Putus dengan DAP, masa depan PAS di Selangor pudar - Penganalisis
KUALA LUMPUR: Memutuskan hubungan dengan DAP tidak akan menguntungkan PAS sama ada di Selangor atau seluruh Malaysia, kata penganalisis politik.
Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin berkata jika PAS memutuskan hubungan dengan DAP, Pakatan Rakyat masih boleh memerintah Selangor biarpun dengan majoriti yang kecil.
"Pakatan Rakyat masih lagi boleh membentuk kerajaan di Selangor biarpun tidak mendapat dua pertiga majoriti di Dewan Undangan Negeri.
"Tetapi jika perkara ini berlaku, yang rugi adalah PAS kerana yang jelas mereka akan hilang kuasa dan ia akan memberi gambaran kepada rakyat tentang sikap PAS dalam politik hari ini," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Mengulas lanjut, Dr Shaharuddin berkata jika PAS mengambil keputusan untuk bersendiri ia sebenarnya tidak menguntungkan parti Islam itu dalam perjuangan mereka.
Ini kerana, penerimaan masyarakat terutama yang bukan beragama Islam terhadap PAS banyak bergantung kepada kerjasama yang dibentuk bersama DAP dan PKR, kata Dr Shaharuddin.
Jelas beliau, PAS akan rugi dari segi politiknya kerana usaha menjalinkan kerjasama dengan DAP bukan satu perkara yang mudah mahu dilaksanakan.
"Untuk PAS bekerjasama dengan DAP mengambil masa yang lama, jadi peluang yang ada sepatutnya dijaga demi kepentingan bersama.
"Kalau PAS bersendiri ia cuma akan mendapat sokongan orang Melayu bukan sokongan rakyat berbilang kaum.
"Jika hujah digunakan bahawa PAS ada dewan himpunan yang terdiri dari berbagai kaum dan juga NGO-NGO bukan Islam yang menyokong PAS, ini semua kerana kerjasama dalam Pakatan Rakyat itu, bertahaluf dengan DAP," katanya lagi.
Dr Shaharuddin menjelaskan, masyarakat bukan Islam akan melihat tindakan PAS memutuskan hubungan dengan DAP sebagai sikap yang tidak boleh bekerjasama dengan bukan Islam.
Katanya, dalam situasi sistem dua parti yang semakin diterima, keputusan PAS untuk bersendirian perlu difikirkan semasak-masaknya.
"Jika PAS memilih untuk bekerjasama dengan UMNO juga perlu diperhalusi sebaik-baiknya kerana perlu dilihat kekuatan pihak yang mahu dijalinkan kerjasama itu," jelas beliau.
Semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan partinya sedia untuk memutuskan hubungan dengan DAP ekoran sikap pemimpin parti itu dalam membentu kabinet bayangan.
Serangan Hadi alasan PAS sertai Umno, kata Guan Eng
Lim Guan Eng hari ini mendakwa tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyerang DAP baru-baru ini hanya helah parti Islam itu untuk dijadikan alasan meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) dan menyertai Umno.
Setiausaha agung DAP itu berkata, beliau terkejut dan sedih dengan serangan terkini Hadi terhadap parti itu, sambil menambah, pemimpin PAS itu kini "hilang akal" dan harus meninggalkan PR jika itu yang sebenarnya beliau mahu.
"Semua tuduhan itu tidak berasas dan tidak masuk akal. Ia kelihatan seolah-olah seperti satu usaha mencari alasan membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno-BN," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
Umno, parti Melayu utama dalam Barisan Nasional (BN), sekian lama merupakan musuh utama PAS dalam persaingan mendapatkan undi Melayu-Islam.
"Sekiranya beliau hendak membentuk kerajaan perpaduan dengan mereka, silakan. Tetapi jangan menyerang dan membuat tuduhan palsu terhadap DAP. "
Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang, mengulas komen Hadi semalam mengatakan PAS bersedia memutuskan hubungan dengan DAP berikutan langkah DAP mengumumkan menubuhkan kabinet bayangannya sendiri tanpa dianggotai PAS dan PKR.
Hadi berkata, kabinet bayangan DAP tidak realistik, dan memberitahu parti itu ia tidak boleh sekadar melindungi kepentingan kelompok tertentu.
DAP sebelum ini memutuskan hubungan dengan Hadi, walaupun masih mengekalkan hubungan kerja dengan PAS.
