25 Jun 2015

PAS Tidak Dapat Diperbetulkan Lagi, MSU Kerap Ceroboh Kuasa Eksekutif

Majlis syura PAS semakin kuat kuasai kepimpinan'



Pengaruh majlis syura PAS yang semakin meningkat terhadap perkara-perkara dasar, telah mencetuskan tuntutan terhadap sebuah parti Islam yang baru, demikian menurut beberapa bekas pemimpin parti itu.

Bekas ahli jawatankuasa pusat PAS, Hanipa Maidin berkata majlis itu - eksklusif untuk golongan ulama parti itu - sering mengetepikan idea-idea yang progresif yang bertujuan untuk membawa parti ke hadapan dan menjadi lebih inklusif.

"Kami tak pernah menyangka yang majlis syura menjadi sekuat sekarang. Kami melihatnya sebagai badan penapisan bagi dasar-dasar baru untuk memastikan ianya Islamik," katanya.

Bagaimanapun, tegasnya, majlis syura kini telah menceroboh ke dalam domain eksekutif, dan menyukarkan PAS untuk bergerak ke hadapan.

Hanipa, yang pernah mengetuai biro undang-undang PAS, berkata majlis syura cenderung untuk melihat secara 'hitam dan putih".

Dalam politik, tegasnya, tiada penetapan 'halal' atau 'haram' dan "terdapat banyak kawasan kelabu di mana kita mesti begitu (berhati-hati) untuk mengatakan ini (atau itu) adalah tidak Islamik."

Sebaliknya, kata beliau, perlu ada pendekatan yang kreatif dan fleksibel dalam politik, dan menurut Hanipa, kepimpinan parti itu sekarang tidak terbuka terhadapnya.

"Sebab itu idea ini untuk sebuah parti baru adalah tuntutan popular dari akar umbi. Kita perlu fikir mengenainya dan jika boleh, kita menjadikan idea itu satu kenyataan.

"Ia bukan kita tidak suka PAS [...] tapi kita perlu menghadapinya, saya tak fikir kita boleh perbetulkan PAS buat masa ini," katanya sambil menambah bahawa parti itu sekarang, tidak lagi menjadi tarikan kepada bukan Islam dan profesional Islam.

Politik majmuk

Ahli Parlimen Sepang itu dan beberapa tokoh progresif parti itu kecundang dalam pemilihan pucuk pimpinan PAS dalam muktamar tahun ini.

Mereka telah bergabung sebagai sebuah badan bertindak, dikenali sebagai G18, untuk memulakan gerakan baru Islam yang inklusif.

MP Shah Alam Khalid Samad secara terbuka telah menyatakan bahawa kumpulan itu akan menubuhkan sebuah parti baru dan lebih inklusif bagi memenuhi objektif bekas Presiden PAS Fadzil Noor.

Ditanya sama ada parti baru akan menghalang senario yang sama sepertimana PAS begitu dipengaruhi oleh majlis syura, seorang lagi bekas ahli jawatankuasa pusat, Dzulkefly Ahmad positif mengenainya.

"Kita perlu menangani semua masalah yang kita hadapi dalam parti kita," katanya kepada Malaysiakini.

"Kami mahu bergerak ke hadapan [...] menghidupkan semula pemikiran Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Allahyarham Fadzil Noor. Bagi Islam sederhana yang inklusif, yang mampu untuk menangani politik majmuk dalam demografi majmuk Malaysia," katanya .

Sentimen ini turut dikongsi oleh Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Mujahid Yusof Rawa yang juga menekankan keperluan untuk mengembalikan kuasa dari majlis syura kepada perwakilan parti.

ULASAN GB

Sebelum ini perwujudan Majlis Syura Ulama (MSU) di dalam PAS sebenarnya tidak membawa masalah apa-apa. TETAPI apabila MSU menceroboh kuasa eksekutif, maka peranannya dilihat sudah kesasar dan PAS tidak mungkin dapat diperbetulkan lagi.

Bermula dengan Langkah Kajang, MSU telah bertindak untuk campurtangan dalam hal eksekutif. Pembelaan MSU terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim sewaktu itu telah menyebabkan ramai yang mempersoalkan, apa hal MSU campurtangan bukan sahaja kuasa eksekutif dalam PAS sendiri tetapi dalam hal parti orang lain.

GB sudah ulas waktu itu, petikan:

Soal integriti adalah soal yang lain. Tetapi soal Khalid tidak mematuhi arahan kepimpinan partinya sendiri adalah jelas satu penderhakaan dan pengkhianatan terhadap partinya sendiri. Apakah Majlis Syura Ulamak mengajar ahlinya supaya tidak ikut arahan kepimpinan parti?.....

Nampaknya Muktamar PAS akan datang perlu membincangkan semula Perlembagaan Parti khususnya berkaitan dengan peranan dan keanggotaan ahli Majlis Syura Ulamak. Ia perlukan penilaian, penelitian dan pemerkasaan semula supaya tidak lagi menjadi alat sekumpulan tertentu di dalam parti/jemaah bagi mencapai matlamat tertentu.

