Mat Sabu bebas tuduhan memfitnah polis Bukit Kepong
Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini membebaskan bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu yang dituduh memfitnah polis Bukit Kepong dan keluarga mereka.
Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi dalam penghakimannya berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes terhadap Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.
Keputusan tersebut disambut dengan sorakan Allahuakbar daripada mereka yang hadir di galeri.
Mat Sabu didakwa membuat fitnah menerusi kenyataannya berhubung kejadian Bukit Kepong pada 1950, yang menyaksikan 25 anggota polis dan keluarga mereka dibunuh oleh komunis.
Beliau didakwa berkata, Mat Indera yang mengetuai serangan itu adalah seorang wira negara dalam melawan British. Beliau dikatakan membuat komen itu pada satu ceramah di Tasek Gelugor pada 21 Ogos 2011.
Beliau juga didakwa mengatakan pengasas Umno Datuk Onn Jaafar dan perdana menteri pertama Malaysia Tunku Abdul Rahman tidak layak digelar wira negara kerana mereka juga hamba penjajah British, dan pembangkang (Pakatan Rakyat) akan menulis semula sejarah negara ini jika mereka memenangi pilihan raya umum akan datang.
Ucapannya menimbulkan kekecohan terutama di kalangan ahli keluarga polis Bukit Kepong yang terbunuh dalam serangan itu.
Banyak laporan polis dibuat terhadapnya oleh persatuan bekas polis, individu dan badan bukan kerajaan (NGO) membantah kenyataannya.
Bercakap di luar mahkamah selepas itu, Mat Sabu mengucapkan syukur di atas keputusan mahkamah itu dan berterima kasih kepada semua yang menyokongnya selama ini.
Katanya, beliau kini akan memberi tumpuan kepada usahanya menubuhkan sebuah parti dan gabungan pembangkang baharu.
ULASAN GB
Tahniah dan syabas kepada Mohamad Sabu, juga kepada peguamnya Hanipa Maidin yang dari dulu sememangnya professional membela anakguamnya.
Ini petanda baik untuk parti baharu, kerana selepas ini Mat Sabu boleh memberikan tumpuan sepenuhnya kepada penubuhan parti baharu yang amat ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia terutama ahli-ahli PAS yang ramai ingin keluar dari parti itu untuk menyertai parti baharu pimpinan golongan progresif.

MANA AZMIN?
BalasPadamsesi jelajah Mencari Azmin...
Sejarah Bukit Kepong telah dimanipulasi oleh penjajah British dan direalisasikan oleh Umno / Barisan Nasional. Polis2 yang berkhidmat di Balai Polis Bukit Kepong adalah polis British walaupun mereka berbangsa Melayu. Jadi, polis-polis itu adalah tali-barut polis British. Sesiapa sahaja yang menentang untuk menghalau penjajah British dikira sebagai pejuang. Sesiapa sahaja yang mempertahankan British adalah penyokong penjajah. Darah tali-barut British halal untuk ditumpahkan.
BalasPadamSilap tuan Dr.
BalasPadamAbe nik abduh n nik amar serta nasruddin lagi pakar sejarah mat indera..kih kih kih kih.siap ade buah cakar siku lutut lagi.mat sabu mana ade smua tuh.
Tertunggu2 jga isu mende abe2 kat atas tu nak bwk utk panaskan politik negara...tapi...hampeh...cakar rimau siku lutut jer yg dapat.malangnya saper laa yg pangkah diaorg neh
Ketua Pemuda pas baru xde ulas apa2 ke kes najib yg dibawa oleh wsj..senyap je..
PadamNak ulas macam mana guuu faham pun tidak kah kah kah Ketua Pemuda PAScai buat malu kompeni jer.
PadamNik abduh tgh sibuk bikin album..mau ganti raihan..artis la katakan..kah kah kah..mana ade masa nk ulas isu 1mdb-wsj..suara kena jaga nk record lagu...kah kah kah...
PadamPerkara teknikal seperti ini perlukan penglibatan professional. Mat Sabu menang perbicaraan kerana ada lawyer, kalau takde lawyer berat sikit nak menang. Tapi ada satu kelompok yang perasan mereka alim tak mahu bersahabat dengan profesional. "Ulama" ini bencikan profesional TAPI daalam masa yang sama mereka berkawan dgn "toghut". Inilah ULAMA CAP AYAM! Tahniah hanipa dan abg mat...
BalasPadamTerbaek bang mat sabu..
BalasPadamlu adalah idola wa...
terbaik, datuk aku royat pun mace tu jugok
BalasPadamAbg mat dah menang, bolehlah turun ke jalanan..tumbangkan Umno/bm agen zionis.
