12 Jun 2015

Bergaduh Kerana Rebut Tapak Pasar Ramadhan


1 Ramadan yang menandakan bermula ibadah puasa bagi umat Islam dijangka tiba tujuh hari lagi, namun gara-gara Bazar Ramadan, sekumpulan penjaja dan peniaga kecil di bandar ini sudah berkelahi sesama sendiri.

Kejadian tercetus di perkarangan pejabat Majlis Perbandaran Seremban (MPS), kelmarin.

Puncanya adalah perebutan lot tapak bazar untuk berniaga sepanjang Ramadan nanti.

Insiden bermula jam 2 petang apabila sekumpulan lelaki mencetuskan provokasi ketika Pengerusi Persatuan Penjaja Uptown Dataran Senawang (PUDS) Razali Zakaria sedang mengadakan sidang media bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan mengarahkan mereka mengosongkan tapak Bazar Ramadan tempat mereka berniaga sejak tiga tahun lalu.

“Di tengah sidang media sedang berlangsung, sekumpulan samseng menimbulkan provokasi dengan mengusir kami,” Razali menjelaskan kepada The Rakyat Post.

Perselisihan faham itu kemudian merebak menjadi adegan bergasak yang didakwa dimulakan seorang pegawai MPS yang berada di situ.

Menurut Razali, pihak penjaja PUDS telah menyediakan stok bekalan untuk berniaga pada sepanjang Ramadan dan juga musim perayaan yang menyusul.

Sehubungan itu mereka berharap dapat terus berniaga di tapak yang diduduki, sebaliknya diarah mengosongkan tapak masing-masing oleh MPS.

“Wujud unsur hasad dengki dengan mencemarkan nama penjaja Uptown Dataran Senawang dan menggantikan mereka dengan sekumpulan kroni,” dakwa Razali.

Katanya lagi, sejak dua tahun lalu, penjaja tidak pernah berdepan sebarang masalah apabila memohon MPS mengizinkan mereka terus berniaga di tapak yang diduduki sejak 2012.

“Masalah hanya mula timbul selepas perubahan dalam pengurusan bahagian perlesenan MPS awal tahun ini,” dakwa beliau.

“Kami tidak kisah untuk berkongsi lokasi berkenaan dengan peniaga lain, cuma lebih suka berniaga di tapak yang biasa,” jelas Razali.

Bagaimanapun cerita berbeza keluar daripada kumpulan yang satu lagi.

“Ada cabutan undi dibuat oleh MPS pada Isnin bagi menentukan lot untuk Bazaar Ramadhan dan Razali hadir tetapi tidak mencabut undi,” kata Pengerusi Persatuan Penjaja Negeri Sembilan, Noor Hafiz Mohammad Razali.

Noor Hafiz mendakwa Razali bertindak keluar meninggalkan proses cabutan undi, mengakibatkan 51 penjaja di bawahnya terjejas manakala beliau pula dapat memastikan tapak perniagaan untuk 40 penjaja di bawahnya terjamin.

Seorang daripada penjaja terlepas peluang mendapat lot untuk berniaga, Siti Maryam Madzim berkata dia merasa tertipu kerana Razali sudah berjanji ada tapak untuknya.

Siti Maryam Madzim berkata dia merasa tertipu kerana Razali sudah berjanji ada tapak untuknya.

“Saya hanya mengetahui melalui mesej dalam kumpulan Whatsapp akan ada sidang akhbar serta protes hari ini dan saya pun datang untuk mengetahui cerita sebenar,” wanita berusia 27 tahun itu bercakap kepada pemberita dengan linangan air mata.

Razali kemudiannya membuat laporan mengenai pergaduhan itu di Balai Polis Rahang.

Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan berlaku dalam insiden tersebut. -rakyatpost



6 ulasan:

  1. Itu kan semua Melayu nak kaya senang cara menipu dan PAU PAU.

    Tiap tiap tahun macam ini saja

    BalasPadam
  2. itu baru rebut tapak kalau 42 bilion tak tahulah apa nak jadi.

    BalasPadam
  3. Salam, GB..

    Ddlm Quran tlh dimaktub kan..

    ALLAH tlh mmberi jaminan bhw ssungguh2nya "ciri2" org2 yg bnar7BerIMAN itu..



    >>>> 1) Yg paling7terTINGGI skali-------"wa antumul'AKLAUN inkuntum MUKMININ"..

