PKR kekalkan kubu kuat, undi Melayu meningkat
Parti Keadilan Rakyat (PKR) memastikan kubu kuatnya kekal ampuh selepas menewaskan tiga calon lain pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, di sini, hari ini.
Kemenangan itu diperoleh selepas PKR yang mencalonkan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendapat 30,316 undi berbanding Suhaimi Shabudin daripada BN yang mengutip 21,475 undi.
Dr Wan Azizah yang menang dengan majoriti 8,841 undi turut menewaskan dua calon lain daripada PRM (101) dan bebas (367).
Kemenangan kali ini lebih manis apabila PKR berjaya meningkatkan sokongan di kawasan majoriti Melayu sekitar empat hingga lima peratus khususnya dalam kalangan pengundi muda walaupun peratusan keluar mengundi hanya 74 peratus.
Sehubungan itu, Dr Wan Azizah berkata, kemenangan itu juga menunjukkan rakyat bersimpati kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekali gus membuktikan Ketua Umum PKR itu masih relevan di hati rakyat.
“Kemenangan kali ini adalah bukti bahawa rakyat khususnya di Permatang Pauh mahu sebuah Pakatan Rakyat yang kuat.
“Ia bukan hanya kemenangan PKR sahaja tetapi rakyat yang menentang kezaliman BN terhadap Anwar Ibrahim.
“Ini adalah satu referendum rakyat menolak Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), penentangan rasuah, dan salah guna kuasa,” katanya pada sidang media sebaik diumum sebagai pemenang di pusat penjumlahan undi di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), di sini.
Dr Wan Azizah juga mengaitkan kemenangannya dengan kelemahan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dipenuhi skandal.
“Ini juga manifestasi rakyat terhadap kegagalan Perdana Menteri yang dipenuhi ketirisan, kelemahan pemimpin dan skandal terutamanya 1MDB sehingga terpaksa menggunakan dana Tabung Haji,” katanya. -selangorku
Perutusan khas Dr Wan Azizah Wan Ismail
Alhamdulillah, pertamanya saya memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT, di atas kurnia-Nya, memberi kemenangan kepada calon KEADILAN bagi Pilihan Raya Kecil P.44 Permatang Pauh yang berlangsung hari ini, 7 Mei 2015.
Kemenangan hari ini adalah bukti bahawa rakyat, khususnya pengundi-pengundi di Permatang Pauh, mahukan sebuah Pakatan Rakyat yang kuat.
Kemenangan ini, bukan hanya kemenangan KEADILAN sahaja. Tetapi ianya adalah kemenangan rakyat, yang menentang kezaliman Barisan Nasional terhadap Saudara Anwar Ibrahim dan ianya merupakan suatu referendum rakyat menolak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), penentangan terhadap rasuah dan salahguna kuasa.
Dalam Pilihan Raya Kecil ini, kita menyaksikan peningkatan undi kepada KEADILAN sekitar 4 hingga 5 peratus daripada kalangan masyarakat Melayu, khususnya anak-anak muda.
Ternyata pemenjaraan bermotifkan politik oleh Barisan Nasional terhadap Saudara Anwar, menzahirkan simpati yang tinggi dan ianya adalah bukti bahawa beliau masih relevan kepada rakyat.
Menerusi Pilihan Raya Kecil ini menterjemahkan manifestasi kepada kekecewaan rakyat terhadap kelemahan dan kegagalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, dipenuhi dengan pelbagai ketirisan, kemewahan pemimpin dan pelbagai skandal, terutamanya skandal 1MDB, yang terkini terpaksa menggunakan dana dari Tabung Haji.
Pilihan Raya Kecil ini adalah pencetus dan pemberi inspirasi kepada sebuah gerakan rakyat yang lebih besar untuk menuntut suatu perubahan yang total, bagi mengembalikan negara ke landasan yang betul.
Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada seluruh kepimpinan serta pendukung Pakatan Rakyat, daripada KEADILAN, PAS dan DAP yang sejak awal-awal lagi bertungkus lumus membantu kita memenangi pilihan raya ini.
