27 Apr 2015

[FORUM] PAS Akan hancur Jika Kemelut Dibiarkan - Ahmad Awang


PAS berpecah selepas ‘ulama muda’ mahu kuasai parti, kata bekas naib presiden

Bekas Naib Presiden PAS Ahmad Awang mengatakan kemunculan kumpulan ulama muda bercita-cita tinggi dan mahu menguasai sepenuhnya parti Islam itu sebagai punca kepada kemelut yang melanda pada ketika ini.

Ahmad yang sudah mendapat cukup pencalonan untuk melawan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu berkata, kumpulan tersebut merasakan mereka sepatutnya menguasai parti selepas berada dalam keadaan kukuh hasil kerjasama dengan parti Pakatan Rakyat (PR) PKR dan DAP.

"Jadi maknanya, punca kepada perkara ini antaranya ada golongan terbaru ini (ulama muda), kerana mereka sekarang merasakan mereka yang sepatutnya patut menguasai parti sebab PAS sudah ke depan dan berada di persada politik tanah air," katanya dalam satu forum yang diadakan di Ampang, Selangor malam tadi. Beliau turut merasmikan buku "Melakar Agenda", tulisan Dr Mujahid Yusof Rawa.

Turut hadir dalam forum tersebut ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang Saari Sungib.

Menurut Ahmad, kumpulan ini juga menentang kuat kerjasama PAS dengan PR kerana mereka mungkin tidak sedar kejayaan parti sebenarnya hasil daripada kerjasama dengan PKR dan DAP.

"Mereka ini mendapat nikmat hasil kemenangan Pakatan tapi bagi saya mereka ini terlupa kemenangan ini sebab ada Pakatan," katanya.

Memberikan contoh kemenangan PAS di Selangor, Ahmad berkata mustahil untuk parti Islam itu menang 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) jika tanpa kerjasama PR.

"Kalau PAS sahaja bertanding secara sendirian saya tidak percaya PAS boleh dapat 15 DUN di Selangor ini,"
katanya.

Beliau juga mengkritik kumpulan ulama muda ini yang disifatkannya lupa daratan kerana tanpa PR, kejayaan PAS tidak mungkin akan berjaya seperti sekarang.

"Kalau masa tidak ada peluang menang dahulu, ustaz-ustaz ini kalau ditawar jadi calon pun, belum pasti sanggup bertanding.

"Sekarang ini, masing-masing nak jadi calon pasal nikmat, berebut nak pegang jawatan di peringkat kawasan dan negeri," katanya.

Ahmad juga mempersoalkan kumpulan ulama muda kerana mudah memberi label seperti liberal atau sekular kepada individu tertentu walhal mereka tidak pernah memahami istilah pengorbanan yang terpaksa dihadapi pemimpin PAS sebelum dapat mengecap kejayaan sekarang ini.

"Orang-orang ini tidak pernah berasa susah, bila mereka balik sudah lihat semua sudah mudah dan bercahaya, orang dahulu seperti Mat Sabu (Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu ), Dr Hatta (Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Mohd Hatta Ramli), Saari Sungib (Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang), mereka ini semua masuk penjara,"
katanya.

Sebelum ini, Ahmad juga pernah membangkitkan mengenai serangan ke atas Mohamad yang dibuat melalui baju-T dijual di Himpunan Derita Rakyat (Hindar) anjuran Dewan Ulama PAS di Padang Merbok, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam himpunan itu, seorang penjual menjual baju yang tertulis "Yes to Hudud, No to Mat Sabu" di sebuah gerai di himpunan itu.

Ahmad juga menegaskan masalah yang sedang melanda parti itu sangat teruk, tidak kecil seperti dakwaan presidennya, Hadi.

Jika dibiarkan berterusan, parti boleh hancur, kata Ahmad yang pernah berkhidmat dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Presiden kata ia perkara kecil. Apa yang ada sekarang ini bagi saya sangat teruk, dan jika terus dibiarkan, ia boleh menghancurkan parti," kata bekas ahli Majlis Syura Ulama PAS itu.

PAS pada ketika ini dilanda kemelut dalaman akibat perbezaan pendapat sama ada mahu bersama atau meninggalkan PR. Selain itu, presiden PAS sering kali melakukan tindakan yang menentang parti PR seperti DAP dan PKR.