Dalam serangan balasnya kepada kenyataan Hadi, Lim berkata presiden PAS itu mengambil kesempatan dari situasi sekarang untuk menyerang DAP, yang dianggapnya langkah "tidak beretika" sesama parti sekutu.
"Kita dituduh melantik ahli Parlimen dari satu kaum sahaja di dalam kabinet bayangan itu, katanya kita hendak mengambil alih negara.
"Tetapi, DAP ada ahli Parlimen dari berbagai kaum, tidak seperti PAS yang hanya ada satu kaum. Bila saya tengok Hadi, dari sehari ke sehari, beliau semakin kelihatan seperti seorang pemimpin Umno," kata ahli Parlimen Bagan itu.
Lim berkata, Hadi nyata tidak lagi berminat bekerja bersama PR, memberi contoh keengganannya menyokong presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada pilihan raya kecil Permatang Pauh baru-baru ini.
"Tidak mengapa kalau beliau tidak hadir semasa berkempen, tetapi beliau enggan sokong calon PKR.
"Bagaimana dia boleh kata dia masih menyokong PR? Jelas sekali yang hatinya tidak lagi bersama PR.
"Ramai orang bila lihat skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tidak mahu lagi menyokong (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Razak) tetapi Hadi masih mahu menyokongnya," katanya.
Hadi, kata pemimpin DAP itu, perlu cukup "berani" menyatakan sokongannya kepada Umno dan BN, bukannya dengan bertindak menyerang DAP.
"Buat secara terbuka, bertindak berani katakan beliau mahu sertai Umno. Tetapi janganlah guna taktik kotor dan buruk-burukkan DAP.
"Ini bukan ciri-ciri pemimpin PAS yang disegani ramai," katanya.
Beliau juga menegaskan beliau bukan perdana menteri dalam kabinet bayangan DAP seperti didakwa pengkritik, termasuk Hadi.
"Ya, saya tidak ada portfolio, tetapi saya bertanggungjawab atas semua ahli Parlimen DAP. Saya sudah katakan sebelum ini, anda perlu tanya ketua pembangkang mengenai peranan perdana menteri dalam kabinet bayangan." -TMI
KABINET BAYANGAN DAP TIDAK PERNAH WUJUD
DAP tidak pernah mengumumkan kabinet bayangan seperti yang digembar gemburkan media.
Kami hanya memperkenalkan portfolio kepada 37 ahli parlimen DAP untuk menjadi jurucakap dalam bidang masing-masing
Ini dibuat supaya DAP dapat memenuhi tanggungjawab kita kepada rakyat sebagai ahli parlimen untuk membahas secara membina mengenai topik masing-masing.
Ahli Parlimen DAP adalah berbilang kaum dan semua kaum tersenarai dalam portfolio tersebut.
Kalau mana-mana pihak mahu menuding jari dengan membuat tuduhan melulu DAP angkuh dan sombong membuat kabinet bayangan sendiri, dia mesti ingat bahawa setiap jari yang mereka tunjukkan, empat jari lagi menghala kepada diri mereka sendiri
Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP
ULASAN GB
GB lebih suka Presiden PAS, Hj Hadi Awang membuat keputusan dengan tegas untuk keluar Pakatan Rakyat. Tidak berdolaik-dalik.
Dengan mebuat keputusan sedemikian akan memudahkan perwakilan membuat keputusan di dalam muktamar nanti samada untuk menyokong langkah Haji Abdul Hadi berkenaan atau sebaliknya.
Tak suka DAP satu hal, sanggup pula membuat fitnah terhadap mereka. Islam membenarkan demikian?
Walau bagaimanapun kini perwakilan sudah ada alternatif, seorang calon Presiden bertaraf ulama yang telah membuat kenyataan tegasnya bahawa PAS tetap bersama Pakatan Rakyat.
Saya memang setuju dengan hujah LGE. DAP hanya memutuskan hubungan depa dengan Presiden PAS dan bukannya parti PAS setelah melihat segala tindak tanduk Presiden PAS itu. Tindakan Presiden PAS yang menongkah arus seolah-olah beliau dah jadi ahli UMNO.
BalasPadamTidak ada ahli PAS yang bersedih atau kecewa kalau sebetulnya Presiden ini bercadang menyertai UMNO. Ini bukan lagi cerita baru sebab dari dahulu lagi, hal ini memang berlaku TAPI apa yang terjadi dengan puak ini? Hidup segan mati tak mahu.
