11 Mac 2015

TITM Tarik Diri, Ruang Terbuka Luas Untuk Calon Lain Cabar Haji Hadi


Tuan Ibrahim tolak pencalonan sebagai presiden PAS

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menolak pencalonan beliau sebagai calon alternatif kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang dibuat PAS Kota Baru semalam.

Bagaimanapun, naib presiden PAS itu menyifatkan pencalonan itu membuktikan kesuburan demokrasi dalam PAS, meskipun seringkali parti dipimpin Hadi itu diserang sebaliknya.

Menyifatkan pencalonan itu satu kejutan, beliau berkata: "Seperti yang saya katakan kepada para wartawan yang bertanyakan hal ini hari ini: 'Kalau Datuk Husam (Musa) berkata 10 kali beliau pun tidak padan lagi dibandingkan dengan Hadi, saya yang berketinggian lima kaki dua inci pun mungkin ketinggalan lebih 5.2 kali di belakang Hadi dari segi kepimpinan'."

Beliau berkata, dalam sejarah kepimpinan PAS, jawatan presiden tidak pernah dipertandingkan khususnya, di era kepimpinan ulama.

"Saya melihat alangkah manisnya jika kita yang mendokong kepimpinan ulama, seperti yang dinyatakan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, untuk terus mengekalkan budaya tersebut," katanya merujuk kepada Yang Dipertua PAS Kota Baru.

Tuan Ibrahim berkata, PAS mencapai zaman paling gemilangnya di bawah kepimpinan Hadi sementara di peringkat antarabangsa pula, Kesatuan Ulama Sedunia mengangkat beliau sebagai orang nombor dua.

"Setakat ini tiada siapa yang dapat dipadankan secara dekat dengan kepimpinan dan juga ketokohan Hadi di dalam PAS," katanya.

Beliau juga menegaskan, dalam PAS, jawatan bukan sesuatu yang menjadi rebutan sebagaimana dalam parti lain.

"Pertandingan berlaku hanyalah di atas sifat 'fastabiqul khairat' (berlumba melakukan kebaikan)," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada PAS kawasan Kota Baru atas kepercayaan yang diberi.

Namun katanya, beliau tidak dapat menerima pencalonan tersebut kerana beliau akan terus mendokong Hadi sebagai presiden PAS dan membantunya.

"Biarlah orang lain kata tak setuju dengan ayah kita, tapi jangan pula anak-anak kata begitu,” katanya sebagai tanda menghormati Hadi sebagai pemimpin nombor satu parti Islam itu. – TMI

ULASAN GB

GB memandang dari msudut positif mengenai penarikan diri Tuan Ibrahim Tuan Man (TITM) daripada dicalonkan sebagai Presiden PAS di dalam pemilihan yang akan datang ini.

Pertama, ia melegakan kedua-dua pihak, samada pro-ulama yang menyokong kuat Haji Hadi sebagai Presiden atau golongan professional yang mahu Haji Hadi ditukarkan kerana sering saja bertindak "tidak mengukuhkan Pakatan Rakyat" sepertimana yang diresolusikan olehg beberapa muktamar yang lalu.

Golongan yang menyokong Haji Hadi merasa lega dengan penarikan diri TITM kerana undi mereka sudah tidak pecah lagi, bulat kepada Haji Hadi. Sebab bagi mereka, TITM adalah juga bayangan kepada Haji hadi sendiri. Satu kapal. Satu gengsi. Jika TITM bertanding, alamat susahlah mereka.

Manakala kumpulan professional pula mereka turut merasa lega dengan keputusan TITM itu, kerana peluang untuk mereka mencalonkan calon-calon lain kini terbuka luas. Jika tidak, kumpulan professional tersepit kerana perlu beri laluan kepada TITM. Nama-nama yang menjadi sebutan kini ialah Ustadz Ahmad Awang, bekas ahli majlis Syura PAS dan bekas PJ PAS Perak. Beliau adalah juga bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia. Yang lain-lain yang diwarwarkan juga sebagai pencabar Haji Hadi termasuklah Timbalan Presiden iaitu Muhmmad Sabu, Husam Musa, Mujahid Yusof Rawa dan Salehuddin Ayub.

Yang pasti jawatan Presiden memang akan ada pertandingan. Tiada zon selesa lagi bagi Haji Hadi, tiada menang tanpa bertanding lagi. Di dalam perlembagaan tiada syarat menyatakan Presiden PAS itu mesti dari kalangan ulama. Tiada kesalahan dari sudut apa pun, syariei ataupun moral, jika seseorang itu dicalonkan bertanding untuk jawatan Presiden. Malah Hadith Rasulullah menunjukkan sesiapa pun yang dilantik sebagai Ketua, ia perlu ditaati tanpa mengira dia ulama atau bukan.

