Turun Bersih, tiada jalan lain kecuali jalan raya – Iqkram Ismail
Pada 29 Ogos 2015 dan 30 Ogos 2015 ini, himpunan untuk menyuarakan tuntutan rakyat Malaysia akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur anjuran Gabungan Menuntut Pilihan Raya Yang Adil Dan Bersih (Bersih 2.0).
Dengan 5 tuntutan Bersih 2.0 yang diajukan kepada kerajaan Malaysia yang memerintah pada hari ini, iaitu:
1) Bersihkan pilihan raya,
2) Kerajaan bersih,
3) Hak membantah,
4) Kukuhkan demokrasi Parlimen dan
5) Selamatkan ekonomi Malaysia
Bersih 2.0 buat pertama kalinya akan mengadakan himpunan di luar tempoh waktu kebiasaan himpunan yang lazimnya bermula pada tengah hari dan bubar pada jam petang hari yang sama seperti edisi himpunan Bersih sebelumnya.
Kali ini, himpunan Bersih yang bakal memasuki edisi ke empat (Bersih 4.0) akan mengadakan himpunan bermula dari siang 29 Ogos 2015 (Sabtu) dan peserta himpunan dijangka akan bermalam atau Occupy di Dataran Merdeka atau di mana-mana tempat yang berhampiran pada Sabtu malam Ahad tersebut dan himpunan ini akan berterusan hingga ke siang hari berikutnya iaitu pada 30 Ogos 2015 (Ahad).
Dengan melihat iklim politik, ekonomi dan sosial semasa negara ketika ini, tidak dapat tidak, sekurang-kurangnya satu juta rakyat Malaysia wajib turun ke himpunan Bersih kali ini untuk menyuarakan 5 tuntutan asas himpunan ini bagi memBersihkan segala kebobrokan yang sedang berlaku dalam suasana politik, ekonomi dan sosial negara Malaysia yang tercinta ketika ini.
Dengan mengambil semangat bulan kemerdekaan di bulan Ogos ini, rakyat Malaysia yang sedang berdepan dengan serba-serbi azab masalah meliputi segala hal, lebih-lebih lagi bila melibatkan hal ekonomi demostik ketika ini haruslah dengan penuh rasa patrotik, sayangkan tanah air, mengambil tanggungjawab untuk bersama-sama dengan tuntutan Bersih bagi menyelamatkan negara ini yang saban hari semakin tenat berdepan krisis demi krisis yang tiada berkesudahan, terutamanya krisis yang dicetuskan dari kegagalan pemerintahan dari kerajaan yang sedia ada pada hari ini.
Tiada asas untuk rakyat Malaysia berkata tidak pada himpunan Bersih kali ini dengan segala bibit-bibit kerosakan dan kemusnahan yang terjadi pada negara Malaysia pada hari ini. Kendatipun ada yang beralasan, himpunan Bersih ini adalah "haram" bersandarkan pada fatwa agamawan tertentu atau "haram" pada larangan pihak-pihak berkuasa tertentu di negara ini, segala jenis bentuk pengucapan haram ini adalah dikeluarkan daripada mulut yang menjadi alat (apparat) kepada parti pemerintah semata-mata.
Setiap apa yang dizahirkan aparat-aparat pemerintah dalam menentang kehendak-kehendak rakyat kemudiannya hanya akan menjadikan sosok-sosok aparat ini kelihatan seperti badut sahaja di mata rakyat. Hak untuk berkumpul dijamin dalam perlembagaan negara ini seperti yang tercatat dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 10(1) (b) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan “semua warganegara berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata", dan bolehlah dikatakan kemerdekaan yang diraih negara kita pada 1957 itu disumbangkan juga himpunan beramai-ramai rakyat Tanah Melayu ketika peristiwa menentang perjanjian Malayan Union pada 1946 dahulu.
Justeru itu, seluruh rakyat Malaysia yang cintakan tanah air, kebetulan pula dengan mengambilkira semangat patriotik di bulan Ogos ini, tanpa kira bangsa, agama, ras, kelas, dan apa ideologi politik yang dianuti sekalipun wajiblah bersatu padu untuk sama-sama menyuarakan hak rakyat di himpunan Bersih 4.0 pada 29 Ogos 2015 hingga 30 Ogos 2015 ini nanti.