Pada waktu itu, sang menantu Presiden yang bernama Zaharuddin Muhammad menjadi anggota MSU. Beliau adalah Ketua Ugama Kumpulan Peransang Sdn Bhd, satu jawatan politik yang dilantik oleh Tan Sri Khalid Ibrahim. Maka sebab itu, MSU cukup mempertahankan TSKI sebagai MB sekalipun ia tiada kena-mengena dengan soal dasar PAS. Khalid dipecat oleh partinya, mengapa pula MSU yang sibuk-sibuk pertahankan Khalid?

Haji Hadi waktu itu turut mengambil sikap mempertahankan Khalid (khuatir kedudukan menantunya di Kumpulan perangsang terjejas?).

Hal yang kedua, amat memalukan apabila seorang anggota MSU, iaitu Setiausa MSU sendiri, Nik Zawawi bin Salleh menggunakan gelaran "DATUK" yang tidak diketahui dari mana diperolehi pingat itu. Ia satu penipuan malah menyalahi undang-undang negara. Sehingga kini beliau belum tampil untuk menafikan laporan berikut:

c) Nik Zawawi bin Salleh menggunakan gelaran pangkat Datuk yang tidak diperolehi secara rasmi didalam Negara atau mana Gabenor / Sultan atau mana-mana yang diPertuan Negeri dan mana-mana negeri dalam Malaysia. Telah secara berleluasa digunakan semasa di media cetak, media elektronik dan Dokumen Rasmi Kerajaan. Perlakuan ini menyalahi Akta Pemakaian Nama dan Gelaran 1963.

Ini semua menyebabkan kredibiliti Majlis Syura Ulamak tercalar dan keputusan-keputusannya tidak dapat dihormati oleh para ahli.

Dengan perlantikan Dr. Haron Din sebagai Mursyidul Am PAS menggantikan almarhum TG Nik Abdul Aziz, PAS lebih dilihat sebagai rakan karib UMNO. Kenyataan Dr. Haron Din selaku Mursyidul Am PAS supaya Najib diberi peluang sebahai PM tatkala rakyat mempersoalkan kepimpinan Najib yang sedang meruntuh dan merosakkan negara dengan isu-isu rasuah dan ketirisan wang negara dalam 1MDB, FGV dan yang terbaru penyelewengan pembelian hartaanah di Australia oleh MARA, menjelaskan bahawa seolah-olah PAS rela bersekongkol dengan penyelewengan dan kezaliman UMNO.


Justeru itu seperti kata Hanipa,

"Ia bukan kita tidak suka PAS [...] tapi kita perlu menghadapinya, saya tak fikir kita boleh perbetulkan PAS buat masa ini"

Langkah yang wajar dan tepat ialah tinggalkan PAS dan serta parti baharu pimpinan kumpulan progresif.

39 ulasan:

  1. Dalam MSU ada menantu presiden yang suka sangat menyujuk...


    Bagaimana budak belasan tahun hisap nenen boleh masuk MSU... Boleh pegang Manager GLC gaji berjuta...???

    Ohhh bapak 'tolol' mertua ku...

    U turn kona baring

    BalasPadam
  2. Apa dah jadi dgn Haron Din

    BalasPadam
  3. G18 tidak perlu memberi alasan penubuhan parti baru yg sudah dikira WAJIB!

    apabila Islam dijual utk meraih kemenangan spt dlm kempen pemilihan muktamar dimana barang yg dijual adalah hudud Allah swt.

    dimana hudud Allah swt sekarang? dlm tong sampah parlimen?

    selepas kemenangan tiada lagi ucapan hudud yg berkobar2.

    apa2 pun kita lihat apa bakal terjadi bulan Oktober nanti. kita lihat sebesar mana perang yg akan dilancarkan oleh pas terhadap umno dan terhadap najib yg tak seteruk firaun dan yg berjiwa besar.

    semoga Allah SWT melaknat org yg menjual Islam kerana habuan dunia.

    BalasPadam
  4. Salam:

    Salah satu sebab,PAS tak boleh diperbaiki ialah sistem organisasinya ada dua Jabatan yg Duplicate, DUPP dan MSU: 1/Ahli-ahli yg sama boleh duduk kedua-dua department.Apakah fungsi di adakan MSU, dakah meniru style Shiah di mana kata-kata yg keluar dari ulamaknya adalah "Wahyu".2/ Ahli -ahli MSU: boleh memegang jawatan /kuasa executive!!!!3/aHLI-AHLI MSU :Boleh bertanding jawatan parti!!!/boleh bertanding adun/MP!!4/AHLI-AHLI msu/dupp yg so Called ulamak diberikan kuasa VETO!!!!5/Setiap negeri ada DUPP sendiri/..

