Bismillah.
Saya bukan ahli politik. Pembabitan saya di dalam PAS banyak berkisar di daerah perkaderan. Saya memilih untuk berada di ruang perkaderan kerana saya suka dengan anak muda. Bagi saya, untuk melihat perubahan, ia boleh dibuat di semua peringkat, tetapi mengusahakannya di peringkat anak muda adalah yang terbaik.
Namun usaha ini kena sabar sebab hasilnya perlu menunggu mungkin sekitar 5 ke 10 tahun. Saya memilih untuk berada di perkaderan supaya kedudukan saya di dalam PAS tidak terlalu bawah sehingga pendapat saya tidak berharga, dan tidak naik ke atas sehingga saya perlu berpolitik. Saya tiada bakat politik, dan sentiasa mengelak daripada sampai ke daerah PAS sebagai parti politik.
Namun itu tidak bermakna saya naif dengan politik.
Dalam urusan perkaderan, subjek paling berharga ialah (i) pemikiran (ii) karakter (iii) wacana bersifat futuristik
Ketika memegang jawatan kecil di dalam sebuah unit di bawah DPPP bermula daripada sekitar tahun 2005, agenda saya dan rakan-rakan ketika itu adalah menyuntik perubahan kepada pemikiran dan pendekatan dakwah PAS, khususnya di peringkat kampus. Dari segi pemikiran, agenda ketika itu ialah menautkan kembali Sunnatullah dan Syariatullah. Ia akan menyentuh tentang sinergi antara sains dan agama, 'profesional' dan agamawan, kepentingan asbab dan ketinggian tawakkal dan doa, yang menjadikan siapa sahaja di dalam PAS sama penting kerana saling lengkap melengkapkan.
Wacana "Apa Erti Saya Menganut Islam" versi 'segar' digerakkan di seluruh negara, malah di luar negara juga. Hasratnya, adalah supaya aktivis PAS mempunyai minda yang dinamik, boleh melakukan integrasi disiplin ilmu tanpa sebarang sumbatan kognitif disebabkan oleh 'sekularisme versi ambil sains tolak agama', mahu pun 'sekularisme versi ambil agama tolak sains'.
Pada masa itu juga, saya tekankan bahawa gerakan Islam mempunyai dua agenda. Agenda pertamanya adalah untuk bertindak balas terhadap kehilangan kuasa politik pasca kejatuhan Dawlah Uthmaniyyah 1924. Manakala agenda keduanya pula adalah untuk bertindak belas terhadap Barat. Mahasiswa dan mahasiswi yang mengikuti wacana saya di blog saifulislam.com ketika itu tentu tidak lupa, bagaimana banyaknya saya tekankan, pentingnya bagi amilin gerakan Islam belajar tentang sejarah Eropah Moden, agar mereka menguasai latar belakang kepada ideologi dan sistem semasa, yang akar umbinya adalah di dalam sejarah era tersebut.
Tetapi pada masa itu, saya dan tim di dalam unit berkenaan perlu banyak bersabar sebab mahasiswa mahasiswi pro PAS ramai yang lemah dari segi pembacaan, malas dan banyak beralasan, tidak kurang yang lemah akademik dan karenah-karenah itu banyak yang mengesahkan dakwaan Fathi Aris Omar dalam wacana Di Bawah Mendung Usrah, bahawa usrah adalah agenda pembodohan. Memang ia berlaku, sebab yang datang usrah malas baca buku, malas berfikir, namun berkeinginan tinggi untuk bercakap benda-benda besar. Semua itu tidak kami nafikan, tetapi kami mengambilnya sebagai tugas untuk membetulkan keadaan.
Agenda memperbaiki PAS dan membawa gelombang pemikiran baru di kalangan anak muda berjalan lancar. Kemuncaknya ialah apabila Ustaz Nasruddin Tantawi dan Ustaz Nik Abduh menjemput saya dan beberapa rakan untuk hadir ke sebuah mesyuarat dengan agenda menyemak Tarbiah, tetapi pada masa yang sama, mengusulkan pembentukan Ulama Pelapis PAS! Jika tidak silap saya, mesyuarat itu adalah sekitar Disember 2007. Wah, ini sudah luar biasa. Saya hanya berharap agar anak muda yang berubah. Tetapi jika ulama pun mahu berubah, ia seperti pucuk dicita ulam mendatang.
