31 Jul 2015

Isu Kertas Pertuduhan Hangat, AG Baru Dakwa Ia Konpirasi Jatuhkan Najib...

AG baru tak tahu menahu tentang 'kertas pertuduhan' terhadap PM

Peguam Negara (AG) yang baru dilantik Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak tahu menahu mengenai satu draf yang dikatakan berupa satu kertas pertuduhan yang didakwa disediakan oleh AG sebelum ini terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Saya tidak tahu apa-apa mengenai laporan itu, jadi saya tidak boleh komen, okay?" katanya kepada Malaysiakini.

Ditanya sama ada beliau menganggap ini satu perkara yang serius, beliau menjawab: "Saya tidak tahu, bukan untuk saya komen."

Menjawab satu lagi soalan sama ada beliau akan meneliti perkara itu, Apandi, yang memegang jawatan peguam negara sejak hari Isnin, berkata: "Saya penat sangat. Jadi boleh saya berehat? Terima kasih."

Beberapa orang, seperti ketua biro undang-undang PKR Latheefa Koya dan peguam Lawyers for Liberty, Michelle Yesudas, telah tweet dokumen yang muncul di Sarawak Report.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta rang ramai menghentikan sebarang penyebaran khabar angin.

“Laporan-laporan sebegini yang tidak sah asal usulnya akan mengelirukan orang ramai,” katanya di Twitter.

Selain Najib, kertas tuduhan itu menamakan seorang bekas pengarah urusan yang ditahan oleh pasukan petugas khas 1MDB dan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan, dan Nik Faisal Ariff Nik Othman Kamil.

Pasukan petugas itu masih dalam proses mengesan Nik Faisal yang juga pengarah urusan bekas anak syarikat 1MDB - SRC International.

Berikutan penamatan secara tiba-tiba perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara, wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin, yang rapat dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, telah bertanya di blognya sama ada ini kerana beliau (Gani) di ambang mendakwa individu tertentu.

Apabila berita tersebar bahawa perkhidmatan Abdul Gani telah ditamatkan kerana masalah kesihatan, bekas AG itu sendiri nampaknya tidak tahu menahu mengenainya.

Bagaimanapun, Abdul Gani enggan mengulas sama ada ianya ada kaitan dengan siasatan pasukan petugas khas.

Walaupun membuat beberapa percubaan, Malaysiakini tidak dapat menghubungi Abdul Gani untuk mendapatkan komen beliau mengenai dakwaan berhubung draf kertas pertuduhan itu.

Mengulas mengenai perkara itu, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, yang telah melihat draf kertas pertuduhan itu, berkata ia mengandungi tuduhan yang paling serius terhadap perdana menteri.

Manakala pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang juga menggesa kerajaan untuk menjelaskan isu kertas pertuduhan itu.

"Hakikatnya adalah khabar angin telah tersebar sejak beberapa hari bahawa tindakan akan diambil terhadap pihak berkuasa paling tinggi yang terlibat dalam siasatan 1MDB itu.

"Dengan apa yang dipanggil sebagai eksklusif dari Sarawak Report ini, AG (baru) dan PM mesti tampil menjawabnya,"
katanya kepada Malaysiakini.

Perdana menteri telah menafikan menggunakan dana awam untuk tujuan peribadi. -mk


AG: Kertas pertuduhan palsu menunjukkan konspirasi untuk jatuhkan PM

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata apa yang didakwa draf kertas pertuduhan terhadap Datuk Seri Najib Abdul Razak yang disiarkan di laman web pemberi maklumat Sarawak Report adalah palsu.

Beliau juga berkata, kertas pertuduhan itu menunjuk ke arah satu konspirasi untuk menjatuhkan perdana menteri dan memberi amaran tindakan tegas terhadap pelakunya.

Ia, katanya, menunjukkan satu ancaman terhadap demokrasi Malaysia dan beliau akan arahkan semua tindakan diambil untuk menyiasatnya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas tengah malam tadi, beliau berkata, undang-undang akan digunakan sepenuhnya tanpa pengecualian terhadap sesiapa yang didapati bersalah.

Semalam, Malaysiakini melaporkan kertas pertuduhan itu telah disebarkan di media sosial berserta dakwaan yang ia ada kaitan dengan penamatan secara tiba-tiba perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara pada hari Isnin.

Walaupun sebab rasmi yang diberikan ialah masalah kesihatan, tetapi Abdul Gani sendiri nampaknya tidak tahu menahu mengenainya dan enggan mengulas sama ada ia ada kakitan dengan siasatan pasukan petugas khas terhadap 1MDB.

Lewat malam tadi, ketua bahagian pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Tun Abdul Majid Tun Hamzah, melalui twitter, menafikan berhubung kertas pertuduhan itu.

Sementara itu, Mohamad Apandi berkata kertas pertuduhan yang didakwa itu, "tidak di dalam dan tidak pernah sampai" kepada jabatan tersebut.

Tambahan pula, katanya, format kertas tuduhan itu adalah tidak betul atau ditulis oleh jabatannya.

Peguam negara yang baru dilantik itu juga menegaskan bahawa memandangkan pasukan petugas khas itu belum menyelesaikan siasatan, maka tidak mungkin di segi perundangan, bagi kertas pertuduhan dirangka lebih awal.

Menurut kertas pertuduhan yang dikatakan itu, yang didakwa didraf oleh Abdul Gani, perdana menteri akan didakwa atas tuduhan rasuah, dengan tuduhan alternatif melakukan pecah amanah.

Ini dikatakan berkaitan dengan pemindahan RM27 juta oleh SRC International, yang ketika itu anak syarikat 1MDB, ke dalam akaun bank Najib.

Selain Abdul Gani yang ditamatkan perkhidmatannya sebagai AG, perkembangan pada minggu ini juga menyaksikan Najib menggugurkan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada kabinet.

Turut digugurkan ialah Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal, yang merupakan bekas menteri pembangunan luar bandar dan wilayah.

Kedua-dua Muhyiddin dan Shafie kritikal terhadap 1MDB.

Najib juga melantik empat daripada lapan ahli Parlimen BN yang menganggotai Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), termasuk bekas pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed, sebagai menteri dan timbalan menteri.

Ini mencetuskan spekulasi bahawa ia adalah satu percubaan untuk menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan oleh PAC terhadap dalam 1MDB.

Saga 1MDB memuncak awal bulan ini selepas Sarawak Report dan Wall Street Journal, yang memetik maklumat yang diperolehi daripada sumber-sumber Malaysia, mendakwa bahawa RM2.6 bilion dana berkaitan 1MDB telah didepositkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.

Berikutan itu, Najib menafikan menggunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan menuduh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di belakang usaha untuk menyingkirkannya dengan bekerjasama dengan pihak seperti Sarawak Report.

Pada hari Rabu, satu video muncul yang menunjukkan Muhyiddin memberitahu beberapa tetamu di rumahnya, termasuk anak Mahathir yang juga menteri besar Kedah, Datuk Mukhriz, mendakwa Najib mengaku wang itu dipindahkan ke dalam akaunnya.

Perdana menteri belum lagi mengulas mengenai video tersebut. yang telah tersebar luas.



Gani Patail perlu bersuara jika kertas pertuduhan PM benar, kata PKR

Tan Sri Abdul Gani Patail perlu mengesahkan kesahihan draf kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata PKR hari ini.

Ketua Biro Guaman dan Undang-undang PKR Latheefa Koya berkata, selagi bekas peguam negara belum menafikan atau mengesahkan kesahihan dokumen disiarkan Sarawak Report itu, adalah salah untuk membuat kesimpulan.

"Demi kepentingan umum, diharapkan Gani untuk tampil ke depan dan menjelaskan perkara ini," kata Latheefa dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, pagi ini.

"Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak boleh membuat kesimpulan dengan mendakwa terdapat satu plot untuk menjatuhkan PM semata-mata kerana rupa kertas pertuduhan yang didakwa ini. Di manakah bukti bagi apa-apa rancangan jahat?," katanya.

Semalam Sarawak Report mendedahkan kertas pendakwaan dikatakan disediakan bekas peguam negara terhadap perdana menteri dan bekas pengarah urusan yang ditahan pasukan petugas khas dan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan Nik Faisal Ariff Nik Othman Kamil.