Kerana kini, kita rakyat Malaysia sudah tiada pilihan lain kecuali pilihan "Turun Bersih, dan tiada jalan lain kecuali jalan raya".
Kita bertemu di Dataran Oleh Rahmat Haron
Adakah benar tuduhan, datang hadir menunjuk perasaan ke perhimpunan Bersih 4 menjadikan kita orang yang mementingkan diri sendiri (selfish)?
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil, sudahpun membalas dakwaan tersebut dengan penegasan perhimpunan itu bertujuan untuk mendesak penambahbaikan ke arah sebuah kerajaan dan sistem pilihanraya yang lebih adil, menghapuskan amalan rasuah serta tuntutan menyelamatkan ekonomi negara.
Mementingkan diri sendiri dapat membawa maksud, menyintai orang lain itu suatu kebaikan, manakala menyayangi diri sendiri itu pula suatu kejahatan.
Ianya suatu pengertian yang dicipta penguasa dalam doktrin kekuasaan negara yang terpusat (autoritarianisme) sebagai perkakas kawalan untuk menekan kespontanan, kesemulajadian dan pertumbuhan diri seseorang individu.
Slogan selfish autoritarianisme menuntut pengorbanan, penyerahan diri individu semutlaknya (ke tahap tertentu secara membuta-tuli kepada kekuasaan negara).
Dengan episod pemecatan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, perkembangan politik di Malaysia masa kini tambah menarik, tetapi cukup berbahaya dan boleh mendarurat.
Awalnya, saya melihat ia hanyalah pengulangan peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim, hampir dua dekad yang lalu. Tetapi sebagaimana yang disebut ramai penganalisa politik, ketika itu, saudara Anwar bukan sahaja dipecat daripada jawatan dalam kerajaan sebagai timbalan perdana menteri malah jawatannya sebagai timbalan presiden parti Umno juga.
Namun demikian, Muhyiddin mendapat sokongan jitu ‘bangsa Johor’. Selepas Muhyiddin dipecat, Sultan Johor Sultan Ibrahim Mahmud Iskandar memanggil Muhyiddin menghadap ke istana. Muhyiddin masih lagi Timbalan Presiden Umno.
Kita dapat memerhatikan arus kemarahan rakyat terhadap dasar-dasar pemerintahan, skandal-skandal rasuah, pecah amanah serta penyelewengan kuasa semakin membesar menjadi gelora ombak dan gelombang.
Ungkapan-ungkapan ketidakpuasan hati rakyat dapat dikesan berlambakan beredar dalam kitaran maklumat media sosial dan Internet.
Tinjauan terbaru menunjukkan pengguna Internet tidak percaya kepada perdana menteri dan kerajaan. Tidak ada lagi yang dapat disembunyikan daripada skandal kewangan 1MDB.
Daripada laporan media berwibawa seperti Wall Street Journal, Sarawak Report, The Edge, desakan mantan Perdana Menteri, ulasan putera raja, keluhan golongan bangsawan dan korporat, kicauan artis-artis selebriti arus perdana seperti Siti Nurhaliza dan Amy Search, sehinggalah kepada pendedahan yang dibuat tokoh-tokoh utama pembangkang serta tuntutan masyarakat madani sejak dahulu lagi.
Dalam konteks kepentingan diri (self interest) suatu jalinan kesepaduan rakyat Malaysia telahpun tumbuh atas bantuan isu skandal kewangan syarikat 1MDB. Misalnya campur tangan pentadbiran Najib terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ataupun dalam pasukan polis dan pihak-pihak berkuasa yang terlibat menyiasat 1MDB telah menghasilkan solidariti rakyat terhadap institusi-institusi penting kerajaan ini.
Najib tidak akan semudahnya melepaskan jawatannya. Tidak dalam masa yang terdekat ini. Terlalu banyak kepentingan diri yang terpaksa dilucutkan. Pemecatan Muhyiddin daripada pentadbiran kerajaan menunjukkan kedegilan atau barangkali menurut kehendak hati Rosmah Mansor, inilah keteguhan semangat juang anak Bugis.
