19 Mac 2015

Tuan/Puan, Bantulah Keluarga 13 Peserta Ops Bubar Yang Dipenjara..


Tabung Kebebasan' dirancang bantu keluarga 13 dipenjara

Para aktivis sedang berusaha bagi mengumpul RM26,000 sebulan untuk membantu keluarga 13 orang yang dijatuhi hukuman 10 bulan penjara kerana menyertai demonstrasi pada Februari 2009 membantah BN mengambil alih pentadbiran di Perak.

Kesemua mereka yang berusia 27 hingga 60 dihantar ke penjara selepas Mahkamah Rayuan semalam mendapati mereka bersalah dan menjatuhkan hukuman 10 bulan penjara dan denda RM5,000 tiap seorang.

Tabung Kebebasan yang dirancang itu berharap untuk mendapatkan sokongan dari 520 orang untuk mengikrarkan menyumbang RM50 sebulan selama 10 bulan, supaya keluarga mereka masing-masing akan menerima RM2,000 ketika mereka menjalani hukuman penjara.

"Sebelum kita berbuat demikian, kita mahu memastikan bahawa terdapat sokongan yang mencukupi.

Kami akan mula menyediakan struktur untuk melihat sama ada kita boleh mendapatkan sekurang-kurangnya 130 orang berikrar memberi sumbangan, dalam masa 72 jam, yang akan berakhir pada jam 1.30 petang 21 Mac.

Aktivis sosial Wong Chin Huat yang pada tahun 2009 turut ditangkap kerana memprotes rampasan kuasa di Perak. dalam postinnya di Facebook berkata, naib presiden BERSIH 2.0, Thomas Fann akan menyelia tabung tersebut.

"(Kita akan) pasatikan struktur yang betul, termasuk akaun bank, pemegang amanah dan hubungan dengan keluarga, untuk memastikan ketelusan dan akauntabiliti."

Kesemua 13 penyokong PAS yang dihantar ke penjara hari ini ialah:

Mohd Faiz Mohd Arshad, 27;
Zulhaizam Zulkifli, 30;
Meor Safizal Meor Mohamed Amin, 40;
Adi Hilmee Mohd Nasir, 45;
Mohamed Ismail S.M Abdul Kadir, 48;
Bad Latif Mansor, 48;
Mohamad Nazeer Hameed, 49;
Khairul Azmi Hassan Basr, 49;
Mohd Hasri Ismail, 49;
Yusuf Jaafar, 49;
Idris Mohd Thaib 49;
Suhana Abdullah, 50; dan
Isha Riduan Ishak, 60.

Anak aktivis berikrar berjuang untuk Abah

Melihat ayahnya, seorang aktivis, dibawa ke penjara semalam, telah mencetuskan api perjuangan dalam jiwa seorang anak yang berusia 14 tahun, Asiah Latif.

"Ia begitu pelik bagaimana dia dalam penjara kerana dia berjuang untuk keadilan. Saya tidak akan berhenti berjuang untuk apa yang betul. Saya sayang Abah," kata Asiah dalam posting dalam bahasa Inggeris di Facebook.

Bapa Asiah, Bad Latif Mansor adalah antara 13 orang yang dihantar menjalani hukuman penjara selama 10 bulan mulai semalam, apabila Mahkamah Rayuan mendapati mereka bersalah menyertai perhimpunan haram.

Mereka juga dikenakan denda RM5,000 setiap seorang kerana menyertai demonstrasi membantah angkat sumpah Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dari BN sebagai menteri besar Perak dalam satu rampasan kuasa politik di negeri ini pada tahun 2009.

Ibunya, Nashita Md Noor dalam satu lagi posting di Facebook berkata keluarganya akan tetap kuatkan diri.

"Akhirnya dia tidak kembali bersama kami [...] InsyaAllah, kami kuat. Alhamdulillah."