Tetapi perubahannya terjadi bermula pada sekitar tahun 2008. Kepulangan ustaz-ustaz muda dari luar negara, membawa idea yang berbeza. Saya mengambil beban kesalahan kerana pada sekitar tahun itu saya amat sibuk dengan kerja, dan dengan rela hati mengundurkan dari daripada unit yang didiami selama ini. Laluan diberikan kepada ustaz-ustaz muda ini tanpa sebarang prasangka.
Akan tetapi sedikit demi sedikit, saya semakin tidak berkenan dengan wacana yang dibawa. Kupasan saya tentang konsep Kepimpinan Ulama dibalas dengan sanggahan yang membimbangkan. Tidak mengapa jika pandangan saya tidak ditanggap dengan tepat lalu saya dituduh cuba menyamakan ulama Islam dengan paderi gereja zaman gelap Eropah.
Tetapi yang lebih saya khuatirkan ialah apabila logik yang dibawa untuk mempertahankan Kepimpinan Ulama ketika itu ialah, "jika ulama memimpin, ulama merujuk kepada Allah dan Rasul, dan kepimpinannya Allah bantu. Tetapi jika profesional memimpin, mereka hanya menggunakan logik akal. Justeru kamu mahu kepimpinan yang bagaimana?"
Soalan ini sangat berbahaya.
Saya bertengkar dengan rakan-rakan profesional kerana mereka 'buy' idea ini. Saya dukacita sebab graduan-graduan UK yang pro PAS, mereka ini di kaca mata negara adalah aset. Tetapi apabila mereka berada di dalam PAS, mereka berada di kedudukan yang mensesiakan kepintaran dan profesionalisme masing.
Pada masa itu, di dalam pertengkaran saya dengan golongan profesional ini, saya yang sedang marah menyebut, "jika dahulu, ana rasa masalah dalam PAS ini adalah ustaz-ustaz yang jumud. Tetapi sekarang ini ana tambah di hujungnya bahawa masalah dalam PAS ialah ustaz-ustaz jumud yang dilindungi oleh para profesional yang bengap!"
Kenyataan saya ini dibalas oleh S/U MSU bahawa bai'ah saya terbatal sebab saya menyanggah keputusan syura. Saya berkeras bahawa bai'ah saya bukan dengan 'ustaz', tetapi dengan Allah dan Rasul.
Saya mewacanakan idea Kepimpinan Ulama bukan kerana saya ada apa-apa kepentingan tentang siapa yang nak memimpin PAS. Saya tiada masalah dengan siapa nak jadi pemimpin. Sejak awal pembabitan saya dengan PAS, saya sentiasa jauh daripada hal ehwal kepimpinan di atas, apatah lagi untuk berpihak kepada mana-mana kem, di zaman yang ada kem-kem tertentu.
Tetapi saya menyanggah idea Kepimpinan Ulama ini sebab ia merosakkan kognitif anak muda melalui wacana yang pelik. Semenjak 2008 ke 2010, saya sudah sangat khuatir kerana di peringkat perkaderan, yang dominan adalah pembulian pemikiran, dengan jargon-jargon wala, bai'ah, tsiqah tidak tsiqah.
Apabila saya hadir ke kampus-kampus untuk berceramah tentang cinta, selepas habis program, ada ahli Jemaah Islam Kampus meminta bertemu dengan saya di tengah malam untuk meluahkan rasa bimbang dan sedih mereka tentang pembulian fikrah, label melabel, dan penyenaraian hitam ustaz yang berfikrah seperti saya.
Saya hanya mengangguk, memberi semangat, namun menyalahkan mahasiswa itu sendiri. Sebabnya, di zaman saya, kalau ada ustaz ceramah merepek, kami akan tanya, bantah, tegur, dan sesekali melawan. Tetapi kalian hanya mengeluh di belakang. Maka saya hulurkan rasa faham, tetapi saya tidak simpati. Jika kalian nampak masalah ini, kalian wajib menyuarakannya. Sok sek di belakang, ia tidak ke mana.
