31 Jul 2015

[BERGAMBAR] Beg Pakaian Ditemui Di Kawasan Serpihan Disyaki MH370 Dijumpai


Gambar sebuah beg pakaian yang telah rosak teruk telah ditemui oleh seorang pekerja pembersih pantai di Reunion berdekatan dengan tapak di mana serpihan dipercayai dari penerbangan MH370 yang hilang tahun lalu ditmeui.

Julien Delarue, seorang wartawan yang bekerja dengan akhbar tempatan Journal de L'île de la Réunion, melaporkan di Twitter bahawa ada barangan yang kelihatan seperti sebuah beg pakaian telah ditemui di Saint-André.

Pagi ini, dia telah pergi semula ke tempat dimana beg yang rosak itu ditemui dan menjumpai sebahagian lain dari beg pakaian yang menggunakan roda itu di kawasan di mana serpihan pesawat ditemui, demikian laporan dari Le Journal de la Reunion.

Sekalipun rosak teruk namun bag pakaian itu masih terkunci dengan mangga. Ianya kemudian diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.


Johnny Begue, ketua pasukan pembersihan, terdapat serpihan pesawat yang kelihatan semakin mungkin dari penerbangan Malaysia Airlines yang telah hilang sejak 8 Mac 2014.

Di dalam perkembangan berkaitan, Airlive.net telah melaporkan kod yang tercatat di serpihan yang ditemui semalam menyamai kod Flaperon yang terdapat di manual Boeing 777.

Sekeping foto yang menunjukkan nombor siri 657BB tercatat di serpihan pesawat berkenaan dan ia dikaitkan dengan pesawat Boeing 777.


AirLive.net melaporkan satu daripada kod yang tertera di serpihan itu menyamai dengan sayap Boeing 777, jika dirujuk kepada manual penyelenggaran Boeing.




Sementara itu di Kuala Lumpur, Bernama melaporkan empat pakar daripada Jabatan Penerbangan Awam, Malaysia Airlines dan Kementerian Pengangkutan akan bertolak ke Paris malam ini bagi membuat pengesahan sama ada serpihan pesawat yang ditemui di La Reunion island di Lautan Hindi milik Malaysia Airlines Penerbangan MH370.

Perkara itu disahkan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi yang menyatakan pasukan itu akan terus ke Paris, dan tidak akan pergi ke pulau berkenaan, yang terletak di bawah pentadbiran Perancis, berhampiran Madagascar.

"Kita dah berhubung dengan Biro Siasatan dan Analisis (BEA) iaitu agensi penyiasat kemalangan pesawat udara Perancis mengenai penemuan ini.

"Kami mencapai persetujuan bahawa mereka akan membawa serpihan sayap itu ke Paris, jadi pasukan kami akan bekerja bersama-sama dengan mereka untuk melakukan penetusahan di Paris," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Dilaporkan serpihan daripada sayap pesawat itu dihanyutkan ke pulau tersebut awal pagi ini yang berkemungkinan milik MH370 yang hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal pada awal Mac tahun lepas.


Seorang mekanik dari syarikat penerbangan di Reunion, Air Austral, memberitahu jurnalis bahawa serpihan itu dicop dengan kod 657-BB. Manakala laporan lain berkata kod diserpihan itu adalah BB670.





IKLAN BERBAYAR







16 ulasan:

  1. Tp kita jgn lupa isu 1mdb

    BalasPadam
  2. Malangnya dalam kita menghadapi bencana besar yang mengancam kefaulatan negara angkara Najib & Rosmah ini...masih ada sekumpulan lebai yang sibuk bercakap tentang baiah bodoh dan talak tiga...setakat itu sajalah pemikiran lebai2 dungu ini...almaklumlah..nak baca WST mampus tak faham...agaknya kalau ditanya ada berapa angka kosong dalam 2.6 billion tu pun setengah mampus nak jawab..matematik tak pernah lulus...sampai kiamat la masih cerita baiah talak tiga...haid dan nifas....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suatu masa nanti lebai 2 tu lah yg jadi imam solat jenazah kau

      Padam
    2. Hello anon 7:21

      Ko ingat lebai2 PAS sj yg boleh jadi imam solat jenazah?

      Dalam kumpulan progresif pun lebh ramai yg mampu imamkan solat jenazah... mlh yg terlebih afdhal imamkan solat jenazah ialah anak lelaki si mayat bukannya tok lebai PAS...

      Padam
  3. Jangan lupa ini merupakan satu penipuan. MH370 tak jatuh di situ. Jika jatuh di situ pasti sudah lama ditemui.

    Jika benar itu bangkai MH370 maka ada musibat yang menjadi tali barut puak haramjadah meletakkannya di situ untuk menyelesaikan kes.

    Teori mudah Mh370 dah ditemui, tiada emas tiada bla bla

    wakaka

    BalasPadam
  4. kalau Anda Minat cerita Melayu lama /Melayu kelasik....Selalu nya ada cerita dalam cerita...sahingga kita terlupa sekejap cerita asal nya...

    Ini lah warisan yg.tinggal dalam Parti Melayu yg tertua....

    Utk melupakan cerita yg hebat di perkatakan sekarang ini mereka buat satu cerita dalam cerita Kapal Terbang yang telah di cari cari selama ini tiba tiba di Temui.....

