Rompin: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin, P091, bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN dan PAS umum Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Fadzilla Salleh hari ini.
Sebelum itu, pusat penamaan calon dibuka pukul 9 pagi tadi di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah dan ditutup sejam kemudian.
Dua calon, iaitu Datuk Hasan Arifin daripada Barisan Nasional (BN), dan Nazri Ahmaf daripada PAS, telah menyerahkan borang pencalonan masing-masing.
Calon PAS Nazri Ahmad dilihat tiba di pusat penamaan calon pada jam 8.45 pagi disusuli calon BN Datuk Hasan Arifin yang tiba di pusat penamaan calon pada pukul 9.04 pagi.
Nazri Ahmad telah menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.04 pagi dan Hasan Arifin pula pada pukul 9.07 pagi.
PRK Rompin Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Arifin (tiga kanan) bersalam dengan calon PAS Nazri Ahmad (dua kanan) ketika hadir pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin di sini, hari ini. - Foto Bernama
Sementara itu Bernama melaporkan, penulis blog Mohd Shukri Mohd Ramli yang pada Isnin lepas mengumumkan untuk bertanding sebagai calon bebas, tiba pada 9.50 pagi tetapi tidak dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon kerana tidak membawa penyata kewangan serta seorang pencadang dan seorang penyokong bersamanya.
Sebelum itu, Hasan, pemangku Ketua UMNO Bahagian Rompin, diiringi Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah berarak dari Puteri Inn, kira-kira 30 meter dari pusat penamaan calon pada pukul 8.50 pagi.
Turut bersama mengiringi Hasan ialah Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang juga penyelaras BN bagi PRK Rompin, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramaniam, Naib Presiden Gerakan Datuk A Kohilan Pillay berserta 5,000 anggota dan penyokong BN.
Sementara itu, Nazri pula diiringi Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, diarak dari stesen minyak Petronas kira-kira 200 meter dari pusat penamaan calon pada pukul 8.45 pagi.
Turut hadir Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, dua Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua berserta 1,000 penyokong.
Pengundian awal akan berlangsung pada 30 April ini manakala proses pengundian pula akan diadakan pada 5 Mei nanti.
Kawasan parlimen itu mempunyai 53,294 pemilih berdaftar.
PRK Rompin diadakan berikutan penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas.
Pada pilihan raya umum Ke-13, Jamaluddin mengekalkan kerusi yang disandangnya hampir enam penggal itu setelah mengalahkan bekas Ketua Dewan Muslimat PAS Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.
PRK Parlimen Rompin adalah pilihan raya kecil kesembilan selepas PRU13 yang berlangsung pada 5 Mei 2013.
Lapan PRK sebelum ini ialah PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu (24 Julai 2013); PRK DUN Sungai Limau, Kedah (4 Nov 2013); PRK DUN Kajang, Selangor (23 Mac 2014); PRK DUN Balingian, Sarawak (29 Mac 2014); PRK Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang (25 Mei 2014); PRK Parlimen Teluk Intan, Perak (31 Mei 2014); PRK DUN Pengkalan Kubor, Kelantan (25 Sept 2014) dan PRK DUN Chempaka, Kelantan (22 Mac 2015).
Seorang bloger yang mengumumkan mahu bertanding sebagai calon bebas Isnin lalu, Mohd Shukri Mohd Ramli atau lebih dikenali sebagai cucumatkilau tidak dibenarkan memasuki pusat penamaan kerana tidak membawa bersamanya penyata akaun dan pencadang serta penyokong.
Insyallah PAS akan menang ... Tapi dlm mimpi...
BalasPadamBegitulah cara pembahagian kerusi pada PRU14 akn berlaku... Pas dan Umno tiada perlawanan...
Musuh pas dan umno adalah pkr dan dap .
Apa kata di tubuhkan parti A.B.U yg diwakili pasma dan ngo ngo melayu lain...
Bila ada A.B.U sbgai parti melayu dari bekas ahli pas dan umno maka tersedak ayoh hadi Ping Marang dan Najib nanti!
Ketua Urusan Ulama PAS Permatang Pauh Badrul Abdul Rahman bahawa “haram mengundi calon tolak hudud” DAH BOLEH UNDI UMNO; UMNO IKHLAS SOKONG HUDUD:HADI
BalasPadamUndi PAS akan merosot 20% paling kecil.
BalasPadamJurang majoriti yang dimenangi BN akan naik melampaui 20 ribu berbanding 2013.