Selain Bad Latif, yang lainnya yang turut dibawa penjara ialah Suhana Abdullah, 50; Mohd Faiz Mohd Arshad, 27; Zulhaizam Zulkifli, 30; Isha Riduan Ishak, 60; Adi Hilmee Mohd Nasir, 45; Mohamad Nazeer Hameed, 49; Khairul Azmi Hassan Basri, 49; Mohd Hasri Ismail, 49; Mohamed Ismail S M Abdul Kadir, 48; Idris Mohd Thaib, 49; Meor Safizal Meor Mohamed Amin, 40; dan Yusuf Jaafar, 49.

Terdahulu, Lawyers for Liberty mengkritik apa yang ia dilihatnya sebagai 'double standard' dalam pemenjaraan 13 peserta demonstras tersebut.

Pengarah Eksekutif NGO itu, Eric Paulsen berkata hukumannya berbeza sama sekali dengan hukuman ke atas 15 orang yang menceroboh Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang tahun lepas.

Katanya, hukuman terhadap 13 orang itu semalam keras, berbanding dengan denda RM1,500 yang dikenakan ke atas 15 orang yang menyerbu DUN Pulau Pinang tahun lepas, mengancam penghuninya dan juga merosakkan harta benda.

Lima belas lelaki di Pulau Pinang itu marah dengan ADUN Seri Delima RSN Rayer yang memanggil Umno "celaka" dan menuntutnya menunjukkan dirinya.

Dalam kes di Perak, kata Paulsen dalam satu kenyataan semalam, Mahkamah Rayuan sepatutnya mengambil kira "keadaan peringan" berhubung protes tersebut.

Katanya, ia secara umumnya aman dan bertujuan untuk mencegah rampasan kuasa yang amat kontroversi terhadap kerajaan yang dipilih secara sah, Pakatan Rakyat Perak.

Paulsen menggesa mahkamah melindungi perlembagaan persekutuan dan menegakkan kebebasan asasi.
-HD


Kenyataan Media SAMM

Hukuman Penjara Untuk Penunjuk Perasaan Adalah Zalim!

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Perak menyifatkan hukuman denda RM5000 dan penjara 10 bulan yang dijatuhkan terhadap 13 penunjuk perasaan oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini adalah satu kezaliman.

Seramai 13 orang telah ditahan dalam satu tunjuk perasaan membantah pelantikan Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir selepas kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dijatuhkan pada 2009, adalah menifestasi rakyat dari satu rampasan kuasa yang jelas oleh regim pemerintah.

SAMM Perak menggesa keputusan ini disemak dan kes ini dimajukan ke Mahkamah Persekutuan, mengambil kira hak rakyat berhimpun adalah terpelihara dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

SAMM Perak juga meminta semua pihak khususnya parti dalam Pakatan Rakyat memberi perhatian yang besar terhadap kes ini, dan menjaga kebajikan mereka-mereka yang telah berjuang mempertahankan demokrasi tulin ketika krisis kuasa di Perak pada Februari 2009.

Sekian

Zulfadhli A’dil
Penyelaras Bersama SAMM Perak
Solidariti Anak Muda Malaysia
-


Ops Bubar: Ameerah nyata solidariti untuk 13 OKT

Ameerah Dewan Muslimat PAS Malaysia menyatakan solidariti buat 13 peserta himpunan membantah rampasan kuasa di Perak pada 2009 yang dihukum penjara 10 bulan hari ini.

Pengerusinya, Fareedah Samad berkata, Ameerah menganggap hukuman ini sebagai satu lagi pencabulan terhadap hak asasi rakyat yang berjuang menuntut keadilan.

"Ameerah Malaysia menyatakan solidariti bersama-sama mangsa kezaliman ini dan mendoakan agar kesemua 13 mangsa terutamanya pihak keluarga akan terus kuat dan terus istiqamah dalam perjuangan menegakkan keadilan," kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Fareedah juga berkata, situasi ini akan memburukkan lagi demokrasi di Malaysia selepas akhir-akhir ini ramai pemimpin politik dan aktivis masyarakat ditahan hanya kerana mengamalkan hak kebebasan bersuara.

"Akhir-akhir ini kita menyaksikan satu persatu pemimpin politik dan aktivis rakyat ditangkap hanya kerana mereka mempraktikkan hak kebebasan bersuara yg dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan dan ini sangat mengecawakan kami anak muda," katanya.