Tetapi bagaimana kita mengukur sokongan pihak yang mahukan Najib Razak melepaskan jawatan dan skandal 1MDB disiasat seadil-adilnya? Adakah cukup dengan melihat sebanyak mana komen-komen dan kritikan yang dibuat?
Di sinilah BERSIH 4 amat mustahak sebagai referendum rakyat.
Aturan kekuasaan warisan kolonial yang dibangunkan Umno selama lebih separuh abad kemerdekaan negara ini (58 tahun) menjadikan kedudukan jawatan presiden Umno dan perdana menteri sebagai pusat kuasa pada martabat teratas darjat yang paling tinggi di Malaysia. Pemerintahan Dr Mahathir selama 22 tahun memperkuat akar autoritarianisme tersebut, sehinggakan dirujuk sebagai Mahathirisme.
Namun, meski dilihat sinis Dr. Mahathir kini mula berikhtiar memadamkan satu demi satu struktur autoritarianisme yang memakai namanya itu. Apa yang diperlihatkan beliau sekarang, barangkali hanyalah taktik politik semata-mata.
Jikalau di zaman pemerintahannya, sering diungkapkan demonstrasi bukan budaya kita, kini pendirian itu telah bertukar.
Jikalau di zaman pentadbiran Dr Mahathir, tiada kebebasan bersuara dan media asing dituduh cemburu, kini suara beliau dipetik dengan nada positif dalam laporan-laporan media utama antarabangsa dan media alternatif dalam negeri.
Sekali air bah, sekali pasir berubah. Kita mengalu-alukan perubahan ke arah keadaan yang lebih baik, untuk diri sendiri, keluarga, tetangga, masyarakat, negara dan untuk kesejagatan hak-hak semua manusia. Kita tidak lupa masa lalu, tetapi kita memandang ke hadapan dengan berlapang dada.
Malangnya terdapat segelintir kumpulan anak muda yang sudah berubah arah, menentang perhimpunan Bersih. Apapun motivasi mereka, raikanlah demokrasi. Kata bidalan lama, patah tumbuh, hilang berganti.
Inilah reformasi, tidak sempurna. Pada sudut tertentu masih banyak sisi-sisi gelapnya dan perlu waktu serta usaha berterusan untuk dicerahkan. Ia mengajak kita bergerak ke arah kesempurnaan, meski ia hanyalah harapan.
Tetapi harapan itulah yang menghidupkan kita untuk masih bernafas di bumi ini. Apatah lagi di kala nilai tukaran ringgit berbanding wang asing semakin jatuh merudum. Saat menulis artikel ini, ringgit telah melepasi tahap RM4 berbanding 1 dolar Amerika Syarikat.
Pemimpin Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad Sabu baru-baru ini memberikan amarannya, “negara kita ini sudah berada dalam keadaan paling ‘darurat’. Darurat ekonomi, darurat rasuah, darurat penyalahgunaan kuasa, darurat penyelewengan ini perlu dihentikan.”
Bekas tahanan ISA yang mesra dipanggil Abang Mat itu juga turut menyeru,“rakyat perlu bersatu untuk perbetulkan keadaan ini melalui protes himpunan bantah secara aman terhadap pemerintahan Najib.”
Kembali kepada persoalan mementingkan diri sendiri (selfish). Menurut kupasan ahli falsafah Erich Fromm, “menjadi orang yang selfish bermakna dia hanya berminat kepada dirinya sendiri, mahukan segalanya untuk dirinya, tidak mendapat nikmat memberi tetapi hanya mengambil.
Sudut pandangannya terhadap dunia luar cuma melihat apa yang dapat diperolehinya; dia tidak berminat dalam keperluan-keperluan orang lain, serta turut tidak menghormati integriti dan maruah orang lain.”
Tuntutan-tuntutan BERSIH, GHB, pembangkang dan masyarakat madani lainnya memperlihatkan sikap self love (cinta diri); makna kata keupayaan mereka menyintai diri sendiri secara produktif itulah yang memberdayakan mereka menyintai kekasihnya, mengasihi sesama manusia, menyayangi penghidupan tanah air dan alam semesta.
Demi Cinta, keranamu Malaysia, kita jumpa 29-30 Ogos ini, di Dataran Merdeka.
