18 Mac 2015

[VIDEO] Rosmah Selia Naik Taraf Jet Baru?


Adakah Rosmah ke Indianapolis tinjau jet baharu, soal PKR

PKR hari ini menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberikan penjelasan sama ada isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berada di Indianapolis, Amerika Syarikat untuk meninjau sendiri kerja menaik taraf jet baharu yang dibeli kerajaan, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.

Rafizi pada sidang media di lobi Parlimen hari ini berkata, spekulasi itu tersebar susulan misteri pesawat sedia ada, ACJ319 9M-NAA berada di lokasi berkenaan selama 6 hari pada 26 Disember, 2014 dan pada masa sama Putrajaya membeli jet baharu, ACJ320 9H-AWK.

Rafizi berkata, siasatan yang dilakukan National Oversight & Whistleblower (NOW) mendapati jet peribadi baharu yang dibeli itu sebelum ini dimiliki Comlux Aviation Group yang berpangkalan di Indianapolis.

"Perjanjian sewa beli jet peribadi baharu ACJRE0 9H-AWK ditandatangani pada 1 Disember, 2014 dan pada Oktober 2013, Comlux mengumumkan ia selesai menaik taraf jet peribadi kegunaan ketua negara Malaysia setelah kerja naik taraf bermula Jun 2013.

"Perjanjian pembelian jet ACJ320 9H-AWK menunjukkan ia melibatkan kerja naik taraf kabin, berdasarkan maklumat ini adalah tidak munasabah jet peribadi sedia ada, ACJ319 9M-NAA singgah di Comlux, Indianapolis untuk kerja naik taraf kabin kerana pesawat itu baru saja dinaik taraf setahun sebelum itu," katanya, pada sidang media berkenaan.

"Kita juga tahu, pada 26 Disember, 2014 semasa pesawat ACJ319 9M-NAA singgah di Indianapolis selama 6 hari secara misteri, kerajaan Malaysia sudah pun membeli jet peribadi baharu, ACJ320 9H-AWK,” katanya.

Sehubungan itu, ahli Parlimen Pandan itu berkata, persoalan yang berlegar ialah kemungkinan besar penumpang yang menaiki pesawat ACJ19 9M-NAA singgah di Indianapolis untuk meninjau sendiri kerja naik taraf jet peribadi baharu yang dibeli kerajaan itu.

"Oleh kerana Najib sudah pulang ke Malaysia pada ketika itu, soalan seterusnya yang berlegar siapakah sebenarnya VVIP yang singgah di pangkalan Comlux yang sedang menaik taraf jet peribadi baharu yang dibeli kerajaan.

"Spekulasi yang berlegar kemungkinan besar isteri perdana menteri adalah VVIP yang menggunakan ACJ319 9M-NAA untuk singgah di Indianapolis dan meninjau sendiri kerja menaik taraf jet peribadi baharu,"
katanya. – TMI


Rafizi tanya adakah Rosmah selia kerja naik taraf jet baru?

Adakah isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak - Datin Seri Rosmah Mansor - pergi ke Amerika Syarikat Disember lepas untuk menyelia kerja-kerja menaik taraf jet eksekutif baru kerajaan, Airbus ACJ320?

Ini adalah soalan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Pandan yang juga setiausaha agung PKR, Rafizi Ramli dalam satu sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Rafizi menegaskan bahawa jet eksekutif kerajaan sekarang, dengan nombor pendaftaran 9M-NAA, telah singgah di Indianapolis selama enam hari selepas PM pulang lebih awal ke Malaysia untuk meninjau bencana banjir.

Bencana banjir itu telah memaksa PM memendek percutian di Hawaii akhir tahun lalu.

Najib terbang ke Hawaii untuk bercuti bersama keluarga menggunakan jet eksekutif itu tetapi tanpa Najib, jet itu kemudian ke Indianapolis dan singgah di beberapa lokasi sebelum kembali ke Malaysia, kata Rafizi.

Rafizi berkata terdapat "kemungkinan besar" orang yang menaiki 9M-NAA tanpa Najib, telah ke Indianapolis untuk menyelia kerja menaik taraf jet baru itu di premis Comlux Aviation, pemilik sebelumnya Airbus ACJ320.

Katanya, tidak boleh ada alasan bahawa jet sekarang, 9M-NAA, singgah di Indianapolis untuk dinaik taraf kerana kerja-kerja menaik taraf untuk sesebuah jet mengambil masa tiga hingga empat bulan.

Spekulasinya, tegas Rafizi, ialah Rosmah adalah orang yang berada dalam 9M-NAA dan bahawa beliau ke Indianapolis dan menginap di sana selama enam hari untuk menyelia kerja-kerja menaik taraf dan pembaharuan.

Rafizi juga menjelaskan bahawa perjanjian sewa beli untuk jet baru Airbus ACJ320 ditandatangani pada 1 Disember, yang bermakna, ia telah ditauliahkan pada masa Najib dan keluarganya ke Hawaii di mana fotonya bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, telah dirakamkan.
-mk



ULASAN GB

Ferdinand Marcos tumbang kerana Imelda, begitulah Hosni Mubarak yang akhirnya ke penjara kerana Suzanne Sabet. Kedua-dua isteri presiden itu perangainya sama - boros dan gila bershopping. Wang rakyat dihabiskan untuk memenuhi nafsu kedua-dua isteri pemimpin itu. Apa kurangnya dengan isteri Najib? Tunggu hukum kebenaran dan keadilan berjalan...