Pejabat Peguam Negara menafikan mereka mendraf kertas pendakwaan terhadap Najib seperti didedahkan laman Sarawak Report, kata Datuk Tun Abdul Majid Hamzah.

Timbalan peguam cara negara II itu berkata demikian melalui akaun Twitternya malam tadi: "Draf kertas pendakwaan seperti disiarkan Sarawak Report tidak dikeluarkan Pejabat Peguam Negara," katanya melalui akaun Twitter @TAMajid.

Bagaimanapun, Pejabat Peguam Negara menafikan kewujudan kertas pertuduhan terhadap Najib, dan dakwaan itu menunjukkan ada konspirasi untuk menjatuhkan perdana menteri menggunakan kesalahan jenayah, kata Apandi.

Peguam negara yang baharu dilantik itu berkata plot menjatuhkan Najib adalah ancaman kepada demokrasi rakyat Malaysia dan siasatan akan dijalankan.

“Kertas pertuduhan yang dikatakan itu menunjukkan ada konspirasi menjatuhkan perdana menteri sedang berkhidmat dengan membabitkannya dengan jenayah, dan kaedah itu termasuk membocorkan maklumat,” kata Apandi dalam satu kenyataan.

Beliau berkata pasukan petugas khas yang menyiasat skandal syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih belum melengkapkan siasatan maka tidak mungkin kertas pertuduhan dapat disediakan lebih awal.

"Tuduhan warga asing Clare Rewcastle-Brown dalam blog politik Sarawak Report tidak benar," katanya.
-TMI









IKLAN BERBAYAR







[BERGAMBAR] Beg Pakaian Ditemui Di Kawasan Serpihan Disyaki MH370 Dijumpai


Gambar sebuah beg pakaian yang telah rosak teruk telah ditemui oleh seorang pekerja pembersih pantai di Reunion berdekatan dengan tapak di mana serpihan dipercayai dari penerbangan MH370 yang hilang tahun lalu ditmeui.

Julien Delarue, seorang wartawan yang bekerja dengan akhbar tempatan Journal de L'île de la Réunion, melaporkan di Twitter bahawa ada barangan yang kelihatan seperti sebuah beg pakaian telah ditemui di Saint-André.

Pagi ini, dia telah pergi semula ke tempat dimana beg yang rosak itu ditemui dan menjumpai sebahagian lain dari beg pakaian yang menggunakan roda itu di kawasan di mana serpihan pesawat ditemui, demikian laporan dari Le Journal de la Reunion.

Sekalipun rosak teruk namun bag pakaian itu masih terkunci dengan mangga. Ianya kemudian diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.


Johnny Begue, ketua pasukan pembersihan, terdapat serpihan pesawat yang kelihatan semakin mungkin dari penerbangan Malaysia Airlines yang telah hilang sejak 8 Mac 2014.

Di dalam perkembangan berkaitan, Airlive.net telah melaporkan kod yang tercatat di serpihan yang ditemui semalam menyamai kod Flaperon yang terdapat di manual Boeing 777.

Sekeping foto yang menunjukkan nombor siri 657BB tercatat di serpihan pesawat berkenaan dan ia dikaitkan dengan pesawat Boeing 777.


AirLive.net melaporkan satu daripada kod yang tertera di serpihan itu menyamai dengan sayap Boeing 777, jika dirujuk kepada manual penyelenggaran Boeing.




Sementara itu di Kuala Lumpur, Bernama melaporkan empat pakar daripada Jabatan Penerbangan Awam, Malaysia Airlines dan Kementerian Pengangkutan akan bertolak ke Paris malam ini bagi membuat pengesahan sama ada serpihan pesawat yang ditemui di La Reunion island di Lautan Hindi milik Malaysia Airlines Penerbangan MH370.

Perkara itu disahkan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi yang menyatakan pasukan itu akan terus ke Paris, dan tidak akan pergi ke pulau berkenaan, yang terletak di bawah pentadbiran Perancis, berhampiran Madagascar.

"Kita dah berhubung dengan Biro Siasatan dan Analisis (BEA) iaitu agensi penyiasat kemalangan pesawat udara Perancis mengenai penemuan ini.

"Kami mencapai persetujuan bahawa mereka akan membawa serpihan sayap itu ke Paris, jadi pasukan kami akan bekerja bersama-sama dengan mereka untuk melakukan penetusahan di Paris," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Dilaporkan serpihan daripada sayap pesawat itu dihanyutkan ke pulau tersebut awal pagi ini yang berkemungkinan milik MH370 yang hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal pada awal Mac tahun lepas.


Seorang mekanik dari syarikat penerbangan di Reunion, Air Austral, memberitahu jurnalis bahawa serpihan itu dicop dengan kod 657-BB. Manakala laporan lain berkata kod diserpihan itu adalah BB670.





IKLAN BERBAYAR







30 Jul 2015

Skandal 1MDB: Najib Perlu Rehat Atau Hadapi Kemungkinan Ditangkap...

Pemuda Umno Labis minta Najib rehat

LABIS - Pemuda Umno Bahagian Labis bersependapat bahawa adalah tidak wajar empat ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dibawa masuk ke dalam barisan Kabinet yang baharu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketuanya, Mohd Shahir Ali Huddin berkata, ini kerana mereka sedang terlibat di dalam penyiasatan satu kes besar di peringkat nasional dan pengguguran Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail juga adalah suatu yang mengejutkan.

“Bagi kami tidak wajar beberapa ahli PAC dibawa masuk ke dalam barisan kabinet dan situasi ini mewujudkan satu lagi persepsi buruk rakyat terhadap kredibiliti siasatan yang sedang dijalankan dan kami meminta Datuk Seri Najib berehat bagi melicinkan proses siasatan.

“Pada pandangan kami, Datuk Seri Najib pasti mengetahui bahawa rakyat tidak akan mempercayai apa juga keputusan siasatan yang dijalankan kerana apa sahaja jawatankuasa atau ‘task force’ yang diwujudkan masih tertakluk kepadanya sebagai Ketua Eksekutif Negara,” katanya.


Beliau berkata kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Pemuda Umno Bahagian Labis di Bilik Mesyuarat Pemuda Umno Bahagian Labis, di sini, malam semalam.

Menurutnya, mereka juga menerima serta menghormati keputusan yang dibuat Najib yang menggugurkan bekas timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yasin kerana beliau sebagai Ketua Eksekutif Negara berhak untuk menamakan atau menggugurkan mana-mana ahli Kabinet.

Katanya, hasil dari mesyuarat khas seluruh kepimpinan di peringkat cawangan Labis juga sependapat bahawa apa yang dinyatakan Muhyiddin hanyalah meminta penjelasan tentang isu-isu semasa yang berlegar di kalangan rakyat dan ahli Umno khususnya.

“Maka, boleh disimpulkan bahawa kenyataan tersebut adalah bersifat untuk memperkukuhkan parti di dalam menghadapi PRU14 yang akan datang. Serangan demi serangan jelas dilihat tidak ditujukan kepada parti, tetapi kepada individu.

“Kami di peringkat akar umbi juga akan terus bekerja keras untuk memastikan BN terus berkuasa dan memerintah negara walaupun pelbagai isu nasional yang begitu lambat ditangani semakin menghakis kepercayaan golongan muda terhadap kerajaan pada hari ini,” katanya.

Menurutnya, mereka juga berharap agar siasatan terhadap segala tohmahan dan serangan kepada pucuk pimpinan negara akan dapat diselesaikan dengan segara agar rakyat mendapat penjelasan yang tepat.

Pada masa sama, Najib juga perlu memikirkan cara yang terbaik untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap persepsi buruk yang terpalit kepada dirinya agar dapat mengembalikan semula keyakinan rakyat dan juga pengundi.

