10 Mei 2015

Najib Perlu Turun.. Datuk Siti Nurhaliza Juga Kritik Isu Tabung Haji


. Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menyifatkan isu pembelian tanah milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Lembaga Tabung Haji (TH) sebagai memalukan.

Luahan itu dimuat naik di laman Twitternya dan turut dikongsi ramai pengikutnya.

“Ya Allah lindungi kami ..” tulisnya ringkas.

Ia dimuat naiknya selepas tengah hari Sabtu.

Status Siti di laman sosial sebelum ini menarik perhatian ramai apabila dia secara terbuka menyatakan sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jelasnya, bekas Perdana Menteri Keempat itu tidak pernah sendirian ketika ekoran kritikan dan teguran lantangnya terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Love u Tun & sentiasa bersama Tun..Sejarah kepimpinan Tun mengharungi pelbagai cabaran &dugaan membangunkan Malaysia hingga terkenal di mata dunia patut kita hargai serta contohi.

“Tiada yang muda kalau tidak kerana orang tua .. #sayaanakMalaysia #sebak,” katanya dalam status Instagramnya. -FMT


Isu TH: Siasat urus niaga bukan hukum ‘informer’

Pertubuhan National Oversight and Whistleblowers (Now) mendakwa tindakan individu yang memberi maklumat mengenai pendedahan dokumen berkaitan pembelian tanah 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Lembaga Tabung Haji (LTH) adalah sesuatu yang baik.

Pengarahnya, Akmal Nasir berkata, tindakan berani tersebut telah membolehkan orang awam terutamanya pencarum simpanan Tabung Haji mengetahui mengenai pembelian tersebut yang ternyata diselubungi pelbagai isu dan persoalan.

Namun, katanya pengumuman oleh Ketua Polis Negara bahawa siasatan menyeluruh akan dijalankan bagi mengesan identiti pemberi maklumat di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) adalah mendukacitakan sedangkan keutamaan siasatan adalah sewajar mengenai urus niaga itu sendiri kerana ianya melibatkan dana pencarum simpanan Tabung Haji.

“Tindakan Ketua Polis Negara telah menimbulkan beberapa persoalan antaranya adakah tindakan untuk menyiasat identiti pemberi maklumat yang membocorkan dokumen urusan jual beli tanah 1MDB-LTH di bawah OSA adalah usaha untuk menyekat lebih banyak pendedahan maklumat berkaitan urus niaga berkaitan atau maklumat mengenai 1MDB?

“Selain itu, apakah siasatan ini membuktikan sekali lagi bahawa Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 atau Whistleblowers Protection Act (WPA) sebenarnya tidak efektif? Ini amat jelas apabila pemberi maklumat terdedah kepada tekanan akta-akta OSA atau Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (BAFIA). Jelaslah bahawa pemberi maklumat di Malaysia berhadapan dengan hukuman sedangkan pendedahan mereka menyelamatkan dan memberi manfaat kepada orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Akmal berkata, penjualan tanah tersebut oleh 1MDB yang sepatutnya dibangunkan tetapi dijual pada keuntungan yang berpuluh kali ganda kepada LTH menimbulkan pelbagai keraguan.

“Mengapakah hanya LTH yang berminat atau diberi pilihan membeli tanah tersebut? Siapakah yang terlibat dalam proses urus niaga ini?

“Oleh itu, pihak berkuasa seharusnya menjalankan siasatan bagi memastikan tiada unsur pecah amanah atau salah guna kedudukan dalam urus niaga ini, bukannya mencari jalan untuk menghukum pemberi maklumat. Rakyat terutamanya pencarum simpanan LTH berhak mengetahui lebih lanjut mengenai urus niaga ini dan urus-urus niaga lain yang melibatkan wang mereka dengan 1MDB,” jelasnya.
-SH


ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan terus berjalan...

Baru minggu lepas GB menulis di dalam satu ulasan.. petikan:

Najib degil dan enggan turun secara terhormat. Bererti beliau ingin turun dari jawatannya dengan cara lain... mungkin dengan cara yang dasyat.

Kes 1MDB akan menjadikan sebab-musabab untuk kejatuhan Najib. Kini timbul kes Tabung Haji pula untuk "bail-out" 1MDB...