    NAMPAK TAK DIATAS parti PAS di Design hanyalah untuk tok-tok lebai shaja, Tiada merit/kebolehan menjalankan kerja,jika tok lebai macam UFN & TGNA berjalan lancarlah parti, Tapi bila parti tok lebai diterajui oleh,hj.hadi,titm,Mokhtar snake tonggang langgang parti di buatnya.Contohnya harini kata A, tiba-tiba esok bila keputusan A tiada ada pulangan dunia,Di ubah dgn sekelip mata kata B/.Contoh ke-dua, mula-mula bila dapat tentangan daripada ahli menetangnya(hj hhadi) dibelasahnya ahli itu dikatakan "TOLOL" dan disuruh cari masjid baru",Tetapi bila keadaan bertambah "REAL" ahli-ahli nak cabut larut, barulah buat surat terbuka pada semua ahli dgn gaya memujuk, "jgnlah keluar nanti kamu tenggelam".

    so JELAS Parti PAS sekarang "No way back" to its right path,DUPP/MSU, di design utk memastikan pemimpin dalam PAS adalah dari kalangan tok-tok lebai sahaja, Walaupun ada "Conflict of interest" macam menantu Hadi, di persetankan saja oleh ulamak-ulamak dunia ini.SIAPA PULA NAK MEMONITOR ULAMAK??????kan berat sebelah tak ada check dan BALANCE........SAMPAI BILA2 PAS takkan Ke mana-mana, balik-balik tang-tu juga,berkisar jawatan...laba..jawatan..aku dpat..keluarga aku adapat..kumpulan aku dapat...PERJUANGAN RAKYAT....hahahhahaha..di persetankan.

    WALLAHUALAM.

    BalasPadam
  5. Tak baik kita menghina ulamak. Ulamak adalah pewaris nabi. Memang mereka tidak sesempurna nabi dan rrasul ttp kita kena tahu batas batas adab yang digariskan syarak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagaimana pula dgn ulamak yg suka memaki hamun org, memfitnah utk dpt jawatan dlm parti dan menghalalkn cara yg keji utk memastikan diri terpilih sbg ajk pusat?Adakah kerana mereka ulamak jd segala makian dan fitnah dan kejian terhadap golongan yg bkn ulamak itu halal dan tidak berdosa?sy bkn menghina ulamak ni...tp sekadar ingin bertanya

      Padam
    2. Salam radamadani anon 2.32

      Fathis omar @ fetish konar dlm malaysiakini bg 10001 alasan party islam baru tak releven...

      Sy bg 1 alasan ia releven

      Jika tidak ada party islam baru maka
      1. Ularrrmak akan besar kepala dan hayun ajaran sesat PAS kpd rakyat Malaysia seterusnya menyebabkan pembangkang kalah teruk !!!
      Paham tak mat sabu?

      Fetish Mkini ko cuba pikir adakah cina nak undi idris ahmad di bukit
      Gantang?

      Iskandar semak di chempaka...

      Fetish ... Tolol... Kalau takde party islam progressive pro dap ker pro pkr ker pro Yahudi ker pro taliban ker ko ingat cina nak dekat islam ker nk pangkah bulan?

      Ada pkr boleh menang semua kerusi cina ?

      Parti islam baru is a balancing act yg pas pis pus dah buat sial dan dajal.. Pasma dan pip adalah damage control untuk pkr dan dap !!! You get me fetish!!! Tq admin...

      Padam
    3. Aku pun bengang baca tulisan fathi aris tu...buat ulasan syok sendiri...perangai ularmak cai langsung tak diulasnya...sikit2 label pengikut dap...itu jealah modal dia...puiii....

      Padam
  6. Saya tak nampak Ulasan GB itu menghina ulama tetapi perbuatan dan pernagai ulama itulah yang sebenarnya membuatkan mereka jadi terhina.

    Geng manakah yang semasa pemilihan lalu memfitnah, mencaci-maki, melabel dengan perkataan JEBON, ANWARINAS, BARUA, TOLOL jika bukan geng ulama sendiri?

    Batas adab yang digariskan oleh syarak adalah untuk semua umat Islam termasuk para ulama sendiri. Ulama tidak telepas dari hukum syarak.

    Ulama pewaris Nabi? Ulama yang macamana? Apakah ulama yang suka memfitnah, mencaci-maki dan melabelkan orang itu pewaris nabi?

    BalasPadam
  7. saya sokong anon 2:48pm

    BalasPadam
  8. benar apa ynga dikatakan oleh anon 2.32.,kita tidak bolih menghn aulamak ,tidak terfikir ke anon.232 bahawa mnegapa ulamk kini dihina sedemikan rupa ,apa puncanya.tiba2 ramai menghina ulamak,sebab ulamk itu yang tidaj menjaga bahasa pertuturanya,gaya cakapnya ,sikap yang sombong dan bongkak.tiadak orang menghina ulamk seperti TGNA sebab beliau tahu dan sedar dirinya adalah ulamak sebenar,belaiu pandai menjag diri,bahasa pertuturanya,gaya diri dalam menyantun kawan dan musuh.

    BalasPadam
  9. Mmg dalam posting ini tidak, ttp bacalah di dlm posting terdahulu dan komen2 yg dilontarkn pembaca2.
    Mmg kita manusia mudah lupa. Di tahun 80an dahulu para agamawan yg cenderung kpd umno dijadikan sasaran wpn kebanyakannya berakhlak mulia. Ttp hari ini agamawan di dlm jemaah sendiri dijadikan sasaran. Renungkan2lah

    BalasPadam
  10. Ulamak SU'

    Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat)”.

    Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)". H.R Termizi

    BalasPadam
  11. Kita tak pukul rata kata ulama tu tak betul. Seorang yang nak digelar ulama mestilah mempunyai ilmu yang tinggi, faqih dalam ilmu nya dan juga ilmu lain, menjaga adab dan akhlaknya di kalangan masyarakat dan menjadi rujukan masyarakat. Di samping itu, bahasa dan kelakuannya menggambarkan ketinggian akhlak dan ilmu, menghormati kawan mahupun musuh dan tidak mencela lawannya.