Saya nampak Presiden PAS semakin hari semakin nampak sifat keMelayuannya. Beliau amat khuatir kalau Melayu hilang kuasa dengan bermati-matian pertahankan Najib. Awat yang beliau tak takut Islam hilang kuasa? Kuasa ni kan anugerah Allah swt. Allah swt boleh memberi kepada siapa sahaja yang Dia kehendaki dan tak usah kita bersedih. Sedangkan Empayar Islam yang menguasai 1/2 dunia pun boleh runtuh, ini pulak besarnya setakat ubi kayu sahaja.
Insaflah sebelum terlambat. Ibarat peribahasa, "Sesal dahulu berpendapatan, Sesal kemudian 'makan tahi'".
Rm1billion untuk Pas jika jika berjaya hancurkan DAP dan musnahkan Pakatan Rakyat
BalasPadamIni adalah cara yg paling murah senang dan selamat untuk BN tanpa perlu berdebat dan membeli adun mp pakatan
Projek ini di pimpin oleh ayoh hadi ping di bantu oleh Din ayam dan hafiz gajah . Di selaras oleh nik abudoh dan tontontvi hellfire
Inilah dia 'malaysiabaru' untuk org melayu yg sejak dulu 'tolol' politik
Mcm ularrr...itulah ularrrMak-as-SUK
BalasPadamUlarrrMak-FITNAH as-SUK adalah jls sbnr2MUNAFIQ yg bermuka2 yg coba amik ksempatan pd kdua2 pehak yg mrk rasa dpt beri UNTUNG kpd mrk..
Dgn PR mrk rasa bole raih bnyk undi dr pelbagai kaum
Dgn umno ddlm GELAP mrk dpt umpan projek-proxy RASUAH yg bole dsonglap
TETAPI
Apb shj ularrrMak as-SUK itu kluar dr PR automatk & scara AUTOMATIK mrk akan hilang kdua2 SUMBER-untung yg diatas itu..
>>Undi dr pelbagai kaum akan LOPONG!
>>"HARGA" nilai/saham mrk disisi umno akan merudum jatuh terTONGGENG tiada berharga & bermakna lagi..
UlarrrMak-FITNAH as-SUK yg sgt2 jahat itu tahu akan onar-putar-BELIT mrk itu..sbb itu mrk sentiasa brdolak dalik sprt-LALANG sprt-seSUMPAH flip-flop bermain2 FITNAH yg sgt2 jls lg TERANG mnipu serta meNGELIRUkan rkyat/ummah!
Ddlm surah ke-63 @ surah Munafiqun dpt dilihat bgmn mrk coba beSANDAR kpd tempat yg mrk rasa "KUAT" & dpt LEBIH keuntungan..silalah rujuk kesurah-63 @ Al'Munafiqun trsebut,,
"..mrk seolah2 KAYU yg trSANDAR.." Al'Munafiqun:4/(63:4)
Renong & SAKSIkan lah gelagat lok-lak flip-flop putar-BELIT u-turn bagaikan lalang @ KAYU yg berSANDAR..yg tiada pedirian TEGUH samaskali!!!
Well said... Hadi is liability.. pas for all is a big joke! Ulama faqih agama tapi tolol politik dan reality. Good bye my friend..we are ready to leave pas-ug! UNLESS! Presideng dan the UG gang lose their position! Wake up call to all pas members! Jgn jadi ToLol!
BalasPadambuang je hadi tu...dah mula buat perangai buruk slps almarhum tgna meninggal. ketum+pilkuda+barua+kafir mengkafir=hadi
BalasPadamSian kat nuar.. dlm penjara pun org dok panggil ketum lg...
PadamAda muktamar bang. Bukan boleh buang merata-rata dan sesuka hati. Kalau akar umbi dh pilih Presiden PAS yg batu, terima je lah ye. Lagi satu, rajin2 pegi program usrah dan jgn prcaya info di alam maya bulat2. Apa lagi akhbar UMNO BN. Welldone GB. Suka dgn hujah GB yg mintak TGHH bertegas.
PadamApa kurangnya Hadi. Dia KETUM juga. KETua Ulama Marang... hahaha
PadamWan rosli.. komen ketum ko ni aku biasa tgk kt sinar harian.. btw dia ni bkn pon pnyokong hadi dan pas.. hanya macai umno yg suke gune word ketum ni.. x caya refer trend macai umno dlm sinar harian.. sama!!
PadamBarua tolol broker pil kuda jebon munafik.