Malaysia tidak boleh di selamatkan lagi
BalasPadamHarga minyak u.s 40,Setong... Petronas nyawa nyawa ikang...
Ringgit rm4.20 ....pengilang dah tak boleh import bahan mentah untuk di proses terlalu mahal.... Semua barang di niaga dlm u.s Dollar kecuali nasi kangkang..
Rezab bank negara makin susut ...
Pelabur short term dah cabut lari... Sebab Malaysia gagal urus ekonomi
Pengilang seperti jvc dsb... Dah blah dari Shah alam cabut ke Vietnam yg lebih kompetitif
Rompakan wang negara oleh ahli politik dan skandal rasuah makin teruk... Defisit pasti meningkat...
Harga kertas hutang atau bond Malaysia pun kurang laku... Fitch bila.nak rating A- ?... Fitch ni Yahudi ...
ExpAtriate bising di byr gaji dollar mereka murah sebab kejatuhan ringgit... Cabut lah..
PM semakin autokratik... Kerja Najib pecat pecat pecat tutup lubang pegang hakim dan pendakwa ... Segala macam sial di mana negara Eropah dan negara maju tidak akan lakukan kerja gila diktator mcm Najib....
Eropah kata ... Senang cerita blah dari malaysiaL .... Jual ringgit beli u.s Dollar. Byang ringgit dlm tong sampah... Boilot Maharaja Najib... Diktator umno baru...
Salam
BalasPadamselamat ka bersih 4.0. Ambilah kesempatan semasa bersih 4.0 utk mendapatkan networking seramai mungkin.Majority yg datang adalah rakyat yg dah give up dgn umno/bn.Ada profesional,lecturers,ada guru2,ada peniaga,ada yg menganggur,ada pekerja kerajaan/swasta dan ada yg 1st time datang nak tenguk suasana.
Kesempatan networking:
1.Bergaulah dgn seberapa ramai yg mungkin tiada mengira-bangsa dan agama jgn memilih bulu.
2.Bertanya kabar darimana dan kalau boleh dapatkan contact no/Adress, supaya dpt berhubung sehingga PR14.
3.Yg mana muda-muda tanyakan kabar sudah daftar mengundi ka belom???klu tidak sia-sia shj kita dtng ka bersih.
4.Kebanyakkan majority yg datang dari hasil pengelaman saya,masih tak faham akan pentingnya berparti dan kena daftar undi.
5.Saya dpt ramai kenalan ,ramai profesional tak kira bangsa dari demo2 inilah.mereka banyak idea ada setengah tu programmer sofware company yg hebat.Kebanyakkan mereka tak tahu bagaimana nak berkawan dan berorginisasi dan boleh memberi bantuan dari kebolehan yg mereka perolehi.jika GHB ada satu team khas utk menemui mereka lagi bagus.
KESELAMATAN
1.jAUHI group-group yg maki-hamun tak kena gaya.
2.Nak mengenali SB biasanya dia pakai macam kita,tapi bila ada satu2 events dia yg lebih2/provokasi: berhati-hati.
3.Mereka dikenali sentiasa memakai tag mark biasanya di pergelangan tangan,mungkin mereka dah tukar strtegy di kaki ka,dikepala ka..bila lebih dari 2 orng memakai tag mark yg sama watch-out tolong beritahu pada memeber2 yg tak perasan.
4.Hanya menunggu arahan dari ketua2 yg diiktiraf dari bersih/Arief.
5.Jgn lupa bawa air mineral/tuala kecil.utk yg berada 34 jam bawalah kelengkapan yg diperlukan.
Salam semua, semoga langkah berjaya.
go PAR go
wassalam.
Jadikan 6 tuntutan kalau boleh pulang kan RM2.6 billion kepada rakyat.
BalasPadamBebaskan diri kita dan keluarga kita dari di perbodohkan oleh pemimpin yang bodoh !!
BalasPadamBila fikirkan memang betul Malaysia sudah tidak boleh di selamatkan.Oleh kerana yang buat masalah semua ini ialah Najib jadi biarkan Najib dan UMNO yang sendiri selelsai.
BalasPadamKita buat kerja kita. Kita buat jugak BERSIH. Berterusan memberi penerangan kepada rakyat samada melalui ceramah atau kenyataan-kenyataan dalam media.