    Panjang lagi kalau nak ditulis. Ulama dulu macam Sheikh Idris al-Marbawi mengaji lama, mengajar lama, rendah diri dan mulia akhlaknya.

    Yang sekarang ni mengaji tak dalam mana, mengajar pon tak lama, mulut cabul takda insurans, akhlak yang suka mencela lawan, tak amanah dalam berjanji. Orang macam ni tak layak dikatakan pewaris Nabi. Tuan nilaikan sendiri siapa yang duduk dalam MSU.

    BalasPadam



  12. Hj Hadi berakhlak mulia! Harun Din berakhlak mulia!

    80an bukan ke agamawan ketika itu Ibrahim Libya?

    BalasPadam
  13. Mereka tidak menghina ulamak, tetapi mengatakan apa yg dilakukan oleh ahli2 majlis ulamak. Kalau dgn mengatakan itu pun sudah terasa berat dan dianggap menghina..bagaimana lah pulak pelakunya. Hanya dengan menyertai dewan ulamak bukanlah syarat utk seseorang itu layak utk menjadi seorang ulamak.

    BalasPadam
  14. "Tak baik kita menghina ulamak. Ulamak adalah pewaris nabi. Memang mereka tidak sesempurna nabi dan rrasul ttp kita kena tahu batas batas adab yang digariskan syarak."June 25, 2015 at 2:32 PM:

    Salam tuan,ampun/maaf/..Siapa kami nak compare dgn tuan, handal dgn ayat-ayat al-quran dan hadith:
    Kami baru saja nak mengenali islam: Apa yg kami tahu ulamak adalah pewaris nabi. Kami pun belajarlah dgn tok-tok guru(ulamak yg iklas tak mengelarkan dirinya ulamak/jelas nampak nur di dahinya.)-MEREKA TAK MINTAK UPAH PUN WALAU KAMI NAK BAGI SAMPUL SURAT..
    Sifat nabi:1.Siddiq ertinya benar. Benar adalah suatu sifat yang mulia yang menghiasi akhlak seseorang yang beriman kepada Allah dan kepada perkara-perkara yang ghaib. Ia merupakan sifat pertama yang wajib dimiliki para Nabi dan Rasul yang dikirim Tuhan ke alam dunia ini bagi membawa wahyu dan agamanya.

    Pada diri Rasulullah SAW, bukan hanya perkataannya yang benar, malah perbuatannya juga benar, yakni sejalan dengan ucapannya. Jadi mustahil bagi Rasulullah SAW itu bersifat pembohong, penipu dan sebagainya.

    “Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.” (QS An-Najm: 4~5)
    Sifat 2/.AMANAH
    Amanah ertinya benar-benar boleh dipercayai. Jika satu urusan diserahkan kepadanya, nescaya orang percaya bahawa urusan itu akan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Oleh kerana itulah penduduk Makkah member gelaran kepada Nabi Muhammad SAW dengan gelaran ‘Al-Amin’ yang bermaksud ‘terpercaya’, jauh sebelum beliau diangkat jadi seorang Rasul. Apa pun yang beliau ucapkan, dipercayai dan diyakini penduduk Makkah kerana beliau terkenal sebagai seorang yang tidak pernah berdusta.

    “Aku menyampaikan amanat-amanat Tuhanku kepadamu dan aku hanyalah pemberi nasihat yang terpercaya bagimu.” (QS Al-A'raaf: 68)
    Sifat 3/TABLIGH

    Tabligh ertinya menyampaikan. Segala firman Allah SWT yang ditujukan oleh manusia, disampaikan oleh Baginda. Tidak ada yang disembunyikan walaupun ianya menyinggung Baginda sendiri.

    “Supaya Dia mengetahui, bahawa sesungguhnya rasul-rasul itu telah menyampaikan risalah-risalah Tuhannya, sedang ilmu-Nya meliputi apa yang ada pada mereka, dan Dia menghitung segala sesuatu satu persatu.” (QS Al-Jin: 28)

    MAAF Tuan Kami ingatkan, Tuan-tuan guru kami dalam PAS kata boleh memaki orang/boleh kata orng yahudi/jebon dan macam2,Sebab perbuatan terang-terang berlaku depan matanya.Dan tuan guru kami kata boleh ponteng kerja.Dan tuan gueru kata boleh tikam kawan dari belakang,Dan tuan guru kata/dan ketua pemuda kata kita boleh kena tipu berkalai-kali. SO INILAH YG KAMI DAPAT BILA KAMI JOIN PAS SEJAK 1998........apakah salah kah kami TUAN.mAAFKN KAMI TUAN

    BalasPadam
  15. Kalau nak bersih ulamak jgn berpolitik...tazkirah jer lah kat masjid..baru org hormat..

    BalasPadam
  16. Masalahnya ialah bila ada konflik kepentingan di kalangan ahli MSU. Bila melibatkan anak dan menantu, ramai yang tewas. Ditambah juga apabila Presiden tak dapat membuat keputusan sendiri dan gagal untuk berhujah dengan baik, maka ini adalah resepi untuk kerosakan dalam organisasi.