“Kami berharap agar segala tindakan dan keputusan yang telah dan akan dilakukan oleh Datuk Seri Najib akan merungkai segala kecelaruan dan kebencian rakyat terhadap BN di kala kita berada di dalam situasi yang amat meruncing,” katanya. -SH


Najib hadapi gelombang rakyat – Mohd Fitri

1. Pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Syafie Apdal adalah untuk menutup mulut mereka dari mengkritik Datuk Seri Najib Razak secara terbuka terhadap skandal 1MDB;

2. Penamatan perkhidmatan Tan Sri Ghani Patail sebagai AG secara tergesa-gesa adalah cubaan untuk menghalang Najib daripada didakwa kerana 1MDB;

3. Perlantikan Dato' Seri Mahadir Khalid dan Dato' Wira Mohd Johari Baharum ke dalam Kabinet adalah untuk mengimbangi pengaruh Dato' Seri Mukhriz Mahathir di Kedah yang berdiri di belakang Tun Mahathir menentang skandal 1MDB;

4. Perlantikan Dato' Seri Azalina Othman ke dalam Kabinet adalah untuk mengimbangi sokongan Umno Johor kepada Najib yang goyang kerana skandal 1MDB;

5. Perlantikan Datuk Mas Ermieyati Samsudin dalam Kabinet adalah untuk memperkukuhkan sokongan puteri Umno kepada Najib daripada skandal 1MDB;

6. Perlantikan Nur Jazlan, Reezal Merican Naina Merican, Mas Ermieyati Samsudin dan Wilfred Madius Tangau yang merupakan ahli PAC ke dalam Kabinet adalah cubaan untuk melengah-lengahkan inkuiri terhadap 1MDB.

Kesimpulan:

Rombakan Kabinet Najib bukanlah untuk memulihkan kepercayaan rakyat terhadap Kabinet dan pentadbiran Najib, sebaliknya untuk mengukuhkan sokongan terhadap Najib sendiri serta sebagai langkah untuk memadamkan skandal 1MDB daripada dipersoalkan.

Persoalannya, adakah dengan rombakan Kabinet dan penamatan perkhidmatan AG tersebut, kedudukan Najib akan bertambah kuat dan skandal 1MDB akan senyap begitu saja?

Jawapannya tidak, bahkan rakyat akan lebih bersatu untuk terus mendesak agar Najib meletakkan jawatan atau satu gelombang rakyat akan berlaku tidak lama lagi.

Kalau sebelum ini kita ada PKR, DAP, PAS dan BERSIH tetapi sekarang kita ada GHB, PKR, DAP, Ikatan, (insyallah PAS), BERSIH, Negaraku, NGOs, Tun Mahathir, Muhyiddin Yassin, Tun Musa Hitam, Ghani Patail, Syafie Apdal dan seluruh rakyat tidak mengira kaum, bangsa dan politik akan bersama-sama di gelombang menentang kezaliman toghut Najib dan sekutu-sekutunya.

‪#‎HarapanBaru

 –



Malaysia selamat jika Najib ditangkap, kata #KitaLawan

Penangkapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menghadapkan beliau ke mahkamah adalah hanya cara yang mampu menyelamatkan negara ini, kata sekretariat #KitaLawan.

Anggota #KitaLawan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Jingga 13, Fariz Musa berkata, integriti dan kredibiliti Najib kini memberi kesan kepada rakyat.

"Untuk selamatkan negara ini, tiada cara lain, Najib harus ditangkap dan diserahkan kepada undang-undang," kata koordinator Jingga 13 itu pada sidang media Sekretariat #Kita Lawan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH) di Kuala Lumpur, hari ini.

Sehubungan itu, #KitaLawan turut menggerakkan kempen "Kita Lawan Najib" ke seluruh negara bermula 2 Ogos depan, bagi mengumpulkan sokongan menjelang Himpunan Bersih 4.0 yang dijadualkan berlangsung di ibu negara pada 29 Ogos.

Pada sidang media itu, #KitaLawan turut memberikan komitmen untuk bersama-sama Bersih dalam penganjuran demonstrasi tersebut.

"Kini semangat Kita Lawan kembali dihidupkan, satu-satunya ruang demokrasi yang tinggal perlu dipertahankan iaitu hak berhimpun secara aman demi menyatakan suara keramat suara rakyat," kata Pengarah Strategi Pemuda PKR Akmal Nasir.

Beliau berkata, kempen "Kita Lawan Najib" itu juga akan digerakkan ke seluruh negara bermula di Sabah diikuti Terengganu pada 7 Ogos, Kelantan dan Sarawak pada 8 Ogos, Perak, Melaka, dan Negeri Sembilan, masing-masing pada 14 Ogos, dan 16 Ogos, manakala 22 Ogos di Johor Baru.

"Tuntutan yang dikemukakan Bersih adalah jalan terbaik untuk keluar daripada kemelut politik perasuah-perasuah ini," katanya.

"Selagi ada ruang bersuara, kita perlu gunakan sebaik-baiknya untuk lawan rasuah, lawan kezaliman."

Setiausaha Pemuda PKR, Chang Lih Kang berkata, Najib sudah diberikan banyak peluang namun masih lagi enggan meletak jawatan sebaliknya mengambil tindakan terhadap mereka yang kritikal terhadapnya.

"Kali ini kami akan berikan sokongan padu sebab kita tiada pilihan, selain ke jalan raya, sebab Najib sudah diberikan banyak peluang.

"Tapi beliau bukan sahaja tidak letak jawatan tapi pecat mereka yang kritikal terhadap 1MDB," katanya, merujuk kepada syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan yang kini dibebani hutang, 1Malaysia Development Berhad.

"Tiada pilihan lain, selain jalan raya untuk kita jatuhkan Najib, kita akan kerahkan ramai orang untuk Bersih 4.0," katanya.
-TMI








IKLAN BERBAYAR







[VIDEO & GAMBAR] TERKINI: Serpihan MH370 Ditemui Di Pulau Reunion?


Serpihan misteri di Lautan Hindi mungkin daripada MH370, lapor AFP

Sekeping serpihan kapal terbang dijumpai terdampar di pulau La Reunion, di Lautan Hindi pada Rabu, mencetuskan spekulasi ia mungkin sebahagian daripada pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370, lapor AFP.

Serpihan misteri berukuran 2 meter itu kelihatan seperti sebahagian daripada sayap kapal terbang, ditemui mereka yang sedang membersihkan pantai.

“Ia diselaputi kulit kerang, jadi boleh dikatakan ia sudah lama berada dalam air,” seorang saksi dipetik berkata kepada AFP.

Pegawai pengangkutan udara Perancis sudah mula menyiasat dari mana asal serpihan itu. Xavier Tytelman, pakar keselamatan udara berkata, ia mungkin serpihan milik MH370 yang hilang tanpa kesan pada 8 Mac, 2014.

Beliau menyatakan gambar media tempatan menunjukkan "persamaan yang luar biasa antara flaperon #B777 dan serpihan yang ditemui," merujuk kepada sebuah Boeing 777, model pesawat yang hilang itu.

Sepanjang tempoh kehilangannya, tidak ada satu pun serpihan daripada pesawat itu ditemui, menjadikan ia misteri terhebat dalam dunia penerbangan.

Pihak berkuasa Malaysia mengisytiharkan semua penumpang dan anak kapal MH370 maut, pada Januari lalu.

Pesawat itu, yang membawa 239 penumpang dari 14 negara berbeza, sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Ia berlepas pada 12.41 pagi pada Sabtu, 8 Mac, 2014 dan sepatutnya mendarat di Lapangan Antarabangsa Beijing pada 6.30 pagi hari sama.




IKLAN BERBAYAR







[VIDEO & GAMBAR] Terkini: Bangunan Polis Bukit Aman Terbakar!


Kuala Lumpur – Bangunan Bukit Aman di laporkan terbakar dalam satu kejadian kira-kira jam 5.20 petang tadi.

Menurut sumber, kebakaran di tingkat 9 dan 10 menara tersebut bermula dari ‘pantry’ sebelum merebak ke tempat lain.

Sepasukan anggota bomba dan penyelamat telah tiba di tempat kejadian bagi mengawal keadaan.

Kebakaran tersebut berlaku tatkala negara "di tengah-tengah bahang" dengan isu pemecatan Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Gani Patail sebagai Peguam Negara serta isu 1MDB.

