19 Jul 2015

Semakin Dihentam GHB Semakin Kuat & Semakin Mendapat Sokongan


Cerminan siasah Islam Oleh K Pragalath

Syawal menjelma dan Muslimin seluruh dunia menyambut Aidilfitri.Bagi penulis, Ramadan 1436 memang membawa pengertian besar dalam perkembangan siasah Islam.

Satu kumpulan pimpinan ulama dalam aktiviti siasah bertembung dengan kumpulan bukan ulama dengan pendekatan Islam syumul.

Perkara yang menarik perhatian penulis ialah bahasa yang digunakan oleh kedua-dua pemimpin kumpulan ini. Ya, bicara hari ialah berkenaan kepimpinan PAS dan kumpulan bukan kerajaan, Gerakan Harapan Baru (GHB).

Kepimpinan PAS melemparkan pelbagai tuduhan terhadap GHB tanpa sedikitpun mempedulikan kesucian bulan Ramadan dan Islam.

Para pemimpin GHB mempertahankan pendirian dengan kata-kata yang lebih manis.

Penyokong tegar boleh menyatakan bahawa kumpulan GHB ialah kumpulan yang kalah dalam pemilihan muktamar. Persoalannya, bagaimanakah kumpulan ulama menghalalkan penggunaan senarai cai?

Dan mengapakah jawatankuasa disiplin tidak mengambil tindakan terhadap pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang menjalankan kempen memburukkan calon menerusi protes di depan ibu pejabat agung PAS dan kempen fitnah di dalam ruang siber?

Berbalik kepada isu bahasa, berikut adalah di antara petikan ayat dan kata-kata yang digunakan oleh kedua-dua PAS dan GHB.

Jelas sekali parti baru yang bakal ditubuhkan ini tidak berteraskan ajaran Islam yang sebenar tetapi ajaran yang selari dengan gagasan Muslim progresif.

Dengan gagasan pemikiran yang didukung itu, parti baru ini akan disenangi oleh Sisters in Islam, Lawyers for Liberty, Comango, pendukung LGBT dan DAP sendiri.

Petikan di atas ialah kata-kata Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Mohd Zuhdi Marzuki. Zuhdi turut membuat tuduhan bahawa GHB akan memperjuangkan 'Islam ala Amerika'.

Pengarah pilihanraya PAS, Mustafa Ali pula menuduh GHB sebagai 'proksi' DAP.

Ketua Penerangan PAS Nasrudin Tantawi pula melabel penyokong GHB 'melakukan pengkhianatan' kepada PAS.Ahli jawatankuasa PAS pusat Zaharudin Mohamad pula menyifatkan sokongan setiausaha agung PKR Rafizi Ramli terhadap GHB sebagai kurang ajar.

"Rafizi jangan campur urusan PAS. Nampak Rafizi ini gelojoh seperti orang terkencing sebelum sampai tandas.

"Selagi GHB belum keluar PAS dan belum bercerai rasmi, maka kenyataan Rafizi saya anggap campur tangan dan kurang ajar.

"Dr Mujahid Yusof Rawa, ahli parlimen Parit Buntar dan ahli jawatankuasa GHB membalas secara bersahaja.

"Sekiranya mereka tidak melihat kami sebagai ancaman, maka mereka tidak perlu memberi kenyataan atau bertindak balas terhadap GHB. Saya tidak faham apa itu Islam ala Amerika dan apa yang dimaksudkan dengan menyokong LGBT.

"Saya tidak boleh memberi komen terhadap imaginasinya."Para pembaca boleh melihat kesantunan bahasa kedua-dua kumpulan.Penulis yakin semua agama melarang keceluparan seperti mana yang ditonjolkan ini.

Tepuk dada, tanyalah selera siapa yang sewajarnya menjadi wakil agama Islam. -beritadaily


Apa Kata Anak Ust Fadzil Nor Yang Pro-Ulama

Sebagai pemerhati diluar, berpandangan daripada duk bergaduh dgn kawan kawan datam yang sama parti dulu, biarlah mereka nak tubuh parti baru dan doakan mereka.