    Kalau Presiden tahu kelemahan dia dan mengambil langkah perlu untuk mengatasinya tak jadi masalah. Tapi bila enggan menerima teguran dan menerima hakikat, maka susah jadinya.

    BalasPadam
  17. Diharapkan kan parti islam baru ini juga membawa nama islam sbg ganti pas yg membawa nama islam supaya ramai pengundi2 yg sygkan pas daya tarikan islam dlm dlm pas boleh terus menyokong parti baru ini sbb ianya juga berteraskan islam..cadangan nama parti juga biarla ada unsur2 islam sbg contoh.... Parti Islam Progresif....kalau tidak berteraskan islam nampak mcm sama spt pkr,pengundi akan keliru sama apa beza pkr dgn parti baru.baik join pkr terus..lagipun pengundi2 melayu islam ni bersemangat jika parti baru membawa imej islam yg progresif.bkn spt ulamak lebai tebal tu....

    BalasPadam
  18. BOLEH JE REDHA DGN KEKELAHAN TAPI POLITIK MENGGUNAKAN CAI, TUDUHAN TOLOL, MENJEBON, MENBARUA TIADA DITERIMA. INI BUKAN AKHLAK ISLAM WAHAI OSTAD ULAM MAK. MEH KITA AJAR MEREKA MACAMANA BERPOLITIK CARA ISLAM. Bkn setakat ratib Isle Isle isle je

    BalasPadam


  19. Salam GB..

    Macam mana nak-LURUS?
    Macam mana nak-BETULL??
    Macam mana nak-berCAHAYA???
    Macam mana nak-TERANG benderang????

    ..apb sumber-DASAR @pon AKIDAHnya tlh rosak musnah


    SUMBER

    SUMBER AKIDAH

    Sumber kpd AKIDAH dasar @ perlembagaan ISLAM dan PAS itu..
    --1) Quran
    --2) Hadis
    --3) Itjmak
    --4) Qias


    1) Quran

    Ddlm surah sbnyk 114 surah itu & ayat yg mana lebih drp 6000 ayat itu dan Quran sbg sumber "AKIDAH" terpenting lg maha7Penting itu yg ada mnnyuruh serta mmbolehkan kita-manusia mmbuat FITNAH? FITNAH?? FITNAH??? kpd ssama manusia???!


    2) Hadis

    Hadis yg mana...samada hadis SOHEH....hadis DHOIF @ hadis PALSU skali pon yg ada mnyuruh & mmbolehkan brbuat FITNAH? FITNAH?? FITNAH???? sesama umat manusia hatta kpd musuh skali pon????!!


    3) Itjmak

    Itjmak ulamak serta "IJTIHAD" ulamak tolol yg mana yg boleh brbuat FITNAH? FITNAH?? FITNAH??? dikalangan sesama manusia TAK kiralah samaada dia tu musuh ddlm SELIMUT ker @pon musuh cakar-siku-LUTOT??????!


    4) Qias

    Qias dtg dr mana...Qias shbt & ulamak mana.....Ijtihad Qias drp shbt & ulamak bahalol-TOLOL mana yg boleh brbuat FITNAH? FITNAH?? FITNAH??? trhadap musuh skalipon musuh itu Yahudi musyrik Kafir harbi @ munafiq haraki skalipon dikalangan umat manusia????????!


    INGAT!

    INGAT wajib INGAT!!

    4 drp sumber dasar/perlembagaan diatas QURAN HADIS ITJMAK & QIAS itu adalah sumber tunjang kpd AKIDAH...jd apb terkeluar dan berlawanan dgn sumber yg 4 diatas itu tentulah AKIDAH sseorg itu akan mhjd..

    ....akidah-SONGSANG
    ....akidah-SESAT
    ....akidah-MURTAD

    AKIDAH2 yg-SONGSANG...akidah-SESAT...dan akidah-ygMURTAD pasti skali akan mmbawa sberat2 sebangsat2 & sbejat7MUSIBAT tipu-samar-KLIRU kpd ummat!!!



    Didlm Quran..

    ALLAH tlh berfirman..

    "..sesunguh7nya kbejatan FITNAH itu lebih lebih dahsyat-AKBAR drp mmbunuh"



    BalasPadam


  20. Salam GB..

    Macam mana nak-LURUS?
    Macam mana nak-BETULL??
    Macam mana nak-berCAHAYA???
    Macam mana nak-TERANG benderang????

    ..apb sumber-DASAR @pon AKIDAHnya tlh rosak musnah


    SUMBER

    SUMBER AKIDAH

    Sumber kpd AKIDAH dasar @ perlembagaan ISLAM dan PAS itu..
    --1) Quran
    --2) Hadis
    --3) Itjmak
    --4) Qias


    1) Quran

    Ddlm surah sbnyk 114 surah itu & ayat yg mana lebih drp 6000 ayat itu dan Quran sbg sumber "AKIDAH" terpenting lg maha7Penting itu yg ada mnnyuruh serta mmbolehkan kita-manusia mmbuat FITNAH? FITNAH?? FITNAH??? kpd ssama manusia???!