BalasPadamBudak BAHALOL
BalasPadamSi TOLOL nak jadi Ketua tapi bacul
Perangai serupa macam NAJIB
Ada beberapa kumpulan tarekat di Malaysia bermati-matian mahu menolak penglibatan DAP dalam memerintah Malaysia dan mempertahankan supaya hanya Melayu sahaja yang boleh memerintah Malaysia kerana mereka berpendapat Imam Mahdi akan muncul di kalangan orang Melayu dan saat kemunculan itu hampir tiba.
BalasPadamApakah PAS sudah dikuasai oleh kumpulan yang mendakwa sebagai tentera panji hitam? Adakah Mokhtar Senik yang pernah menjadi penasihat Al Maunah mendokong pemikiran yang sama?
Tanya masa muktamarlah, ko tanya sapa kt sini? GB pun xleh jwb soalan falsafah kt sini wei
PadamIni yg paling susah bila lagi tinggi ilmu nya...lagi bentan pulak sikapnya.
BalasPadampandai tak boeh di di ajar...air bayk sgt dlm diri.
Betul ke Malaysiabaru? 1 billion ??? macam fitnah je...
BalasPadamRenungkan :
BalasPadamPercaya Allah SWT atau percayakan Fasikin ?
Ada kah Dap itu berkuasa membentuk tujuhala Pas ? Adakah Pas kian terhegeh-hegeh ? Kenyataan yang terkeluar dari landas Islam.
maae, cybertrooper umno... sama suaranya dengan wan rosli yg merupakan seorang pentaksub Hadi... birds of the same feather flock together kankankan....
PadamUmgok lg kuat fasiknye..
PadamLebih baik pilih tukang kebun sayur Dan tukang toreh getah jadi pemimpin sahaja.kerana mereka ni buat kerja saja.
BalasPadamYang nak jadi ketua pemuda jarang pun nampak kat parlimen. Bkn kah ini tugas wajib. Bukannya tugas sunat atau makruh. Berbahas jauh sekali. Entah dia tak faham isu yg dibahas. Asyik dt mahfuz, Khalid samad dll.
BalasPadam.
BalasPadamKabinet bayangan dengan mengumumkan portfolio pun tak reti apa beza nya, sah sah lah tolol.
Bezakan Allah dengan Fasikin pun tolol jugak orang nya. Kalau tidak masakan boleh tanya 'Percaya Allah SWT atau percayakan Fasikin ?' Atau si tolol ini menganggap Hj Hadi tu pun sama dengan .....Kalau tanya 'Percaya Allah atau percayakan Hj Hadi' agak nya apa lah jawapan si tolol ini.
Teragak-agak nya Hj Hadi nak tinggalkan DAP PR membuktikan UMNO dalam keadaan sangat lemah. UMNO tak kan jadi kuat pun jika keinginan Hj Hadi tercapai. Lain lah kalau yang nak bersama UMNO tu ialah Ustad Ahmad Awang. Hj Hadi hanya bagi masalah pada UMNO sama macamana Hj Hadi buat dalam PR.
Kepada Allah kita kembalikan.
presideng tolol lagi memalukan.haramkan ug dalam pas.
BalasPadamSeandainya..
BalasPadamHadi Awang umum shj PAS kluar PR, puak UG ini tiada lg "NILAI"nya dimata UTUSEX mahupon umno..TIADA akal yg bodoh dikalangan umno yg akan mmberi ruang kpd PAS utk "MENYATU" ddlm umno itu krn AKAL2 ddlm umno yg puak2 UG anggap sbg SEKULAR itu berpuloh kali jauh skali lebih-PUTAR drp lebai2 lepasan timur Tengah yg lg bodoh drp akal2 pak-Arab itu yg pasti dgn mudah skali diKENCINGkan oleh setan2 yg dkenali itu!?
Pd ketika itu Hadi & geng UG nya tak ubah ibarat sampah bangkai dan beban yg hanyalah layak utk ditendang!
Tugas istimewa Hadi & UG dsisi umno hanyalah sbg PEROSAK ddlm PR, dan umno TIDAK sskali mnjd begitu bodoh utk mnerima "PEROSAK" ygTOLOL kdlm umno yg smemang nya tlh pon rabak & ROSAK itu!
Tunggu..bilakah "PEROSAK" ygTOLOL itu betul2 berani utk istihar kluar drp PR..dan bgmn umno akan brtindak kpd "PEROSAK" ygTOLOL itu slps pngistiharan itu nnti?
Jawabnye bungkus le hadi n the geng.. Sb TOLOL punya presiden.
Padam