Siapa Tenggelam Dan Siapa Bimbang?
Kewujudan sebuah parti baru yang bakal diterajui oleh kumpulan progresif Pas yang kalah dalam pemilihan baru-baru ini nampaknya semakin hampir menjadi kenyataan.
Tidak saja PasMa dengan penuh yakin mengumumkan penubuhan parti baru itu akan direalisasikan tidak lama lagi bersama beberapa NGO dan bakal menjadi pengganti kepada Pas dalam Pakatan Rakyat, bahkan kumpulan progresif itu sendiri sudah ada jenamanya sendiri yang dinamakan G18 yang sekaligus menggambarkan iltizam untuk terus mara ke hadapan dengan wadah baru dan tidak mahu lagi menoleh ke belakang bersama kenangan silam.
Kumpulan G18 ini turut mempunyai jawatankuasa penajanya yang diketuai oleh Mohamad Sabu manakala timbalannya pula ialah Salahuddin Ayub yang ditawarkan oleh Pas menduduki kerusi Ahli Jawatankuasa lantikan bersama Mahfuz Omar dan Mohd Taufek Abdul Ghani, dua hari lalu.
Maka, tidak syak lagi tawaran yang dibuat kepada Salahuddin itu ada maksudnya yang terselindung.
Dalam perkembangan yang sama, PasMa akan terus kekal sebagai NGO yang bersama-sama mendukung perjuangan Pakatan Rakyat bagi mencapai hasrat mengambil alih pentadbiran negara ini daripada BN.
Sumber yang dekat dengan kumpulan progresif juga memberitahu, parti baru itu sebenarnya sudah pun ada melalui pengambilalihan sebuah parti yang sudah lama ditubuhkan tetapi selama ini tidak aktif. Ia hanya menunggu masa untuk diumumkan saja lagi.
Kemungkinan juga parti yang diambil alih itu akan menjalani proses pertukaran nama bagi menyesuaikannya dengan perjuangan Islam yang progresif, moden dan inklusif yang mahu dibawanya nanti.
Bagi kumpulan progresif ini, penubuhan sebuah parti baru tidak dapat dielakkan lagi berikutan Pas pro ulama sekarang lebih condong untuk mempertahankan Najib Razak serta mempunyai kecenderungan mahu bekerjasama dengan UMNO berbanding menumbangkan BN.
Beberapa kenyataan Presiden Pas, Haji Hadi Awang seperti Najib wajar terus dikekalkan sehingga habis tempohnya kerana telah dipilih melalui sistem yang sah dan "UMNO tidaklah seburuk Firaun", jelas menggambarkan pendirian berbeza parti itu ketika ini.
Demi meneruskan perjuangan menukar kerajaan BN bersama Pakatan Rakyat, kumpulan progresif tidak melihat ada pilihan lain selain mencari wadah baru, tambahan pula keseluruhan mereka sudah "disapu licin" daripada menduduki kepimpinan tertinggi Pas baru-baru ini.
Sesetengah yang lain seperti bekas Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin dan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Rani Osman, mereka juga sudah "ditanam" ketika pemilihan di peringkat kawasan lagi.
Serentak dengan keyakinan yang membuak-buak daripada kumpulan progresif terhadap parti baru itu sehingga anak bekas Presiden Pas, Faiz Fadzil juga mengatakan jika arwah ayahnya, Allahyarham Ustaz Fadzil Noor masih hidup ketika ini, pasti beliau turut menyokong penubuhannya, Haji Hadi Awang secara tiba-tiba mengeluarkan surat terbuka mengingatkan agar jangan sesiapa meninggalkan Pas.
Beliau seterusnya memberi ingatan bahawa berdasarkan sejarah, sudah ramai pemimpin tertingginya yang meninggalkan Pas untuk menyertai parti atau pertubuhan lain, akhirnya akan tenggelam begitu saja.
Tanpa menyebut nama atau ditujukan kepada sesiapa tetapi tentulah difahami ia ditujukan khusus kepada kumpulan progresif G18 dan PasMa, beliau juga menyeru mereka yang terbabit supaya istiqamah dalam perjuangan dengan mengambil contoh apa yang berlaku di zaman Rasulullah SAW dahulu.
Soalnya, kenapa Haji Hadi berasa sangat perlu mengeluarkan surat terbuka dan mengingatkan tentang timbul dan tenggelam kepada kumpulan progresif itu?