    2) Hadis

    Hadis yg mana...samada hadis SOHEH....hadis DHOIF @ hadis PALSU skali pon yg ada mnyuruh & mmbolehkan brbuat FITNAH? FITNAH?? FITNAH???? sesama umat manusia hatta kpd musuh skali pon????!!


    3) Itjmak

    Itjmak ulamak serta "IJTIHAD" ulamak tolol yg mana yg boleh brbuat FITNAH? FITNAH?? FITNAH??? dikalangan sesama manusia TAK kiralah samaada dia tu musuh ddlm SELIMUT ker @pon musuh cakar-siku-LUTOT??????!


    4) Qias

    Qias dtg dr mana...Qias shbt & ulamak mana.....Ijtihad Qias drp shbt & ulamak bahalol-TOLOL mana yg boleh brbuat FITNAH? FITNAH?? FITNAH??? trhadap musuh skalipon musuh itu Yahudi musyrik Kafir harbi @ munafiq haraki skalipon dikalangan umat manusia????????!


    INGAT!

    INGAT wajib INGAT!!

    4 drp sumber dasar/perlembagaan diatas QURAN HADIS ITJMAK & QIAS itu adalah sumber tunjang kpd AKIDAH...jd apb terkeluar dan berlawanan dgn sumber yg 4 diatas itu tentulah AKIDAH sseorg itu akan mhjd..

    ....akidah-SONGSANG
    ....akidah-SESAT
    ....akidah-MURTAD

    AKIDAH2 yg-SONGSANG...akidah-SESAT...dan akidah-ygMURTAD pasti skali akan mmbawa sberat2 sebangsat2 & sbejat7MUSIBAT tipu-samar-KLIRU kpd ummat!!!



    Didlm Quran..

    ALLAH tlh berfirman..

    "..sesunguh7nya kbejatan FITNAH itu lebih lebih dahsyat-AKBAR drp mmbunuh"



    BalasPadam
  21. Dari anon 2.32
    Saya yg dhaif ini hanya menyeru agar kita semua menghormati dan memulialan ulamak. Tidak dpt dinafikan mereka juga akan melakukan kesilapan kerana mereka juga manusia biasa. Kalaupn mereka telah melakukan kesilapan dlm muktamar lalu, ttp tiadakah kebaikan yg dilakukan sebelumnya sehinggakan kesilapan tersebut memadamkan segala kebaikan terdahulu.
    Jika kita melatah sebegini dan perlakuan cepat melatah tersebut manjadi budaya, tepatlah seperti kata TGHH bahawa kita akan cepat tenggelam dan diperlekehkan oleh bukan Islam yg sentiasa mencari peluang menerkam kita.

    BalasPadam
  22. Bagi sesetengah orang menganggap ulama dihina kerana ulama tersebut ada berjasa dan berbuat baik pada satu-satu masa yang lain.

    Ambil contoh kehidupan seserang ulama. Dia pergi umrah. Cara makan nya minum nya tertib dengan doa. Nak keluar rumah dan nak masuk tandas pun berdoa. Bila jumpa masyarakat di santuni dengan budi. Solatnya tak tinggal. BIla orang susah di bantunya. Siang malam memikirkan tentang umat Islam. Bila bercakap diiring dengan peringatan dari Allah dan mencontohi Nabi saw.

    Jadi tak kan kerana mejebon menghalau mungkir janji dsb pada satu kelompok saja sampai ulamak di keji. Tak kan kerana hanya bermain nombor ekur sebulan sekali segala amalan baik seseorang kita lupakan.

    Kita tak setuju. Kita tak boleh pisahkan kehidupan kita dengan Islam dari tenggelamnya matahari hingga terbit nya matahari. Ulamak lah kena jaga akhlaknya setiap masa walaupun ketika berpolitik.

    Kalau tanya UMNO mereka tetap mengaku mereka Islam walaupun duit rakyat di gunakan oleh 1MDB, walaupun terang-terang NFC di salahgunakan, walaupun fitnah sehingga Anwar di penjara sekarang ini.
    UMNO tetap Islam sebab bila berdoa mereka mohon pada Allah dan banyak mesjid yang cantik-cantik dibina oleh UMNO. Siapa yang mengingatkan UMNO pasal Islam kalau bukan Ustad Fadzil Noor dan TGNA ketika itu?

    Ulamak seperti Hj Hadi dan Haron Din tidak sepatutnya hanya menjaga akhlak Islam nya untuk atau pada masa-masa tertentu. Begitu lah pada kita semua. Kerana mati kita bukan kita yang menentukan nya.




    BalasPadam
  23. Menjelaskan keadaan terkini yang agak kritikal, adalah wajar satu parti baru Islam perlu dan mesti diwujudkan demi kelangsungan PAKATAN RAKYAT (PR) yang PRO PAKATAN RAKYAT. Olehkerana PAS terkini di dominasi oleh golongan yang menggelarkan diri mereka ULAMA PRO UG untuk bersama BN, sangat sangat wajar idea dan cetusan ini di jelmakan di khalayak , yang penting tumbangkan BN bukan bersama BN. No BN !!!. Berapa kali mahu ditipu lagi dan lagi ??? Lim Guan Eng marah TGHH disebabkan kata kata nya berbelit belit. Lihat saja, Lim Guan Eng lebih menghormati TGNA dan DAP lebih menghormati TGNA (Tuan Guru Nik Aziz)dari TGHH (Tuan Guru Haji Hadi)

    BalasPadam
  24. Bukan menghina ulamak tp tindak tanduk ulamak tu yg nampak hina...sbb contoh moktar senik post fb mengatakan die mimpi jumpa nabi,aje yg hina,pastu puas la kena hina dgn org rmi smpi padam post tu.hahaha.br die tau rakyat menilai mcmne.mcmtula next pru nasib pas akan lebih hina dr parti2 lain.