Justeru itu tidak menghairankan wujudnya spekulasi nakal di laman sosial yang mengaitkan kebakaran itu dengan percubaan untuk menghilangkan "evidences" tertentu.

Ketua Polis Negara walaubagaimana pun menyatakan hanya dokumen tidak penting yang terbakar dan meminta semua pihak tidak menyebarkank habar angin.

Asrro awani melaporkan:

Satu kebakaran telah berlaku di salah sebuah bangunan lama Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman.

Kebakaran dilaporkan berlaku di tingkat 10 Menara 2 yang menempatkan Jabatan Narkotik dan Jabatan Siasatan Jenayah.

Difahamkan pihak bomba menerima laporan kebakaran tersebut kira-kira 5.20 petang tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar turut mengesahkan kejadian tersebut menerusi akaun Twitternya.

Menurutnya, kebakaran tersebut berjaya dipadamkan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Punca kejadian sedang disiasat.












IKLAN BERBAYAR







29 Jul 2015

[BERGAMBAR] Yang Pelik, Yang Aneh, Yang Lucu & Yang Teruk

Cerita pelik lima pengumuman serentak semalam…

Apakah kebetulan atau konspirasi?

KETIKA Perdana Menteri Malaysia Ke-6 sedang menarik perhatian dunia berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), persoalan wang dalam akaun peribadi, aset anak isterinya dan tindakan sesetengah pemimpin Umno yang mempersoal kepemimpinannya, Datuk Seri Najib Razak hari ini menampakkan ‘belang’.

Menduduki kerusi Perdana Menteri pada 2009 selepas ‘turut memberi tekanan’ kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi supaya meninggalkan Putrajaya, Najib hari ini mengumumkan ‘pemecatan’ beberapa menteri kanan, termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkuat-kuasa esok.

Namun yang pelik, menghairankan dan amat jarang berlaku sebelum ini adalah pengumuman rombakan Kabinet itu berlaku hampir serentak dengan empat berita mengejutkan lain pagi tadi yang diandaikan mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Empat berita lain yang diumumkan hari ini serentak dengan rombakan Kabinet ialah:

1. Penamatan khidmat Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara;
2. Persatuan Minda Sosial Prihatin (PMSP) lapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia mengenai 1BestariNet di bawah Muhyiddin;
3. Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri; dan
4. Pelantikan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman yang baru.

Tidak boleh dinafikan bahawa kelima-lima ‘peristiwa pelik’ itu telah membawa kepada persepsi rakyat bahawa kerajaan di bawah kepemimpinan Najib sekarang ini sedang berusaha ‘mematahkan’ serangan terhadap beliau.

Isu hutang oleh 1MDB berjumlah RM42 bilion yang dikawal sendiri oleh Najib, isu wang RM2.6 bilion masuk ke akaun peribadi beliau dan isu RM2 juta didakwa masuk ke akaun isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, selain persoalan mengenai dari mana anak tirinya memperoleh jutaan ringgi bagi membiayai filem lucah, menghampiri kemuncaknya apabila kerajaan cuba menutup mulut pemimpin dan rakyat daripada bersuara.

Suara media dan menteri kini ‘digam’ oleh kerajaan Najib yang kini dianggap sebagai ‘kerajaan diktator’.

1. Rombakan Kabinet (Pemecatan Muhyiddin dan isu 1MDB)

Mula menduduki kerusi TPM pada 10 April 2009, semua orang tahu Muhyiddin yang dibesarkan dalam keluarga yang kuat berpegang kepada Islam, malah bapanya yang juga seorang ulama, tidak takut untuk mempertahankan kebenaran.

Muhyiddin yang sebelum ini pernah dilaporkan menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai TPM tetapi ditolak oleh Najib, mula menyuarakan pandangannya sebagai Timbalan Presiden yang bertanggungjawab terhadap parti Umno dan sebagai TPM yang perlu bertanggungjawab kepada negara serta rakyat.

Kita yakin sebagai TPM, bukannya Muhyiddin tidak mengetahui mengenai isu dan masalah yang menimpa 1MDB sebelum ini, namun demi menjaga Najib sebagai boss dan rakan, beliau dipercayai lebih banyak mendiamkan diri.

Sehinggalah isu 1MDB semakin panas dan kemudian dikaitkan pula dengan laporan The Wall Street Journal bahawa kira-kira RM2.6 bilion masuk ke akaun peribadi Najib, serta laporan mengatakan RM2 juta masuk ke akaun peribadi isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Muhyiddin mula memberi nasihat kepada Perdana Menteri, namun tidak dipedulikan.

Akhirnya, Muhyiddin mula meluahkan rasa tidak puas hati terhadap 1MDB secara umum dalam perjumpaan dengan ahli Umno sama ada secara tertutup atau terbuka dan dalam Kabinet. Kita yakin beliau tidak membuat kritikan dan menyerang secara terus Perdana Menteri atau keluarganya.

Kita menganggap tidaklah berat sangat kritikan Muhyiddin terhadap 1MDB dan nasihat kepada Najib sehingga Perdana Menteri begitu kejam ‘mematikan’ karier politik orang yang selalu membelanya.

HARI INI, kerana serangan terhadap 1MDB, Muhyiddin akhirnya ‘diberhentikan’ oleh Najib.

2. Penamatan khidmat Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara (Siasatan terhadap 1MDB)

Alasan yang diberi ialah kerana Gani menghadapi masalah kesihatan. Tidak dinafikan Gani mempunyai masalah kesihatan, namun rata-rata orang ramai melihat tindakan itu ada kaitan dengan siasatan Pasukan Petugas Khas ke atas 1MDB, yang dipercayai memperoleh banyak maklumat mengelirukan mengenai berbilion-bilion wang yang dipinjam daripada bank tempatan dan luar.

Apa yang memeranjatkan ialah pendedahan oleh The Wall Street Journal yang memetik laporan Pasukan Penyiasat Khas itu mendedahkan berlaku aliran wang tunai ke dalam akaun Najib berjumlah RM2.6 bilion. Najib walaupun sudah mengarahkan peguamnya mengambil tindakan, namun masih tidak menjawab sama ada betul atau tidak wang berkenaan berada di dalam akaun beliau. Ya atau tidak!

Malah, ada dakwaan bahawa Gani sudah mempunyai maklumat lengkap dan bercadang mengenakan tuduhan terhadap Najib. Pasukan Penyiasat Khas itu turut dianggotai SPRM, Gabenor Bank Negara, dan PDRM dan kerap menyiarkan kenyataan mengenai siasatan mereka.

HARI INI, khidmat Gani akhirnya ditamatkan. Adakah Pasukan Penyiasat Khas juga terpaksa menghentikan siasatan mereka atau menyerahkan semua dokumen siasatan kepada Najib?

3. PMSP lapor SPRM mengenai 1BestariNet (Pembabitan Muhyiddin sebagai Menteri Pelajaran)

Secara tiba-tiba sahaja, PMSP hari ini membuat aduan kepada SPRM supaya menyiasat kegagalan projek runding terus 1BestariNet yang bernilai RM663 juta yang diluluskan Muhyiddin selaku Menteri Pendidikan.

Dalam kenyataan kepada media selepas mengemukakan laporan itu, Penasihat Ekonomi PMSP, Suud Ridzuan dilaporkan meminta Muhyiddin mengambil cuti rehat sehingga siasatan SPRM ke atas projek itu selesai.

“Kami amat prihatin bahawa RM663 juta sudah dibelanjakan adalah wang rakyat. Ini adalah satu jumlah yang sangat besar,” kata Suud. Mungkin, Suud tidak mengetahui bahawa RM42 bilion yang dipinjam oleh 1MDB adalah wang rakyat dan jumlahnya lebih besar daripada RM663 juta.

Namun, kita hairan kenapa pertubuhan yang mempunyai minda prihatin itu tidak membuat aduan terhadap Najib selepas dakwaan mengatakan RM2.4 bilion wang 1MDB yang juga wang rakyat masuk ke akaun peribadi Najib.

Jika PMSP menggesa Muhyiddin berehat kerana kata mereka kes itu melibatkan wang rakyat yang jumlahnya sangat besar, wajar juga mereka menggesa Najib supaya berehat kerana wang yang dikawal oleh Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan dan ‘pengawal’ 1MDB adalah berkali-kali ganda besarnya – bukan juta tapi bilion.