Bukankah mereka sudah ditenggelamkan oleh kumpulan ulama dalam pemilihan baru-baru ini?
Dan mereka menubuhkan parti Islam baru yang sesuai dengan kehendak rakyat serta bersandarkan aspirasi berbilang kaum masyarakat di negara ini adalah untuk menjadikan diri mereka terus timbul dalam persada politik negara ini.
Memilih untuk timbul bersama Pakatan Rakyat adalah pilihan yang jauh lebih baik daripada tenggelam dalam mempertahankan Najib dan UMNO.
Haji Hadi juga tidak harus selama-lamanya bersandar kepada sejarah dalam menghukum sesuatu yang belum berlaku kerana sejarah sentiasa mencipta perkara-perkara yang baru dan bukannya statik mengikut acuan sebelumnya.
Mana tahu sejarah kali ini mencatitkan bahawa mereka yang meninggalkan Pas akan terus timbul dan hidup, manakala yang kekal bersamanya pula akan tenggelam.
Atau barangkali Haji Hadi memberikan ingatan itu kerana jauh di sudut hatinya sudah mula terselit rasa bimbang tentang masa depan yang suram akibat ketiadaan kumpulan progresif dalam Pas nanti? -shahbudindotcom
ULASAN GB
InsyaAllah, semuga segala-galanya dipermudahkan Allah swt.
Namun ada juga yang dari penyokong grup ulama yang menyatakan bahawa penubuhan parti baharu itu hanya kerana mereka dari kumpulan proresif itu telah kalah di dalam pemilihan. Jadi menurutnya asas pembentukan parti baharu sudah tidak betul..
Ingin kita tegaskan bahawa penubuhan parti baharu bukan kerana progresif kalah dan tiada jawatan. Tetapi kerana sikap tamak dan fitnah puak ulamak yang menggunakan taktik kotor dan keji untuk menang. Jadi asas pembentukan parti baru adalah benar, malah wajib apabila PAS sudah terpesong jauh dari perjuangan Islam, dengan menghalalkan cara-cara yang tidak Islam di dalam pemilihan..
Dahulu betul Mat Sabu tak mahu tubuh parti baharu sebab disangkanya para ulama akan bersikap "profesional" seperti mereka di dalam pemilihan. Rupa-rupanya para ulama meniru gaya UMNO untuk mencapai kemenangan iaitu dengan cara fitnah, dengan caci-maki, dengan cai, dengan label-melabel dan seumpamanya. Jadi tak salah untuk Mat Sabu membatalkan hasratnya yang dahulu dan kemudian membuat keputusan baru. Itulah politik, itulah kebijaksanaan. Kaum profesyenal tidak mahu dan tidak mmudah jatuh ke dalam lubang biawak dua kali. Itulah ppemimpin yang profesyenal bukan macam ulamak yang dah lapan kali masuk lubang biawak...
Berkiblatkan PKR dan DAP? itulah fitnah dari grup ulama terhadap progresif. Tahaluf siyasi bukan maksud berkiblat. Habis sebelum ini sebelum berkrisis PAS, bertahaluf siyasi dengan PKR dan DAP ok pulak.
Dan semalam G-18 bersama pimpinan PR telah hadir bersama-sama di dalam satu majlis berbuka puasa. Sekalipun PAS telah mengusulkan putus kerjasama dengan DAP, sehingga menyebabkan DAP dan PKR membuat keputusan Pakatan sudah tidak wajud lagi, maka pertuemuan semalam adalah satu permuafakatan untuk Pakatan 2.0 tanpa melibatkan PAS lagi. InsyaAllah ia akan lebih kukuh dan lebih kuat, lebih cemerlang dan gemilang demi menghadapi PRU14 nanti. PAS jangan pula segan dan malu untuk terima pelawaan Chua Soi Lek untuk bersama UMNO dan BN....
Syukur..gembira tgk...dah lama tak ada gambar pejuang pr dok bersama senyum..free..nampak sgt mesra..seepas dsai tak ada..senario xam ni dah tak ada..
BalasPadamSyabas.G18 ingin jahanamkan jamaah islam sendiri.Buatlah mufaraqahlah jika anda fikir itu adalah terbaik.Pas ni parti bodoh.di dlmnya semuanya lebai bangang dan malang.Dap dan pkr adalah parti org cerdik dan berduit.Apa yg TGH buat semua bodoh dan silap.Apa yg pkr dan dap buat semua strategi ampuh.Sedihnya ada pemimpin yg diasuh TGH jadi macam ni.
