GHB sertai Bersih 4 sepenuhnya, ganti PAS yang boikot
Ketika PAS tidak menyertai Bersih 4, kesemua pemimpin dan ahlinya yang menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) bakal turun menyertai himpunan kali ini yang akan bermula esok.
Mereka akan ditempatkan di kesemua 5 pusat himpunan utama di tengah-tengah bandaraya dengan Masjid Negara menjadi tumpuan kepimpinan mereka yang dipecahkan mengikut negeri asal.
Pengerusi GHB, Mohamad Sabu bersama timbalannya Salahudin Ayub akan berhimpun di Masjid Negara bersama pemimpin GHB dari Pulau Pinang, Perlis dan Kedah.
Turut sama di kawasan itu Datuk Dr Mujahid Yusuf, Mohd Sany Hamzan, Anuar Tahir, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh. Peserta dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan pula akan berkumpul di Central Market dengan dipimpin Dr Dzulkefly Ahmad, Suhaizan Kaiat, Mazlan Aliman, Aiman Athirah, Adly Zahari, Zulkefly Mohamad Omar dan Aminolhuda Hassan.
Para peserta dari Wilayah Persekutuan, Selangor dan Pahang pula akan berkumpul di Menara Maybank dengan dipimpin oleh Dr Hatta Ramli, Khalid Samad, Hanipa Maidin, Izeham Hashim dan juga Dr Hamzah Jaafar.
Di Sogo pula, peserta dari Kelantan dan Terengganu akan berhimpun di bawah pimpinan Datuk Kamarul Baharin, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah dan Dr Siti Mariah Mahmud.
Peserta GHB dari Perak pula akan berhimpun di Brickfields dengan dipimpin Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin dan Asmuni Awi.
Turut serta bersama pimpinan mereka adalah pasukan Amal Relief (Arif) yang dibentuk GHB bagi menggantikan Unit Amal PAS yang sentiasa memberikan khidmat kawalan sebelum ini.
GHB juga membawa pasukan peguam mereka dalam membantu peserta perhimpunan kali ini.
Himpunan Bersih 4 akan diadakan pada 29 dan 30 Ogos ini di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu serta beberapa bandar utama dunia.
Ia akan bermula jam 2 petang esok dan akan berlangsung selama 34 jam bagi menuntut lima perkara iaitu bersihkan pilihan raya, wujudkan kerajaan yang bersih, berikan hak untuk membantah, kukuhkan demokrasi berparlimen dan selamatkan ekonomi Malaysia.
BLOG GB AKAN CUBA MEMBUAT SIARAN LIVE BERMULA JAM 2.00 PETANG INI.

Bekas peguam PAS bantu BERSIH 4
Sekumpulan peguam yang pernah bergiat dalam Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) dalam Pemuda PAS, menubuhkan NGO bagi memantau perhimpunan BERSIH 4 dan membantu memberi khidmat guaman kepada peserta.
Presiden Pertubuhan Pengamal Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Malaysia (ProGuam) Norazmir Zakaria berkata selain itu mereka juga akan memantau lokap atau balai polis bagi tujuan prosiding reman jika berlaku tangkapan.
"ProGuam menyatakan sokongan kepada penganjuran Bersih 4. Sebagai komitmen ProGuam kepada Bersih 4, ProGuam menyediakan 80 orang peguam yang akan berkhidmat sepanjang penganjuran Bersih 4 tersebut," katanya.
Dalam kenyataannya, Norazmir berkata pihaknya juga melancarkan tiga talian bagi membolehkan para peserta Bersih 4 menghubungi sekiranya berlaku tangkapan iaitu 017-394 1559, 017-394 1561 dan 017-303 2591.
Beliau berkata ProGuam turut melancarkan panduan ringkas undang-undang kepada peserta himpunan berkaitan hak-hak peserta jika ditahan polis dan ia akan disebar melalui media sosial termasuk Facebook, Twitter, dan Whatsapp bagi kemudahan orang ramai.
Menjawab kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Alwi Ibrahim bahawa Bersih 4 telah bergiat secara tidak sah, Norazmir berkata Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 Julai 2012 telah mengenepikan pengisytiharan menteri dalam negeri bahawa Bersih adalah pertubuhan haram.
Malah keputusan Mahkamah Tinggi tersebut tidak pun dirayu dan masih kekal hingga kini, katanya lagi
"Justeru, ProGuam menegaskan bahawa kenyataan ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri di atas adalah bertentangan dengan keputusan Mahkamah Tinggi tersebut serta boleh mengundang rasa kebimbangan yang tidak berasas kepada masyarakat.
"ProGuam percaya kenyataan ini lebih kepada ingin menakut-nakutkan rakyat daripada hadir menyertai perhimpunan aman terbabit," katanya sambil menyeru kepada rakyat untuk tidak berasa takut selagimana hak mereka dijamin undang-undang.
Sebaliknya, beliau menyarankan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berganding bahu bagi memastikan perjalanan perhimpunan Bersih 4 tersebut berjalan dengan aman dan tanpa sebarang provokasi.
"Secara tidak langsung, ia boleh memartabatkan imej Negara sebagai Negara yang mendaulatkan hak-hak demokrasi dan hak-hak asasi di bawah Perlembagaan Persekutuan," katanya. -mk
BLOG GB AKAN CUBA MEMBUAT SIARAN LIVE BERMULA JAM 2.00 PETANG INI.
Ya allah
BalasPadamaahmdulilah kerana makbul impian kami
Hidup bersih!!!
Atas apa alasan, pimpinan PAS telah melakukan suatu kesilapan yang besar di mata jenerasi anak muda Malaysia.
BalasPadamSetelah mereka begitu garang dan dihormati oleh kawan dan lawan dalam bersih 1.0, 2.0 dan 3.0. Kini dalam bersih 4.0, PAS cuba mencari 1001 dalih untuk tidak menyertai himpunan bersih.
Mungkin PAS lupa bahawa anak muda akan bertanya, 'kenapa PAS tidak mahu bersama bersih 4.0, sedangkan PAS boleh bersama dengan bersih 1, ,2 dan 3.
Dalam suasana hari ini, PAS mungkin menjadi "beruk sumbang" atau "arnab kurap" kepada anak-anak muda. Tuntutan semasa anak muda yang menjadikan agenda kebebasan dan hak demokrasi, tidak dapat dipenuhi PAS. Bahkan PAS juga akan sama mengikuti UMNO ke tanah perkuburan apabila mereka gagal memenuhi tuntutan semasa.
BERSIH adalah solidarity rakyat Malaysia. Bukan perhimpunan parti politik. PAS dengan bodoh sombongnya telah hanyut dgn labu2nya. Atau mungkin tidak mahu melukakan teman barunya UMNO.
BalasPadamTerbukti sudah Hj Hadi dan Nik Abduh adalah talibarut UMNO yg sedang menjahanamkan PAS dari dalam. AWAS
BalasPadamhari ini muka nik abduh dimuka depan Utusan Malaysia.Apa lagi yg dapat diharapkan oleh rakyat pada PAS.
BalasPadamKata nak buat perhimpunan sendiri lepas BERSIH ni... tak sabar lah pulak nak tgk.
BalasPadam