Surat Terbuka Untuk Mat Sabu
Ke hadapan mantan Timbalan Presiden Pas, Tuan Hj Mat Sabu.
Terlebih dahulu, Salam Wala' buat tuan.
Maaf tok pinta sekiranya warkah pujangga ini bisa mengganggu tuan di dalam aktiviti tuan untuk mengusahakan Harapan Baru. Ada pun tok terpaksa mengirim warkah ini kerana tok ada terbaca seorang penyokong parti tok iaitu parti lama tuan juga yang mengirim warkah terbuka untuk tuan.
Tujuan warkah ini tok kirimkan hanyalah kerana untuk memperkuatkan surat sahabat tok itu yang mahukan tuan memikirkan kembali untuk mewujudkan parti baru dan kembalilah semula kepada kami. Tok ingin mengariskan beberapa faktor dan hujah yang kukuh lagi syarie mengapa tuan wajib kembali bersama jemaah syurga ini. Faktor-faktor tersebut adalah;
1. Tuan tidak perlu risau dan susah hati lagi untuk menjadi wakil presiden setiap kali Mesyuarat PR dan kemudiannya keputusan mesyuarat tersebut ditolak oleh Presiden kerana tuan tidak lagi menjadi Timbalan Presiden. Kini kita akan serahkan kepada Ustaz Tuan pula meneruskan jihad tuan sebelu ini.
2. Kami tetap akan menjemput tuan untuk memberikan ceramah anjuran kami kerana tuan adalah aset untuk memenuhkan tabung2 milo kami yang kini semakin gersang.
3. Tuan tidak lagi perlu bersusah payah memikirkan tentang Hudud kerana isu Hudud ini telah kita serahkan kepada amno untuk mereka lakukan. Kami yakin amno pasti sokong Hudud kerana Adun2 mereka di Kelantan baru2 ini menangis teresak2 dan merengek mahu kepada Hudud. Samada tahun ini Hudud dilaksanakan atau tahun depan hatta sehingga kiamat sekalipun kita redha menanti.
4. Sekiranya tuan kembali ke pangkuan kami, tuan tidak perlu lagi bersusah2 untuk berdemo sehingga ditangkap dan dilokap kerana guru kita telah pun 'menfatwakan' jangan jadi bodoh untuk berdemontrasi. Tuan akan relaks dan tenang nanti.
5. Tuan harus memikirkan dengan serius, apakah yang tuan dapat bila berkawan dengan Dap? Adakah Lim Guan Eng atau Kit Siang itu pernah bermimpi berjumpa Nabi? Tapi sekiranya tuan kembali bersama jemaah kami, tuan mesti berbangga kita mempunyai orang Islam seperti Tar snake yang telah bertemu para2 sahabat Nabi, lebih menggembirakan kita, di dalam kelab penyokong bukan Islam kita pun ada yang telah bermimpi bertemu Nabi berkali2. Ini tiada di dalam Dap atau PKR.
6. Tok ingin ingatkan tuan, seandainya tuan berkeras untuk berada bersama PKR atau Dap atau Harapan Baru, tatkala tuan bertanding di dalam Pilihanraya nanti, tidak mustahil tuan akan dituduh sebagai pengedar pil kuda walaupun nama tuan tidak disebut. Tentulah tuan akan merasa aib, bukan?
7. Adakah tuan tidak yakin akan kekuatan parti tuan yang lama? Tok boleh buktikan bahawa kita kuat. Kita pernah memerintah Terengganu Sepenggal. Kedah juga kita dapat sepenggal. Di Kelantan, kita masih memerintah walaupun di dalam PRU13 yang lalu kita hilang 6 Kerusi tetapi itu tidak menjadi masalah kerana kita hanya perlukan keredhaan Allah.
