3 Mei 2015

Pelajar Terlampau Dipenjara Kerana Miliki Ribuan Bahan Lucah


Seorang pelajar pintar Matematik dari Malaysia, Nur Fitri Azmeer Nordin, 23, telah dijatuhi hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah kerana memiliki lebih 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak.

Memetik laporan portal United Kingdom International Business Times (UKIBT), Mahkamah Southwark Crown, London menjatuhi hukuman itu pada Khamis lalu setelah, Nur Fitri disabitkan dengan 17 kesalahan memiliki, membuat dan menyebarkan gambar-gambar lucah kanak-kanak.

Rahsia Nur Fitri terbongkar setelah pihak polis Metropolitan berjaya mengesan kelakuan Nur Fitri selepas menemui satu akaun internet miliknya yang telah memuat turun beribu-ribu video dan imej lucah kanak-kanak.

Nur Fitri mula belajar di Imperial College sejak tahun lalu dan ditahan di kediamannya di Queensborough Terrace, West London.

Selepas mengetahui perlakuan Nur Fitri, polis bertindak menggeledah rumahnya pada November 2014 dan menemui komputer riba miliknya yang masih terbuka bersebelahan sebuah patung kanak-kanak.



Nur Fitri mengaku melakukan kesalahan tersebut sehingga tarikh November 2014 di mahkamah sama.

Ketika ditahan, polis mendapati Nur Fitri yang juga pemegang biasiswa Matematik memiliki 601 buah video dan imej lucah Kategori A iaitu kategori penyalahgunaan yang melibatkan aktiviti seksual kanak-kanak, serta beratus-ratus bahan lucah kategori B dan C.

“Nur Fitri terlibat dalam aktiviti memiliki dan berkongsi beberapa imej yang ‘sangat ekstrem’ yang pernah kami lihat dalam jenayah bahan lucah kanak-kanak.

“Hukuman penjara yang dijatuhi mahkamah sememangnya sukar dielak memandangkan jumlah imej dan kandungan yang dimiliki Nur Fitri berada pada tahap membimbangkan,” kata seorang Pegawai Unit Jenayah Berat Metropolitan, Sara Keane.

Nur Fitri memulakan pengajian di sebuah koleh di ibu negara dan mendapat tawaran biasiswa daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk melanjutkan pelajaran pada 2011.

Dia yang berasal dari Malim Nawar, Perak merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Teluk Intan, dan pernah bertanding dalam Kejuaraan Olimpik Matematik di Amsterdam.

Dalam laporan UKIBT, Nur Fitri dilaporkan akan dihantar pulang ke Malaysia sebaik sahaja dibebaskan daripada hukuman penjara.



16 ulasan:

  1. Ahmad Maslan juga bekas budak SMS

    Sek Men Sains Johor

    Produk Sama... Keluar dari lubang sama

    BalasPadam
  2. bijak ilmu dunia semata tak boleh harap lagi untuk jadi insan

    BalasPadam
  3. .

    Ini semua terjadi kerana menjadikan liwat sebagai fitnah Berbagai bagai video di sebarkan dan menjadi tajuk berita

    Najib mencipta satu lagi rekod musibah dalam perkhidmatannya sebagai PM ia itu anak melayu pintar di tangkap kerana didikan pakar fitnah umno



    Kepada Allah kita kembali

    BalasPadam
  4. Budak Bahalol

    Habis duit cukai rakyar saja tanggung belajar

    Malu bangsa saja

    Mak Bapak sudah malu tok sah cerita

    Buang habis duit rakyat saja

    Bodoh lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Doakan je la budak tu kembali ke pangkal jalan yg Allah redha. Xyah marah2.... rileks bro..

      Padam
    2. Tak lama jadi Ahli Blogger Umnoporno

      Padam

  5. Dlm kajian yg dijalankan, Org di Kelantan dan Trengganu paling tinggi dlm melayari laman sesawang lucah.

    Belum ada kajian yg ramai dari geng ostad atau geng erdogan.

    Agak2 ada tak dari geng ostad ?

    Ke semua geng ostad wara' ?

    BalasPadam
  6. MACAM BAHALULNYA JUGA SI MASLAN TU. MEMBEBANKAN RAKYAT DGN CUKAI GST YG DIPERTAHANKANNYA.

    OTAK PANDAI...TAPI BAHALUL

    MENGABIHKAN WANG RAKYAT ANTAR JADI PANDAI2...KEMUDIANNYA MENYUSAHKAN RAKYAT.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Si Maslan kau ckp Otak pandai???????Bahlul ada lah....bebal....bongok

      Padam
  7. Negara kita kan suka pada benda lucah, kalau kempen pilihanraya mesti ada cd lucah yang keluar, tuduh musuh politik kaitkan dengan unsur lucah, maka rakyat dan pelajar pun sama ikut perangai pimpinannya yang otak lucah, rosak rakyat Malaysia ni, moga budak ini bertaubat dan diberi peluang kedua

    BalasPadam
  8. Mereka mengatakan tidak pernah melihat bahan lucah sebegitu banyak dan sebegitu teruk. Apa dah jadi dengan anak bangsa?

    BalasPadam
  9. Dia ikut perangai datok T kot?

    BalasPadam
  10. Sebelum ini pelajar perempuan pintar melayu Sampai melacur kan diri

    Apa lagi lah selepas ini?

    Sibuk dengan menghantar angkasawan tapi nak tunjuk kehebatan melayu UMNO nya



    BalasPadam
  11. dulu dpt biasiswa mara. rakyat malaysia tanggung. skrg dpt biasiswa queen. rakyat uk tanggung!

    BalasPadam
  12. Kalau ternyata dia buat salah biarlah ia menjalani hukuman yang setimpal dengan kesalahannya kita rakyat Malaysia harus menghormati keputusan mahkamah disana.

    BalasPadam
  13. Nasib baik telah dibongkarkan oleh polis Britain, kalau tidak orang macam inilah yg akan balik dan berkhidmat dgan kerajaan Malaysia. Bertambah ramailah Mat Maslan di Malaysia.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.