    >paling7terTINGGI IQ-merit-bakat ddlm mnyelesaikan MASAALAH2..
    Best of d best in finding peace n fair SOLUTION

    >paling7terTINGGI-kejujuran sjujur7nya yg TIADA tandingan
    >NOT selfish but totally SELFLESS

    .........>paling7terTINGGI-keikhlasan seikhlas7nya ygTIADA bandingan
    >absolutely SELFLESS witout any personal interest

    >paling7AMANAH paling7TELUS-audit-SUCI paling7INDAH-murni-diHATI

    >Integrity & Transparency to d purest CORE value




    >>>> 2) Yg mnjd centre-PUSAT-NUKLIUS-rujukan------"ummatan WASATAN"..

    >sgt7GENIUS
    >sgt7Brilliant
    >ThinkSmart workSmart

    Sbg bukti Islam tlh mnjd model centre-PUSAT-rujukan & pameran ksluruh donia slps kwafatan nabi SAW..

    Krn keunggulan nilai..nilai..nilai & NILAI2 maha7INDAH maha7SUCI yg TIADA tolok bndingan..sbnr7ssuci7skudus7Nilai2-TUHAN..



    >>>> 3) Dpt mmBACA mngANALISA mbuka RAHSIA......"haqqa-TILAWATIHI"

    >mencari sbnr7MAKNA-definasi-HAKIKI-universal yg azali
    >finding d SOLUTION to d CORE....to d ABSOLUTE source/CORE of evrything



    Ddlm Hadis pula..ciri2 sbnr7MUKMIN itu adalah..

    >>paling7terPANTAS-laju-EFISTEN skali............"sabaqtum SABQAN baiida"

    >paling7terPANTAS berFIKIR
    >paling7terPANTAS buat keputusan SELESAI masaalah
    >ACTION owez speak louder than word


    DAN...bnyak skali hadis2 yg mnyebut ISLAM sbg "deen/SYSTEM"

    .....yg bnar7MUDAH lg sgt7mMUDAHkan
    .....yg bnar7LAPANG lg sgt7mLAPANGkan
    .....yg bnar7TERANG lg maha7TERANG


    Bro...
    Adakah sama org2 yg bnar7berFIKIR dgn org2 yg hanya & hanya tau mngHAFAL?

    Bro..
    Adakah sama org2 yg mnDEWA2kan-GLAMOR sesama manusia dgn org yg TAK perlu diNOBAT2kan??

    Bro..
    Adakah sama yg GELAP-songlap-rasuah-FITNAH dgn yg bdiri ddlm sbnr7CAHAYA maha7TERANG???

    Bro..
    Adakah sama org2 yg GILA-donia-selfish dgn org yg sprt nabi2 yg totally- immers in SELFLESSness????

    ...and ONE and ONLY...totally n only "HIS/GOD-ummah" interest absolutely..
    ...FLY and peace..to heaven



    Sama2 kita renong dlm2 demi mmancarkan sbnr7HAQ-CAHAYA-Islam yg maha7TERANG yg tlh dbawakan oleh smua nabi2 as kedonia ini..

    ...bukan & bukan sprt si-IQ cipuuut drp-SIKU-n-lutot..hehehe

    BalasPadam
  4. Inilah yang dikatakan Ketua samada dalam rumah ataupun persatuan-
    Ketua rumah yang bagus, rumahtangganya murni aman damai dan anak2nya berdisplin.
    Ketua rumah yang kaput, rumahtangganya cerai berai dan anak2nya berkelahi setiap hari.

    Jadi sorang Ketua/Pegerusi/Presiden adalah sangat tidak baik main tuduh2, fitnah dan megah. Tak boleh dijadikan bagai hobi kegemaran seperti sifat Tuan Hj Hadi Awang. Nak kata baru dah berkurun jadi Ketua. Hakikatnya itulah sifat dia hingga akhirat, tiada ubat boleh sembohkan dia.

    Adalah sangat jahat jikalau Pengerusi PUDS tuduh pengarah perlesenan baru bawa kroni kalau pengarah dah mematuhi syarat2 pengurusan Majlis diadakan cabutan undi Lot. Proses membahagi lot dengan cabutan undi adalah yang paling sihat dan jujur.
    Bukan semua Majlis Perbandaran atau Bandaraya mengamalkan sedemikian. Amalan tidak sihat biasanya ialah secara temuduga. Yang mana ada pawer kerabat atau kabel orang dalam dapatlah lot baik2. Inilah ketuanan yang Hj Hadi duk sokong sepenuhnya nak kerjasama dengan UMNO.

