Terjun daripada menara masjid untuk bunuh diri
Percubaan seorang lelaki yang dikatakan untuk cuba membunuh diri dengan terjun daripada menara Masjid Kampung Baru tidak kesampaian.
. Dalam kejadian sekitar jam 6.50 petang Jumaat, dia hanya mengalami patah kaki kanan selepas jatuh di atas bumbung bangunan di kawasan berdekatan.
Menurut laporan Harian Metro Online, lelaki terbabit di percayai mempunyai masalah mental, sebelum itu cuba dipujuk orang ramai yang berada berhampiran.
Bagaimanapun percubaan itu gagal.
Sejurus selepas diselamat, dia dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.
Bernama pula melaporkan mangsa yang hanya dikenali sebagai Abshah, 23, seorang warga tempatan patah kedua-dua belah kaki dan tangan serta mengalami kesan lebam pada belakang kepalanya. -FMT
Nasib tak mati
Kuala Lumpur: Seorang lelaki yang dipercayai cuba membunuh diri dengan terjun daripada Masjid Kampung Baru, di sini, bernasib baik apabila dia hanya patah kaki kanan.
Dalam kejadian kira-kira 6.50 petang itu, mangsa berusia 23 tahun dilihat memanjat menara masjid Kampung Baru.
Lelaki terbabit di percayai mempunyai masalah mental itu kemudian bertindak terjun dari menara terbabit sebelum jatuh ke atas bumbung di kawasan berdekatan.
Difahamkan orang ramai yang berada di kawasan terbabit cuba memujuk tetapi tidak diendahkan.
Mangsa kemudian di hantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut. -HM
Zaman Najib ini, dah macam-macam perkara pelik dan luar biasa yang berlaku.
BalasPadamApa makna nya semua ini?