28 Jul 2015

Terbaik Dari Pak Syukur & GHB Perak..

Dinamika politik harapan baharu Oleh A Shukur Harun

Politik bukan sebuah dunia angan-angan dan khayalan atau sebuah mimpi indah untuk mendapatkan kuasa tetapi politik ialah sebuah dunia yang sangat dinamik, hamparan realiti dan pragmatik sifatnya.

Sebab itulah mereka yang mahu melibatkan diri dalam politik mestilah bersedia untuk menghadapi dunia realiti, menerima hakikat bahawa politik itu – yang tentunya mengenai kuasa – bukan boleh dirancang hanya berdasarkan khayalan dan jangkaan menurut emosi serta khyalan.

Maka itu mereka yang menjadi pemimpin politik atau aktivisnya perlu bersikap realistik, menerima hakikat bahawa politik itu sangat dinamik, berubah mengikut keadaan.

Bertahun-tahun Nellson Mandela sebagai tahanan politik di Afrika Selatan kerana perjuangan aparthednya, kemudian ia dibebaskan dan menjadi presiden negaranya.

Di tanah air kita, sejak merdeka, parti politik dan pemimpinnya datang dan pergi silih berganti, menang dan kalah atas kehendak masa dan keadaan. Sebab itu Winston Churchill, bekas perdana menteri Britain yang terkenal itu pernah berkata:

“Politics is almost as exciting as war and quite as dangerous. In war you can only be killed once, but in politics many times.”

(Politik adalah hampir menyenangkan seperti perang dan cukup berbahaya. Dalam perang, anda hanya boleh dibunuh sekali, tetapi dalam politik banyak kali.)

Oleh itu dalam politik, parti dan pemimpin serta pendukungnya boleh kalah dan menang, kalah lagi dan menang lagi, begitu seterusnya.

Dalam hubungan inilah, saya kira pemimpin dan pendukung Gerakan Harapan Baru (GHB), yang akan menjadi parti politik tidak lama lagi sangat memahami realiti dan dinamika politik ini dengan segala risikonya.

Kalau tidak masakan pendukung GHB ini (nama sementara), dengan penuh tekad hendak menubuhkan badan politik baru.

Bukan semata-mata kerana dikalahkan dalam pemilihan di muktamar PAS Jun lalu, tetapi lebih jauh dari itu kerana didorong oleh kesedaran mereka bahawa sebuah badan politik baru yang progresif, dinamik, terbuka dan peduli rakyat sangat perlu ditubuhkan untuk mendepani cabaran yang ada.

Langkah ini sebagai respons kepada kehendak majoriti rakyat negara ini yang sudah sangat kecewa dengan situasi politik kuno yang ada sekarang yang sangat melemaskan.

Dengan dasar Islamnya yang membawa pendekatan sebagai agama Rahmatan Lil Alamin, wadah baharu ini sangat peduli rakyat, bukan saja kepada umat Islam, tetapi juga kepada bukan Islam.

Ia benar-benar berusaha memahami masalah rakyat dan berusaha menyelesaikannya menurut pendekatan Islam yang berpaksikan keadilan.


Inilah hasrat pemimpin wadah baharu ini dengan sikap keterbukaan mereka.

Saya amat kenal dengan para penggerak GHB ini. Mereka pernah menang dan kalah dalam pelbagai pertandingan parti dan pilihan raya negara sebelum ini, tetapi ketika itu mereka belum terpanggil untuk menubuhkan parti politik baru disebabkan ketika itu masih melihat ada harapan untuk perubahan.

Tetapi dengan apa yang berlaku sekarang ini, menyebabkan para tokoh progresif ini mengambil keputusan menubuhkan parti baru justeru tidak ada pilihan lain kerana tiada lagi harapan berubah dari keadaan yang wujud sekarang.

Secara kebetulan, Pakatan Rakyat menghadapi krisis hingga berakhir hayatnya dengan penuh duka.