Antaranya ialah langkah PKR menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor dan pilihan raya kecil DUN Kajang.

Kemelut itu berpanjangan apabila Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dipilih sebagai calon untuk jawatan menteri besar, tetapi tidak dipersetujui PAS terutama Hadi, walaupun PKR dan DAP setuju hanya satu nama harus dikemukakan kepada Sultan Selangor.

Keadaan menjadi bertambah buruk dengan keputusan PAS Kelantan meminda Enakmen Jenayah Syariah II negeri itu, dalam usaha membuka jalan bagi pelaksanaan hudud di Kelantan, disusuli tindakan Hadi membelakangkan PR dengan memohon membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat, bagi meminda Akta Mahkamah Syariah 1965.

Tahun lepas, akibat keadaan yang tidak stabil dalam PAS itu, beberapa ahli parti Islam itu memutuskan menubuhkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) bertujuan mengukuhkan hubungan dalam PR.

Ahmad masih belum membuat keputusan untuk melawan Hadi, tetapi sekiranya berlaku pertandingan beliau mengharapkan amalan demokrasi diamalkan dengan baik.

Ahmad juga dilihat sebagai seorang tokoh ulama yang perlu diketengahkan. -TMI

17 ulasan:

  1. Benar kata Ustad Ahmad Awamg

    Ustad muda banyak gila kan duniawi , gila mendapat pangkat ulamsk tuk rebut pangkat kedudukan dalam politik dan buat duit cara mudah , walhal kualiti otak gred 3


    Sifat kejayaan jalan singkat ini tidak ber tahan lama dan ini lah sifat bangsa Melayu sejak zaman Hang Tuah dulu

    Apa pun , Ustaz Ahmad Awang mampu bawa kemajuan besar ke dalam PAS , sama seperti JAKIM dahulu

    Kini akibat menongkat langit , JAKIM telah ber ubah ke JAKUN....

    BalasPadam
  2. keluar je drp PR //
    semakin menyampah tgk pas dlm PR..
    bodoh sombong ..
    kita tgk apa jadi pas di selangor nanti pru14 ..
    biar mereka rasa ..

    BalasPadam
  3. Diharap harap pasma tubuh parti bertanding dikwsn pas . kita tengok jangan asik banyak bercakap.

    BalasPadam
  4. Batas2=had2=HUDUD siAUTA
    siWalaq bebal mnjd baruanya
    MAKNA yg-simple mrk BUTA
    Berputar-putar menipu yg'ESA



    Kaki fitnah nak buat hudud
    Songlap balak mana hudud nya?
    Banjir balak negeri berselut
    Kerana melanggar 'hudud' ygESA

    Mrk melanggar hudud ygESA
    FITNAH broka barua pilkuda
    Maki khianat PONTENG tak apa
    Itulah hudud sikaki AUTA

    Ponteng FITNAH janji diengkar
    Hudud TUHAN jelas dilanggar
    Hudud apakah yg mrk putar?
    Sendiri langgar "bodoh" tak SEDAR

    ULARRRmak memang "bodoh" tak SEDAR
    Lobang BEWAK menyimpan bangkai
    Songlap GELAP "takut" TERBONGKAR
    Alangkah JIJIKnya "hudud" siLebai

    BalasPadam
  5. Ustaz Ahmad Awang dapat memahami permasalahan dalam PAS dengan teliti..beliau juga memberi pendapat yang bernas...mempunyai banyak pengalaman dalam PARTi....seharusnya dapat sokongan yang padu untuk mengantikan Tuang Presideng sekarang ini..

    tambah pendapatan sampingan sambil layari Internet Copy paste LINK
    http://WeeklyFixPay.com/?share=1497

    BalasPadam
  6. tlg jgn panggil mrk ini ulama. mrk cuma ustaz yg tak pernah diuji kemampuan perjuangan melawan kezaliman. berani msk lokap, ditahan isa? klu mng dan jadi MP dapat rasa bmw baru kot

    BalasPadam
  7. Yg hak itu selalunya pahit tp golongan yg dimaksudkan itu masih berubun2 lembut dlm dunia politik ug penuh dgn mehnah dn tribulasi. Politik ada seninya tersendiri dn memerlukan bakat. Lulusan sarjana politikpun belum tentu boleh berjaya. Golongan tersebut kalau disertai pula dgn nafsu hubbud dunya akn jadilah spt apa yg dinyatakan Us Ahmad Awang.