HARI INI, apabila Muhyiddin sudah menjadi rakyat biasa (kecuali masih memegang jawatan Timbalan Presiden Umno dan Ahli Parlimen), mudahlah siasatan dijalankan ke atas beliau.

4. Pelantikan Pengerusi PAC sebagai timbalan menteri (Siasatan terhadap 1MDB)

Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed adalah Pengerusi PAC yang kini sedang menyiasat dakwaan penyalahgunaan wang oleh 1MDB yang dikawal oleh Najib.

Adakah, pelantikan beliau sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri (satu portfolio penting) adalah usaha untuk memperlahankan siasatan PAC ke atas 1MDB? Ini kerana pelantikan anggota PAC perlu dibuat di Parlimen sedangkan sidang Dewan Rakyat sesi akan datang masih lambat lagi.

Sudah diketahui ramai bahawa 1MDB membuat hutang daripada bank tempatan dan luar negara paling besar dalam sejarah Malaysia iaitu kira-kira RM42 bilion. Wang yang dipinjam itu pula kini dikatakan tidak dapat dikesan.

HARI INI, pastinya siasatan PAC terhadap 1MDB tergendala apabila Nur Jazlan berkata beliau akan meletak jawatan sebagai Pengerusi PAC selepas dilantik sebagai timbalan menteri. Siapa yang akan meneruskan siasatan apabila ‘kepala’ PAC dan Pasukan Penyiasat Khas (Gani) tiada?

4. Pelantikan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman yang baru.

Apa pula kaitan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman dalam hal siasatan terhadap 1MDB atau Najib? Memang agak sukar untuk dikaitkannya, namun perlu diingat bahawa peranan SB dalam sebarang siasatan kes tidak boleh diketepikan apa lagi dalam isu-isu yang besar dan mengancam keamanan negara.

Namun, mungkinkah hanya kebetulan Kementerian Dalam Negeri yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri baharu yang akan memulakan tugas rasminya esok, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mengumumkan pelantikan Mohamad Fuzi Harun sebagai Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman menggantikan Datuk Seri Akhil Bulat yang bersara?

P/S: Bukan saja HARI INI, tetapi sudah lama berlaku kacang lupakan kulit!




YANG ANEH




Kisah 40 Penyamun


Kalau siapa tengok pakaian 40 penyamun ketika keluar dari gua nak ke bandar. Ada yang memakai pakaian Tok Hakim, koboi,doktor dan lain2..

P Ramlee nak beritahu bahawa penyamun di negara kita ada bermacam2. setuju jika filem2 P.Ramlee dijadikan sebagai rujukan ilmiah. Banyak filem2 beliau menyampaikan mesej2 berbentuk masa hadapan......sindiran yg penuh makna , realiti pada pentas malaysia skrg....Penyamun pun ada ustaz/ustazah utk menjustifikasi hak menyamun. Penyamun pon ada persatuan penyamun.

penyamun pon ada doktor. Penyamun doktor kata "kurang vitamin C"

Orang kaya (sarip dol dan Kemat hassan) boleh berpakat dengan penyamun

Chief penyamun: kamu Momotaro-San, gaji kamu 150 dirham. Bin sarjan bin sarjan gaji kamu 30 dirham sebab byk amik "I O U"......satu jek respek kat penyamun2.....tu walau dia dikelilingi ngan emas dalam gua tuh....tapi tak curi hasil organisasi.....tetapi masih menerima gaji.....dari ketua penyamun.....kalau tak cukup p cari rezki lain kat luar walaupun menipu....tetapi tidak menipu organisasi dan bos.......

berbeza ngan penyamun zaman sekarang.....walau dapat gaji....tapi masih lagi mencuri khazanah negara...

-Qayyum-

Sekadar utk renungan, mesej yg sangat mendalam dari karya Allahyarham P. Ramlee.


YANG LUCU









YANG TERUK











IKLAN BERBAYAR







[TERKINI] Najib Tersilap Langkah Pecat Muhyiddin, Bakal Terima "Hukuman Berat" Dari Rakyat...

Sokongan untuk Muhyiddin melimpah ruah di Facebook

Rakyat Malaysia menzahirkan sokongan masing-masing kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin di laman Facebook peribadinya hari ini, tidak lama selepas beliau memuat naik satu kenyataan, respons kepada penyingkirannya sebagai timbalan perdana menteri.

Kenyataan yang disiarkan 3 jam lalu, setakat ini menerima Like daripada lebih 131,000 orang (162,509 setakan pukul 10:45 pm) dan dikongsi lebih 31,000 kali.

Ramai yang melahirkan sokongan kepada Muhyiddin dan ada yang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menggugurkan timbalannya dan sesetengahnya menasihatkan bekas timbalan perdana menteri itu supaya melawan Najib dalam pemilihan Umno akan datang.

Najib adalah presiden parti Melayu itu sementara Muhyiddin timbalannya.

Azizi Hashim dalam komennya menenangkan Muhyiddin, memberitahunya beliau mendapat sokongan ramai yang yakin terhadapnya.

“Anda tidak berseorangan! Persidangan Agong Umno ada TSMY.... kasi lawan jawatan Presiden," tulisnya menggunakan huruf awalan nama Muhyiddin.

Pengguna Facebook dikenali sebagai Ash Rule dalam komennya berkata: "Baik xde jawatan dari xde maruah.”

Sementara seorang lagi dengan nama Keyrol Xtuned menasihatkan Muhyiddin supaya bersabar.

"Bersabarlah TSMY.. Sesungguhnya Allah akan memakbulkan doa umat2Nya yg teraniaya.. 1 Malaysia dah tahu siapa yg salah siapa yg benar.. bertabahlah Tan Sri.”

Baharinshah Borhan pula menggalakkan bekas timbalan perdana menteri itu meneruskan perjuangannya dengan menulis: "Teruskan perjuangan TSMY.. sy akan berdoa yg terbaik utk Tan Sri” sementara Mohd Irfan berkata, rakyat Malaysia ada kuasa untuk mengundi keluar Najib pada pilihan raya umum akan datang yang harus diadakan selewat-lewatnya pada 2018.

"Najib ada kuasa singkirkan menteri menteri yang lain, tapi kita yang rakyat ni ada kuasa untuk singkirkan Najib pada PRU akan datang nanti. Insyallah."

Iqbal Zharif menulis: "Kami nak PM baru, bukan TPM baru. Kami rakyat Malaysia sentiasa pada pihak yang benar, kami bersama Tan Sri!"

Iman Jay menulis walaupun Muhyiddin hilang jawatannya, tetapi ramai rakyat Malaysia yang menghormatinya.

“Hari ini Tan Sri hilang jawatan tapi Tan Sri tidak pernah hilang maruah dan rasa hormat rakyat seluruh Malaysia," katanya. -TMI


Netizen marah Muhyiddin digugurkan

Sebaik sahaja Tan Sri Muhyiddin Yassin diumumkan gugur dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan, kebanyakan pengguna media sosial mula mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Di laman sosial Facebook, rata-rata netizen mula melahirkan rasa tidak puas hati dan berpendapat bahawa Muhyiddin patut dikekalkan untuk terus mendukung barisan kepimpinan kerajaan.

Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Muhammad Izzudin Al Qassam melahirkan rasa hairan ke atas tindakan Najib itu.

“Najib, kenapa pecat Muhyiddin daripada jawatan TPM? Pelik la,” tulisnya di ruangan komen di akaun rasmi milik Perdana Menteri.

Seorang lagi pengguna Facebook dengan nama Jessica Lee turut melahirkan persoalan yang sama terhadap tindakan Najib.

“Why you did this to Muhyiddin Yassin (Kenapa buat begini kepada Muhyiddin Yassin)?” katanya seperti yang dipetik menerusi ruangan komen tersebut.

Mohd Ariff Azlan, seorang lagi netizen pula berpendapat bahawa rata-rata yang meninggalkan komen di akaun Najib tidak bersetuju dengan tindakan Perdana Menteri.

