25 Apr 2015

[VIDEO] Wanita Tanggalkan Baju Kerana Nasi Ayam RM18


Video viral: Baling pinggan lebih baik dari bogel - Pakar psikoterapi

KUALA LUMPUR: Tahap kemarahan dan emosi wanita yang di dalam video viral yang menunjukkan aksi membuka pakaian di Petaling Street disifatkan di takuk yang sangat bermasalah selain tidak stabil.

Pakar psikoterapi Azman Shah Aziz berkata, wanita itu sebenarnya tidak mempunyai apa-apa untuk ditunjukkan selain tiada motif khusus semasa perbuatan berkenaan.

"Individu ini biasanya mengalami masalah mental dan dalam situasi ketidakstabilan emosi.

"Kalau dia marah sangat kenapa sampai hendak membuka baju? Marah bagaimanapun terutama kepada seorang wanita tidak sampai hendak membuka baju.

"Kalau marah dan hendak lepaskan perasaan itu rasanya baling pinggan lebih baik dari bogel," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Azman mengulas rakaman yang memaparkan seorang wanita membuka pakaiannya di tengah-tengah kawasan membeli-belah yang sibuk sekali gus mendapat reaksi luar biasa dari pengamal laman media.

Insiden dipercayai berlaku di Petaling Street, video yang dimuat naik di YouTube pada Jumaat itu mendapat tontonan lebih daripada 30,000.

Dalam pada itu kata Azman, tahap kemarahan wanita berkenaan dilihat sukar dikawal dan tidak berfikir panjang dengan tindakan membuka baju di khalayak.

"Satu-satunya tindakan drastik pada tahap kemarahan yang boleh dilakukan adalah buka baju dan berbogel.

"Ia perbuatan melampau, sia-sia dan tidak mempunyai perkaitan langsung dengan apa juga punca kemarahannya," jelasnya.

Wanita yang pada mulanya disangka pelancong itu akhirnya dikenal pasti sebagai warga tempatan apabila dia bertutur menggunakan Bahasa Melayu dalam video itu. -astroawani




5 ulasan:

  1. Bengong! Baling pinggan boleh mendatangkan kecederaan!! Bahalol punya psychotherapist!

    BalasPadam
  2. Ini hanya lakonan ugutan agar pemimpin GAGAL di humban keluar

    Punca nya GST kos sara hidup tinggi sampai tak tahan hidup pun tak guna

    Ini semua pasal busak BAHALOL jadi Ketua

    BalasPadam
  3. Pressure GST Nasi Ayam sampai RM18.

    BalasPadam
  4. Dah makan dua pinggan Sepinggan RM6.50 dah RM13 Termasuk air RM4 Mana datang nya RM 1 Mana kawan tak mengamuk

    Bimbang juga kalau cara begini menjadi cara untuk makam free

    BalasPadam
  5. Anon 11.37,
    Lol...
    Gst kot singgit tuh

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.