Maka itu menguatkan lagi keazaman para tokoh progresif ini untuk menubuhkan parti politik baharu yang sangat dinantikan oleh rakyat.

Kehadiran mereka di tengah pentas politik negara menghamparkan harapan kepada masyarakat sivil dan golongan anak muda serta golongan prihatin lain untuk menyaksikan suatu perubahan dari politik beku seperti yang wujud sekarang kepada wadah politik peduli rakyat.

Di sinilah politik harapan baharu kelihatan menjanjikan suasana ini.

Adapun ahli parti lama, kiranya mereka berhasrat menyertai GHB ini terpulang kepada mereka. Jika mereka mahu menyertainya dialu-alukan.

Tidak ada pujuk rayu dengan linangan air mata, justeru semua itu hak demokrasi mereka untuk memilih.


Bahtera baharu ini bukan lampu ajaib yang boleh menyelesaikan semua masalah. Tetapi sekadar mengambil bahagian penting dalam usaha menyelesaikan masalah negara, sesuai dengan tuntutan Islam yang menyeru umatnya kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar.

Bahtera baharu ini sangat sedar akan cabaran besar yang dihadapinya dari segenap penjuru.

Oleh itu saya yakin pendukung GHB ini mampu untuk menghadapi semua cabaran ini.

Pengalaman mereka yang selama ini berjuang dalam politik dengan penuh integriti, keintelektualan dan prestasi yang cemerlang serta konsistensi mereka memperjuangkan sebuah cita-cita besar, Insya Allah, memungkinkan mereka terus berjuang melalui wadah baharu ini.

Saya amat kenal dengan mereka ini, antaranya Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub, Dr Dzulkefly Ahmad, Mohamed Hanifah Maidin, Khalid Samad, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa, Suhaizan Kayat, Izham Hashim, Dr Siti Mariah Mahmud, Asmuni Awi, Datuk Seri Nizar Jamaludin dan Aiman Athirah al-Jundi dalam senarai yang panjang. Mereka adalah tokoh emas tempawan yang tinggi nilainya.

Saya yakin di tangan mereka ini wadah baru ini akan berkembang subur dengan sokongan pelbagai pihak.

Sementara itu, penyokong parti politik baru ini nampaknya gembira dengan sikap pemimpin mereka yang ‘tidak membalas serangan dengan serangan’ dari pihak yang menentangnya.

Mereka kelihatan terus tabah, sabar dan tenang kerana yakin kepada kebenaran yang mereka miliki.

Justeru mereka yang memiliki kebenaran, seperi kata Ibnu Khaldun, mampu berdiri teguh kerana kebenaran itu sendiri adalah sebuah kekuatan luar biasa.

Lebih-lebih lagi mengingat pesan pemimpin Ikhwanul Muslimin, Almarhum Imam Hasan Al Banna: “Kamu sebagai pejuang Islam hendaklah mempunyai sifat seperti pohon yang berbuah. Orang melemparnya dengan batu, ia membalasnya dengan buah yang ranum.”

Maka itu, masa-masa mendatang cabaran akan lebih pahit, panas dan tajam. Inilah tanda bahawa kehadiran Gerakan Harapan Baru itu sudah dirasakan oleh masyarakat.

Kini pendukung wadah baru ini perlulah segera menyusun rancangan yang benar-benar menggambarkan peduli rakyat kerana rakyat sungguh-sungguh sedang memerhatikan mereka. -TMI

Liputan Program GHB Di Perak

Lebih 3,000 hadir menyantuni Road Show dan Pelancaran ‪#‎HarapanBaru‬ Peringkat Negeri Perak di Manjoi, Ipoh malam tadi, 26 Julai 2015. Hampir kesemua pimpinan #HarapanBaru Pusat hadir. Di Perak, badan yg bakal mengumumkan pembentukan sebuah parti politik Islam yg baharu itu, dipimpin oleh bekas Bendahari Pas Pusat, Hj Asmuni Awi dan bekas MB Perak, Dato Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Alhamdulillah, Perak nampaknya subur utk #HarapanBaru. -Dato Tarmini Mohd Jam





ULASAN GB

Dimana-mana pun perhimpunan GHB, ribuan rakyat datang memberikan sokongan. Ia mengambil-alih tempat PAS yang kini kian lesu dan luntur.