Walaupun saya, Saudara Anwar dan KEADILAN difitnah menerusi media arus perdana setiap hari, walaupun mereka berusaha sedaya upaya memburukkan prestasi saya di Kajang, walaupun mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk memecah belahkan kesatuan kita dengan pelbagai isu, namun ternyata segala tohmahan mereka tidak berkesan.
Terima kasih kepada pegawai SPR dan polis yang bertugas untuk memastikan Pilihan Raya Kecil ini berjalan lancar.
Bagi pihak KEADILAN, insya Allah segala isu dan permasalahan yang dibangkitkan oleh rakyat sepanjang Pilihan Raya Kecil ini, akan kami tangani seberapa segera. Untuk itu juga kita berterima kasih kepada Ketua Menteri Pulau Pinang yang sudah membuat pengumuman untuk membantu kita di Permatang Pauh ini.
Terima kasih rakyat Permatang Pauh yang sudi menerima Kak Wan untuk kembali berbakti. Reformasi! Hidup Rakyat!
Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden KEADILAN
Calon KEADILAN Permatang Pauh.
tahniah.
BalasPadamjangan ponting sidang parlimen sudah.
Alahai tak powerlah pro ulama [UG] boikot ..
BalasPadambermakna mereka nih segelintir je pengikutnya dlm pas .. tapi gegak gempita mcm hebat sgt..
ahli pas bijak menilai mana barua dan parasit..
Pada pro UG sila tilik hati masing2 ada putih atau hitam pekat perangai jijik dlm diri kamu dan jgn perasan kita lebih.. Allah lebih hebat drp kamu.
Tahniah pengundi PP memberi kecelikan pada PR dan terutama Pro UG .
soalan skrg apakah kuat sangatkah pro UG dlm ahlinya?
so waspadalah muktamar ini ..hihi
ahli dengar cakap Pr PR atau Pro UG?
Yang kuat monteng yang pakai serban duduk di antara LGE and DSAI Mantan MP Permatang Pauh dulu. Sekarang ni mungkin kerana DS Wan Azizah ambil tempat tu, "Islam tidak membolehkan duduk di sebelah bukan muhrim" barangkali dapat dijadikan fatwa sebagai alasan untuk haji monteng lagi kah kah kah...
BalasPadamTahniah
BalasPadamDOKTOR Wan Azizah bijak ada kredibiliti bagus
Jadi Ketua Pembangkang pun sesuai fasih Bahasa Inggeris
ULARMAK UG BAHALOL elok terjun laur saja tangkap ikan dengan Setban Nya.
Mana ada orang nak jumpa kenal ULARMAK UG BAHALOL cakap pun GAGAP dengan Otak Gred 3
Nak jaga Negara bukan macam jaja jaja jual buku Agama....
Alhamdulilah HADI BACUL macam Mat Mongol
maka kelihatan sesosok tubuh berserban... oops silap... berserabai, kusut masai dengan hidung kembang kempis mengeluarkan suara gharau bagai seladang sedang mengawan...
BalasPadamHow can it be?! How can it be?! oops silap... ini petikan drama ala melayu:
how keng ik bi? how keng ik bi? I kenot bilif this? shi das not hes de kualifikesen! dis mas bi er drim.
UMNO dok berulang ulang kata yang Kak Wan tidak layak dan mampu jadi MP kerana kena jaga Kajang Dan di Kajang Kak Wan di katakan mengabaikan kawasan
BalasPadamMengapa UMNO tidak minta Menteri Kewangan letak jawatan ?
.
BalasPadamUMNO memang tak kuat jika negara kita mengamalkan demokrasi yang adil dalam pilihan raya UMNO sudah tentu kalah teruk
Memenjarakan Anwar tidak memberi kelebihan pada UMNO sebaliknya neraka jahanam sedang menanti mereka
Anwar mesti di bebaskan sebab memalukan UMNO bila kalah ketika Anwar dalam penjara
Dalam berbuat baik UMNO juga melakukan kejahatan Baik semata mata untuk kepentingan sendiri ada lah satu kejahatan Maka hakikat nya UMNO tak pernah buat baik
Kepada Allah kita kembalikan