BalasPadamAnony 10.49 AM jangan bersangka begitu..amanah yang telah di berikan oleh pengundi kepada parti pas tak kan nak buang ke longkang...ingat lah akan firman Allah dalam surah QAAF yg bermaksud "tiada sepatah pun yg di ucapkan dan perbuatan melainkan di catat oleh raqib dan atid"...cuba kita renungkan bagaimana pribadi orang yg bergelar ULAMAK..semua yg ada dalam parti pas sekarang ini bagaimana?
PadamDalam jubah ug ada siku dan lutut, dalam serban ug ada ular melingkar.... ular tu dok patuk ahli pas berkali2 dengan cerita putar alam ug.... ttg pil kuda, ttg jahat dap, ttg jahat pkr, ttg syiahnya mat sabu, ttg makluk bernama jebon, ttg liberal, ttg hawaii 5-0, ttg barua dapnya kumpulan profesional, ttg tenggelamnya parti baru dan segala jenis auta serabut alam. Apa segala yang keluar dr caicai adalah lawak bagi ku, mengeraskan perut ketika aku terbahak2.... kerana kamu caicai adalah sebaris dengan menteri badut barisan nasional.
PadamBetul PAScai sudah sesat dan menyesatkan.Keluar PAScai bukan keluar agama pun so tak payah nak cakap banyak.
PadamPas menjadi duri yg menghalang perubahan oleh pembangkang diMsia.Pakatan Baharu 2.0 wajib tinggalkan pas bergerak sendiri dgn cita2 hudud mereka.Adalah lebih baik begitu kalau tidak Pakatan Baru 2.0 tetap akan bermasalah lagi dgn corak pas yg dibarisi golongan bawah tempurong.
BalasPadamHello anon 10:49
BalasPadamPAS telah hilang status sebagai "jemaah Islam" apabila para ulamaknya melakukan perbuatan-perbuatan dan mengamalkan akhlak yang tidak Islam. Memfitnah, mencaci-maki, melabel dan seumpamanya. Sungguh jijik perangai ulamak2 PAS yang ada kini.
Sebagai Presiden, Haji Hadi bertanggungjawab.
Selain itu sikap beliau yang mempercayai UMNO, walaupun telah ditipu beberapa kali, menunjukkan beliau seorang pemimpin yang lemah.
Sayonara PAS.
Tolong bagi tau Haji tu dia bukannya Tuhan boleh ramalkan jatuh bangun seseorang atau sesebuah parti. Jika Allah kehendaki yang jatuh tersembam muka terkena najis mungkin beliau sendiri bersama-sama mangkok-mangkaq pengampu...sedangkan orang yang dilaknati beliau beroleh kejayaan. Ini suama kuasa Allah bukan kuasa Hadi. Haji tak perlu panik kerana bukankah haji semuanya ulamak tersohor dan perjuangan semua kononnya direstui Allah!
BalasPadamSyukurr.. sejuk hati melihat berita sebegini. Rakyat perlukan satu parti yg berteraskan islam serta muafakat sesama kaum lain. Kita kena bersatu hati utk menumbangkan UMNO BN. Bijak bertindak dan berbincang di meja bulat jika ada perselisihan faham. Pas sudah tidak relevan lagi dgn inspirasi RAKYAT!!!
BalasPadamSaya sudah cukup hampa kecewa malu dgn pas.
BalasPadamSangat menantikan parti baru ini.syabas,inilah parti harapan sy.Allahuakbar
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah subhanahu wata'ala.
BalasPadamSaat2 yang dinanti telah tiba.
Melihat gambar2 penuh ceria.
Rasa sebak dlm dada.
Moga kebaikan untuk semua.
Anonymous said...
BalasPadamJUNE 24, 2015 AT 10:49 AM untuk pengetahuan hang tuan guru hadi kepala bana yang ada si tolol hadi. ulama penipu, hari tu cakap terpulang sama ada nak pilih calon dap atau calon pas sendiri. bila nak kena saman tak malu pulak cakap saya tak ada kata apa2. ini yang terbaru yang dulu2 lagi hmmm nie ulamak hang? anak tok guru pula kata takpe kena tipu dengan umno. ini ulamak? lebih orang biasa yang mempunyai akal dan fikiran. allah tak tengok ijazah agama yang kita ada allah tengok yang paling takwa
In respond to
BalasPadamAnonymous said...
