31 Mac 2015

[VIDEO] PAS Makin Terpencil, PR Sabah Pula Putuskan Kerjasama


PKR dan DAP Sabah memutuskan hubungannya dengan PAS di negeri ini susulan ketegasan parti Islam meneruskan pelaksanaan hudud di negara ini.

Dalam kenyataan bersama, dua parti ini berkata mereka akan meneruskan kerjasama dalam Pakatan Rakyat tanpa parti Islam.

Kenyataan itu juga menegaskan pemimpin-pemimpin Islam dalam PKR tidak menolak tuntutan hudud dalam al-Quran tetapi hanya menolak pelaksanaan enakmen hudud di Malaysia.

Kenyataan mengejutkan itu ditandatangani oleh pengerusi PKR Sabah Datuk Seri Lajim Ukin dan pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong.

Ia merupakan susulan daripada keputusan DAP Sarawak minggu lalu menarik diri daripada gabungan parti pembangkang itu.

Menurut kenyataan itu, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan dan faktor keadaan semasa.

"Bagaimanapun kami tetap komited untuk perjuangan dalam Pakatan antara PKR dan DAP.

"Kami berharap PAS tidak meneruskan matlamat untuk melaksanakan hudud tetapi dengan jelas menunjukkan mereka serius untuk melaksanakannya," tegas mereka.

Menurut pemimpin berkenaan, mereka tidak lagi dapat meneruskan kerjasama apabila PAS masih bertegas untuk melaksanakan hudud.

"Jadi, dengan hati yang berat kami memutuskan untuk memutuskan kerjasama politik dengan PAS," kenyataan itu dipetik.

Awal hari ini, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya menjawab "tidak tahu" apabila diminta mengulas masa depan Pakatan.

Di peringkat kebangsaan, DAP telah memutuskan hubungan kerjasamanya dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilihat sebagai penggerak utama terhadap agenda pelaksanaan hudud.




ULASAN GB

Bila PAS semakin terpencil, berarti ruang untuk berdakwah semakin mengecil dan peluang untuk menyampaikan penerangan mengenai hudud seamakin sempit.

GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

Mereka yang hendak melaksanakan hudud sebelum rakyat dibangunkan dengan ciri kehidupan Islam adalah umpama orang yang turun berlari dari Bukit Uhud untuk merebut ghanimah, sedankan Islam belum betul-betul menang lagi. Akhirnya, musuh mengambil peluang merebut Bukit Uhud dan kemudian menghancurkan umat Islam yang berebut ghanimah itu. Bezanya ialah kalau di dalam Perang Uhud Rasulullah saw sendiri memerintah jangan turun dulu untuk merebut ghanimah, tetapi di dalam isu sekarang, pemimpin tertinggi PAS sendiri yang menyuruh turun rebut ghanimah!

19 ulasan:

  1. Yang dikerja x dapat.. yg dikendung berciciran.. cerdek x boleh diikut.. bodoh x boleh diajar.. jd le mcm kesah lebai malang.. bila dipimpin oleh orang pendek akal ini la jadinya.. peluang dakwah makin mengecil..

    BalasPadam
  2. Tak pa LA asalkan tak terpencil disisi allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau macamtu baik pergi duduk dalam gua dan berdakwah di sana....

      Padam
    2. 1045.yg layak duduk DLM gua b caves

      Padam
  3. Wahai anon 10.38.Allah beri kita oak dan akal untuk berfikir dan bertindak untuk menerangkan kepada yang masih belum memahami Islam agar mereka berusaha mendekati islam.Kita berusaha dan Allah memberi hidayah.Tapi sekiranay kita berkeras untuk inio maka Islam makin lesu.Apa tugas Pas selama ni,adakah hanya untuk memuja Hj Hadi atau ualamk lain?Apakah kita tidak bolih ktritik Ulamak? sedangkan mereka semua adaalh manusia biasa yang tidak Maksum.Tolonglah belajar adan ambil pengajaran dari Tuan Guru Arwah Nik Aziz.mnegapa takda seorang pun dari ulamk Pas yang bolih mencontohi TGNAS yangman beliau dikagumi oleh seluruh bangsa Kafir,berbeza denagn ulamak yang ada dalam Pas,samada Hj Hadi atau Mursidul Am Pas.Fikirlah sebelum Pas makin mnegecut,Liahat apa yang sedang berlaku sekarang,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada harapan jdi calon pereseden pas 1058