Bagi sahabat-sahabat yang akrab, mereka tahu yang saya sudah pun hilang kepercayaan tentang keupayaan PAS untuk berubah, seawal 2008. Biar pun ketika itu politik PAS berada di tahap yang amat memberangsangkan, namun di peringkat perkaderan ia penuh kebimbangan.
Desakan demi desakan yang diajukan kepada pimpinan Pusat bahawa mahasiswa mahasiswi pro PAS ada banyak masalah tidak diendahkan mereka. Apa yang penting bagi pimpinan ketika itu ialah meminta laporan setakat mana mahasiswa pro PAS atau tidak. Apabila masalah di kalangan mahasiswa dan mahasiswi ini dibiarkan, saya menjangkakan masa depan PAS akan ada banyak masalah.
Menuju usia 40, saya tidak mahu hidup saya dibelenggu konflik dan masalah. Biar pun sudah tiada apa-apa jawatan di dalam PAS, saya tidaklah pula mengisi hari dengan aktiviti jahiliah atau tak tahu nak buat apa. Malah kehidupan selepas tiada jawatan di dalam PAS adalah lebih sibuk. Sesekali ada kawan menjenguk ke rumah, bertanya khabar. Semuanya saya raikan.
Namun di hujung pertemuan, mereka akur bahawa saya sudah hilang keyakinan terhadap keupayaan PAS untuk berubah. Politik itu seperti buih. Ia boleh ditiup menjadi besar dan cantik. Tetapi perkaderan itu 'real'. Jika perkaderan sudah dimakan anai-anai, rumah yang teguh menunggu rebah.
Kemuncaknya, apabila Muktamar PAS 2014 berlangsung di Johor, saya sudah membulatkan hati. Sepanjang muktamar, dunia menyaksikan sebuah parti Islam bersorak sorai, boo, label melabel, dari atas hingga ke bawah, dan doa dipakai untuk menyindir sesama ahli. PAS sudah tidak lagi komited dengan identiti Islam.
Pada tahun itu, saya koyak sijil keahlian PAS seumur hidup saya dan saya hanya simpan cebisan bertulis Bismillah, ayat 7 Surah Muhammad dan tandatangan al-Marhum Ustaz Fadzil Noor kerana itu sahaja yang bagi saya masih berharga untuk disimpan, dan dikenang dalam kesedihan.
Saya menyokong penubuhan Gerakan Harapan Baru, bukan kerana saya mahu menjadi aktivisnya. Saya hanya berharap agar dengan adanya parti baru itu, pimpinan-pimpinan yang tersingkir itu tidak membuang masa bertikam lidah, duduk dalam dilema, dan mensesiakan ilmu, pengalaman dan bakat kepimpinan mereka.
Mereka tersingkir bukan atas kapasiti individu. Sebaliknya mereka tersingkir hasil strategi terancang, bukan sekadar di peringkat mesyuarat bahagian memilih perwakilan, tetapi lama sebelumnya melalui aktiviti melabel, memburuk-burukkan, menyenarai hitam, di luar bayangan saya ia boleh berlaku kepada sebuah gerakan Islam.
Mengundurkan diri daripada PAS terjadi dalam keadaan yang sangat perit dan melukakan hati sendiri. Biar pun netizens secara semberono melabel jebon, ular daun, penjilat DAP, dan terkini Dr. Zuhdi menuduh golongan 'progresif' ini mahu membawa Islam Amerika yang direstui oleh Sister in Islam, Lawyer for Liberty, Comango, pendukung LGBT dan DAP, semua itu jika ditimbang dengan neraca dunia, ia bagai tanah yang menambus jasad di dalam kubur. Sempit dada dibuat.
Tetapi dengan mengembalikan semuanya kepada Allah dan Rasul SAW, iman kepada Akhirat dan pautan kepada rahmat-Nya, saya yakin, Gerakan Harapan Baru itu biar pun akan bermula dengan seribu satu keperitan, Allah tidak akan mensesiakan keikhlasan hati untuk membantu agama-Nya.