Janganlah tuduh pengkhianat ka apa apa yang berbau istilah mencela. Sempena raya simpanlah siku dan tutut dulu. Perkara ini tidak melibatkan akidah atau pembatalan iman.

Imam Tahawi pernah bermazhab Syafie kemudian berpindah kepada mazhab Hanafi dan berjaya datam kerjaya beliau. Berbaiklah dan bekeriasama datam berbuat kebaikan.

Sayang semua muslim
Fauwaz Fadzil Noor



Harapan Baru, serupa tapi tak sama:

1. Parti2 serpihan Pas sblm ini hanya ditubuh oleh beberapa orang pemimpin Pas yg kecewa dgn dasar atau keputusan politik Pas spt isu pemecatan Dato Mat Nasir sbg MB, krisis Dato Asri , CCC dll,

2. Semua parti serpihan ini bersifat mesra UMNO dan menentang Pas secara total dlm praya. Harapan Baru pula:
1. Akan meneruskan semua dasar dasar Pas termasuk memperjuangkan hukum hudud,
2. Tidak berlawan secara total dgn Pas, BN masih menjadi musuh politik utama

3. Menggantikan Pas dlm pakatan politik pembangkang, Pas semenjak 1990 telah menerima konsep persefahaman antara parti pembangkang, konsep ini perlu diteruskan kerana terbukti berjaya menggugat kekuatan BN,

4. Penubuhan Harapan Baru tidak dibina atas rasa kecewa dlm pemilihan Pas, sebaliknya atas prinsip perjuangan yg wajib diteruskan, bila ruang2 perjuangan telah ditutup rapat oleh manusia2 suci dlm Pas, maka satu laluan baru mesti dibina utk meneruskan perjuangan lama.

5. Harapan Baru didokong oleh lebih separuh drp pemimpin lama Pas samada di peringkat Pusat dan juga Negeri dan diterima baik oleh 80% penyokong dari jumlah lebih 3 juta penyokong PR, mereka hanya ditolak oleh 80% drp hanya 1200 perwakilan Pas yg memilih secara chai.



Ahli, pimpinan PAS tak perlu bimbang dan marah kepada #HarapanBaru

Penubuhan wadah baru sudah tidak dapat dielakkan. Ianya merupakan natijah daripada kemelut dalaman PAS yang tidak diurus dan ditangani secara bertanggungjawab.

Tiada siapa boleh memusing jarum jam untuk kembali ke masa yang telah berlalu.

Kepada yang kekal dalam Pas, anggaplah parti anda berada dalam keadaan selamat sekarang. Tiada lagi ancaman pengaruh fikrah luar yang mengganggu asholah perjuangan Pas. Tiada lagi pengkhianat. Tiada lagi golongan tak jelas fikrah. Parti anda sangat suci dan bersih sekarang. Bergembiralah dan bersyukurlah.

Anda tidak perlu bimbang dan marah. Presiden anda sangat pasti, wadah baru hanya boleh bertahan paling lama 2 tahun. Tempoh itu tidak lama. Anda tidak perlu risau apa-apa. Yakinlah dengan telahan Presiden anda. Dia tidak buat sebarang salah dan silap sebelum ini. Semuanya benar belaka.

Bagi yang memilih wadah baru, ketahuilah anda telah memilih jalan yang sangat sukar. Maka, pilihlah dengan ilmu dan kesedaran. Bukan kerana marah. Bukan kerana kecewa. Anda perlu memilih jalan ini kerana keyakinan dan harapan yang tinggi. Anda perlu memilih jalan ini kerana anda yakin anda benar. Jangan ada sebab lain.

Peluang untuk berjaya ada, tetapi laluannya tidak mudah. Kalau anda sudah biasa berkorban sebelum ini, ada perlu lebih banyak berkorban kali ini.

Kalau anda biasa dengan celaan dan kata nista sebelum ini, anda akan mendengar lebih banyak lagi kali ini. Pertingkatkan kesabaran kalian.