BalasPadamalhamdulillah dan tahniah abg mat
BalasPadamhamba anak jati bukit kepong tumpang berbangga kerana abg mat berani meluruskan sejarah kampung hamba dan menang kes.
byk kisah2 sebalik peristiwa itu yg tidak diketahui ramai namun asasnya memanglah benar rumah pasung bkt kepong adalah tempat tahanan penjajah british selain dpd tujuan menjaga kepentingan british di kawasan sana.
mat indera tidak terlibat dlm serangan rumah pasung itu. malah beliaulah yg melepaskan arwah yusuf rono yg cedera.
beliau agak sampai lewat ke tempat kejadian.
waalupun kita simpati dgn mangsa dipihak polis hakikatnya mereka bekerja bgpihak british. semga roh mereka dicucuri rahmat jua kerana ketika itu negara dijajah dn masing2 dlm keadaan terpaksa memihak kpd samada british atau komunis.
kita yakin masing2 pihak masih org melayu dan kekal beragama islam walaupun terpaksa bekerja dgn british atau terpaksa bergabung dgn komunis. dua2 british dan komunis adalah musuh org melayu islam ketika itu.
hanya kepada Allah kita berserah diri.
Yaazal jalaa liwal ikraam
Yang sudah terjadi itu sudahlah. Jadikan ia cacatan sejarah pahit negara kita. Sama2 kita ambil iktibar bahawa beginilah nasib bangsa2 terjajah. Walau memang berlaku tumpahnya darah sesama bangsa melayu islam, ingatlah situasi dan kondisi pada masa itu adalah kerana kita tidak punya daya dan upaya untuk mengaturkan nasib kita. Kita tidak sempurna sebagai rakyat yang bebas dan merdeka.
BalasPadamMarilah kita menghilangkan beban duka sejarah ini dengan sama2 sedekahkan Alfatihah kepada kedua2 pihak kaum muslimin yang telah pergi. Kerana menginsafi bahawa tiap2 insan di dunia pasti ada berbuat silap maka marilah kita saling memaafkan.
Hanya kepada Allah SWT kita serahkan nasib mereka di alam sana. Maka dengan rahmatNya yang maha luas itu marilah kita panjatkan doa agar terampun segala dosa2 mereka. Usahlah kita menghina mereka yang telah pergi.
Namun satu hakikat yang perlu difahami, kita tidak rela dijajah lagi. Kita tidak akan merelakan doktrin pemerintahan cara komunis atau kapitalis barat. Kedua2 sistem ini sampai bila2 pun bukan pilihan ummat islam. Dalam sejarah dunia, beratus juta manusia menjadi korban keganasan komunis dan kapitalis sampai hari. Bukankah ummat islam di china hingga sekarang masih dihalang dari mengamalkan ajaran agama. Manakala negara2 ummat islam pula diadu domba dan masih dihujani peluru2 dari kapitalis barat tanpa hentinya.
Kita ingin bangunkan hanya satu dotrin yang kita yakini diredai Allah SWT yakni sistem pemerintahan berasaskan islam. Semua ahli sejarah timur dan barat mengakui betapa adil dan megahnya sistem pemerintahan zaman keemasan islam andalusia di sepanyol. Di sana lahirnya semua cabang ilmu pengetahuan yang menjadi induk ilmu2 di zaman sekarang. Ilmu2 itu diajarkan di universiti2 sehingga orang2 barat pun datang belajar. Kerajaan itu memiliki harta intelek yang paling bernilai yakni menteri2 dan pegawai2 bukan islam. Ingat. Yang membawa malang dan kejatuhan kerajaan itu adalah pemerintahnya. Allah SWT musnahkan kerajaan itu kerana kepimpinannya melakukan kemungkaran.
Kita sekarang pun dijajah juga. Kita orang melayu dijajah oleh UMNO baru. Kita dipergunakan untuk mereka merompak hak org melayu untuk kepentingan segelintir puak mereka. Tengiklah keadaan org melayu sejarang ketibggalan dakam seba serbi dan tertindas dgn kitaran ekonomi yg ganas hari ini.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamSangkaan orang selama ini bahawa Mat Indera adalah seorang penderhaka telah di perbetulkan oleh Mat Sabu.
BalasPadamBagi orang melayu ketika itu yang hanya mereka tahu pejuang-pejuang seperti Mat Indera ini ialah komunis dan melawan Raja. Selain itu taktik kotor memburukan pejuang-pejuang ini juga tentu berjalan seperti menguna barua-barua Inggeris masuk kampung dan buat kekecuhan.
UMNO membuat sambutan Bukit Kepung untuk mengenang jasa-jasa perajurit yang terkorban. Itu kita tak bantah sebab mereka memang betul-betul ingin mempertahankan kedaulatan negara mengikut apa yang mereka yakin pada waktu itu.
Tetapi bila di gambarkan Mat Indera sebagai penderhaka dan seorang melayu yang bersongkol dengan komunis untuk memberi satu tangkap yang negatif dimana sekarang ini orang melayu UMNO sedang lawan pembangkang parti melayu yang bersama dengan parti cina DAP.
Kita turut simpati pada keluarga perajurit atau anggota keselamatan yang terkorban dan kita lebih simpati dengan Mat Indera yang tekorban untuk memederkakan orang melayu dari penjajah.
Sejarah telah membuktikan siapa musuh rakyat sebenarnya ?
Macam UMNO skrg juga adalah warisan penjajah
BalasPadam