    BalasPadam
  8. Hj Hadi sering berhujah mengenai hudud dengan ketakutan kekalahan praya

    Tak boleh ke Hj Hadi tunggu sehingga Hj Hadi sendiri yang menganti Yusof Qardhawi

    Dr Maza pun berhujah pada ilmu bukan pada kesan baik buruk pada pilihanraya

    BalasPadam
  9. Apa yang akar umbi pas paham adalah:

    Pas sudah takabur lupa daratan

    Pas kini selamanya Kuda tunggangan Umno

    Sehinggakan nak draft enakmen jenayah pun pas kena buat sendiri sambil di arah sana sini oleh Jakim dan jamil joget (exgeneral) atm

    Pas takde pendirian d bawah ularmak muda

    BalasPadam
  10. Saya mengundi pas apabila bergabung dalam PR..walaupun saya di besarkan dalam suasana keluarga yg menitikberatkan agama tapi saya langsung tidak tertarik dgn politik pas..hinggalah bergabung dalam PR baru sekali yg lepas saya mengundi pas di dun sg rapat ipoh. Dan sekiranya PAS bercita2 menjadi parti sperti dulu..saya tidak akan mengundinya lagi.

    BalasPadam
  11. Bila si A (Hj Hadi) jadi ampaian, si B (Mujahid dan Pasma) masih bertingkah terang-terangan mengguna sepenuh ampaian, di mana pula ulama-ulama muda nya hendak berampai ?

    Ini lah akibat nya kesombongan dan keangkuhan memakan diri ! Kali ini Mujahid tidak salahkan Umno pula ?

    BalasPadam
  12. Perkara macam ini dalam UMNO memang perkara kecil Dalam parti Islam seperti PAS perkara kecil dalam UMNO adalah perkara besar

    Dalam UMNO berbohong mengencing malah fitnah sekalipun adalah perkara kecil

    Tapi dalam PAS perkara seperti pil kuda barua brokern malah tak datang mesyuarat pun dikira perkara besar

    Mengambil perumpamaan Ustad Jaafar Sekira nya ada sekru yang longgar dalam sebuah jam tangan jika dibiarkan lama kelamaan sekru tersebut boleh tercabut dan jam akan berhenti

    Dari mana datang nya yang besar kalau tak dari yang kecil

    BalasPadam
  13. Jgn kelam jgn kabut...PAS masih ok...yg tak ok nya adalah Hj Hadi dan suku sakat UG nya...marahkan nyamuk jgn bakar kelambu dulu...pada muktamar nanti kita tengok corak mana yg nak ditujui oleh akar umbi PAS...lepas tu barulah ambik tindakan sewajarnya...

    BalasPadam
  14. Kenapa lambat sangat pasma nk tubuh parti?????biar hj hadi tau tinggi atau rendahnya langit ini....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. ..dgn syarat jika PAS confirm dah blah dr pakatan rakyat. ...

      Padam
  15. Kalau pas, iaitu parti munafik tanding sendiri Tanpa PAkatan, confirm dapat 0 kerusi di selagor, Johor dan Pulau Pinang. Hanya dapat 1-2 kerusi di pahang, dan 5 kerusi di kedah.

    BalasPadam
  16. Mereka disusup masuk oleh musuh utk hancurkan PAS dari dalam. Statigi mereka macam gerak langkah kongfu. Tenaga gerak serang lawan digunakan untuk menjatuhkan lawan. Dulu kita sangka APCO tidak berbisa. Kini bisa itu dah meresap keseluruh tubuh. Dulu kita sangka stratigi APCO tidak menjadi. Kini kita sedang dicaturkan mereka setiap hari. Kejahilan Khawarij dijadikan modal. Khawarij bertindak tak guna akal. Diri sendiri saja yang benar. Akhirnya hancur kerajaan besar. Angkara YAHUDI selamanya kita takkan sedar.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.