Tetapi setiap perjuangan kebenaran dan keadilan tidak terhampar dengan permaidani merah. Ada tribulasi dan mehnah di sepanjang perjuangan.

Golongan PAS yang merasa begitu tergugat telah cuba untuk mensabotaj program-program GHB diseluruh negara.

Terbaru dikesani sebuah poster perhimpunan GHB di Jerteh telah diedit dan program itu dikatakan "dibatalkan."


Kemudian timbul pula status seorang yang berkelulusan PhD, tetapi menulis seperti seorang samseng tak lulus SRP.


Demikian membiaknya species-species samseng di dalam parti lama GB, melakukan p elbagai ancaman, ugutan, ingatan dan sebagainya untuk menghalang perjuangan GHB.

Mungkin itu yang dikehendaki oleh "Cancelor" Universiti Siku dan Lutut terhadap para graduannya...

Teruskan saja perjuangan, usah dilayan salakan anjing dan serigala itu, kabilah berjalan terus. GHB tetap muncul dan menang akhirnya.





IKLAN BERBAYAR







15 ulasan:

  1. sebenarnya inilah perjuanagn ,sekiranya tidak ada mehnah begini mana ada keseronaokan dalam perjuangan,kami pengikut dibawah ni pun kalau ada setiap hari mesti ada ruang menghentam GHB oleh samaada oleh Preseding Pas atau dari Mursidol am pas ,dan lebai2 Paskerana dengan secara tak langsung menunjukan betapa hebatnya GHB ,bukan GHB ada jasad lagi cuma masih dalam bayangan pun Pas dan tak tentu hala,sekarang dah mohon sembahyang hajat untuk mengutakan pas ,mereka memohon pada Allah ,Apakah GHB mohon pada yang lain selain Allah ? tidak masuk akal.Jadi Allah maha adil ,Allah maha mengetahui siapa pengkhianat kepada rakan seperjuangan selam ni.Belum tentu janggut dan serban itu suci .semua orang dah tahu serta faham apa yng telah berlaku,

    BalasPadam
  2. Bakpo pesan sepyoh je ,lain x pesanlah banyak payah semoga ramai orang patah ,seneng polis cari mu kerana buat provokasi,guane?macam kata admin ,ada nama tulis Dr kat depan tapi otak tak msuk oksijen dalam palla mu.macam budak2 muda tak pakai baju,standar mu.buat malu pakcik je

    BalasPadam
  3. oooo ,tak tahu pulak ambo selama ni Besut tu repuklik.republik kublaikang ke? ramai gedebe kat situ.BAKPO ? polis gi mana? polis cabut lari habis ke? WEEEIIIII lari ,takaut ambo ,Besut ramai nya orang dah mapus kena bahm oleh gedebe ,ketuanya DrAzmang

    BalasPadam
  4. Dr Azman memang dah jadi Ustaz(?) Mukhtar Senik ya sekarang.
    Tapi dia bukan ada PHD, tapi seorang doktor gigi (lulusan Iraq).

    Selalu datang bagi kuliah kampung saya ni.

    BalasPadam
  5. Salam :

    TQ GB ,Olahan yg menarik:Alhamdulillah semuanya menunjukkan GHB akan pergi jauh.Hits on-line GHB dah melebihi >28k belum sampai lagi sebulan.Lebih baik dari tertubuhnya PKN <20K.menunjukkan GHB diterima semua masyarakat.
    Sedaang menunggu kelahiran bayi baru!!
    kipidap.

    WASSALAM.