Kalau anda biasa bangun malam bermunajat kepada Allah sebelum ini, anda perlu lebih banyak mendekatkan diri dengan Allah kali ini.

Ujiannya pasti lebih getir. Celaan pasti lebih pedih. Kepayahan pasti lebih sukar.

Selamat berjuang. Seeru alaa barakatillah.

Abu Mubarak


ULASAN GB

Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan, demikianlah sunnatullah, semakin dihentam, dicaci dan difitnah, ia akan menjadi semakin utuh dan kuat.

Dan hukum kebenaran dan keadilan menetapkan, bala bencana itu menimpa tidak lain kepada orang yang memfitnah dan mencaci maki itu.

Meminjam syair Arab yang dipopularkan oleh mereka juga,

Biar anjing dan serigala menyalak, kabilah berjalan terus, #GHB akan tetap ditegakkan dan perjuangan akan tetap diteruskan!

Rakyat Kelantan dan Perlis, jangan lupa program malam ini!







22 ulasan:

  1. knp guna dewan perniagaan cina? tak ada ke dewang perniagaang melayu d kelangtang atau memang tak dok?

    dgn menggunakan dewan perniagaan cina, ghb mengorak langkah ke arah penyatuan rakyat Malaysia, melayu dan cina, islam dan kafir. gema pas for all akan beralih ke ghb for all.

    hamPAS dan mamPUS...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalu mu nak tahu, GHB tak boleh menggunakan premis kerajaan negeri kelantan. Mana mungkin boneka nik amar, mat yaakob membenarkan. Mereka berduakan sudah belajar dengan ubn setelah menjalin hubungan cinta !

      Padam
  2. TGHH ada meramal GBH bertahan hingga 2 tahun.. Pernah TGHH baca hukum tukang tilik bintang dan tukang ramal?

    BalasPadam

  3. Mana ada lagi Pas for all.

    Yg ada sekarang :

    Cai for all.

    Membangun bersama cai.

    Istiqomah hingga kemenengan cai

    Luncai dgn labu-labucai nya.

    Maaf Zahir Batin

    BalasPadam
  4. Salam kepada semua YB Adun dan YB Parlimen di seluruh negeri Kelantan Darul Naim. Mohon YB2 berbanyak selawat kepada Rasulallah SAW bagi membuat satu keputusan yang amat penting. Seterusnya mulakan langkah kanan menuju perhimpunan yang amat penting untuk masa depan rakyat kelantan pada malam ini di Kota Baru.

    Tuan2 YB bukan turun kerana husam atau mat sabu atau khalid. Tidak sekali2 untuk memuaskan hati sahabat2. Tetapi kerana Allah SWT semata2. Al marhum tuan guru Nik Abd. Aziz yang tuan2 sanjungi dan cium tangannya masa dulu2 telah meninggalkan tuan2 yb sebagai titisan zuriat perjuangan beliau. Tuan2 adalah rantai penyambung perjuangan beliau sehingga hari kiamat. Di padang mahsyar nanti tuan2 pasti berjumpa lagi dengan al marhum di alam sana.

    Yb. Selamat berangkat ke kota baru. Dekat sahaja. Demi Allah kalau Allah SWT izinkan kami terbang, kami ingin sekali terbang ke sana sekarang juga. Kami sangat2 merindui bumi serambi mekah, bumi yang di redai Allah tempat bersemadinya kekasih kami dan pemimpin ulung kami al marhum tuan guru Nik Abd Aziz b nik mat.

    BalasPadam
  5. ikut suka G18 nak guna dewan apa-pun. Orang cina pun ada yg islam. kenapa kamu nak menyibuk?

    BalasPadam
  6. Nampak sgt diorg takut ghb....bkn pas je takut...umno pun takut..shahrir samad pulak bela pas.kahkahkah. Dh nampak sgt dh.kekuatan ghb.alhamdulillah.

    BalasPadam
  7. Biarkan anjing kurap dan serigala jadian melalak melolong,Gerakan harapan rakyat terus melangkah menuju kedestinasinya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila hormat haiwan dan tidak kaitkan anjing dan serigala dalam
      Kekotoran politik pascai.