Sudah lama suara Islam berhenti daripada bercakap tentang masalah masyarakat Malaysia, susah payah mereka, dan sibuk dengan politik rumahtangga. Yang kekal dalam PAS teruskan beramal, kerana kelompok bermasalah sudah tersingkir. Yang memilih untuk bersama GHB, berhati-hati mengatur langkah. Fokus kepada kerja, jauhi perangkap sengketa.
وقل اعملوا فسيرى الله عملكم ورسوله والمؤمنون وستردون إلى عالم الغيب والشهادة فينبئكم بما كنتم تعملون
Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan". [al-Tawbah 9: 105]
Dalam hening malam-malam akhir Ramadan ini, semoga Allah ampunkan kekurangan saya, membantu saya untuk melihat yang benar itu sebagai benar, dan direzekikan untuk menurutinya. Tiada yang kupinta, melainkan kaki kekal melangkah di sirat mustaqim, menagih husn al-khatimah, diredhai Allah dan didamaikan di Syurga bersama Anbiya', Siddiqin, Syuhada' dan Solihin. -Ustaz Haarizal Abdul Jamil (Saiful Islam)

Memang syahdu membacanya. Saya tidak pernah terlibat dengan intensif dengan PAS sebagaimana sebahagian rakan saya, disebabkan perbezaan pendapat tentang pendekatan yang ingin dibawa. Saya tetap beranggapan bahawa mencedok bulat bulat apa yang dibuat di Timur Tengah tidak akan membantu PAS di negara ini. Pandangan keras sebahagian ustaz tidak akan membantu menunjukkan Islam itu rahmat. Saya masih beranggapan Pas gagal dalam menterjemahkan Islam secara lunak dan berakhlak. Malangnya pendapat orang macam kami dianggap menongkah arus dan dianggap berbahaya. Malang sekali. Saya pernah melibatkan cara Dr Zaharudin mengendalikan taaruf dan tamrin (ketika itu beliau masih di tahun akhir undergraduate) dan kematangannya terserlah.
BalasPadamSaya amat berharap agar GHB dapat menunjukkan nilai Islam sebenar, dakwah kita bukan pada gelaran kita sama ada agamawan atau professional. Kerana akhirnya kita tetap akan mengadap Allah untuk diperhitungkan.
Syabas Ustaz Hasrizal. Satu coretan yang amat berharga.
BalasPadamBetul, idealisma semata-mata walaupun disaluti dengan "Nama Allah dan Rasul" tanpa rangka kerja yang mantap dalam konteks realiti negara berbilang kaum, berbilang budaya dan berbilang etnik sukar menembusi tiang matlamat.
Kita perlu bijak. Malang sekali komen Dr. Zuhdi semalam yang mengaitkan "progresif" Gerakan Harapan Baharu dengan gay, LGBT, comango dsb. hanya merendahkan lagi martabat dirinya. Apakah buku itu saja menjadi rujukannnya apabila mencenteng arang kepada GHB ?. Saya baca laporan komennya dalam Malaysiakini, memang tersasur jauh dari kebenaran. Dia kena ingat tulisannya (malah tulisan sesiapapun dalam alam maya) bukan hanya dibaca oleh Pak Mat kampung atau Kak Charg penjual nasi dagang, namun turut dibaca oleh orang sepeti saya (ada PhD) dan orang2 bijak pandai tidak kira latarbelakang akademiknya. Dr.Zuhdi's critique of GHB is too simplistic, naive and off-tangent. Please you're doing a disservice to your good name (?) and the good office of Pas Research Centre formerly headed by Dr.Dzulkefli.
Back to catatan Ustaz Hasrizal. Memang saya terasa kejanggalan halatuju PAS sekarang. Dalam konteks "PAS for All" initiated by the progressive leaders in PAS, ia satu wadah terbaik untuk berdakwah kepada oran2 bukan-Islam. Baik sangat. Sayang kerja baik yang dibuat itu hilang sekelip mata dengan "the bulldozed of hudud agenda". Again and again, kita bukan tidak percaya pada hudud. Jauh sekali. Kita berkata fokus dulu kepada masalah rasuah (yang ternyata terlalu parah hingga ke Seri Perdana), keadilan, kerosakan alam dsb. Ya Negara Brunei Darussalam boleh melaksanakan hudud sebab taraf ekonomi mereka baik (saya dah berulangkali ke Brunei). Kita di Malaysia. Saya difahamkan, slipar kat masjid pun dicuri kalau nampak cantik. Apatah lagi dengan desakan ekonomi yang amat sangat di Kalantan pasca banjir, maka hudud jika di laksanakan akan memangsakan rakyat marhaen seperti itu, Is is fair NOW ?.Its a disservice to Islam itself.