      Padam
  4. kalu brani isytihar laa kat selangor. ape arrr

    BalasPadam
  5. Akhirnya Allah perlihatkan siapa yg munafiq dan siapa yg benar2 berjuang utk agamanya. kenapa nak jaga hati org yg tak pernah menjaga hati perasaan orang Islam. sudah kukata PKR dan UMNO nie adik beradik kembar yg terpisah. Kot cemana pun perangai sama.. Biarlah PAS bersendirian. dari awal dulu kita ditanamkan dlm usrah dan liqa'2. Menang & Kalah tu bukan matlamat..Allah matkamat kami, Rasul junjungan kami, Islam pegangan kami. Sebab janji allah itu adalah benar... Takbir!!!

    BalasPadam
  6. pru akan datang akan ada pertandingan 3 penjuru - dap/pkr, pas, bn. cuba fikir sapa akan menang?

    sebenarnya inilah tujuan sebenar enakmen kanun jenayah syariah pindaan 2 ini. bukan untuk dilaksanakan, tapi sbg jalan utk menghancurkan pakatan rakyat oleh agent umno yg berada didalam pas.

    nak tau agent pas dalam umno sapa? mrk boleh bergurau senda dgn pemimpin umno. mrk tak kritik umno. mrk dpt projek dr umno. mrk dpt sokong media umno.

    cuba teka ada tak pemimpin pas yg dijemput ke kenduri kahwin anak pm?

    ahli parlimen mesti tanya adakah rakyat membiayai belanja kahwin ini dan berapa byk. dulu masa bertunang, dilaporkan rakyat yg bayar tp rakyat tak djemput.

    BalasPadam
  7. Alhai Selangor ramai yang tak setuju dengan Hj Hadi PAS Batu dan dua Adun yang menyokong keputusan PKR mengenai isu ganti Khalid

    Sepatutnya jika Presiden ada maruah dia sendiri minta jawatan Exco di lepaskan

    BalasPadam
  8. kalau perintah Kelantan, tapi Malaysia di perintah UMNO, bagaimana nak lakasana hudud? undang-undang negeri terikat dengan Persekutuan

    BalasPadam
  9. Strategi ulama Pas untuk memenangkan UMNO PRU14, sudah menampakkan hasil, biarkan rakyat tertekan asalkan hasrat ulama Pas berjaya?

    BalasPadam
  10. PAS tak boleh berdakwah bersendirian
    Kalau nak berdakwah atas pentas politik PAS kena bersama PR atau menyertai BN Dulu sebab DAP dan PAS lawan BN tapi sekarang kalau PAS berdegil PAS berlawan dengan PR dan BN Dari situ pengundi tahu PAS tak reti berpolitik dan tak boleh berkerjasama dengan parti parti politik yang lain

    Sekarang usaha usaha untuk membuktikan PAS parti Islam yang mengikut hukum hukum terbantut di Sabah

    BalasPadam
  11. Penduli apa? Yang penting dapat sokongan umno supaya pas dan presideng pas ternampak tersuci teemulia.

    BalasPadam
  12. Ulasan dan contoh yg tepat

    BalasPadam
  13. krg bukan dlm parti pas aje dok berebut dan menyiku ahli tapi dlm kariah masjid pun dok sesama sendiri pun rebut jawatan .. apa nak jadi pas skrg ..ahli pun dah pecah dan orang awan apa lagi..
    jika tiada quick action ..next pru bye2 lah

    BalasPadam
  14. ramai jin belaan AMNO berada dalam PAS.

    BalasPadam
  15. Tahniah kerja keras ulama muda UMNO mempengaruhi ulama Pas, Syaitan boleh berlakon lebih alim dari abid...

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.