MB: Perjanjian batal demi kedaulatan S'gor
Menteri Besar Selangor, Azmin Ali menegaskan bahawa perjanjian penstrukturan air di antara Selangor dan kerajaan Persekutuan lupus secara automatik apabila kerajaan Persekutuan cuba mengambil alih 26,000 kilometer persegi tanah Selangor.
Menurut Azmin, perjanjian yang ditandatangani pada 12 September 2014 sebelum ini hanya melibatkan pemindahan aset air dari Selangor kepada kerajaan Persekutuan, dan bukannya tanah.
Tegasnya, syarat baru yang cuba diperkenalkan oleh kerajaan Persekutuan itu tidak selaras dengan semangat perjanjian itu.
"Percanggahan dari perjanjian utama yang cuba dilaksanakan oleh kerajaan Persekutuan akan menyaksikan kerajaan negeri hilang kedaulatan ke atas tanah dan aset air milik Selangor.
"Kedaulatan Selangor adalah nombor satu," kata Azmin pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Kerajaan pusat tuntut tanah, langgar perjanjian air – Azmin
Kerajaan Selangor tidak boleh melaksanakan perjanjian penstrukturan air yang akan menyebabkan negeri itu berisiko hilang kedaulatan ke atas tanah dan aset air yang dimilikinya.
Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, kerajaan Selangor pada awalnya menghormati perjanjian yang ditandatangani 12 September tahun lalu, namun tidak boleh membenarkan perjanjian yang bercanggah daripada prinsip yang dipersetujui.
Terdahulu dalam sesi soal jawab di parlimen, Azmin mendedahkan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mahu mengambilalih tanah yang menempatkan paip air sepanjang 26,000 kilometer dan dijadikan aset dalam perjanjian konsesi air.
Katanya, Kerajaan Negeri hanya bersetuju menyerahkan aset air yang sudah dinaiktaraf syarikat konsesi dan tidak akan menggadaikan kedaulatan tanah Selangor.
“Antara perkara utama yang dilanggari Kerajaan Persekutuan adalah untuk menyemak semula perjanjian yang termeterai dalam perjanjian utama iaitu Kerajaan Negeri sudah bersetuju menyerahkan aset air milik syarikat konsesi yang dinaiktaraf.
“Tetapi dalam tempoh dua tiga bulan lalu, Kerajaan Persekutuan mendesak bukan sahaja aset yang sudah dinaiktaraf tetapi jajaran tanah yang dilalui aset itu mesti diserahkan sekali. Apakah rakyat dan pengguna Negeri Selangor bersetuju menyerahkan 26,000 km tanah itu?”
“Kedaulatan pemilikan tanah dan aset air bukanlah sesuatu yang boleh diserah milik sewenang-wenangnya,” katanya dalam sidang media di parlimen hari ini.
Menurutnya, belum pernah berlaku syarikat konsesi diberi hak milik tanah yang membolehkan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) mengambil alih tanah berkenaan.
“Mengapa sekarang tanah itu diminta menjadi milik PAAB? Ia tidak pernah berlaku dan kita melihat tindakan Kerajaan Persekutuan ini untuk menggagalkan penstrukturan air,” katanya.
Azmin berkata kerajaan pusat enggan menghormati beberapa prinsip dalam perjanjian utama iaitu:
1. Enggan mengiktiraf pemilikan aset air Negeri Selangor berjumlah RM 14.9 bilion yang bakal disuntik ke dalam Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (“Air Selangor”).
2. Enggan mengiktiraf dan menerima pemindahan RM 2 bilion dari aset air milik Air Selangor bagi tujuan penyediaan dana kepada Air Selangor bagi mengambilalih ke semua konsesi air di Negeri Selangor.
3. Enggan mengeluarkan Lesen Kemudahan kepada Air Selangor sebagai pengiktirafan pemilikan ke semua baki aset air yang dimiliki oleh Air Selangor.
4. Enggan meluluskan pemeteraian Perjanjian Kemudahan dan Sewaan di antara Pengurusan Aset Air Berhad (“PAAB”) dan Air Selangor bagi penyewaan aset air yang akan dipindahkan kepada PAAB. -KD
mamak keling tongkang pun tak kelentong sampai macam ni daa ! depa ingat semua orang boleh dikelentong semua masa ! ABU jangan lupa demi kesejahteraan rakyat & keadilan semua !!