So whatever name GHB atau apa pun saya juga sealiran dengan Ustaz Hasrizal, menyokong penuh GHB. Kita buka lembaran baru dalam politik Malaysia. Dalam usaha mencari redho Allah, ketidakadilan, kezaliman dan ketidaktentuhaluan pimpinan seperti di Putrajaya kini mesti diganti.
Cuba satu. Saya berkesempatan berbicara secara exclusive dengan TGHHadi hampir sejam. Nampak garang, tetapi lembut orangnya. Mungkin dia terlalu terpengaruh dengan orang di sekeliling seperti Zuhdi, Azli Taliban, Nasarudin, Abduh dan yang sewaktu dengannya ... watak2 yang disebut oleh Ustaz Hasrizal yang berpendirian agak regresif kot. Hanya Allah saja yang tahu.
InSyaAllah more and more people will join us. Ramai dalam PAS yang masih berbelah bagi akan mengekori langkah kita. Best wishes to GHB. To Bang Mat, to Mr. Cool Salehuddin, to the fighter Dr.Hatta, to Khalid Samad (lama saya sembang dengan di Mesjidil Haram dua tahun lepas, terjumpa dia kat situ. Dia tak kenal saya ... sampai sekarang), to the young man Suhaizan, yang Arif Dr.Dzul, yang petah dengan undang2 Hanipa Maidin dan lain-lain semuga berkat bulan Ramadan, kita dilandasan yang diredhai Allah. Ameen
Muktamar PAS 2014 yang berlangsung di Johor adalah satu permulaan bagi satu kesudahan bagi parti siasah ini. Pada muktamar tersebut kita menyaksikan sebuah parti yang kononnya meletakkan Islam sebagai teras perjuangan bersorak sorai, boo, label-melabel, dari atas hingga ke bawah, dan doa didodoikan untuk menyindir sesama ahli.
BalasPadamMuktamar Pas 2015 pula menyaksikan betapa "laveling" terhadap golongan progesif dan profesional dalam Pas diperkukuhkan. Golongan-golongan ulama dalam Pas menuduh golongan progresif dan profesional ini sebagai tolol, celaka, jebon, barua, broker, munafik hiraki, engkar syura, pengkhianat, lawan ulama, proksi ketum, pro Dap, fikrah tak jelas, Yahudi, mabuk, liberal, sekular, anti hudud dan pemecah belah. Tidak terjangkau oleh akal yang waras tuduhan-tuduhan buruk yang sebegitu rupa dilontarkan kepada golongan yang tidak dapat dinafikan sebagai tulang belakang parti.
Mereka inilah yang menjiwa keluh-kesah penderitaan rakyat hasil kepincangan kerajaan BN. Mereka inilah yang turun padang melakukan demontrasi jalanan membantah tindakan kerajaan BN yang membelakangi rakyat. Mereka inilah yang sanggup keluar masuk lock up polis, penjara, ISA dan mahkamah semata-mata kerana membela rakyat marhaen. Harapkan golongan ulama Pas hanya sekadar berkebolehan memberikan ceramah-ceramah agama yang bombastik, namun jalan penyelesaian kepada permasalahan rakyat adalah sifar.
Rakyat marhaen yang dahagakan pembelaan mengalami kerugian besar jika golongan profesional dan progesif ini mengundurkan diri dari arena politik tanah air. Penubuhan NGO Gerakan Harapan Baru yang direncanakan akan didaftarkan sebagai parti siasah pada waktu terdekat adalah sesuatu yang amat-amat dinantikan oleh pencinta keadilan. Wadah baharu ini diyakini akan mendapat sokongan rakyat Malaysia. Wadah baru ini pastinya akan mewarnai senerio politik Malaysia terutama PRU 14 yang bakal menjelang. Ayuh sahabat-sahabatku yang sudah bosan dengan retorik hudud Pas, sama-sama kita gembeling tenaga dan buah fikiran menjaya dan memantapkan wadah baharu ini.