17 ulasan:

  1. Adakah makcik pakcik umno ambil peduli hal ini..???

    BalasPadam
  2. Juta Juta bangsa Melayu jadi miskin papa kedana kerana buta buta angkat Keldai jadi Ketua Kabilah

    Nabi SAW pun tidak suka umat nya hidup membuta tuli

    BalasPadam
  3. ini binarang betina puaka

    BalasPadam
  4. Syukurlah kita tidak ditakdirkan menjadi pengokong umno.

    BalasPadam
  5. Kalau orang kampung yang buat kerja-kerja kampung spt bertani, toreh getah, tanam sawit dan sebagainya menerima secara buta tuli apa yang najid dan rusmeh buat itu kira tak apa lah jugak tetapi kat tempat aku yang paling kuat mempertahankan najid n rusmeh ni cikgu n guru besau. Dia orang ni kira ceredik lah jugak sebab kalau bahlul takkan la dapat jadi cikgu. Jadi kalau ada yang kata makcik n pakcik kat kampung sokong umnoo secara membabi buta aku rasa banyak punya silap sebab cikgu-cukgu pun ramai yang sokong umnoo secara membabi buta bro....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasala org2 gomen hari2 di basuh otak utk menyokong umno...hanya yg tersangat cerdik saja tidak menyokong membabi buta.

      Padam
  6. Kita semua tahu Amerika Syarikat adalah kuasa besar dunia tetapi Presiden Amerika Syarikat hanya menggunakan Air Force One dan jet penerbangan awam sahaja.

    Mengapa pula pemimpin negara kecil memerlukan terlampau banyak jet untuk shopping dll? Akhirnya rakyat juga yang tanggung beban hutang kera-jaan.

    BalasPadam
  7. Truskn bantai umno + rosmah GB. Macai umno pon meluat nk masuk cni nnti n mnyamar jd penyokong PAS.. bia diorg main2 kt sinar harian je dah..

    BalasPadam
  8. kalau melampau- lampau menyusahkan negara dan rakyat, hingga tiada berkesudahan, mudah-mudahan meletuplah jet tersebut bersama dgn orang2 berkenaan.

    BalasPadam
  9. Tuan GB

    Kita di bumi Malaysia Semua penguatkuasaan telah di UMNOkan

    Jika Malaysia tulus dan bertanggung jawab dah lama Najib dan Rosmah menerima nasib macam Ferdinand Marcos dan Imelda

    Mampus UMNO kalau tindakan di ambil ke atas Najib dan Rosmah Jadi yang Bahagian Bahagian yang nampak je macam cerdik tu tak buat apa apa Mereka tunggu Mahathir dan bekas bekas pemimpin UMNO beri tekanan supaya Najib berundur

    Berundur tak sama kena tangkap Apa yang di kaut semasa jadi PM jadi hak cucu cicit

    BalasPadam
  10. Sebenarnya bukan naik taraf tapi turun taraf Kabin yang tinggi kena rendah kan Tempat duduk yang lebar di kecilkan Kalau tinggi dari lantai tergantung pulak kaki Cermin dalam toilet kena turun kan sikit Semua nya kena ikut ketinggian First Lady of UMNO

    Susah jugak kalau Permaisuri Agung nak guna pesawat tersebut Kena lah tunggu Muhyiddin jadi PM

    Tak nampak lah dalam masa terdekat ni usaha usaha nak undur kan Najib berjaya selagi tak round the world dengan pesawat baru

    BalasPadam
  11. Peduli apa pompuan ini pergi mana dengan jet apa duit siapa? Yang penting pas dapat sokongan umno boleh buat hudu satu negara. Itu tepenting. Peduli apa gst ker 1mdb ker? Pas tersuci termulia

    BalasPadam
  12. Senang citer, hanya org bodoh yg letak otak kat pala lutut jer yg sokong pm dan bini dia secara membabi buta...terok sangat lah org org melayu berpikir tak guna akal waras..selama nya ditipu..sbb mereka sendiri melantik 'keldai' menjadi 'ketua kabilah'

    BalasPadam
  13. Kau orang nak marah marah apasal

    Kita orang UMNO menyanyi nyanyi suka sakan

    Mama ku pulang dari US
    Mama ku beli kapalterbang

    hehe


    BalasPadam
  14. Tang ini APCO memang tak ada kena mengena

    Sebab dari kecik suka beli barang dan berbelanja boros

    BalasPadam
  15. Antara alasan sebenar Najib tidak mengistiharkan dahrurat semasa banjir besar di beberapa negeri ia lah untuk menguna duit yang sepatutnya untuk mangsa banjir membeli pesawat

    Jika dahrurat Kerajaaan Persekutuan kena tanggung semua Ini bererti Kerajaan tidak menyediakan peruntukkan untuk becana alam sebaliknya duit tersebut untuk membeli pesawat

    Dalam masa kita bersedih kehilangan MH dan di tembak jatuh rupa nya pada masa itu Rosmah excited nak dapatkan pesawat baru

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.