    Lot2 perniagaan Majlis sebenarnya adalah untuk perniaga2 yang berniaga kecilan, kurang berkemampuan menyewa premis pernigaan mahal biasanya 5-10 kali ganda sewaan.
    Tak usah cerita pun orangramai dah nampak ramai sangat peniaga2 kulat dapat lot baru nak tumbuh. Niaga 1-2 hari sub-sewa pulak pada orang lain. Yang rumah berbangalow 10 butir kereta pun boleh dapat lot Majlis. Yang berniaga beratapkan matahari disitulah bumbungnya kalau tak main kabel dan rasuah.

    Orang UMNO mana yang baik tetap adalah orang baik. Kalau bergesek dengan Hj Hadi Al-Najib, busuklah kamu bagai tahi dan bangkai.

    BalasPadam
  5. Senawang, kalau dikendalikan secara profesional, boleh menjadi pekan atau bandar contoh - cantik dan bersih. tapi kerana majlis perbandaran di seremban (mps) tidak menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya, jadilah ia seperti contohnya hatnyai (thailand), medan (sumatera) dan tijuana (mexico), kotor dan menyakitkan mata. anehnya, mps pula menyediakan tapak dan canobi dan menyewakannya. adakah ini dalam pengetahuan mbns, mohammad hassan? uptown dataran senawang kini sudah jadi pekan koboi, dan ramai antara penyewanya pendatang asing terutamanya indonesia. bukan saja di dataran tersebut, malah dimana-mana di senawang terdapat gerai-gerai (mungkin tidak ada lesen) yang tidak diurus dengan baik. ada yang menjual seketika, kemudian meninggalkan gerai tersebut yang membuat keadaan kebersihan tidak terkawal. ada kawasan tidak dibenarkan berniaga tapi boleh berniaga siap dengan buat gerai bersimen seperti zahreen cendol yang terdapat didepan balai bomba senawang. ini tentu ada sesuatu tidak yang kena dengan mps dan ketuanya. saya harap mps membuat pemantau yang serius dan mereka yang berniaga tanpa lesen dan berniaga ditempat yang tidak boleh berniaga disaman. paling penting uptown dataran senawang dirobohkan kerana tapaknya itu adalah tempat pakir kereta sejak awal kewujudan senawang. gerai-gerai yang tidak ada lesen dan yang ditinggalkan mps harus buang, dan mbns atau wrrembau khairy jamaluddin turun padang melihat keadaan, jangan nak pilihan raya baru nak tunjuk muka dan tanya keresahan rakyat. apa pun uptown dataran senawang mesti dirobohkan dulu, sebelum perkara yang lebih buruk berlaku yang mana kini kuntau memuntau sudah mula berlaku dan melibatkan samseng-samseng - warga senawang yang prihatin.

    BalasPadam



  6. Ramai yang tertekan dengan kehidupan sekarang. Kita pun tertekan jugak macam dia orang. Orang dah tak boleh bertolak ansur dalam hal cari rezeki. Apa lagi di bulan Ramadhan rezeki setahun sekali ini lah menentukan hidup mati bisnes mereka.

    MPS harus bertanggung-jawab. Kita faham tempat terhad sebab tahun demi tahun orang yang berniaga bertambah. Tapi sekadar mengadakan cabutan MPS kira mereka telah berlaku adil adalah tidak tepat. Ketika ini lah banyak lesen berniaga yang di keluarkan dan MPS sendiri tak mampu nak menghadkan sebab punca rezeki mereka adalah berniaga.

    Ada dikalangan mereka yang baru berniaga tak sampai setahun juga dimasukkan untuk cabutan tapak. Tempat tersebut terlalu sempit dan ada persatuan, agak pelik MPS benarkan peniaga lain berniaga di situ. Jika peniaga yang ada dah murtabak, MPS keluarkan lagi lesen peniaga murtabak. Sampai 6 ke 7 orang jual murtabak.

    Bukan tapak Dataran Senawang saja yang bermasalah tapi tak sampai bertumbuk.

    Majlis Perbandaran mesti ada perancang tetap bukan setahun ke setahun dan mempunyai kaedah yang tetap dan tak berubah-ubah. Ini tak tahun ini susunan tapak macam ini, tahun depan susunan tapak jadi lain. Tak pikir ke Orang cina ada China Town dan orang India ada Litle India. Melayu nya merata-rata. Bila lepas Ramadhan dah ghaib.

    So siapa kata Melayu malas. Siapa kata melayu tak boleh berniaga. Cuma pemimpin melayu yang tak sungguh-sungguh rancangkan sesuatu untuk mereka. Buat pun ala kadar.

    Selamat menyambut ramadhan al mubarak yang penuh dengan keberkatan Nya. Kepada Allah kita kembalikan.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.