Hebat sungguh pemikiran saudara.semoga allah memberi ruang yanglebih segar agar saudara dapat membantu peringkat yang benar2 memerlukan pemahaman sebegini,terharu dan terhibur membaca artikel saudara.mungkin inilah yang bolih digelar ulamak (orang yang berilmu)yang bolih memahami apa ynag mungkin akan terjadi apabila sekumpulan serigala memakai jubah dan berserban memberi kuliiah agama.syabas.terimaksih,semoga ramai pemuda olih memhamai maksud tersirat.
BalasPadamTAJUK PAKATAN BER-4
BalasPadamElok tubuh parti baru dan Pakatan Rakyat jd pakatan berempat. Pas nak bersama boleh keluar pun boleh. Jadi kuasa tawar menawar akan seimbang. Selangor contoh adun Pas yg dibaruakan tak akan dipilih semula dlm PRU akan dtg jd join parti baru yg bergabung maka pasti kuasa tawar menawar dan status quo mereka kekal boleh bertanding semua atas tiket parti baru. Pas terpaksa terima kerana ini pakatan ber-4. Kerana pas berkurangan ADUN maka satu exco perlu diberi pada Parti Baru jd Pas wajar dpt 2 exco sahaja.
Jawatan-jawatan utama spt di GLC negeri di selangor yg asal milik PAS perlu diberi 1/3 kepada Parti baru. Pas kekal 2/3 sebagai menghormati gabungan.
Begitu juga lain-lain ahli parlimen boleh terus kekal bertanding dlm next PRU atas kapasiti pemuafakatan Pakatan ber-4.
Pas ada pilihan untuk keluar tapi semua tahu PAS akan terus kusam jika sendirian dan Kelantan pun boleh terlepas. Jika bergabung dengan UMNO lagi hancur kerana mungkin pimpinan sahaja yg berminat tapi grass-root tidak dapat terima.
Pas tiada pilihan selain bersama Pakatan ber-4 untuk survival, Tapi agihan dan kuasa rundingan cuma tinggal 2/3. Status Quo PKR dan DAP kekal cuma Pas yg perlu berkongsi agihan dgn Parti Baru. Memang parti baru tidak kuat jika sendirian tetapi bersama tongkat dari PKR dan DAP pasti ia kuat dan ada kuasa tawar menawar terutamanya di pantai barat. InsyaAllah
Membangun Bersama Kepimpinan Cai
Ustaz saya bangga dgn tuan. Dr Paridul teruslah membuka mata umat. Saudara Omar berjuang di lapangan. Ayuh kita sumbangkan bakat kita sebaik2nya utk misi suci ini. Kita tidak akan mengharapkan apa2 melainkan redha Allah! Selamat Berjuang.Selamat Hari Raya semua saudara2 ku.
BalasPadamJumpa zuhdi memang aku ludah dia dengan kahak...kau dah benci dgn mrk jgnlah kau nak dakwa mcm2 pd mrk...patutnya kau puas hati sbb mrk dah x kacau geng ulama...aku x sokong mana2 tp aku cukup benci melihat batu ronson dlm kalangan akademian ni....x jauh um tu...satu masa mesti jumpa punya zuhdi...
BalasPadamSyabas, Ustaz Hasrizal!
BalasPadamSebelum ini, saya seorang penyokong setia PAS dan pernah berhasrat untuk menjadi ahli berdaftar yang dapat menyumbang sesuatu yang bernilai untuk parti ini, tetapi apabila melihat situasi PAS sekarang, saya membatalkan hasrat tersebut. Jika saya ahli berdaftar PAS, saya lebih rela keahlian saya digugurkan & berdiri teguh bersama Harapan Baru ku.
BalasPadamBismillah.
Sememang nya PAS berjaya menarik ramai orang dari berbagai peringkat samada pemikiran atau pun akademik.