8. Tok faham tuan mahu lari dari jemaah tok bukan kerana tewas di dalam pemilihan parti kerana tok tahu tuan kerap tewas di dalam pertarungan yang lebih besar iaitu di dalam Pilihanraya dan tuan waktu itu tetap bersama jemaah. Tuan sanggup tinggalkan kawasan atau kubu tuan di Kedah waktu itu untuk bertanding di mana2 saja yang diarahkan oleh guru kita. Guru kita pun tidak pernah berani keluar dari kawasannya di Marang, tetapi tuan berani. Maka, elok benarlah tuan kembali kepada kami kerana mudah untuk kami arahkan tuan bertanding di mana2 seperti dahulu dan ini sedikit sebanyak akan menambahkan pahala jihad tuan. Tidakkah ini menguntungkan tuan?
9. Apalah gunanya tuan bersama YB Khalid Samad? Apakah Khalid samad itu lebih hebat dari Nik Abduh atau Tontowi? Apakah Khalid samad tahu tentang pengadil bola? Tok tahu tuan peminat bolasepak, maka inilah peluang untuk tuan mendapatkan pandangan darihal bola melalui MP Pasir Mas kita yang berkaki lebar itu.
10. Percayalah tuan. Amno yang tuan bencikan sangat itu tidaklah seteruk Firaun. Dap lebih teruk dari Firaun kerana Dap lah yang merampas royalti minyak di dua negeri Melayu iaitu di Kelantan dan Terengganu. Di negeri guru kita sendiri, adakah tuan lupa Dap yang meruntuhkan Masjid Kg Bujal? Kedua2 negeri ini adalah kubu kuat parti kita, mengapa Dap khianat? Mengapa tuan harus bersama Dap? Pembunuhan di Memali, adakah tuan lupa betapa zalimnya Dap? Sewajarnya lah tuan tinggalkan Dap dan kembalilah kita bersama untuk memperkuatkan jemaah kita sekaligus memperkuatkan amno.
Yang Dihormati Tuan Mat Sabu,
Cukuplah setakat ini tok menulis warkah nan usang ini. Bukan niat tok untuk mengguris perasaan tuan, tetapi tok hanya mahu melihat tuan masuk syurga. Tok menulis ini bukan kerana tuan, tok menulis ini adalah jihad. Sekiranya tok mati di dalam keadaan menulis ini, mati tok adalah jihad.
Sekian dulu warkah dari tok, semoga tuan dapat beristikhorah dengan semua yang tok nyatakan di atas. Maafkan tok sekiranya warkah ini bisa membuatkan tuan menitiskan air mata kerana sesungguhnya setiap titisan air mata tuan itu, satu mahligai di syurga, InsyaAllah.
Sekian, Wassalam.
Tok Usin UG Ceroi
Pengarang Kitab "Label Lil Insani"
IKLAN BERBAYAR

Mat Sabu: Jika kawan Umno, anda kena keluar
Gerakan Harapan Baru (GHB) tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana anggota gerakan itu yang berkawan atau menyokong seteru politiknya Umno, kata pengerusi jawatankuasa penajanya, Mohamad Sabu.
Ia juga dilihat sebagai satu peringatan tersirat kepada pemimpin PAS, termasuk Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang kini dilihat selesa dengan Umno.
"Sesiapa yang berkawan dengan Umno, anda kena keluar," kata Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, disambut tepukan gemuruh di majlis makan malam Aidilfitri bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Seberang Jaya, malam tadi.
Mat Sabu berkata GHB, yang terdiri daripada bekas progresif dari PAS, dituduh mahu hidup senang apabila mereka mengambil keputusan untuk menubuhkan kumpulan serpihan PAS itu.
Keputusan untuk membentuk kumpulan baru itu dibuat selepas DAP mengisytiharkan Pakatan Rakyat telah terkubur, selepas PAS di muktamarnya yang ke-61, meluluskan usul memutuskan hubungannya dengan DAP kerana memutuskan hubungan dengan Hadi.
Bagaimanapun, Mat Sabu menolak sebarang tanggapan bahawa pemimpin GHB mahu mencari cara mudah selepas kekalahan mereka dalam pemilihan PAS Jun lalu, yang didominasi oleh sayap ulama.