BalasPadammereka silap orang daaaa.dia ingat khalid masih jadi MB Selangor daaaaa
BalasPadamUmno kan.lantik apco syarikat yahudi srbagai juru runding dan penasihat inilah hasilnya. Penipu penyagak perompak penyamun semuanya ada dlm umno. Berhati hati lah dgn puak umno yg licik ni.
BalasPadamkhalid pun tak mudah beri muka bro. Janganlah merapu benda yang tidak tentu halnya. Jadilah orang yang mulia. Kelak nanti orang mulia (disi agama Allah)pasti masuk syurga.
BalasPadamKat surat kabar & TV meroyan, citer diputar belit.
BalasPadamPadan muka BN UMNO. Syabas YAB AZMIN
BalasPadamUMNO ingat geng Hasan Ali dan geng Hadi the UG yang mudah diperbodohkan....
BalasPadamKerana lalai dan khianat kpd islam lah umno perikatan menggadaikan singapore kpd lee kuan yew
BalasPadamKlu geng ostad dan UG dah sign buta je.
BalasPadammcm kes pampasan utk Faekah dan dll.
Exco dari PAS sign buta sbb wala' sokong TSKI.
Ini dipanggil bagi betis nak kan peha. Syabas Azmin.
BalasPadamNasihat ikhlad kpd azmin,
BalasPadamkita tahu mahkamah milik siapa
Jangan sekali berani sign agreement dgn persekutuan... kita tahu siapa akn menang di mahkamah kangaroo najib
Dasar BN semua nak di niagakan bukan fikir pasal rakyat Habis semua di niaga tapi duit untung masuk poket siapa?
BalasPadamSebaliknya Azmin menunjukkan sikap ambil berat hal rakyat 'Apakah rakyat dan pengguna Negeri Selangor bersetuju menyerahkan 26,000 km tanah itu?'
Jika UMNO masih berkuasa tanah 26,000 km tu dah di wakaf tapi masyuk tetap masyuk Rakyat tak reti semua ini tapi PR Azmin tetap mendaulatkan rakyat Tidak rugi rakyat Selangor memberi kepercayaan kepada PR
yes! syabas yb azmin. Refosmasi dan ABU jgn lupa hahaha..
BalasPadamIni bukan kali pertama Kerajaan Pusat memperbodohkan rakyat Malaysia. Bermula dengan PLUS, TNB (reserve energy), ..., 1MDB, ...
BalasPadamProjek kerajaan ... tiba-tiba menjadi hak milik swasta dan memberi keuntungan yang berlebihan kepada swasta.
malangnya geng2 'makcik felda' , ultra melayu , macai umno tak faham @ buat tak faham penipuan sebegini. akhirnya ditipu dulu, kini dan selamanya!
BalasPadamHarga beli lain Harga sewa lain
BalasPadamSekarang harga sewa Tanah termasuk dalam jumlah yang di bayar mengikut perjanjian Tapi tanah tetap Selangor yang punya Untuk Menjamin Rakyat Selangor pun dapat bahagian air tersebut sepanjang masa Azmin jangan lepas kan tanah tersebut Jika bayaran air di naik Kerajaan Selangor naik kan lah pulak sewa tanah
Jangan bergantung sangat pada perjanjian bila bila masa dia orang boleh langgar Dan maksud tersembunyi Aset rupa rupa nya termasuk tanah
TSKI dah buat yg betul. Dia tak serah tanah Selangor dlm perjanjian tersebut. Kerajaan Persekutuan cuba pusing kalau2 MB Selangor yg baru terlepas pandang. Tapi terkantoi juga. Syabas Azmin. Tapi di mana silapnya TSKI yg semua pakat kutuk beliau selama ini berkait dgn kes ini?
BalasPadamHasrat UMNO nak tawan balik secara halus gagal.
BalasPadamLU UMNO TAK APALAH LU DPT PEMERINTAHAN MALAYSIA, BUT NEGERI PALING KAYA, SELANGOR DAN PENANG WE ALL TAKKAN BERIKAN KPD U DENGAN SEMUDAH - MUDAHNYA.