Yang paling terkesan ialah kelompok bawahan yang sangat mengharap pada PAS dalam menjadikan mereka dari se orang yang malas kepada se orang yang rajin, dari se orang yang malas berfikir kepada se orang yang rajin berfikir seperti yang di sebut iaitu supaya mempunyai minda yang dinamik dan boleh melakukan integrasi displin Ilmu. Ini lah satu-sebab ramai yang lemah akademik memilih PAS kerana dapat bantuan dari Allah bila mereka mendokong kepimpinan ulamak.
Mereka yang dari UK pula ingin mengimbangi diri mereka dengan ilmu agama.
Ketika itu jika saudara bertanya saya 'Tetapi jika profesional memimpin, mereka hanya menggunakan logik akal. Justeru kamu mahu kepimpinan yang bagaimana?" Saya pasti jawab ulamak.
Ini semua kerana kehebatan TGNA (Semuga roh nya dirahmati Allah) yang merupakan daya tarikan yang kuat sehingga bukan mahasiswa dan mahasiswi yang ingin bersama PAS tetapi termasuk selebriti terkenal.
Kita meletakkan kepercayaan dengan mengharapkan sesiapa yang menganti tempat TGNA akan meneruskan usaha-usaha nya termasuk cara kepimpinannya dan hubungannya dengan masyarakat.
Tetapi itu tak terjadi sehingga lah kini kita melihat tertubuhnya GHB.
Ustaz Hasrizal kini tiada jawatan tetapi masih sibuk tetapi anak muda (bawahan) ini hilang pendoman dan kepercayaan kepada mereka yang bergelar ulamak dan ustaz. Kerana tak banyak sikit, akibat dari pengalaman ini semangat Ustad Hasrizal ada sedikit penurunan tetapi mungkin dapat di atasi. Tetapi mereka yang ada sedikit kekuatan akan terus menjadi lemah dan mereka yang lemah mengharapkan agar mereka menjadi bersemangat terus hilang keyakinan pada diri mereka kerana mengharap pada seseorang membimbing mereka samada secara langsung atau tidak.
Orang yang mudah terpengaruh dengan orang di sekelilingnya adalah seorang pemimpin yang lemah. Tidak salah pemimpin menerima pandangan semua tetapi bila terpengaruh bererti pemimpin tersebut hanya menerima pandangan orang yang dia suka. Dia sendiri menjadikan dirinya kuat (degil, keras hati) kerana orang-orang disekelilingnya. Sedangkan dia boleh memilih untuk berlembut dan berhemah kerana ramai pemimpin termasuk TGNA yang dikeliling orang lebih ramai dari mana-mana pemimpin ulamak dalam PAS.
Di sini lah yang kita sakit hati mengapa ulamak-ulamak tua dan muda bertindak secara tidak bermoral apabila graduan-graduan UK 'buy' idea mendokong kepimpinan ulamak dan di tambah di hujung nya di lindungi oleh para profesional yang bengap!
Kepada Allah kita kembalikan.
syabas ustaz hasrizal, marilah kita bersama menguatkan ghb. dan memohon redho Allah.
BalasPadamUstaz lah jugak.........kesian dh kalah..lembut bahasa tdk lagi dipilih..tp tdk dpt menerima kekalahan..kesian...tubuhlah parti baru..kesian..tp bila dipersila letak jawatan tdk dpt terma pulak...kesian...preogresif melayu...kesian...ada lg maruah kah? kesian...
BalasPadamNah,terus Allah bg contoh manusia yg ustaz ckpkan td tu.perangai mcm budak kecik.menuduh itu ini,menyakitkan hati org,hais kesian2
Padamtinggalkan PAS PIS PUS....Parti Siku Lutut yang dah nak karam....biarlah si ulama terjun dengan labu-labunya....seisi keluarga aku tak akan beri undi kepada PAS lagi...tak akan gantung bendera dan poster PAS lagih....usaha ikhlas yang dah kami buat selama 30 tahun itu tidak akan kami lakukan lagi....
BalasPadamSeisi keluarga kami dah sepakat tidak akan undi PAS dalam PRU14 terutamanya di Kelantan....menantikan GHB....