      Padam
  8. Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan, demikianlah sunnatullah, semakin dihentam, dicaci dan difitnah, ia akan menjadi semakin utuh dan kuat. 

    Dan hukum kebenaran dan keadilan menetapkan, bala bencana itu menimpa tidak lain kepada orang yang memfitnah dan mencaci maki itu. 

    Meminjam syair Arab yang dipopularkan oleh mereka juga, 

    Biar anjing dan serigala menyalak, kabilah berjalan terus, #GHB akan tetap ditegakkan dan perjuangan akan tetap diteruskan! 

    Rakyat Kelantan, jangan lupa program malam ini! 

    BalasPadam
  9. Nak bersatu dgn umngoook semula.....mmmmm korang dah lupa kot pesan allah yarham tgna....dia akan meludah muka mereka yg akan bergabung dgn umngooook....berfikiran waraslah wahai wallaun....ingat pesan murrobi yg baiknjadi ikutan yg jahat jadikan sempadan...belajarlah dari pengalaman kegagalan yg lepas......sekian wassalam.

    BalasPadam
  10. Prrogram malam ni ada life ke.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mohon sangat2 perogram malam ni ada siaran langsung. Biar terpancar ke seluruh jagat raya dan alam semesta. Seluruh penghuni langit dan bumi yang diizin Allah SWT pasti dapat menyaksikan betapa masih ada manusia2 pemberani bangkit untuk mengangkat martabat insaniah.

      Jika ada lebihan rezki dari karunia Allah SWT itu, inilah masanya anda infakkan untuk menjadikan program malam ini lengkap dan sempurna hingga kegemilangannya sampai ke seluruh pelusuk dunia.

      Sila datang awal dan bergabunglah bersama2 pasukan jabatan penerangan ghb. Kaedah penyampaian zaman ini tidak sama lagi seperti dulu2. Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada.

      Padam
  11. GHB ibarat sambal belacan. Semakin pedas semakin enak. Semakin enak semakin menyelerakan. Pas pula semakin hari semakin menjemukan. Resepinya hanyalah semata-mata maki-hamun, celaan dan fitnah yang kononnnya daripada ajaran. Resepinya hanya menjual agama. Seakan-akan agama Islam milik Pas sdn Bhd. Tafsiran mereka sahaja yang tepat. Pihak-pihak lain tiada autoriti untuk berhujah menggunakan firman Allah dan sabda Rasullullah kerana bukan golongan ulama. Hanya golangan yang berserban dan berjubah sahaja layak memimpin Pas kerana tag line parti ini telah bertukar kepada "Pas for all ulama".

    Lantaran Pas sudah menjadi parti ekskusif untuk ulama, maka ahli-ahli yang tidak status ulama tidak ada pilihan melainkan meninggalkan Pas. Walaupun tidak tertulis dalam perlembagaan parti, Pas era pasca muktamar 2015 adalah yang mempunyai susun lapis kepimpinan. Saf pimpinan tertinggi mesti ulama. Ahli-ahli yang bukan ulama walaupun mempunyai kualiti kepimpinan hanya layak menjadi ahli biasa sahaja. Pas memang ada kasta. Ahli yang bukan ulama sampai bila pun akan tetap jadi "paria" parti.

    GHB yang bakal didaftarkan sebagai parti politik sudah mendapat sambutan ramai, ibarat pisang goreng panas. Penubuhan cawangan-cawangan (bahagian) penajaan ibarat tumbuhnya cendawan di musim hujan. Tidak perlu disemai dan dibaja, cawangan-cawangan penajaan menggusarkan hati dan nurani pimpinan Pas. Emosi mereka tergagnggu kerana kekhuatiran hilang pengaruh menyebabkan tohmahan dan teori-teori tanpa sandaran kajian dilontarkan. Terakhir, Presiden Pas meramalkan GHB hanya boleh bertahan selama dua tahun. Harap-harap firasat beliau menjadi sebaliknya. Jika tidak dikawal keceluparan mulut-mulut pemimpin Pas, kebarangkalian dua tahun lagi Pas hanya tinggal pemimpin dan tanpa ahli menjadi realiti.