    BalasPadam
  6. Salam...
    saya tidak meragui akan momentum GHB...
    tetapi saya memang tak setuju kalau ada DAP....
    kalau DAP tu muslim.. boleh beres...
    salah GHB adalah dok dengan DAP...
    saya dah sampaikan nie... mintak tolong INGAT....

    BalasPadam
  7. Kita mesti sedar GHB tanpa gabungan PR tak akan pergi kemana macam pas nak berjuang sendiri- hancus. Sistem demokrasi perlukan majoriti tak kira apa bangsa sebagai pengundi. Apa org Islam aje ke yg jadi rakyat mesia? Masih ada yg bersikap perkauman...........

    BalasPadam
  8. Masih ramai lagi orang Melayu tidak boleh terima hakikat bahawa negara ini negara berbilang kaum, bahasa, ugama dan budaya. Suka tak suka kena terima hakikat itu. Tak banyak negara yang homogeneous. Ada negera yang mempunyai berpuluh bahasa dan bangsa. Oleh itu sesuatu perkara hendaklah selalu difikirkan dalam konteks keadaan masyarakat. Baik sangatkah orang ugama sampai boleh memaki dan memfitnah orang yang tidak disukai. Baik sangatkah orang nasionalis yang memerintah sampai bahasa sendiri jadi tunggang langgang dan ekonomi huru hara. Jahat sangatkah orang sosial demokrat sampai menggunakan agensi kerajaan untuk menghentam musuh. Yang penting mesti diingat semua rakyat jelata bayar cuai, ada satu undi tetapi sebahagiannya didiskriminasikan ala apartheid dengan menggunakan berbagai alasan. Tidak ada satu bangsa pun di negara ini boleh memerintah sendirian dan keadaan akan sentiasa bergolak selagi tiada keadilan dalam mendapatkan perkara asas seperti makan, tempat tinggal, penjagaan kesihatan, pendidikan dan keselamatan. Ingatlah kenderaan yang sering mengalami masaalah dalam perjalanannya akan mudah terbarai dalam perjalanan. Dalam lain perkataan sekiranya keadaan sedia ada berlarutan, negara ini akan dimusnahkan oleh anai-anai yang ada dimerata tempat!!

    BalasPadam
  9. anom :July 28, 2015 at 1:06 PM

    Kita respect pandangan tuan,tapi tuan kena ingat apa yg dituliskan saudara di atas,negeri kita berbilang kaum,kita kena hidup harmoni,akhlak yg baik,bangsa2lain pun ada moralnya sendiri,mereka tak mahu rasuah,mahukan negara maakmur,semua boleh rasa,tiada pergaduhan. Untuk pengetahuan tuan parti DAP berbilang kaum,ada ustaz,ada orng islam yg sembahyang 5 waktu macam kita,KENAPA KITA NAK MENGHINA MEREKA,DAp tak suruh orang curi,rassuah,tidak suruh kita menghentikan beragama islam ,malah respect hak orng melayu,agama islam dan kedaulatan raja-raja.Mengikut hak yg termaktub di dalam perlembagaan.
    Maaf tuan mungkin tuan datang dari negeri terengganu mungkin?????solid 100% orang melayu.Cuba fikir member2 yg datang dari barat semenanjung dan sabah/serawak.

    BalasPadam
  10. UMNO Jerteh pun tak pernah mengaku orang-orang di Jerteh adalah gedeber. Belum ada lah orang mengaku tempat dia tempat samseng.

    Kalau macam ini lah cara dan pendekatan PAS dan Ini lah Islam yang di lahirkan PAS di Jerteh, PAS bukan patut di tinggalkan dan dibiarkan tenggelam tetapi patut di bakor je .

    Pejuang hudud ala-ala ..memang samseng !

    BalasPadam


  11. Biar lah PAScai yang bersendirian.

    Jika DAP pun di biarkan bersendirian, UMNO akan mengambil kesempatan menghuru-harakan negara dengan melaga-lagakan antara PAScai dengan DAP. Untuk menyelesaikan perkara ini perlu ada Pakatan Rakyat. Biar parti nya bertukar tetapi Pakatan Rakyat mesti di teruskan survival nya.