Syabas.G18 ingin jahanamkan jamaah islam sendiri.Buatlah mufaraqahlah jika anda fikir itu adalah terbaik.Pas ni parti bodoh.di dlmnya semuanya lebai bangang dan malang.Dap dan pkr adalah parti org cerdik dan berduit.Apa yg TGH buat semua bodoh dan silap.Apa yg pkr dan dap buat semua strategi ampuh.Sedihnya ada pemimpin yg diasuh TGH jadi macam ni.
June 24, 2015 at 10:49 AM
Tuan tolong kita. Kita ini keliru. Kita baca surat terbuka HjHadi tak ada pun sebut G18 ingin jahanamkan jamaah islam. Yang Hj Hadi sebut bakal tenggelam. Jadi macamana parti yang bakal tenggelam boleh jahanamkan jamaah Islam. Ramai sangat kah ahli-ahli yang tinggalkan parti?
Pemimpin G18 ini 'di asuh' oleh Hj Hadi dan selepas itu pemimpin G18 ini jugak lah yang dibaruakan dan dijebon kan oleh Hj Hadi. Jam-jam ini jugak ngaku mereka di asuh Hj Hadi. Padahal perancangan Ustad Fadzil Noor lah yang membawa mereka ke dalam PAS dan 'dididik' oleh nya sebagai pemimpin.
Anon tahu tak di GB ini anon tu G1 ?
Kepada Allah kita kembalikan.
Khayal pil kuda dia ni...kesian hilang akal dgn sengaja.PAScai bodoh barua dan tolol semuanya.
PadamAwas ... kaki2 walaun akan serang parti baru ini.
BalasPadamSabar dan tabah menghadapinya.
Syukur, ada lagi golongan yg sanggup berjuang membela keadilan utk rakyat. Bukannya golongan yg mencaci maki, melabel org lain dgn pelbagai gelaran sama perangai macam umno. Sebelum ni apa yg umno tak labelkan kpd sdr Anwar - agen yahudi, amerika, hindu,liberal dll.
BalasPadamMasalahnya puak ni mengaku bersama PR tetapi bila mesyuarat tak hadir, ajak berbincang tak mahu, sidang parlimen tak hadir, dlm parlimen macam tikus tapi kat luar tunjuk hebat. Nasib rakyat siapa yg bela? Mangsa banjir Kelantan pun tak mampu bela, lagi rakyat tempat lain hancus.
Sama2 kita bina kembali dari keruntuhan PR kpd pakatan yg baru dan kukuh utk tumbangkan umno/bn pd PRU14 nanti. Biarkan pas meroyan sendiri & jangan dilayan atau ditentang sehingga pas mati beragan. Org sombong & bongkak kita biarkan sampai bila mereka akan menongkat dunia ni?
Banyak faktor menyumbang kepad penubuhan parti baharu ini. Faktor kerana kalah dan kerana tiada jawatan adalah faktor yang terakhir sekali. Bagaimana Enam atau tujuh faktor menengelamkan faktor kalah untuk menubuhkan parti.
Mana datang semangat dalam beberapa hari sahaja orang yang kalah, juga yang sudah tentu keciwa tubuh parti? Hebat G18 !
Faktor utama yang sebenar-benar ialah kita perlukan sebuah parti baharu sebagai ganti PAS dalam Pakatan Rakyat. Ini lah yang kuat mendorong mereka.
Keistemewaan parti baharu ini ialah ia nya juga sama-sama di tubuh oleh pemimpin dari PKR dan DAP, secara tak langsung. Semasa PKR di tubuhkan pun tidak disambut oleh parti lain. Jadi pandangan dan pendirian PKR dan DAP juga di kongsi semasa penubuhan parti baharu ini.
Yang pergi tidak akan kembali. PR lah yang melahirkan parti baharu ini dengan identiti nya tersendiri. Parti baharu ini adalah anak sulung bagi DAP dan PKR selepas Isteri pertama yang mandul jadi gila.
Menjadi tanggung-jawab semua pemimpin PR termasuk G18 menjaga parti yang bakal jadi kesayangan ramai ini. Mulutnya ikut Mat Sabu, Fikiran otak nya ikut Husam, Cool nya ikut Salahudiin. Hidung nya ikut Khalid Samad sebab segala masalah dia lah yang mesti hidu dulu, Senyum nya ikut ... Pendirian nya ikut.... Kau orang hantam lah sendiri.. Rambutnya, hihi ...ikut GB !!