Semoga bersabar menghadapi dugaan kali ini PAS Pahang.
Sblm pangkah fikirkan gst dulu
BalasPadamSblm undi ikut cakap tun madey
Baguslah kalau pengundi PAS memilih rakan yang menyokong hudud dan menolak karib yang menolak hudud lepas itu bila ada keperluan yang karib wajib membantu usahlah minta bantuan jeritlah pada rakan yang semoga pertolongan dapat dihulurkan syabas PAS semoga berjaya dengan agan-agan mat jenin kamu.
BalasPadamHadi enggan jawab undi siapa di Pmtg Pauh
BalasPadamparok doh TGHH ..
itu Signal utk ahli undi BN
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang nampaknya keberatan menyatakan sokongan secara terbuka kepada PKR di Permatang Pauh.
Beliau hari ini mengelak apabila diajukan soalan tentang siapakah yang patut diundi di Permatang Pauh.
Dalam forum “Bicara Minda Hudud dari Kaca Mata Hadi” anjuran Sinar Harian hari ini, Hadi diajukan soalan sama sebanyak dua kali oleh hadirin.
di rompin isunya gst. knp tak hudud juga? oh umno dah sokong hudud. alhamdulillah. di p pauh isu utama ialah hudud! nampak tak auta. nak sabotaj pr utk memenangkan umno. sila tonton video dr maza ttg isu ini.
BalasPadamWalaupun ada isu GST dan Madey susah PAS nak menang
BalasPadamPAS parti tak ada arah Orang pandang PAS hanya nampak hudud Sebaliknya UMNO dengan gaya berwawasan walaupun di kelemahan Najib di dedah kan satu persatu oleh Madey
PAS hari ini dah jadi PAS 60an 70an 80an
INSYAALLAH PAS akan menang juga suatu hari nanti .... AMIIN.
BalasPadam" “Bicara Minda Hudud dari Kaca Mata Hadi”
BalasPadam- Aku rasa mcm tonton rancangan Al-Kuliyyah !
- Haji Hadi sembang apa pun aku tau !
- Soalan pun tak reti jawab !
- Aku rasa Haji Hadi ni ada masaalah untuk jawab soalan secara SPONTAN !
- Susah la nak jadi PEMIMPIN NEGARA mcm ni !
- Aku dah kata....BUKAN SEMUA TOKOH AGAMA LAYAK JAJI PEMIMPIN POLITIK !
- Mau MATI KUTU kalau BERDEBAT ni !
BODOH la pengundi di Rompin dan Permatang Pauh kalau bagi kat UMNO/BN !
BalasPadamBODOH la pengundi di Rompin dan Permatang Pauh kalau boleh undi bagi UMNO/BN menang !
Kepada PENYOKONG2 UMNO/BN... TOLONG LA CERDIK SIKIT ! GUNAKAN KUASA UNDI UNTUK MEMAKSA KERAJAAN MENARIK BALIK PELAKSANAAN GST !
KALAU UMNO/BN JATUH DI PERMATANG PAUH DAN ROMPIN....AKU PERCAYA 100%....GST AKAN DITARIK BALIK !
Kalau penyokong2 UMNO/BN bagi kerajaan kalah pun bukannya TUKAR KERAJAAN kat pusat !
Penyokong2 UMNO/BN kena bayar GST jugak ! Kalau sebagai ORANG UMNO/BN hampa dikecualikan bayar GST tak pa la hampa sokong BN bagi menang !
JANGAN JADI BENGONG !
Kedudukan UMNO/BN sangat BAHAYA untuk PRU 14 kalau kalah terutama di Rompin !
Kerajaan PASTI akan TARIK BALIK GST kalau kalah di Rompin !
IT'S A VERY BAD SIGNAL untuk PRU 14 !
Kalah memang dalam tangan...sbb pas tak nampak kekuatannya..yg nampak hanya isu presideng yg mamai dan bodoh sombong..tambah pulak rompin kubu kuat umno..so sementelah org yg menyokong umno di sana bodoh2 belaka..so... Menanglah mereka...yg kalah tetap pas dan presidengnya..
BalasPadamdi Rompin pun dah boleh undi UMNO yang ikhlas nak hudud
BalasPadamPAS nak guna kalendar kurun ke 8. Teruskan. PASma boleh bergerak bersama PKR dan DAP. Negara memerlukan sistem 2 parti. Ini penting.
BalasPadamAyoh Cik Cap Ayam doh tok relevan lagi.