    Beralih lah emosi kita dari Marah kepada simpati.....

    Than lama lama kita pun malas nak fikir lagi.......kah kah kah.

    BalasPadam
  5. Sebenarnya untuk mengalih perhatian masyarakat Malaysia & dunia dari isu yang lebih panas, rasa rasanya lah

    BalasPadam
  6. tetiba banyak sangat kebetulan yg berlaku sejak rombakan kabinet,

    tetiba jumpa serpihan dan beg pakaian,

    tetiba PN sakit teruk,

    tetiba peace hill terbakar,

    tetiba pegawai bank negara di siasat penyelewengan,

    tetiba siasatan di tangguh sebab pengerusi diberi terlebih gula,kena kencing manis kena tunggu pengerusi baru,

    tetiba taada yg layak jadi pengerusi,

    tetiba taada kes,

    tetiba tghh bersikap neutral,

    tetiba spin master pas kata ini strategy tghh untuk hancurkan umno,

    tetiba nik abduh bersuara dalam facebook,dlm parlimen tak bercakap nak jadi sebagai good listener dan menghormati dewan yg sangat mulia,god calling katanya,

    tetiba vellfire pun bersuara, harapnya dia n abduh boleh guna siku lutut
    dan cakar ayam oops cakar rimau utk pertahankan ugugug,

    tetiba malaysia jadi Zimbabwe,

    tetiba USD1 = RM1,000,000,000.00,

    tetiba semua blogger umno dan rakyat malaysia jadi billionaire, terima kasih pada blogger umno (yg dpt upah ciput) bertungkus lumus menjadikan rakyat malaysia billionaire,

    tetiba blogger umno dan ugugug rasa bangga menjadikan rakyat melayu malaysia sebagai pengemis jalanan oops billionaire

    tetiba ahmad maslan jadi PM,dunia tunduk pada malaysia kerana ada pm yg paling bijak di seantero dunia,

    tetiba blogger OMAK KAU meroyan hentam penegak kebenaran dan sokong ulamak ugugug TETAPI tak tau jaga AURAT(mungkin dia dikecualikan dari tutup aurat
    kut),

    tetiba azmin ali melamar OMAK KAU sebagai isteri, terus buat u turn,rupa-rupanya anggur masak kut,

    tetiba blogger yg berusaha utk menjadikan malaysia sebagai Zimbabwe terlintas di hati mereka akan keadaan anak cucu mereka di masa hadapan dan
    kembali kepangkal jalan,banyak lagi kerja halal boleh di buat.didahulukan
    dgn jutaan terima kasih kerana kembali kepangkal jalan.





    BalasPadam
    Balasan
    1. omak kau berjuang demi khalid ibrahim. bila pas ug sokong khalid dia pun mati2 sokong pas ug. setakat itu saja perjuangan dia

      Padam


  7. Jgn biarkan isu 1MDB hilang dari radar kepala kita. Jgn biarkan GHB tenggelam di lautan najib tanpa dikesan. Jgn biarkan bermuka-muka sedih mrk memainkan simpati kita.

    Penemuan serpihan dan barang-barang adalah benar spt kejadian pencerobohan di Lahad Datu. Mereka bukan bercakap mengenai keselamatan negara yg longgar ttp sebaliknya menuduh pembangkang ada hubungan dgn penganas.

    Kalau benar serpihan dan brg-brg yg ditemui itu milik mangsa MH370 sudah pasti ahli keluarga mangsa rasa lega dlm bersedih. Itulah HARAPAN kita selama ini dan kerana HARAPAN kita ini lah diharap MH370 di temui dlm masa terdekat ini.

    Begitu juga HARAPAN kita supaya org yg disyaki terlibat dgn 1MDB akan di bawa kemuka pengadilan. HARAPAN kita bukan saja menghukum si pelaku tetapi memikirkan jalan mana yg tidak menyusahkan rakyat utk menyelesaikan kehilangan duit yg byk.

    Kewangan negara dlm bahaya. Logiknya memerlukan org yg 'bernasib baik' dlm usaha-usahanya menyelamatkan kewangan negara selain bijak dan amanah. Ttp jgn letakkan HARAPAN ini pd pemimpin UMNO !


    Kepada Allah kita kembalikan.


    BalasPadam
  8. Semua ini lakonan Amerika saja

    Kalau CNN yang huh hah huh hah

    Sah lah ini lakonan Amerika saja

    Tok sah percaya

    Kalau betul betul jatuh kat laut dah banyak bangkai serpihan ber terabur di pantai pantai Madagascar , India , Somalia , Australia , Indon

    Common sense saja kan

    BalasPadam
  9. banyak nya tetiba..kan

    BalasPadam
  10. Doakan terbaik untuk Negara kita ini jangan sampai Allah tenggelamkan nikmat yang kita ada sekarang.

    BalasPadam
  11. hanya cinta membara omak saja yg sanggup sokong apa saja demi khalid
    apa saja yg disukai khalid maka ia dicintai omak

    begitu juga sanggup buat apa saja demi isteri tercinta 1 malaysia
    agaknya harga Taj Mahal yg menjadi kuburan isteri shah jehan pun mencecah RM42B kot

    begitu agungnya cinta

    syahdu sgt kisah2 cinta di tanah melayu ini

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.