    Apabila GHB bersama dengan DAP dan dalam masa yang sama bersama-sama dengan PKR ianya menjadi satu pakatan yang dinamakan Pakatan Rakyat 2.0, semua isu-isu yang negara akan di hadapi bersama-sama.

    Keputusan pru yang lalu sudah tentu berpihak kepada Pakatan Rakyat sekiranya ROS meluluskan pendaftarannya. Bila ianya di daftarkan kelak, semuanya baik PKR baik GHB baik DAP sudah tidak ada. Parti hanya ujud semasa pemilihan atau mesyuarat agung.

    Sekarang orang hanya mampu mengatakan DAP bukan Islam tetapi orang sudah tahu integriti dan displin DAP lebih baik dari PAScai dan UMNO.

    Sebab itu pendukung GHB sangat memahami realiti dan dinamik politik untuk menubuhkan parti yang dasar Islam nya. Bukannya pemimpin DAP tidak tahu dasar tersebut tetapi mereka terima ini adalah satu pendekatan cara Islam. DAP bukan musuh Islam. Musuh Islam yang tidak nyata ialah mereka yang menjual agama nya sendiri untuk kepentingan mereka dan untuk habuan dunia semata-mata.

    Kepada Allah kita kembalikan.

    BalasPadam
  12. salam...gh
    terima kasih kerana bagi pandangan yang murni dan ikhlas...
    amatlah tidak bijak sekiranya menceritakan perihal2 yang sulit daripada musuh...
    dahulu tok nenek kita meletakkan nyawa demi menjaga kedaulatan agama, bangsa dan tanah air...
    sendiri2 paham....
    sebelum berbicara mengenai bangsa, tamadun dan kemanusiaan...
    eloklah kiranya GHB cuba dahulu mendominasi bangsa2 Melayu terlebih dahulu...
    pernahkah en2 sekalian mendengar dan melihat perkara berikut:
    1. Demokrasi tempang
    2. Dakwat tidak kekal.
    3. Pengundi hantu.
    4. Pertambahan warga asing secara mendadak.
    5. Undi Pos.
    cukuplah la untuk tatakelola undi...
    tak perlu kot nk cerita derita rakyat kat sini....
    sekiranya GHB dapat menjalankan kepimpinan melalui teladan pada setiap tempat pun dah cukup besar kebaikkannya...

    BalasPadam
  13. Hai manusia-manusia Malaysia TOLONGLAH jangan rasis atau sara di Indonesia. Kita tahu mereka yang resis ni biasanya tak pernah bergaul dengan kelompok2 lain dan tak berkembang otaknya. Belajarlah bergaul dengan bangsa atau kelompok lain, anda itu islamik dan melayu sangat kah?

    BalasPadam
  14. Appppppa? Jjjjertih? Gua manyak takot woo kalau laktor cakap itu macam. Laktor olang baik kasi rawat, kasi obat pun manyak yahhat ini macam. Apa lagi olang pas bodo talak pandai musti lagi yahhat woo. Ini macam laktor pun ada ini dalam negeli rupupblik pas ka? Ho ho ho manyak takut sama pas woo..

    BalasPadam
  15. dalam sebuah negara demokrasi, inshaallah kita bebas menilai. saya selaku anak muda turut turun ke kelab sultan sulaiman tempoh hari mendengar penjelasan dari beberapa orang tokoh yang masih ahli pas bagaimanapun memilih untuk menubuhkan sebuah parti baharu Gerakan Harapan Baharu. i.allah hasil penilaian saya terhadap rakan rakan, undi anak muda masih kekal untuk pas, bagi yang sebelum ini berada diatas pagar, culaan "condong bulan diberikan" pas terus dengan perjuangan menegakkan islam yang syumul, "tegas tanpa memilih bulu". selamat berjuang para pendukung GHB sekalian.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.