Seorang ahli keluarga Aidana Baizieva tiba di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur untuk menuntut mayat wanita tersebut.
Difahamkan gadis tersebut yang juga adik Baizieva sedang mengisi beberapa borang untuk tujuan pelepasan mayat itu.
Dia tiba di bilik mayat kira-kira pukul 10.45 pagi Isnin dan ditemani seorang lelaki dari Kedutaan Kyrgyzstan.
Wanita tersebut enggan bercakap dengan media yang dilarang daripada memasuki perkarangan bilik mayat.
Terdahulu, seorang jurucakap kedutaan mengesahkan Aidana merupakan warga Kyrgyzstan dan pernah bekerja di Malaysia untuk seketika.
"Rekod menunjukkan beliau berada di Malaysia sekurang-kurang selama setahun," katanya.
Baizieva antara yang maut dalam nahas helikopter di Semenyih pada Sabtu lalu.
Nahas tersebut turut menggorbankan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis.
Terdahulu, wanita tersebut dilaporkan sebagai pembantu juruterbang helikopter yang terhempas itu tetapi kemudiannya disahkan sebagai kakitangan Syarikat Penerbangan Cempaka. -mstar
LAPORAN GB SEBELUM INI
Sekarang siapa sebenarnya Aidana Baizieva?
Seorang jurucakap Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang tadi memaklumkan, mayat mangsa terakhir nahas berkenaan belum dituntut kerana identitinya belum dapat dipastikan.
“Kami sedang berusaha mendapatkan pihak berkuasa untuk mengesan dokumen pengenalan mangsa,” kata jurucakap berkenaan yang enggan namanya disiarkan.
Dalam pada itu Kapten Clifford William Fournier yang menerbangkan helikopter berkenaan didapati aktif menggunakan laman sosial Facebook, dengan posting terakhir beliau ialah kira-kira sejam sebelum maut dalam nahas berkenaan.
Bagaimanapun carian nama Aidana Baizieva di laman sosial itu tidak membuahkan sebarang hasil.
Ada yang menyatakan bahawa beliau ialah seorang jurnalis dari Kazakhstan yang nama sebenarnya ialah Aidana Karabasova yang fotonya seperti di atas. Tetapi Jurucakap Kedutaan Kazakhstan telah menafikan pembantu juruterbang Aidana Baizieva rakyatnya sebaliknya mengesahkan mangsa dari Kyrgyzstan.
Helikopter yang terhempas, AS 3655N2 Dauphin (9M-1GB) disewa dari sebuah syarikat swasta Chempaka Avition, yang dimiliki oleh juruterbang yang terbunuh, Kapten Cliff Fournier. -GB
Sapa pulak perempuan misteri ni ?
BalasPadamJust curious !
Jangan timbul apa2 cerita selepas ni sudah !
Letih dgn cerita2 MISTERI dan SKANDAL ni !
ALTANTUYA THE SECOND
BalasPadamSangka baik
BalasPadamItu ex girlfriend pengantin lelaki lah!!
Tapi tahu lah kan perempuan ni bila naik angin boyfriend tinggalkan dia untuk yang lebih cute dari dirinya macam macam boleh jadi dalam heli
Cuaca ok walaupun hujan
Keadaan heli ok selamat
Pilot berpengalaman
Laluan heli luas
Nak selamat Katakan yang rekod pilot ada masalah jantung hehe
Mungkin dia tetamu jemputan Najib tapi macamana gadis Kyrgyzstan ini tahu ada pengangkutan heli dari Subang ke Pekan ? Dan tertanya jugak kenapa adik dia tak ikut sekali?
BalasPadamKes sebelum ini cuma yang perempuan saja jadi mangsa ia itu kes pemilik video yang tu paling lama Yang kedua dicekik dan ada lelaki misteri hisap curut Jurutera tersebut dibebaskan Yang ketiga Puncak Alam
Lawa2 org ..tan, ..tan ni ye.
BalasPadamMalaysia penuh dengan misteri...PM misteri...Bini PM misteri...Altantunya misteri...1MDB misteri...Pulau Cayman misteri...MH 370 misteri...MH17 misteri...Helikopter jatuh semalam misteri...Adiana misteri dan yg paling baru KPN misteri...tangkap 17org terroris baru balik dari Syria...siap bagi tahniah kat PDRM...tapi tak keluar pulak siapa yang ditahan...Haduii berapa banyak misteri Malaysia..
BalasPadamAltantuya dari Mongolia
BalasPadamAidana Baizieva pula dari Kyrgyzstan
Kahkahkah... entah2 ex-girlfriend bapak kpd pengantin perempuan. Biar sejarah berbicara... kahkahkah
BalasPadamJangan berburuk sangka. Agaknya sedara-mara pengantin lelaki. Sebab pengantin lelaki pun berasal dari negara yang hujungnya tan tan ni
BalasPadam