    BalasPadam



  25. Salam GB..

    Dia bukan tak matang/BALIGH..
    ..tp bangkai-HARTA-kuasa mnjd kan nya gila-NOBAT-glamor budak2 hingusan,,

    Dia bukan nya tolol..
    ..tp bangkai-SONGLAP tlh mnjdkan nya sbnr2TOLOL yg sgt2Gelap

    Dia bukan tak TAHU..
    ..tp umpan-CEKIK-rasuah dia sggup bawak lahanat-FITNAH

    Dia bukan tak baca WAHYU..
    ..tp bangkai-diTELAN tlh mnjdkan HATInya buta kelabu

    Dia bukan tak nampak SUMBER-Akidah itu..
    ..tp songlap-FITNAH-rasuah mnjd kan SUMBER itu dipijak2 diputar2 hancuss KLIRU



    """SUMBER

    SUMBER AKIDAH

    Sumber kpd AKIDAH dasar @ perlembagaan ISLAM dan PAS itu..
    --1) Quran
    --2) Hadis
    --3) Itjmak
    --4) Qias


    1) Quran

    Ddlm surah sbnyk 114 surah itu & ayat yg mana drp lebih 6000 ayat itu dimana Quran sbg sumber "AKIDAH" terpenting itu yg mnnyuruh serta mmbolehkan kita-manusia mmbuat FITNAH? FITNAH?? FITNAH???!


    2) Hadis

    Hadis yg mana...samada hadis SOHEH....hadis DHOIF @ hadis PALSU skali pon yg ada mnyuruh & mmbolehkan brbuat FITNAH? FITNAH?? FITNAH???? sesama umat manusia hatta kpd musuh skali pon????!!


    3) Itjmak

    Itjmak ulamak serta "IJTIHAD" ulamak tolol yg mana yg boleh brbuat FITNAH? FITNAH?? FITNAH??? dikalangan sesama manusia TAK kiralah samaada dia tu musuh ddlm SELIMUT ker @pon musuh cakar-siku-LUTOT??????!


    4) Qias

    Qias dtg dr mana...Qias shbt & ulamak mana.....Ijtihad Qias drp shbt & ulamak bahalol-TOLOL mana yg boleh brbuat FITNAH? FITNAH?? FITNAH??? trhadap musuh skalipon musuh itu Yahudi musyrik Kafir harbi @ munafiq haraki skalipon dikalangan umat manusia????????!


    INGAT!

    INGAT wajib INGAT!!

    4 drp sumber dasar/perlembagaan diatas QURAN HADIS ITJMAK & QIAS itu adalah sumber tunjang kpd AKIDAH...jd apb terkeluar dan berlawanan dgn sumber yg 4 diatas itu tentulah AKIDAH sseorg itu akan mhjd..

    ....akidah-SONGSANG
    ....akidah-SESAT
    ....akidah-MURTAD

    AKIDAH2 yg-SONGSANG...akidah-SESAT...dan akidah-ygMURTAD pasti skali akan mmbawa sberat2 sebangsat2 & sbejat7MUSIBAT kpd ummat!!!

    Chai2
    BARUA
    siTOLOL
    Siku-LUTOT
    ...adalah jenis manusia yg tak guna OTAK @pon IQ cipuut yg mudah ditipu jd SONGSANG...jd SESAT dan....jd MURTAD!?



    Didlm Quran..

    ALLAH tlh berfirman..

    "..sesunguh7nya kbejatan FITNAH itu lebih lebih dahsyat-AKBAR drp mmbunuh"

    I rest my case myGOD..wslam


    BalasPadam
    Balasan
    1. Lama tak dengar berita Husam musa...Husam join tak parti baru G18?

      Padam
  26. Proses melaga2 kan PASMA dan G18 telah bermula. Kedua pihak kena berhati2. Pecah dan perintah akan terus berlaku. Bersatu teguh bercerai roboh. PASMA akan lebih dihormati jika istiqamah sebagai NGO untuk menjadi flatform melonjakkan PR 2.0. PASMA bagus terus tegak menjadi pengajak kepada kesatuan suara rakyat. Tidak lebih dari itu. Melainkan PASMA juga bermata jawatan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kepada Pasma dan G18, sila berhati hati, jaga tingkahlaku dan pertuturan anda...jgn berbalah sesama sendiri. Jgn berikan peluru percuma kepada pihak yg ingin memecahkan belahkan kesatuan... ingat! rakyat seluruh malaysia sedang memerhati segala tindakan dan gerak geri anda...sekali lagi diingatkan "TOLONG JGN JADI BODOH UTK BERTEKAK SESAMA SENDIRI"
      Sekian, terima kasih.