“Komen-komen yang terdapat di sini menunjukkan kami tidak memerlukan kamu lagi. Jika kamu fikir dengan mengubah Kabinet, kamu akan selamat, tunggulah nanti rakyat akan bangkit dan tukar kamu dan pasukan kamu,” katanya.

Sehingga berita ini ditulis, laman akaun Facebook rasmi Najib masih menerima persoalan daripada rakyat Malaysia yang rata-ratanya ingin tahu punca sebenar Muhyiddin digugurkan.



Penyokong Muhyiddin lepas geram di Facebook Najib

Laman Facebook rasmi Perdana Menteri Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menjadi sasaran kemarahan yang dipercayai dibuat penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mereka yang marah dengan keputusan Najib menggugurkan timbalannya menggunakan ruang komen di laman berkenaan untuk melepas geram.

Mereka berkongsi komen ‘****SUPPORT Muhyiddin Yassin’ yang diulang beberapa kali dalam satu komen selain diikuti beberapa ratus orang.

Turut dimasukkan doa rakyat untuk pemimpin yang zalim.

Komen tersebut dimasukkan sebaik Najib mengemaskini status, ‘Kenyataan Media YAB Perdana Menteri Mengenai Rombakan Kabinet”.

Malah status rakaman ucapan takziah kepada keluarga bekas Presiden Indian, Dr. APJ Abdul Kalam yang meninggal dunia juga diserang dengan komen yang sama. -FMT



Kenapa gugur Muhyiddin? Rakyat tanya Najib

Pengumuman rombakan barisan Kabinet yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggugurkan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menimbulkan tanda tanya rakyat meskipun ada yang menjangka perkara itu akan berlaku.

Sinar Online mendapatkan reaksi orang ramai sejurus pengumuman dibuat, hari ini.

Menurut Arman Putera Asmuni, 42, Najib perlu menyatakan alasan menggugurkan Muhyiddin kepada rakyat supaya rakyat dapat menerima keputusannya itu.

“Mudah sahaja. Kenapa (gugur Muhyiddin)? Jika dia (Najib) boleh jawab kenapa, kita boleh terimalah rasionalnya keperluan menukar timbalan perdana menteri. Sebab (Muhyiddin) tidak sakit atau masalah kesihatan dan tidak ada kes besar yang dilaporkan secara rasmi terhadapnya, jadi, soalan saya, kenapa?

“Yang lain-lain juga kenapa ditukar portfolio dan digugurkan? Jika beliau boleh tampil dan jelaskan ‘saya gugurkan pemimpin yang ini kerana alasan ini’, rakyat boleh terima,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Najib dalam sidang media secara langsung menjelaskan tindakan beliau menggantikan Muhyiddin itu sememangnya 'sukar' namun keputusan dibuat demi memperkuatkan lagi jemaah menteri sebelum menghadapi Pilihan Raya ke-14.

Namun, desas-desus menyebut pengguguran itu ada kaitan dengan kelantangan Timbalan Presiden Umno itu dalam mengkritik skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Namun, Arman Putera dilihat tidak terkejut dengan keputusan itu dan sudah menjangkakan ia akan berlaku susulan beberapa tindakan Muhyiddin sebelum ini yang mengkritik 1MDB.

“Jangkaan itu ada. Saya tidak terkejut, cuma seperti saya kata tadi, mesti ada alasan kenapa gugurkan, kenapa ditukar?,” katanya.

Perkara sama turut disuarakan Vanishree Radha Krishna, 37, yang mengakui tidak terkejut langsung dengan rombakan itu dan sudah pun menjangkakan perkara itu.

Namun katanya, Najib tidak sepatutnya terus ‘menghapuskan’ Muhyiddin apabila pemimpin itu dilihat tidak memihak kepadanya dalam skandal 1MDB.

“Sepatutnya Muhyiddin daripada awal kena bela rakyat bukan hanya pada masa ini sahaja (melibatkan skandal 1MDB). Sebelum ini pun, ada banyak lagi isu lain tapi masih belum terlambat. Mungkin sekarang beliau dah sedar. Terlalu banyak isu timbul dia rasa makin lama rakyat Malaysia dianaktirikan.

“Mungkin suara hati dia merasakan ini semua tak betul dan dia mula bersuara. Sepatutnya beliau diberikan kebebasan, tak bolehlah terus ‘shut him off’. Apa yang Najib buat sekarang ini memang ‘very clear cut’,” katanya.

Vanishree juga kesal apabila isu perkauman dibangkitkan sejak kebelakangan ini yang didakwanya bagi menutup isu atau skandal yang didedahkan.

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini banyak isu perkauman dibangkitkan tapi realitinya ketiga-tiga bangsa utama di negara ini tidak ada gaduh. Saya tak pernah gaduh dengan Melayu atau Cina malah saya tinggal di kawasan yang pelbagai kaum.

“Saya lihat kes-kes perkauman seperti diadakan. Kami sayang negara ini dan nak tinggal di sini dengan menyayangi kaum lain seperti adik-beradik. Boleh dikatakan ahli politik di negara ini... tapi bukan semua, tidak cintakan negara ini. Mereka ‘money minded’. Kalau betul mereka cintakan negara ini, mereka tidak akan rosakkan negara,” katanya.

Sementara, Ahmad Razif, 27 pula memilih untuk menyerahkan semua keputusan rombakan itu kepada pihak yang berkaitan dan menanti keputusan siasatan berhubung 1MDB yang sedang berjalan.

“Isu yang melibatkan 1MDB itu sepatutnya diselesaikan secara dalaman dan tidak didedahkan kepada umum sangat tapi memandangkan dunia sekarang yang menggunakan teknologi yang pelbagai, jadi, maklumat dapat lebih cepat.

“Perkara ini dalam siasatan lagi, saya pun tak tahu nak komen positif atau negatif. Saya serahkan semua kepada Kabinet. Kita tunggulah kata putus selepas siasatan selesai nanti,” katanya.
-SH


ULASAN GB

Nampaknya Najib seperti tersilap langkah, langkah memecat Muhyiddin telah membangkitkan kemarahan rakyat.

Walaupun Najib menyatakan bahawa kabinet barunya akan meningkatkan keyakinan awam, namun hakikatnya tidak begitu. Lebih ramai yang mempertikaikan keputusannya memecal Muhyiddin dan tidak mustahil pula keputusannya itu akan menyebabkan backfire kepada Najib sendiri.

Muhyiddin mempunyai ramai penyokong terutama di peringkat akar umbi. Sebagai menteri pelajaran, Muhyiddin juga mempunyai penyokong teras dari kalangan kaum guru yang selama ini membentuk ramai perwakilan di dalam perhimpunan UMNO. Justeru itu tidak mustahil akan muncul satu "kebangkitan" mempertahankan Muhyiddin di dalam UMNO apatah lagi Najib yang terpalit dengan isu 1MDB sudah pasti akan diasak oleh ahli-ahli UMNO supaya melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Memang bukan merupakan satu rahsia lagi, langkah memecat Muhyiddin dan Gani Pail adalah untuk menyelamatkan diri beliau daripada terus disiasat berhubung salah guna kuasa berhubung skandal 1MDB.

Najib kelihatan sedang menggali kuburnya sendiri. Beliau tidak mungkin terlepas kerana demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan.

Malah sebelum ini GB menyatakan satu hari Najib dan Rosmah wajar ditangkap dan dipenjarakan. Petikan:

GB pernah meminta agar Najib dan Rosmah ditahan dan disiasat dan jika didapati benar Najib dan Rosmah bersalah menghabiskan wang rakyat seperti dilakukan oleh isteri Hosni Mubarak di Mesir, Imeda Marcos di Filipina, Najib dan Rosmah perlu dihukum penjara seperti yang telah dikenakan ke atas isteri Mubarak dan Marcos... Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan....






IKLAN BERBAYAR







28 Jul 2015

[VIDEO] Pecat Muhyiddin & Ghani Patail, Usaha Najib Selamatkan Diri? -UPDATED


Muhyiddin tersingkir dari kabinet

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak mengumumkan rombakan kabinetnya sebentar tadi. Seperti dijangka Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disingkir dan diganti Datuk Seri Dr Ahmad Hamidi.

