8 Ogo 2015

[BERGAMBAR] Laporan Program GHB Melaka: Yang Capik Datang Bertongkat....


Pukul tabuh larangan
Palu gong pelaung
Titir canang pemanggil
Yang capik datang bertongkat
Yang buta beraba-raba
Yang tuli leka bertanya
Yang kecil terambin lintang
Yang jarak tolak-tolakan
Yang pendek bertinjau-tinjau

Demikianlah gambaran jika dapat disimpulkan terhadap sambutan Majlis Eidul-Fitri dan Jelajah Perdana Gerakan Harapan Baru (GHB) peringkat negeri Melaka yang diadakan malam tadi.

Dengan sebarisan penceramah seramai lebih 20 orang, alhamdulillah, ribuan rakyat Melaka telah datang memenuhi perkarangan pejabat keadilan Melaka, tempat dimana program GHB diadakan yang bermula seawal 7.30 malam tadi.

Rakyat pelbagai bangsa, pelbagai keturunan, pelbagai agama... datang berbondong-bondong untuk memeriahkan Majlis Eidul Fitri. Juadah makanan yang disediakan untuk 2,000 orang hampir kehabisan sebelum program ceramah bermula jam 9.00 malam.

Dimulai dengan doa dan ucapan ringkas Mantan Pesuruhjaya PAS Melaka, Tn Hj Salleh bin Yusof dan kemudian diikuti dengan ucapan dari Sdra Johari Osman, Ketua Pengarah ARIF (pertubuhan sukarelawan sama fungsinya dengan Jabatan Amal) yang telah diluluskan pendaftarannya pada bulan Julai 2015, diikuti ceramah 5 - 10 minit ceramah dari penceramah-penceramah Harapan Baru peringkat pusat dan NGO-NGO sehinggalah ke kemuncaknya ceramah oleh Salehuddin Ayub dan Mohamad Sabu.

Paling jelas, mereka yang hadir tidak berganjak dari tempat mereka, malah kelompok hadirin semakin membengkak dan melimpah sehingga ke jalanraya utama apabila ruangan tempat program mulai sesak.

Majlis yang awalnya dipengerusikan oleh Sdra Mohd Jauhar Dawi kemudian diteruskan oleh Ustaz Ashraf Minghat berjaya menghidupkan suasana program dan kedengaran laungan takbir dari oprang ramai mengiringi ucapan-ucapan para penceramah.

Para penceramah, walaupun diberikan masa singkat namun mereka berupaya menggunakan masa yang diberikan untuk menyampaikan mesej yang jelas dengan setiap seorang terus memasuki "gear lima" dengan peruntukan masa diberikan.

Rakyat Melaka teruja apatah lagi dengan kehadiran tokoh-tokoh yang jarang-jarang datap ditemui menyampaikan ucapannya seperti Sdra Rosli Adam mewakili IKRAM Melaka), Tan Sri Muhammad Taib (bekas MB Selangor), Dato Zaid Ibrahim (bekas menteri di JPM) , Hj.Anuar Tahir, Tamrin Ghaffar dan lain-lain.

Acapkali disambut dengan hilai tawa para pengunjung apabila ada penceramah yang membuat sindiran dan lulucon nakal apabila mengupas isu-isu negara.

Mohamad Sabu misalnya didalam ucapannya menyebut:

"RM2.6 bilion hilang ke dalam akaun peribadi....
Najib semakin kaya, Rosmah semakin besar"

menyebabkan suasana menjadi gamat dengan sambutan jeritan dan hilai tawa para pengunjung.

Program tersebut dibantu dengan jayanya oleh sukarelawan ARIF dibawah pimpinan Pengerusi ARIF negeri yang pertama kali beraksi untuk melancarkan program berkenaan, Sdra Hairil Anuar Samat Al-yamani dan sekalian ahli jawatankuasa GHB negeri dibawah pimpinan Sdra Adly Zahari (mantan Pesuruhjaya PAS Melaka yang juga Koordinator GHB Melaka).

Ia disiarkan secara lansung oleh rakan radio penyiar, dpedasfm.



InsyaAllah, hanya beberapa minggu sahaja lagi, sebuah parti baharu akan muncul, yang akan bersama-sama dengan rakan-rakan lain seperti DAP, PKR dan NGO-NGO lain di dalam Pakatan 2.0.

Rakaman terima kasih juga kepada Keadilan Melaka yang sudi membenarkan premis mereka dijadikan lokasi program... sebelum GHB Melaka mempunyai ibupejabatnya sendiri yang kini sedang giat diusahakan. Begitu juga kepada semua dermawan yang telah menghulurkan sumbangan bagi menjayakan program tersebut.