      Padam
  27. Fati aris ni, suka memberontak dia cuma nak orng dengar cakap dia ajerr,sekarang ni dia dah kena terajang dari malaysiakini

    BalasPadam
  28. PAS tidak dapat di perbetulkan kerana PAS bukan seperti UMNO yang banyak sumber untuk memperbetulkan segala kesilapan parti. Ramai yang bergantung pada UMNO walaupun mereka tidak suka pad Presiden. Apa lagi mereka menjadi kan nya ikutan apabila mereka sendiri jadi pemimpin bahagian atau negeri.Nilai-nilai murni dan mulia tidak penting pada UMNO asalkan parti bertahan selama-lamanya

    Apa yang telah di lakukan oleh Hj Hadi bukan sekadar kesilapan tatapi memusnahkan kepercayaan ramai terhadap PAS. Sekali pun Hj Hadi sedar kesilapan nya dan memperbetulkan keadaan pun PAS tidak ke mana-mana kerana segala-galanya telah musnah.

    Kini 'Lancang Kuning' Hj Hadi hanya belayar malam !!

    BalasPadam
  29. Maaf boh ambo dok perati tengok puak2 demo ni dok sibuk pasal ulamak.Ada mace2 pendapat.Taital ulamak pada diri seseore tu sapa bui ko dia ??Apa keiteria untuk dibolihkan seseore tu berstatus ulama pewaris nabi.Adakah buda balik Mesir Jordan Arab India Pakistan DLL.Pakai Jubah Serban Besar Mengajar lebih kure diMasjid ambik duit dale sampul suratt adalah ulama.Atau masuk PAS jadi ahli MSU sudah berstatus ulama.???????Ambo nak ghoyat bui jangae salah gunapakai taital ulama kalu hati jiwa tak bersih .masih bercelaru dengan dunia dan nafsu syahwat.Ambo nak Ghoyat sekali lagi jange wat main perkataan ulama.Kerana Taital ulama haanya bolih dipakai pada yang betul2 layak.Ada faham semua.Tak sah dok buat serabut otak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ambo setuju sgt2 kato demo tu...Setaro Nik Amar tu kita nok panggil ulamak...aduhla adik kakok.. serupo Nik Aziz baru layok kito panggil ulamok...ke guano?

      Padam
  30. Anom :June 26, 2015 at 12:38 AM:

    Saya sangat2 setuju pendapat tuan, PASMA dan G-18,jgn jadi bodoh: Abg Mat sabu tolong perhatikan anak2 buah,Perbezaan pendapat bukan bererti kita nak berbalah, kita kena bijak utk menyelesaikannya,Biasanya inilah akan berlaku diperingkat permulaan menubuhkan parti, PKR pun bermula macam ini, TAPI G-18 DAN pasma cuba-cubalah belajar berunding jgn melatah di depan awam.Belajarlah daripada kesilapan PKR dulu.

    just my 2 cents.

    BalasPadam
  31. Sekian yang dapat ulamak ialah kerana ada nya Majlis Syura Ulamak dan Dewan Ulamak PAS Pusat. Secara automatik tak kira macamana punya perangai atau akhlak seseorang itu di panggil Ulamak.


    **

    Apabila di tegur jangan salah anggap tetapi terima lah sebagai pendapat untuk membina. Jangan terlalu cepat pertahankan kerana tidak membawa untung. Jangan membalas cara berpolitik tetapi balas lah dengan cara yang berhemah.

    Orang Melayu paling susah untuk memuji atau menyatakan penghargaaan terhadapa kebaikan atau usaha seseorang secara langsung (lisan) atau secara tak langsung ( menunjukkan sikap hormat) pada orang yang memberi kebaikan atau berbudi.

    BalasPadam

  32. Parti Baru Islam mesti lebih inklusif yang keahlian terbuka kepada semua kaum yang Islam.

    Harap walau apa pun pandangan penulisan di atas mengenai syura, mesti ada dalam struktur organisasi parti baru Islam itu "syura tertinggi" yang di tonggak oleh ulama hakiki dan tawadduk sebagai murabi dan kumpulan "stakeholders" yang memberi pandangan pada perkara-perkara dasar yang qatie, dan perkara-perkara baru yang tidak jelas hukumnya yang difikir perlu ketentuan syarak. Yang perlu dibaiki adalah komposisi ahli syura dan proses membuat keputusan yang jelas dan keahlian majlis syura yang tidak berkepentingan dan mempunyai jawatan dalam parti. Parti juga boleh membentuk satu badan dalam organisasi yang membuat jaringan dengan ulama dan intelektual Islam antarabangsa yang boleh dijadikan "resource point" bagi mendapat pandangan.

    Wallahualam....

    BalasPadam
  33. Bila keadaan begini timbul terasa kita merindukan teguran dan nasihat Almarhum TGNA. Bila keadaan begini timbul baru kita tahu siapa yang selama ini bermuka-muka dengan Almarhum TGNA. Tiada bezanya kebanyakan orang bergelar ulamak dengan rakyat biasa. Kita boleh menilai dan sudah tentu kita ada perasaan. Walau apa pun bukan semua orang boleh menang ujian harta, wang ringgit, jawatan, gelaran dan wanita cantik!!

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.