Ia juga menyaksikan beberapa menteri kanan lain tersingkir.

Selain Muhyiddin, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal digugurkan jawatan sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Begitu juga dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.

Turut menerima nasib Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel.

Manakala beberapa mereka yang sebelum ini tidak memegang portfolio dilantik semula ke kabinet.

Antara mereka Datuk Seri Salleh Said Keruak yang dilantik menjadi Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Mengulas mengenai penyingkiran Muhyiddin, Najib turut menyelar tindakan timbalannya kerana menjadikan pentas terbuka untuk menyerang kepimpinannya.

“Perbezaan pendapat tidak boleh dilakukan di forum terbuka yang boleh menjejaskan kerajaan dan negara”, katanya dalam pengumuman itu.

Sebelum ini, perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara tamat semalam.

Menurut Bernama, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa mengumumkan bahawa perkhidmatan Abdul Gani ditamat atas sebab kesihatan

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik menggantikan Abdul Gani,
katanya.

Perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara tamat semalam.

The Malaysian Insider melaporkan penyingkiran secara tiba-tiba Gani Patail sebagai Peguam Negara hanya akan mengukuhkan lagi "teori konspirasi" yang perdana menteri, yang disiasat berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), berkeras mahu mengekalkan kedudukannya menerajui pentadbiran negara, kata sebuah badan pemikir.

Menegaskan yang penyingkiran Gani tidak boleh diterima, terutamanya kerana beliau sebahagian daripada pasukan petugas khas kerajaan yang sedang menyiasat operasi 1MDB, ketua Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan berkata, langkah itu akan menimbulkan banyak persoalan mengenai niat di sebalik "pemecatan" Gani.

"Perkhidmatan Gani memang pun sepatutnya berakhir pada Oktober, jadi tidak ada sebab untuk lakukan pemecatan awal ini.

"Rakyat sudah bercakap tentang kemungkinan satu konspirasi terdesak oleh perdana menteri untuk terus kekal berkuasa.

"Tindakan ini malangnya menguatkan lagi teori konspirasi itu dan seterusnya melemahkan kuasa moral jika Datuk Seri Najib Razak terus berpegang pada jawatannya,"
katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, menyingkirkan Gani tidak akan menyelesaikan apa-apa, sebaliknya mengundang lebih banyak persoalan.


UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP DATO’ SERI NAJIB TUN RAZAK KE ARAH PENUBUHAN KERAJAAN PERALIHAN (“TRANSITION GOVERNMENT”)


Sejak pendedahan-pendedahan mengenai keterlibatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak berhubung tuduhan salahlaku pengurusan dana 1MDB dibuat, seluruh negara menjadi mangsa apabila urusan pentadbiran dan pembangunan dikorbankan demi percaturan politik beliau.

Keadaan menjadi parah kebelakangan ini sejak pendedahan Wall Street Journal (WSJ) mengenai pemindahan wang sejumlah RM2.6 bilion ke akaun yang dituduh milik peribadi Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Beberapa minggu ini, seluruh negara diheret dengan pelbagai desas-desus pergolakan politik dalaman Umno seperti berikut:

1. Perpecahan dalaman di dalam Pasukan Petugas Khas (“Special Task Force”) yang diamanahkan menyiasat penglibatan Perdana Menteri kepada dua kumpulan – satu yang ingin menyelamatkan Perdana Menteri dan satu lagi yang ingin mendakwa Perdana Menteri. Perkara ini disahkan dengan berita pemecatan Peguam Negara pada hari ini.

2. Pemecatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa menteri kanan dari Umno untuk mengukuhkan kedudukan Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Segala desas-desus begini adalah tidak baik untuk negara kerana ia menimbulkan ketidaktentuan politik, ekonomi dan sosial. Kedegilan Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk terus berkuasa akan mengheret negara dengan ketidaktentuan selagi ia tidak diselesaikan segera.

Kami mengutuk sekerasnya-kerasnya tindakan mementingkan diri oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak yang mengheret seluruh negara sedangkan tanggungjawab beliau adalah mentadbir dan menguruskan negara dengan cekap, telus dan amanah.

Oleh yang demikian, pimpinan-pimpinan KEADILAN, DAP dan Harapan Baru yang hadir pada hari ini menyeru supaya ahli-ahli Parlimen dari Barisan Nasional yang sayangkan negara supaya mengambil tindakan drastik menyokong penubuhan sebuah kerajaan peralihan (“transition government”) dengan terma rujukan yang khusus seperti berikut:

1. Perlantikan seorang Perdana Menteri interim dari kalangan pimpinan terkanan (“elder statesman”) bagi tempoh satu tahun sehingga PRU14 yang dipanggil di akhir tempoh tersebut.

2. Reformasi institusi-institusi penting untuk memastikan PRU14 akan berjalan dengan adil dan keluhuran perlembagaan dan undang-undang dikembalikan.

3. Penyelesaian kepada skandal-skandal utama negara termasuk 1MDB dengan matlamat memastikan mereka yang bertanggungjawab di bawa ke muka pengadilan.

4. Merombak dasar-dasar ekonomi yang menindas rakyat.

Penubuhan kerajaan peralihan ini boleh diadakan dalam masa terdekat sekiranya ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional bersama-sama ahli-ahli Parlimen KEADILAN, DAP dan Harapan Baru menyokong satu usul tidak percaya terhadap Dato’ Seri Najib Tun Razak. Usul in boleh dibuat diluar sidang Parlimen atau semasa sidang Parlimen akan datang.

Dengan desas-desus yang tersebar luas bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dipecat dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri, sudah sampai masanya beliau dan kumpulan beliau serta ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional yang lain yang cintakan negara menyokong satu usaha menubuhkan kerajaan peralihan melalui satu undi tidak percaya kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Kami juga memberi amaran kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk tidak mengambil peluang dari pergolakan dalaman Umno ini untuk terus menyalahgunakan kuasa dengan menahan pimpinan-pimpinan pembangkang, pengamal media dan mereka yang mengkritik pentadbiran beliau. Sekiranya beliau meneruskan amalan biasa Umno yang memenjarakan lawan politik pembangkang ketika berlaku pergolakan dalaman Umno, kami pasti ratusan ribu rakyat akan turun ke jalanraya yang akan mempercepatkan kejatuhan beliau.

Kami akan membawa pulang cadangan undi tidak percaya terhadap Dato’ Seri Najib Tun Razak ke arah penubuhan sebuah kerajaan peralihan (“transition government”) untuk diperhalusi di peringkat parti masing-masing. Kami yakin rakyat mahu melihat satu kepimpinan yang tegas dari parti-parti pembangkang agar kemelut ketidaktentuan akibat pergolakan dalaman Umno dan tuduhan rasuah terhadap Dato’ Seri Najib Tun Razak ini dapat dihentikan serta merta untuk mengembalikan urusan pentadbiran negara yang mengutamakan kebajikan rakyat.

28 Julai 2015

Mohamad Sabu
Dr Dzulkefly Ahmad
YB Khalid Samad
YB Saari Sungib
YB Dr Siti Mariah
YB Hanipa Maidin
YB Dr Hatta Ramli
YB Kamarudin Jaffar
YB Hasnul Baharuddin
Hj Izham Hashim
YB Tony Pua
YB Teresa Kok
YB Liew Chin Tong
YB Rafizi Ramli
Dato’ Saifuddin Nasution
YB Sim Tze Tzin
YB Wong Chen



KENYATAAN MEDIA

PEMECATAN PEGUAM NEGARA MELANGGAR PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN : ADAKAH IANYA BERKAITAN DENGAN SIASATAN KES 1MDB DAN AKAUN MISTERI PERDANA MENTERI?