Syabas dan tahniah GHB Melaka. Semuga program malam tadi menjadi pemangkin untuknya meneruskan usaha dan iltizam dan bersama-sama rakyat di dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan disamping menghapuskan kezaliman dan kekejaman. Ayuh maju teurs.... kerana rahmat dan redha Allah itu berserta dengan mereka yang ikhlas dan bersungguh-sungguh!







IKLAN BERBAYAR







19 ulasan:

  1. Salam(TQ GB,FOR LATEST INFO)

    Alhamdulillah dgn keredhaannya dan bersama pemimpin-pemimpin yg ikhlas dan mengajar orang-ramai supaya tidak membenci PAS dan ahli-ahlinya,tiada di ajar utk mengebooo,membuat kerja-kerja sabotage,dan melakukan provokasi-provokasi melampau hanya moving forward utk menumbangkan kerajaan yg zalim kerajaan umno/BN.
    Insyallah moga2 rakan-rakan sekelian yg bertungkus lumus beroleh barakah,dgn ramainya yg hadir tidak memungkinkan kita takbur,tapi ianya satu amanah yg perlu dipikul.Pengamatan saya gerak-kerja GHB adalah lebih baik dri zaman reformasi dulu .

    TAHNIAH!CONGRATULATE!
    GO GHB GO..no turning back.
    wassalam

    BalasPadam
  2. Teruskan Perjuangan!
    Tak perlu kita bergaduh dan berakhlak buruk mcm mereka. Berikan mereka selama mana yg diperlukan untuk sedar hasil kerosakan dari tangan mereka sendiri. Nak tunggu mesyuarat asyik bertangguh, dah bermesyuarat tak ikut keputusan pulak dan rancang bermesyuarat untuk benda yg sama pulak. Allah pasti akan turunkan lebih banyak bala kalau org baik tak lakukan apa untuk mengubah semua ni.

    Biarkan. Kita manusia berilmu bukan walaun tak tentu hala. Nabi mengingatkan kita akan pentingnya akhlak yang mulia. Selamat Berjuang GHB. Perjuangan mesti diteruskan!

    BalasPadam
  3. langsungan program pakatan sebelum ini, cuma kali ini tanpa pas. pakatan 2.0 . insyaallah senario ini akan meluas di pantai barat semenanjung. org ganu biar dia sokong pas hj hadi!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Btol, biar pas g kt org ganu n klantan jah.. gimapuh samo sek demo. Org ganu ni meme majoriti krah palo.. ingak sek dio jah btol sokmo

      Padam
  4. Alhamdulilah

    Orang Orang Melayu Melaka sudah mula BER FIKIR dengan Otak yang Allah SWT beri kan pada mereka

    Sebelum ini Orang Orang Melayu rata rata hanya ME MINTA dan BER HARAP pada TAKDIR BUTA tanpa memikir.

    Satu perubahan yang positif.

    BalasPadam
  5. PAScai makin tak relevan.. amek kau! Kah kah kah.

    BalasPadam


  6. Dgn pilkuda aku memfitnah
    Dgn 1'mdb berkongsi ghonimah
    Dgn ber ug ku songlap rasuah
    Dgn hudud ku tipu ummah


    Dgn komisyen aku ke london
    Dgn ghonimah aku ke jepon
    Jubah dan sorban aku berlakon
    Siku dan lutut kagum menonton


    Dgn Jin ddlm botol
    Dgn geliga di mulut buaya
    Siku dan lutut mudah ku tolol
    Projek ku songlap beratus juta


    Dgn walaq cuba ku bodoh
    Dgn bai'ah ku cuba ugut
    Kpd sitolol ku ugut bunuh
    Siku dan lutut gerenti takut


    Kini ceramah dah tinggal kosong
    Penceramah pulok idea dah lopong
    Jd lah ibarat hai kera sombong
    Sprt koduk hok naik junjung


    Dgn jubah ku sarong jua
    Dgn sorban pon ku belit jua
    Siku dan lutut ku jihadkan sokmo
    Fitnah dan hudud ku auta kan belaka



    BalasPadam
    Balasan
    1. Siapakah org yang dapat dosa drp fitnah:
      1. yg buat fitnah
      2. yang panjangkan fitnah
      3. yg suka dengar dan baca fitnah
      4. yang sediakan tempat utk org buat fitnah
      5. yang sediakan tempat utk org panjangkan fitnah
      6. yang sediakan tempat utk orang suka dengar/ baca fitnah
      7. yang menjadikan fitnah seperti sistem perniagaan piramid

      fikir-fikirkan...