    GHB ditubuhkan bukan kerana rasa kecewa, tetapi dengan kesedaran untuk membela rakyat. Rakyat kini dibelenggu kesengsaraan di bawah kerajaan BN. Kenaikan harga barang, GST, penurunan nilai mata wang dan penyelewangan hazanah negara melalui 1MDB menyebabkan rakyat kualiti kehidupan rakyat menurun. Wakil-wakil Rakyat Pas tidak menunaikan tanggungjawab menyuarakan keluahan rakyat di dun dan parlimen, bahkan ramai yang bercuti dan ponteng ketika persidangan. Harapkan pegar, pegar makan padi. Para pemimpin GHB adalah pemimpin yang menjuarai permasalahan rakyat. Dengut nadi kehidupan rakyat adalah nafas harian mereka. Walau apa pun perjuangan mesti diteruskan demi kelangsungan membela rakyat yang dahagakan pembelaan.

    BalasPadam
  12. Sekarang ni juak-juak PAS dan UMNO sudah bersatu.

    Mereka menyerang GHB siang dan malam.

    Kini antara mereka sudah tiada serangan lagi lantaran mereka sudah berbaik dan mempunyai musuh yang sama aitu GHB.

    Harap GHB jadikan .ini dorongan kerana puak UG ini sudah terlalu kepanasan.

    BalasPadam
  13. Pas terlalu gopoh mendengar kata dr zuhdi, anak sisenik, din dan entah sapa lg sehingga mengelar pejuang2 yg banyak berjasa kpd Pas, dulu nama spt dr harun din, dr mahfuz, dr xuhdi, dr ridzuan, dr zawawi kami tidak pernah kenal pun nama ni, akhir2 ini nama inilah begitu popular mencaturkan halatuju pas. apa pun selamay maju jayalah kpd kepimpinan yg dipilih berdasarkan cai.

    BalasPadam
  14. Terima kasih dr Paridul adras ismail.komen dan ulasam saudara tetap memukau.tidak jemu membaca setiap kata.cuma kalu bolih luahkan juga isu pendatang asing yang semakin membarah dalam negara kita agar isu ini dibangkitkan juga oelh GHB.

    BalasPadam
  15. GHB mung tunggu ambo akan datang.

    BalasPadam
  16. Macam-macam reaksi pemimpin-pemimpin PAS terhadap GHB. Nampak sangat sedang kelam kabut, mengelabah, susah hati dan meroyan!! Apalah nak ditakutkan . Bukankah mereka semua telah disingkirkan dari jawatan-jawatan parti. Bukankah sekarang kerja parti boleh berjalan lancar tanpa gangguan jebon!! Bukankah Presiden PAS berkata yang GHB akan bertahan 2 tahun sahaja. Lepas 2 tahun GHB akan mati, parai dan hanyut!! Jadi apa yang sampai gila meroyan ni. Macam tak yakin dengan kebolehan sendiri atau memang tak ada kebolehan langsung selain dari memberi kuliah ugama!! Ulamak-ulamak belajar-belajarlah pakai seluar panjang agar mudah memanjat untuk gantung bendera dan tampal poster. Cuba belajar-belajar jugalah keluar duit sendiri untuk kegunaan parti kerana sumber kewangan juga mungkin merosot kerana GHB.

    BalasPadam
  17. Mengapa?

    Mengapa bila ada Toyota & Proton..dr segi kualiti kita pilih TOYOTA?

    Mengapa & mengapa??

    Apb dtg model baru..kita pilih model Phone yg BARU & tinggalkan yg lama?

    Mengapa mengapa & mengapa???

    Klu kita nak cepat sampai ksuatu tempat kita naik FLIGHT tak naik basikal?

    ...Itulah yg disebut2 "'kecanggihan-sophistikated-SYSTEM-mnjd-pilihan"'...



