Enam kereta mewah BMW yang setiap satu berharga lebih setengah juta didakwa telah dibeli oleh kerajaan Malaysia.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendakwa kenderaan berkenaan masih belum mempunyai nombor pendaftaran tetapi telah diletakkan jata (lambing rasmi) negara.
Berdasarkan maklumat yang diperolehinya, Setiausaha Agung PKR itu mendakwa, kereta mewah itu berada di sebuah cawangan BMW di Bandar Puteri Puchong.
“Kereta mewah ini hanya mempunyai jata negara yang mengundang spekulasi bahawa ia adalah milik kerajaan Persekutuan,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen pada Rabu.
Rafizi mendesak kerajaan memberi penjelasan kewajaran membeli kereta mewah ketika rakyat terbeban dengan kenaikkan harga barangan secara mendadak selepas pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April lalu.
Dia turut meminta BMW Malaysia menjelaskan kepada rakyat Malaysia tentang pembelian itu supaya tidak timbul tanggapan negatif. -FMT
TERKINI
BMW: Kereta tajaan untuk sidang Asean
BMW Group Malaysia menjelaskan bahawa enam buah kereta keluarannya yang dikesan dengan lambang jata Malaysia merupakan kereta tajaan untuk digunakan dalam Sidang Kemuncak Asean ke-26.
Akhbar kerajaan Selangor melaporkan, pengeluar kereta mewah itu menjelaskan bahawa enam buah kenderaan tersebut tidak dibeli oleh kerajaan, seperti yang disyaki PKR.
Perkara itu dijelaskan oleh pengarah urusan syarikat tersebut, Alan Harris.
“Kereta berkenaan tidak dibeli Kerajaan Persekutuan sebaliknya BMW menaja kereta berkenaan,” katanya seperti dipetik dalam laporan itu.
Menurutnya kereta tersebut akan digunakan sebagai kenderaan rasmi semasa persidangan berkenaan, yang akan berlangsung dari 24 hingga 28 April.
Naib presiden PKR, Rafizi Ramli pagi ini mendakwa kenderaan tersebut dibeli oleh kerajaan Malaysia.
Beliau seterusnya menuntut agar kerajaan menjelaskan mengenai “pembelian” itu. -mk
Jgn cepat melatah dan diperangkap. Ia mungkin digunakan sementara untuk ASEAN MEETING yg mana tahun ini Malaysia sebagai Tuan Rumah. Ia berlansung dari awal tahun hingga hujung tahun ini.
BalasPadamMotor BMW untuk Polis pun ada kalau tak caya pergi ke parking pejabat BMW Malaysia di quill 5 di cyberjaya. jgn cepat teperangkap nanti malu Sendiri
kereta di taja untuk sidang asean akan datang
BalasPadamSelalu nya jika di taja macam chogam Plate tu letak chogm atau nam atau oic dengan logo bendera malaysia
Yang ini tak pulak
Setuju dengan Ridd, perangkap ni. Jangan nanti orang tak percaya lagi cakap fizi.
BalasPadamBila ada persoalan jwp supaya dpt pencerahan bukan apa dimesia ni dh banyak duit rakyat tercicir tak salah klu ada org bertanya...klu rafizi membongkar banyak betul dari tidak....rafizi pun mintak kerajaan jwp je....
BalasPadamBila negara nak huru hara pentadbiran , masa itu lah ter baik nak buat untong cepat boleh kaya ber gaya
BalasPadamMasa itu lah ter baik nak tipu Rakyat bagi orang orang asal usul mya miskin papa kedana,
Orang orang Melayu saja.
Pakai seminggu lepas tu jual paling murah harga , itu pun kalau jual. Kalau nak sedekaq sorang satu pon boleh jugak , lagi pun sapa nampak.
Yang rugi orang orang miskin papa kedana di kampong tu. Orang orang Melayu jugak lah.
INI BUKAN MELATAH... INI BUKTI PERIHATIN DAN CEPAT BERTINDAK....
BalasPadamYG PENTING PERKARA INI MESTI MENDAPAT PENJELASAN DI PARLIMEN.
RAFIZI AKAN TANYA MENTERI... BETUL LAH CARA TU...
APA NK MALU PULAK, RAKYAT HANYA BERTANYA DN BERHAK TAHU
kalau mereka di pihak benar cepat mereka jawab Tapi tang yang salah tu berdolak dalil lah macam selalu
BalasPadamPerangkap ke, betul ke, Fizi dah jalankan tugas, bagi pihak rakyat yang sepatutnya dijaga oleh pemerintah.
BalasPadamKalau tak sanggup jaga rakyat, jgn jadi pemerintah.
go go rafizi.
Buat apa yang patut.
Biasanya kerajaan sewa aje atas kontrak misalnya RM100k atau lebih setiap kereta selama seminggu/sebulan. Kemudian kereta itu dijual oleh BMW sebagai kereta pre-register dgn harga diskaun RM50k misalnya. Biasanya yg buat kontrak sewa tu yg balun lebih.......... negara korup apa pun boleh. Kalau betul telus sila kemukakan bukti kontrak atau bil? Akhirnya rafizi pula dituduh fitnah & kena dakwa.
BalasPadamAku rasa macam bodoh sangat orang yang kata Jangan cepat melatah bila Rafizi keluarkan apa-apa isu tentang pembaziran ni
BalasPadamBetullah cara dia, Sekarang tak payah nak Official sangat bila bertanya. Guna cara macamni lagi cepat dan cekap, kita nampak mereka buat kerja mereka,
Apa kebenda plak kata jangan cepat melatah? nak tunggu bila? nak tunggu kena tarah habis baru dok buat soklan ke?
Gilerlah cara berfikir yang macam tu.
kerajaan malukah nak guna proton utk mesyuarat asean. tak banggakah dgn kreta nasional. mcm hipokrit sj sikapnya
BalasPadamRafizi hanya bertanya. Bagus juga. Kita perlu lebih ramai Rafizi dalam negara. Budak cerdik.....
BalasPadam