ yg baik,bagi orang2 bukan islam mendekatinya.Bukan sebaliknya.Islam bukan exclusive (untuk kita2 sahaja)islam itu inclusive rahmat seluruh alam.
Yang baik datang dari ALLAH, yg hina datang dari saya.
WALLAHUALAM.
Kagum dengan idea yang di lontarkan.Untungnya GHB memiliki pemuda ini.bukan memuji tetapi tersa memahami apa yang berlaku dalam Pas selama ini,Pemikiranya lebih natang dari Presiden dan mursidul am Pas malahan tidak salah kalau dokatankan inilah conoh ulamak muda yang ada jati diri.Teruskan usaha saudara agar dalam GHB ada peminpin yang bolih mertarbiah dan mendakwah ramai jemaah dalam GHB nanti.
BalasPadamSetuju GHB buat parti. Mintak disegerakan..
BalasPadamTerbaik kata2 dari saudara Omar. Memang inilah masalahnya yang melanda segelintir saudara2 Islam kita nie. Seperti kata saudara Omar apa yang kita takut sangat dengan kristian? Malahan paderi2 kristian di Eropah manghadapi masalah untuk menggalakkan umat nya ke gereja. Ramai yang tidak dapat menelan logik 3 dalam satu seperti yang kitab mereka ajarkan. Cubalah tonton video2 Allahyarham Ustaz Ahmad Deedat dan juga Ustaz Zakir Naik. Betapa mudahnya mereka mematahkan hujah2 puak kristian dan ramai yang memeluk agama Islam akibat usaha2 berterusan Ustaz2 ini. Tidak pernah saya tengok Ustaz2 nie menghina atau memusuhi orang beragama lain malah mereka memanggil mereka dengan "sister" atau "brother". Kata mereka, kami semua makhluk Allah maka Islam adalah untuk semua.
BalasPadamNamun di negara kita terbalik pula. Islam di anggap harta persendirian dan sesiapa pun tidak berhak memilikinya selain yang lahir sebagai Islam. Alangkah ruginya kita. Dikala perkauman dibenci oleh rakyat jelata, dikala rakyat bersatu menentang kezaliman, maka inilah peluang besar bagi kita Muslimin menunjukkan akhlak yang baik dan seterusnya memperkenalkan bagaimana Indah nya Islam dimata mereka. Kita perlulah menunjukkan sikap toleransi dan berbaik2 antara manusia sehingga yang bukan Islam mencemburui perpaduan dan amalan kita.
Saya rasa mungkin masalah kita yang amat besar adalah kemelayuan itu lebih kuat dari keislaman kita atau adakah kita takut sekiranya semua rakyat Malaysia kita nie jadi Islam maka kita akan kehilangan hak2 melayu?
Wallahua'lam
BalasPadamRamai yang mengikut amalan dan memberi teguran mengikut cara Rasulullah sàw dengan tujuan 'dakwah' dan bukan niat untuk diri mereka sendiri. Dalam berdakwah itu lah mereka berharap mereka mendapat menafaat dan menjadi orang yang nampak bersifat mulia. Tapi mereka ini selalunya gagal memandang pada diri mereka sendiri.
Zaman dakwah telah berlalu. Akhirat semakin dekat. Kita di penghujung zaman. Ini zaman membuktikan Islam adalah ad-din. Rasulullah telah berdakwah dan hasilnya berbillion-berbillion umat Islam termasuk bangsa melayu.
Kewajipan kita melakukan apa yang telah didakwah oleh Rasulullah saw kepada kita. Jika perlu badan dakwah, biarlah buat kebajikan semata-mata.
Ustaz Ahmad Deedat dan juga Ustaz Zakir Naik cuma memberi penjelasan dan bukan ber'dakwah' untuk mengislamkan orang lain. Kerana itu lah mereka memanggil dengan "sister" atau "brother" dan bukannya dengan gelaran kafir atau 'dan bagi mereka yang bukan Islam....'
Kepada Allah kita kembalikan.