Yang kita tahu, riang nya hati lepas raya ini kita akan dapat baby !!
Kepada Allah kita kembalikan.
kesian anonmuose 10.49.sedih bunyinya.kau bagi tahu hj hadi peminpin progresif bukan nak sangat tubauh parti baru tetapi kami pengikut bawahan yang inginkamn kepandaian mereka dalam meperjuanagn kebenaran,peminpin ulamak dah jadi ulamk jahat,siapa ingin bersama pas lagi mesti jadi bodoh sebab presidengan ajar pengikut jadi bodoh senang hj hadi mainkan mereka.macam kaulah jadi bodoh manjang.
BalasPadamSekiranya ia sudah bermuka...kita semua penyokong yg progresif perlu bekerja keras.laluan yg dibina telah lama diusahakan oleh abg mat sabu n the geng.hanya menunggu rakyat utl lalui bersama.PAS x suka laluan neh pasal jatuh neraka agaknya.
BalasPadamSalam PAKATAN 2.0
BalasPadamAlhamdulillah sejuk mata memandang bila pemimpin-pemimpin P(2.0), Bersama dan bertukar-tukar fikiran, nampak mereka tunjukkan keihklasan tak seperti geng-geng lebai-serban bila bersama PR nampak tiada seri langsung.Bertepatan pesanan Anwar P(2.0) akan bertambah gagah dari masa kesemasa, sekurang-kurangnya dgn tiadanya (Pas/ug) musuh dalam selimut/brutus yg menikam dari belakang dapat dihindari.
WASSALAM
Anon 12.44.
BalasPadamIndah sungguh kupasan tuan. Lengkap sudah tiap2 watak pimpinan baru kita. Sedap kita dengar suara bang mat. Menjadi pula buah fikiran bang husam. Dalam diam bang salahudin buat kerja hebat. Bang hj khalid umpama permata bermutu. Pokoknya semua pimpinan kita dengan izin Allah hebat dan memang teruji lagi terpuji. Ya Allah terima kasih kerana memberi kami peluang menatap dan hidup bersama2 pemimpin ini. Ya Allah kami kasih akan mereka dan mereka pun kasih akan kami. Maka dikau ampunilah dosa dosa kami. Amin..
Amin. Salam buat semua penyokong PR 2.0 bersama kita bersatu & membantu mereka menuju putrajaya.
BalasPadamjaga jaga jaga ...... mereka ada tukang jampi oooooo. mud id ul pus halon lin. kik kik kik. dah berpuluh tahun walak rupanya baaaaalaaaaaaaaak.seeeelaaaamaaaaat tinggggal halon lin...haji lali......hasan lali kaki loti basi........maaaaanyak koootot loooooo.
BalasPadamHarap ada perubahan dalam PR bukan polimik politik yg terpaksa dibuat demi menyelamatkan PR. Juga berharap ini bukan re-branding PR bg menutup kekecohan perpecahan PR. Ahli politik yg tidak ikhlas berjuang demi rakyat telah terlihat sudah baik dr barisan Pas, Dap dan Pkr. Apabila rakyat memberi kepercayaan kpd mereka akhirnya keangkuhan yg tunjukkan sikap ini sama spt Umno /Bn. Buangkan sikap perkauman dan besar diri antara kamu. Rakyat mahukan Umno/Bn ditumbangkan setelah begitu banyak penindasan dan korupsi wang rakyat dilakukan. Ingat kamu ahli politik PR diperhatikan jika tidak mampu membela rakyat buangkan shj penggunaan nama Pakatan Rakyat dlm gabungan anda! Ramai lagi Rakyat yg boleh mengambilalih tugas untuk membela Rakyat.
BalasPadamKan betul TGHH dah kata sebelum muktamar.. samada pilih pro dap atau sebaliknya!!
BalasPadamBangang wan rosli x habis-habis
Padamdap hadir dalam majlis progresif pun dituduhnya progresif itu pro-dap.
mengapa tak sebut dap pro kpd progresif?
selama ni pas bersama dap tak da plak bising.
dulu, ust hadi siap peluck cium lim kit siang lagi. tak bisng pun.
tengoklah:
Hadi & Kit Siang Berpeluk
Bersandar kpd sejarah penting. Sbb itu lah mgapa dlm quran byk kisah sejarah umat yg ditimpakan bala..degil. Wajib belajar sirah nabawiyah.
BalasPadam