Mat Sabu berkata isterinya mengadu bahawa sepanjang 35 tahun perkahwinan mereka, beliau hanya tinggal di rumah selama setahun.
Katanya, ia kerana beliau kerap ditahan, termasuk penahanan di Kamunting di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
Katanya, beliau ingin bebas seperti orang lain, berpegangan tangan dengan isterinya di pantai, sepertimana warga emas di Barat.
Bagaimanapun, selepas melihat keadaan yang tidak menentu di negara ini, isterinya berkata 'walaupun anda tidak pulang ke rumah, teruskan perjuangan anda', " katanya disambut tepukan gemuruh hadirin. -mk
[Quote]Bagaimanapun, selepas melihat keadaan yang tidak menentu di negara ini, isterinya berkata 'walaupun anda tidak pulang ke rumah, teruskan perjuangan anda', " katanya disambut tepukan gemuruh hadirin. -mk
BalasPadamWalaupun aku x pernah jumpa bini mat sabu... Kalau terjumpa aku nk tabik kat dia
Setuju dengan Mat Sabu. Ramai yang tewas dengan 'kebaikan' orang UMNO. Baik nya UMNO, baik ada makna.
BalasPadamTeringat apa yang diperkatakan oleh TGNA bila UMNO cuba berbaik dengan PAS iaitu 'kelat nya, masih terasa di hujung lidah'.
Teruk sesat nye toky ceroi tu.semua salah ialah salah dap.dia xsalah pun,hadi sentiasa perfect ya.duduk jela dlm kg melayu ceramah isu haid nifas jelah tok usin ceroi,jgn mimpi pas nk tadbir negara, negeri pun xlepas...atau dok utan kawan dgn geng2 sndiri ja ya..otak bawah tempurung campur dgn geng2 otak bwh tempurung je sudah,jgn nk menyusahkan GHB pula ya.babai pas
BalasPadamPas hanya betul dizaman Nik Aziz dan Fadzil Nor sahaja, > PARTI PAS DAN PERLEMBAGAANNYA TAK ADA YANG SALAH TAPI PEMIMPINNYA YANG SALAH DAN BERBUAT ONAR > SEMUA ini kerana DIA dan pemimpin jemaahnya kunun pewaris nabi TAPI
BalasPadam1.dia fitnah calon pkr sbg penjual pil kuda?
2.dia hina presiden pkr konon tak ada kelayakan jadi mb?
3. dia cuba hasut azmin dgn jawatan mb?
4. Muktaman dan dewan ulama memutus dgn DAP Penang TAPI MASIH KEMARUK nak pegang jawatan di Penang, letak jawatan la KALAU MASIH ADA TELUR DAN MARUAH- lain le kalu masih cinta duit untuk bayar bil letrik dan kereta ha ha ha
5. ahli mendoa laknat pemimpin2 pro?
6. ahli mengeboo pemimpin2 pro?
7. ahli2 memijak gambar2 pemimpin2 pro?
8. dia gagal bentang ruu dlm mesyuarat pr wlpn dah janji?
9. dia dan penyokong2 melabelkan pemimpin2 pro dgn pelbagai gelaran jebon, tolol, barua yg tak Islam? tp mulut isle isle kunun padahal mcm mulut Longkang
10. masih lagi bertahaluf siyasi dgn dap di Selangor?
11. pas yg masih bertahaluf siyasi berlaku khianat?
12. dia selalu ponteng sidang parlimen? Sekarang macam sayang Najib
13. dia mencanangkan hudud Allah swt tapi tak ada satu hudud pun dlm ruu yg nak dibentangkan diparlimen yg DIA ponteng?
14. Macam merestui pemilihan muktamar lebih jilake dari Israel @ yahudi dengan MENGGUNAKAN CAI, Ulama pas pula seronok gila guna Cai
dan banyak lagi...AKU MEMERHATI KEHAIRANAN KELAKU MEREKA
Kah kah kah...senak abdomen gua dgn surat maut tok usin ceroi !!Hebat tuc anda teruskan....