Bukan kerja kita untuk menyelesaikan masalah negara kerana semuanya terletak di atas bahu Najib. Sebab Najib kata jangan persoalkan apa yang di buat.
Sekali lagi bumi malaysia yang dinaungi raja berperlembagaan tidak mesra rakyat ini akan menyaksikan satu lagi gelombang kebangkitan rakyat tertindas akan bangkit menuntut 5 perubahan yang pastinya amat sukar ditunaikan kerana pemimpin2 umno bn gagal menjadi menjadi ayah atau ketua yang adil kerana tiap2 tuntutan nadanya umpama meriam yang akan membedil mereka yang membuat.
BalasPadamSudah bermacam2 halangan, tekanan, sepak terajang dan penangkapan telah dikenakan kepada anak2 ayah yang memberontak ini, kini mereka datang lagi untuk sekian kalinya dalam tempoh hampir 20 tahun tidak pernah serik2. Ayah yang amat jahat ini terus menerus menghantar orang2nya untuk menindas lagi dan lagi. Kasihan, semenjak mereka bangkit dalam usia muda dahulu, anak2nya sekarang ini ada yang telah tua. Amat menyedihkan mengapa dulu lagi pemimpin umno bn tidak mahu melakukan perubahan yang benar2 bermakna untuk rakyat jelata.
Rupa2nya ini semua kerana rakyat salah memilih pemimpin. Dalam begitu banyak pilihan raya umum dijalankan, semuanya berakhir dengan kemenangan umno bn. Walau semasa kempen, calon2 berjanji manis tapi rakyat tetap memilih mereka lagi dan lagi walaupun terang2 pemimpin itu hanya berjanji palsu selepas mendapat kemenangan. Mereka lebih sibuk memunggah hasil negara dari membela rakyat.
Sekarang majoriti rakyat telah insaf. Tanyalah siapa pun, semuanya menyesali kebodohan mereka memilih pemimpin yang nampak manis di depan mata rupanya menyamun saja kerjanya. Rakyat wajib berikrar akan menebus dosa2 silam dengan cara datang dan duduk beramai2 di kuala lumpur atau kota2 besar lain yang dijadualkan. Wajib datang kerana tanganmu bersalah memilih pemimpin berdosa.
Inilah salah satu jalannya kamu menzahirkan keinsafan sebelum kamu menemui tuhan. Adapun pemimpin yang zalim, neraka tempatnya. Pada lehernya ada rantai panjang untuk memasang pula rantai2 kecil pada leher manusia2 yang memilihnya di dunia dahulu.. Jadi jangan kamu fikir pendosa itu masuk neraka sorang2. Ohh tidak. Dia akan diseret masuk ke dalam api neraka bersama2 orang yang mengangkat dia menjadi pemimpin yang jahat.
Entah apa sialnya pagi ini ada pekerja dari indon memandu kereta buruk ketempat kerja sambil bendera malaysia berkibar2 di cermin keretanya. Padahal sudah 22 hari sepanjang2 bulan ogos ini tidak dijumpai seorang pun pemandu awam mahu memasang bendera. Petanda apakah ini wahai orang berakal? Inilah tandanya rakyat sangat2 benci kepada umno bn yang sekuan lama jadikan negara ini miliknya. Rakyat hanya menunggu masa sahaja untuk memasang bendera dan membuat kenduri secara besar2an sekiranya umno bn dijatuhkan. Tiap2 persatuan penduduk di kota dan desa sudah bersiap sedia dengan segala peralatan untuk membuat jamuan besar2an. Mereka berjanji membuat kenduri arwah untuk umno dan doa selamat untuk kerajaan baru.
Ayuhlah seluruh rakyat sekelian ke ibu negara dan kota2 pada 29 dan 30 ogos besok. Inilah peluang kamu sekali seumur hidup untuk jadikan kenang2an kepada anak cucu kamu bahawa kamu pernah turut serta bersama2 jutaan rakyat perihatin dan insaf bahawa sebuah tempat tinggal yang baik dan selesa mesti disediakan untuk mereka kerana kita tidak tahu bila datangnya tarikh kiamat. Kerana kita tidak mahu ia dimusnahkan oleh para penyamun bernama umno bn itu.