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan dan denda RM5,000 kepada 13 peserta himpunan di jalan masuk ke Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar, lima tahun lalu kerana membantah angkat sumpah Datuk Seri Zambry Kadir sebagai Menteri Besar Perak selepas berlakunya rampasan kuasa di negeri itu.

-HD




p/s Dalam pada itu ada satu persoalan lain, ada blogger bertanya:
Kes bantah perlantikan MB. Kenapa Norazli Musa boleh lepas?

10 ulasan:

  1. Dalam pada itu ada pemimpin PAS yang sanggup bersongkol dengan Nasha untuk UG Sungguh mereka tak malu

    Mereka telah mengkhianati perjuangan tersebut dan menzalimi keluarga 13 orang yang jadi mangsa korban

    BalasPadam
  2. Mohon pemimpin PAS Perak mengadap Sultan untuk dapatkan jasa baik Baginda

    Jika ini kes mahkamah rayuan minta lah penangguhan hukuman sehingga di bawa ke mahkamah persekutuan

    Tapi sumbangan jangan di tangguh

    BalasPadam
  3. presiden kt mna..ulama kt mna..

    BalasPadam
  4. Rejim UMNO BN semakin zalim, PAS sibuk nk dptkan skngn UMNO dlm isu hudud di klntn, presiden sibuk dgn raih publisiti dgn ijtima di rusila...

    Bukan sj rakyat malah Tuhan pun akan hukum PAS nanti...

    BalasPadam
  5. Memang haruslah dikasihani anak isteri yang menjadi mangsa kebodohan suami/bapak mereka yang rela diperalatkan...kenapa tiada seorang pun pemimpin tertinggi pembangkang yang turut sama berguling atas jalanraya masa tu... tanggung jawab membela mereka terletak kepada PR terutamanya DAP dan PAS... kita telah pernah mengalami peristiwa jauh lebih hebat dari ini iaitu Memali dimana melibatkan kurban jiwa...mangsa digelar syuhada dan setiap malam dalam ceramah PAS diseluruh negara bergema dengan penuh semangat kutipan derma jihad untuk syuhada Memali... dengan lenangan airmata para penderma telah menyerahkan wang ringgit, barang kemas dan lain2 yang berharga demi membela waris para syuhada... sentiasa diumumkan diakhir ceramah jumlah kutipan pada malam itu berupa wang dan barang kemas sekian2 jumlahnya... kalau nak dikira kutipan derma untuk waris syuhada Memali diseluruh negara, mau jutaan RM tetapi akhirnya bila ahli seumur hidup PAS, Cikgu Non bertanya pemimpin PAS untuk membantu waris yang kesempitan hidup... Cikgu Non telah dipecat dan ahli keluarga syuhada telah dikutuk sebagai waris syuhada murahan...duit senang dibelanja tapi kemanakah perginya barang kemas yang telah menjadi harta anak yatim itu??? Dan lebih menakjubkan, tiada seorang pun para pemimpin PAS yang bersungguh2 hendak merebut syurga setaraf dengan para Anbia' dengan menjadi syuhada!!! Jadi sama2lah kita ambil iktibarlah dengan apa yang telah berlaku... lagi sekali, adalah menjadi kewajipan sepenuhnya para pemimpin PR untuk membela anak isteri 13 orang ini... dah tahu gaung dalam, kenapa disuruh terjun.

    BalasPadam
  6. ustaz taliban mana? ???golongan ulama mane???golongan profesional juga yang tampil membantu,

    BalasPadam
  7. Di mesir, yg menentang kerajaan ade yg dipenjara, disiat kulit, dibunuh dll. Kbnyakan mereka telah pun kembali meninggalkan dunia, berjuang & menzalimi .

    Jangan putus berjuang sedara2ku.

    GB, pl update tabung sumbangan tu ye.

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah

    Pagi ini sempat singgah Bank Islam masukkan dua keping note RM

    Insya Allah kalau ada rezeki lagi ...

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.