BalasPadamkah kah kah!
BalasPadamaku rela dengan pemergian mat sabu,
namun terasa beliau masih bersama aku,
takabur, penting diri dan menikam kawan,
penyaki tiga sekawan,
berakhir dengan dibenci penyokong sendiri,
berpecah lawan melawan.
Daaalllaaammmm makna tu
BalasPadamHahahahaha
Setuju usin, selama ini mmg dap yg jahat. Dap yg jual negara dengan 1mdb. Dap yg jahanamkan MAS. Dap yg bertanggungjwb isu kehakiman dan lain-lain lagi.
BalasPadamMaka mat sabu dan pimpinannya jangan bimbang, jika mati sekalipun, ingatlah duit masih boleh dikirim oleh guan eng dan kit siang untuk berbelanja di negeri akhirat. Mungkin juga boleh disuruh guan eng bakar kereta kuda utk bersiar2 di neraka. Tak perlu lagi tin milo, suruh saja jeff oii sediakan duit neraka byk2.
salam.
BalasPadamSemasa memberi ceramah di stadium shah alam, sedang liwat dua baru bermula, Hj Hadi berkata liwat dua berlaku kerana adanya liwat pertama ke atas Anwar. Sesiapa yang terlibat dan mempercayai nya sedangkan tidak dapat membuktikannya maka berdosa lah ke atas Fitnah tersebut.
Part yang nak di tekankan ialah bila Hj Hadi kata termasuk lah mereka yang telah meninggal dunia mendapat saham dosa liwat ke dua lanjutan dari liwat yang pertama.
Yang fitnah memang pemimpin tetapi UMNO iaitu ahli-ahli nya bersubahat membiarkan liwat dan fitnah terjadi.
Apakah PAS pun sama apabila redha dengan perbuatan UMNO ? PAS berbaik dengan UMNO, ini menunjukkan fitnah liwat tidak memberi makna apa-apa pada PAS sekarang ini.
Anwar masih dalam penjara kerana fitnah liwat. PAS pula sedang berbaik dengan UMNO. Sebagai Islam yang menjadi pilihan PAS, mengapa tidak tunggu Anwar dibebaskan? Sekurang-kurangnya adalah tanda-tanda PAS tidak dapat menerima liwat tersebut.
Kepada Allah kita kembalikan.
Minta maaf ya. Abang Mat tidak terima sebarang surat terbuka apalagi surat palsu.
BalasPadamJika ada apa-apa hajat, buat lah rumah terbuka bukan surat terbuka. Abang Mat sendiri akan hadir rumah terbuka. Sekian.
Boleh tak Hj Hadi tanya Pak Arab yang beri derma pada Najib, berapa jumlah duit yang Pak Arab telah dermakan pada rakyat Palestin atau pada negara Afrika??
BalasPadamOrang PAS handal-handal cakap berbahasa arab tapi Najib yang langsung tidak boleh berbahasa arab pulak yang dapat berbillion-billion.
Pak arab bagi derma supaya PAS berbaik dengan Najib ya? ?
Salam
BalasPadamMenarik surat tok usen ceroi,hahahaha, apa khabar TUC origina1!!dah lama tak dengar berita sejak menang undi "chai", ataupun sekarang ni sedang sebuk merancang "Conspiracy" untuk jatuhkan geng Jebun 2.0(TITM/ust Idris).
wassalam.
Ya Allah tlg selamatkan Malaysia dikala rakyat menderita tekanan hidup tinggi,ekonomi menjunam,byk kilang2 dan syarikat tutup operasi krn gagal mengharungi bebanan ekonomi termasuk tanggungan gst...Kami golongan biasa hanya mahu hidup dgn baik bsederhana..xperlukan sedeqah derma smpai bilion2 juta.sikit shj sudah memadai.risau tgk.keadaan skrg semakin kacir...salah siapa????DAP juga yg salah?DAP kah memerintah malaysia sejak berpuluh tahun....Dap oh Dap.....selalu dikambinghitamkan politik
BalasPadam