1. Hari ini Malaysia digemparkan dengan rombakan kabinet yang menyaksikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yasin dan beberapa orang lagi Menteri digugurkan. Selain itu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail juga telah ditamatkan perkhidmatannya pada hari ini atas alasan kesihatan. Saya akan mengulas berkaitan rombakan kabinet ini pada kesempatan yang lain. Sebagaimana yang kita maklum, pengguguran atau pelantikan mana-mana Menteri adalah bidang kuasa prerogatif seorang Perdana Menteri sebagaimana yang digariskan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

2. Bagi saya, peristiwa pemecatan Gani Patail sebagai Peguam Negara adalah lebih serius dan memerlukan perhatian daripada seluruh rakyat Malaysia memandangkan ianya dibuat secara tergesa-gesa dan terbukti melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Berdasarkan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, jawatan Peguam Negara adalah setaraf kedudukannya dengan Hakim Mahkamah Persekutuan. Seorang Peguam Negara, walaupun memegang jawatan atas perkenan Yang Dipertuan Agong, hanya boleh diberhentikan dengan menggunakan cara yang sama untuk menamatkan perkhidmatan seorang Hakim Mahkamah Persekutuan. Hal ini jelas dinyatakan di dalam Perkara 145(6) Perlembagaan Persekutuan.

3. Seorang Hakim Mahkamah Persekutuan hanya boleh diberhentikan atas alasan-alasan yang dinyatakan di dalam Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan iaitu atas sebab salah laku, hilang upaya melakukan tugas sama ada atas sebab kelemahan tubuh badan atau akal fikiran atau atas apa-apa sebab lain yang menyebabkan dia gagal menjalankan tugasnya.

Namun dalam keadaan wujudnya alasan-alasan untuk memecat seorang Hakim Mahkamah Persekutuan atau Peguam Negara, Perdana Menteri atau Yang Dipertuan Agong tidak boleh membuat pemecatan begitu sahaja. Tetapi hendaklah ditubuhkan suatu tribunal dan hanya atas saranan dari tribunal tersebut barulah Yang Dipertuan Agong boleh memecat Hakim Mahkamah Persekutuan atau Peguam Negara.

4. Malangnya di dalam kes Gani Patail ini, tiada sebarang tribunal ditubuhkan bagi memberi rekomendasi kepada Yang Dipertuan Agong sebelum Gani Patail ditamatkan perkhidmatannya sebagai Peguam Negara. Dalam keadaan berlaku perlanggaran Perlembagaan secara terang-terangan ini yang dilakukan oleh Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia, ianya seolah-olah bakal mengheret negara ini ke dalam suatu Krisis Perlembagaan sekali lagi mengulangi peristiwa pemecatan secara tidak sah yang dilakukan oleh Kerajaan ke atas bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas pada tahun 1988.

Saya juga melihat penamatan jawatan Gani Patail dengan hanya melalui kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara tanpa sebarang makluman rasmi kepada beliau bukan sahaja melanggar Perlembagaan dan undang-undang bahkan ianya kelihatan sangat biadap dan tidak menghormati institusi Peguam Negara itusendiri.

5. Timbul persoalan sekarang, kenapakah Peguam Negara ditamatkan perkhidmatan secara tiba-tiba atas nasihat Perdana Menteri di dalam keadaan Perdana Menteri sedang disiasat atas kes 1MDB dan penyaluran wang berjumlah RM2.67 bilion ke dalam akaun peribadi yang dikatakan milik Perdana Menteri?

Alasan faktor kesihatan langsung tidak masuk akal kerana Tan Sri Ghani terus kekal sebagai Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan sehingga tempoh bersara wajib beliau pada 6 Oktober 2015. Apakah kerana penyiasatan yang dijalankan terarah kepada bukti-bukti yang akan memalitkan diri Perdana Menteri dan mendedahkan Perdana Menteri kepada suatu pendakwaan jenayah? Apakah penamatan Gani Patail adalah suatu "pre-emptive strike" untuk menghalang pendakwaan dijalankan ke atas orang-orang tertentu memandangkan hanya Peguam Negara sahaja yang berkuasa untuk menjalankan pendakwaan jenayah di Mahkamah? Saya menuntut agar Perdana Menteri segera menjawab persoalan ini.

6. Dalam suasana ketidaktentuan ekonomi dan politik yang berlaku dalam negara ini yang borpotensi untuk menjerumuskan Malaysia ke dalam jurang yang sangat merbahaya, saya juga menyeru supaya Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia segera bertindak mengumpulkan kesemua Ahli-ahli Parlimen yang progresif dan bersatu hati di dalam menghentikan kebobrokan yang dilakukan oleh Kerajaan UMNO/Barisan Nasional bagi menggerakkan suatu inisiatif untuk menyelamatkan Malaysia.

"Selamatkan Rakyat Dan Negara Yang Kita Cintai!"

DATO’ MAHFUZ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
28 Julai 2015/12 Syawal 1436H



AG digugur untuk elak PM ditahan? Pengguguran tak sah?

Menggantikan AG bukanlah satu kesalahan.
Namun, menggugurkan AG yang terlibat dengan siasatan skandal yang melibatkan PM yang mencadangkan pengguguran itu ketika kemuncak siasatan, menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena.

Apa lagi tuan punya diri, seperti dilaporkan Malay Mail Online, tidak tahu menahu dengan pengguguran itu.

Jika tuan punya diri masih sihat tetapi alasan beliau digugurkan adalah sakit, lebih menimbulkan tanda tanya.

Apalagi ada berpandangan pemecatan AG memerlukan penubuhan sebuah tribunal terlebih dahulu.

Kenapa AG perlu digugurkan begitu gopoh?

Jika ia bertujuan untuk mengubah haluan siasatan 1MDB, ternyata negara berhadapan dengan ancaman yang amat kritikal.


A check by showed that the Federal Constitution stipulates that the person holding the position of AG can only be removed via a tribunal appointed by the Yang di-Pertuan Agong.

Article 145 (6) states: The person holding the office of Attorney General immediately prior to the coming into operation of this Article shall continue to hold the office on terms and conditions not less favourable than those applicable to him immediately before such coming into operation and shall not be removed from office except on the like grounds and in the like manner as a judge of the Federal Court.

In relation to the removal of a Federal Court judge, Article 125 (3) states: If the Prime Minister, or the Chief Justice after consulting the Prime Minister, represents to the Yang di-Pertuan Agong that a judge of the Federal Court ought to be removed on the ground of any breach of any provision of the code of ethics prescribed under Clause (3b) or on the ground of inability, from infirmity of body or mind or any other cause, properly to discharge the functions of his office, the Yang di-Pertuan Agong shall appoint a tribunal in accordance with Clause (4) and refer the representation to it; and may on the recommendation of the tribunal remove the judge from the office.

SELAMATKAN NEGARA!!!

Husam Musa
28 Julai 2015



MP perlu bersatu hadapi keruntuhan integriti PM – Husam Musa

Teguran terbuka timbalan perdana menteri adalah suara hilang kepercayaan kepada perdana menteri.

Ini juga bermakna perdana menteri gagal meyakinkan anggota Kabinetnya tiada yang tidak kena dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ucapan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertikaikan penggantungan permit The Edge dan mencadangkan laporan interim 1MDB dari Ketua Audit didedahkan kepada umum juga satu cabaran terbuka terhadap kewibawaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Malangnya, satu-satunya pertahanan Najib terhadap keruntuhan integritinya adalah larangan bersuara!

Arahan terbuka Najib supaya semua pihak, termasuk timbalannya sendiri, mesti membisu sepanjang isu 1MDB, membuktikan Najib tidak lagi mengambil kira integriti diri dan kerajaan yang dipimpinnya.

Demi 1MDB, Najib sanggup melakukan apa sahaja tanpa mempedulikan lagi nasib negara dan maruah dirinya.

Bermakna, jika beliau kekal sebagai perdana menteri, lebih banyak malapetaka terhadap negara akan berlaku.


Andainya Muhyidin dipecat dari Kabinet, semua ahli Parlimen yang mempunyai kesedaran untuk menghentikan kerakusan kuasa dengan membelakangkan kepentingan negara hendaklah mengusahakan satu tindakan bersama mengikut amalan demokrasi sedia ada.

Muhyidin bukan tokoh terbaik tetapi membiarkan 1MDB merosakkan lagi negara ini adalah lebih memudaratkan.

Saya mengulangi seruan saya supaya MP ada kesedaran patriotik mengambil satu inisiatif bersama.

Selamatkan negara !!!















IKLAN BERBAYAR