    Ciri-Ciri..

    Ciri2 yg diattas ITU..

    ITU lah ciri2 yg tlh diwariskan oleh smua nabi2 as..

    ITU lah juga ciri2 UTAMA yg tlh dibawa oleh nabi Muhammad SAW..




    Mengapa?

    Mengapa Kaum Quraish diMekah gempar dgn khadiran nabi SAW?

    Mengapa & mengapa??

    Mengapa ularrMak/AhlulKitab2 Yahudi gempar apb nabi SAW hadir diMadinah?

    Mengapa mengapa & mengapa???

    Empayar Rom & Parsi gempar dgn realiti-MIRACLE-spiritual deen-SYSTEM nabi SAW yg tlh mrk dengar itu?

    JAWAPAN..

    ..jawapanya adalah krn "'deen-SYSTEM-miracle"' nabi SAW itu dpt mnewaskan & MENGATASI sgl2-SYSTEM yg ada didunia ini pd wktu itu..



    JADI

    Jadi apakah resepi?

    Apakah resepi "deen-SYSTEM-miracle" nabi SAW yg mnjd sgt7MIRACLE itu??

    Lihat,

    CAHAYA..

    CAHAYA maha7TERANG..

    CAHAYA maha7LURUS..maha7KUDUS kdasar HATI yg paling7Dalam..

    ...itulah CAHAYA sjujur7KJUJURAN yg tiada tandingan

    ...CAHAYA seikhlas7KEIKHLASAN yg tiada tolok bandingan

    ...CAHAYA stiggi7AMANAH-integrity-trnsparency-SUCI yg sgt7Murni skali

    ...CAHAYA shebat7BAKAT-MERIT-only d TOP from all d best yg wajib dihargai

    ...CAHAYA seadil7KEADILAN-univrsal-SEJAGAT-azali utk isi langit & bumi

    ...CAHAYA slembut7KASEH-CINTA-ABADI, smua adalah titisan zuriat Adam as


    ...CAHAYA smutlak7HAQ-KBNARAN-HAKIKI, mnjd-SELFLESS tiada pentingDIRI lg



    Apb..

    Apb tlh disuloh CAHAYA..

    Sbnr7CAHAYA-resepi "'deen-SYSTEM-miracle"' yg diatas itu..maka mnjelmalah..

    ..."li yuzhirohu alad DEENI kullihi.." Quran: As-Shaft(61:9)

    "..dgn petunjuk-CAHAYA itu DIA memenangkan deen-SYSTEM itu keatas smua system2 yg lain ksemuanya skali.."


    ..itulah Islam

    ..Islam sbg deen-SYSTEM

    ..Islam ibarat produk-SYSTEM yg bnar7MENGGEMPARkan

    SYSTEM yg sgt INDAH lg mngindahkan jiwa2 yg mncari CINTA suci abadi..

    SYSTEM mudah yg maha7MEMUDAHkan_LURUS-KUDUS maha7MELAPANGkan skali

    SYSTEM terang maha7MENERANGI, tiada sklumit tipu-korup-FITNAH mnjd punca kpd sgl massaalah2

    SYSTEM laju-efisyen bnar7TERPANTAS sbg penyelesai sgl massaalah ummah..


    Itulah sbnr7HAKIKAT deen-SYSTEM-miracle "ISLAM" yg tlh dibawa oleh nabi Muhammad SAW..

    PEACE...wssalam

    BalasPadam
  18. Pendukung dan penyokong GHB perlu memohon maaf atas tindakan mereka. Ramai yang kena insomnia, kadar gula dalam darah meningkat, tekanan darah melonjat, selera makan terjejas, cakap merapu-rapu dan tak kurang juga prestasi tenaga seksual menurun hingga memerlukan viagra. Maafkanlah mereka yang sedang menanggung stress dan tekanan mental. Biarlah mereka meracau, mengigau dan berbuih mulut. Kira cuma memohon maaf dan berdoa agar sawan mereka cepat hilang!!

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.