Dan ika Najib enggan berundur, tidak mustahil beliau akan dipaksa untuk melepaskan jawatannya melalui undi tidak percaya beliau sebagai Presiden di dalam Perhimpunan Agung UMNO nanti. Sebagai contoh, ahli Umno cawangan Bukit Jelutong, dalam bahagian Shah Alam, membentangkan usul pada mesyuarat mereka baru-baru ini untuk memecat Najib sebagai presiden.

Anda tidak mampu untuk bertahan lagi Najib... Masa untuk untuk anda turun sudah tiba..


13 ulasan:

  1. Siti sayang...

    Pakatan Rakyat akan selamatkan siti dan seluruh warga kuala lipis...

    Yang penting ... Cayang suruh semua rakyat Malaysia undi Pakatan Rakyat ( kecuali Pas ) pada PRU 14 akn datang...

    Kirim salam pd ayie , ida, rozie saerah , dan semua warga SNP

    BalasPadam
  2. Budak BAHALOL bila buat silap pun ber tanggung jawab

    Tapi MAT MONGOL bukan BAHALOL tapi LAHANAT mana nak tanggung jawab punya orang , biar negara bankrap rakyat papa kedana pun tak kesah.

    BODOH SAJA

    BalasPadam
  3. Mungkin Pas yang akan menyelamatkan najib dan Pas akan melantik belaiu sebagai Presiden Pas.hidup Pas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bodohnya statement saudara. Mungkin lawak, tp lawak bodoh...

      Padam
  4. Kawin org muda kita akan jadi muda. Kawin org tua kita cepat rasa tua.

    BalasPadam
  5. Kalau Najib turun, lepas tu orang TDM yang ganti, tiada jaminan negara akan selamat. Berhati-hati dengan muslihat TDM.

    BalasPadam
  6. selagi nama UMNO, datangnya dari tong yang sana. sudah tentu baunya sama jgk. lps TDM, PAK LAH di mr. clean. pun hncus jgk. naik si NAJIB, semakin teruk dan terus smbg legasi korupsi menjahanamkan negara. yg bahlol penyokong plak terus sokong dan sokong.....lu orang mati, mana mau langsi ha........

    BalasPadam
  7. Dalam ucapannya, Najib berkata Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) pada 2014 sudah melepasi sasaran yang ditetapkan di bawah pentadbirannya. 

    "Sukacita juga, saya melaporkan pada 2014, berkat usaha yang bersungguh-sungguh, KPI keseluruhan bagi NKRA menjangkau 105%, manakala KPI bagi keseluruhan NKEA pula melebihi sasaran yang dijangka dan berada pada kadar 110%. 

    "Serentak itu, KPI bagi keseluruhan SRI turut melampaui sasaran yang dihasratkan dan mencecah kadar 120%," katanya. 

    BalasPadam
  8. .

    Ketika isu ini panas dan hati umat Islam mendidih eluk lah individu tersebut dedahkan identiti nya kerana beliau melakukan tindakan yang berani dan sepatutnya mendapat pujian

    Individu tersebut memerlukan sokongan dari semua pihak NGO parti politik dan penyimpan TH

    Tetapi sekiranya identiti nya boleh di simpan lama beliau tidak perlu mendedahkan identitinya Jika tidak lebih baik dedahkan sebelum di tahan oleh polis atau sebelum dua atau tiga orang di kambinghitamkan

    Kepada Allah kita kembalikan

    BalasPadam
  9. .

    Tu lah dulu masa NFC duit rakyat jugak tapi Siti tak kata apa apa pun

    Kalau masa NFC Siti bersuara mungkin dapat mengelakkan penyamun penyamun ini kebas duit TH

    Jadi pasal duit TH atau pasal Mahathir yang buat Siti bersuara

    BalasPadam


  10. Jangan marah lah kalau ada lagi orang bertanya ada kah KPN barua kepada parti politik?

    Sedangkan pemberi maklumat telah melakukan sesuatu yang baik maka samada maklumat tersebut betul atau tidak siasat lah

    Jika ada yang membuat lapuran untuk di siasat sedangkan pengadu berniat jahat tak pulak di kenakan tindakan

    Tu lah bezanya pemberi maklumat dengan individu yang membuat lapuran

    Kepada Allah kita kembalikan

    BalasPadam
  11. PAS Hadi dgn Ulama dia tetap bersama Najib UMNO utk luluskan Hudud walaupun Najib + BN terus menyamun bangsa & umat.

    Hadi akan kata, "lantak saja le, asalkan sy dpt Hudud sy lulus diParlimen nanti!"

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.