      Padam
  7. kita orang kat Kelantan pun tak nak PAS Hadi punya. GHB nak kena ambik Kelantan sama....

    BalasPadam
    Balasan
    1. kelantan perlu diselamatkn dpd pasumnu.
      si bodoh pas xtau umnu dn konglomerat kapir dh lama mengidam petrol dn gas asli kelntan. hudud xbuat juga.
      org hebat seperti husam disingkir kerana dengki kerana hati setan walaupun berserban.
      kalah pas kelantan pd umnu maka pas akn jd sampah pd umnu.
      tp mungkin hadiharun je yg akan kaya. dpt ghanimah upah rosakkn pas
      yg dlm kemah teruskn berkemah asalkn diredhai Allah.

      Padam
  8. Pas sedang membawa ahli2nya ke neraka dgn ilmu songsang dan extreme.

    BalasPadam
  9. fokus...fokus...untuk rakyat..jangan hirau komen songsang...fatwa daif dan lain lain...niat mau canteek..kita mungkin cetek agama tapi kita tahu Tuhan satu dan Muhammad itu rasulNya..dengan apa daya sekali pon kita tentang kezaliman...kalu kita tak mampu nak bagi ilmu dalam kuliah d masjid kita boleh bagi kesedaran kemanusiaan dalam ceramah...hidop rakyat..!! tak dak yang lebih dekat dgn Allah melainkan taqwa..yang pasti masok syurga sebab apa..? sebab Allah redha kita..kalu Allah tak redha ibadat setinggi mana pon tak masok syurga...kalu Allah tak redha kita...penjudi, perogol lagi la tak masok syurga...Ya Allah kau redha lah kami...jadikan lah jalan kami jalan yang akhirnya membawa syiar Mu Ya Allah..di muka bumi ini.

    BalasPadam
  10. En. Jawe terima kasih kerana saranan yang baik serta nasihat yang bernas. Sama seperti dalam perlumbaan 100 meter. Kita terus meluncur kehadapan. Usah kita pedulikan pesaing yang mengejek atau pesaing yang menjelerkan lidah. Usah kita hiraukan penuntun yang cuba menarik perhatian kita di tepi trek dan ditempat duduk berbumbung. Matlamat kita jelas. Jangan dilayan orang yang cuba mengalih perhatian kita. Terus maju dan tinggalkan mereka yang menyaingi kita dan juga mereka yang bersaing tetapi tak mahu menang!!

    BalasPadam
  11. Subhanallah...aku telah melihat bibit bibit keindahan dan cabaran besar yg bakal digalas oleh saf pemerintahan yg relevan dgn peredaran sezaman dan untuk jangka masa panjang...inilah kehebatan Islam yg berakhlak mulia dan tiada kata kata nista..
    tidak seperti hujah zuhdi yg mahu berbaik2 dgn umno yg ternyata telah bnyk menyeleweng oleh org2 nya yg bisu terhadap kebenaran...

    BalasPadam
  12. Rugi besar aku tak dapat info..
    semalam aku kat melaka

    BalasPadam
  13. Islam bukan serban atau jubah sebagai wadah . Islam ialah tawhid dengan menolak bertuhankan manusia .

    Islam mengajak kepada kesempurnaan bagi membela masyarakat tertindas , berpaksikan keAdilan sebab Allah Maha Adil .

    Sudah berabad masyarakat telah dibodohkan dengan agenda melayu dan menjaja agama demi kepentingan politik sempit .

    Muhammad s.a.w menyampaikan risallah dengan akhlak dan kemanusiaan demi keAdilan tuhannya . Ia bukan penampilan serban mahupun jubah - sedangkan Abu Lahab , Abu Jahal dan seluruh pembesar arab diMekkah ketika itu juga berjubah, berserban dan berjangggut . Apa kah bangsa arab ketika itu bertelanjang .

    Muhammad s.a.w tidak menjanjikan syurga untuk pengikutnya , Muhammad s.a.w menyampaikan tauhid dan perubahan sosial kepada pengikutnya . Bilal seorang hamba berkulit hitam bebaskan dari perhambaan , bayi bayi perempuan terselamat dari ditanam hidup hidup oleh Omar Al Khatab dan pembesar arab ketika itu.

    Ahlak kesederhanaan Muhammad s.a.w telah berjaya merubah sistem sosial dan Islam mudah diterima bukan dengan cara paksa .

    Contoh diatas sengaja dicoret untuk menyedarkan ustaz ustaz gelojoh dalam Pas .

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.