“Aku wasiatkan kepada kamu semua supaya bertaqwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla, dan patuh serta taat walaupun yang memimpin kamu adalah seorang hamba Habsyi. (Hadis Riwayat Ahmad, 28/373, no. 17144. Ad-Darimi, 1/57, no. 95. Dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arnauth)

Hal ini ditegaskan oleh kenyataan dari bekas Presiden PAS sendiri, Allahyarham TG Fadzil Noor.



Mengapa Haji Hadi perlu ditukarkan? Boleh baca ulasan GB di dalam entri berikut:

Pil "WALA" Dijaja Semula Sempena Pemilihan...

27 ulasan:

  1. bygkanlah org yg:
    1. sokong ug,
    2. mahkamah sivil kata telah memfitnah,
    3. label org barua, broker,
    4. khianat dgn letak calon dikerusi pkr,
    5. perkecilkan kebolehan seorang doktor yang pernah dpt anugerah emas dlm bidangnya dan
    6. ponteng parlimen sbb nak eskot kwn hantar anak ke london,
    7. suka kluk klek,

    dianggap lebih baik dari dia, korg nilai sendirilah...

    BalasPadam
  2. Lantik saja golongan profesioanal dalam Pas jadi Presiden, sebab golongan ulama menolak...

    BalasPadam
  3. Kelemahan UMNO bila Profesional ramai masuk Pas, kelemahan Pas,Profesional di pinggirkan dan dihina

    BalasPadam
  4. Hadi perlu diganti jika nak kuatkan Pas, jika nak hancurkan Pas kekalkan Hadi...

    BalasPadam
  5. nak jaga hati tok ketua UG.belum pi berperang dah angkat bendera putih,nanti kalau pi gak berperang dan menang akan dikatakan tak wala' mengkhianati parti dan tok ketua.lagi pun apa nak dihairankan kan titm pun dari golongan UG/GU gak tak la tikam memba dari belakang.maka bertepuk amai2 lah puak UG/GU umpan pancing dari kota bahru tak sedap.kekal tok ketua sebagai tok ketua seumur hidup.

    BalasPadam
  6. Saya sokong dato husam sbg presiden pas

    BalasPadam
  7. UMNO dan UG memang suka Hadi, TITM pun UG, mana berani cabar Presiden UG?

    BalasPadam
  8. Dah tau TITM orang hadi buat pe pi calon dia?Indeks ke'alim'an jenis apa TITM berasakan Hadi ni tak boleh dilawan? pehhh... ramai yg sakit otak rupanya dlm parti yg dikatakan suci & murni ini.

    BalasPadam
  9. Stuju calonkn Ust Ahmad Awang

    BalasPadam
  10. Patutnya TITM terima pencalonan tersebut dan terpulang kepada perwakilan untuk menentukannya kerana keilmuan TITM juga tidak kurang hebatnya. Kalau lantik golongan profesional timbul fitnah lain pula. Apa pun muktamar kali ini bakal menentukan hala tuju PAS selepas ini.

    BalasPadam
  11. Chek bukan nak lawan depa yang pakai serban besaq..dak aihhhh...chek suka kalau ulama zuhud yang "humble" macam Aruwah Tok Guru Nik Aziz yang pimpin PAS atau macam Arwah fadhil Nor yang berfikiran jauh dan strategik ...

    Tapi chek memang pantang minta simpang jin afrit kalau pimpinan parti PAS masih diterajui oleh ulamak-ulamak dan ustaz yang berperangai mengalahkan ulardalamsemak ....atau orang yang perengus, suka memanggil rakan perjuangan dengan gelaran yang menghina, suka ponteng, tinggi ego, keadaan kesihatan yang tidak memuaskan atau terlampau ghairah untuk bercumbu dengan parti penipu zalim UMNO.

    Kepada mereka yang mempunyai kelemahan kelemahan yang saya sebutkan di atas, sila beri laluan sebelum PAS dipulaukan rakyat.

    BalasPadam
  12. Biar Hj Hadi jaga Ulama sedunia.kat Malaysia bagi orang lain lah yg jaga.

    BalasPadam
  13. TITM ahli politik pemimpin takde telur.. Dicalonkan tapi tk nak lawan.. Inilah pemimpin PONDE.. Dari pahang

    BalasPadam
  14. Apa maksud tersirat KB calunkan Tuan Ibrahim Yang ini lah yang perlu direnung oleh Tuan Presiden

    Jika dari dulu dok kata berulang ulang Jawatan Presiden tidak pernah di tanding dan di ikuti nama pemimpin yang di sebut untuk menganti Hj Hadi mengatakan 10 kali tak padan dan 5 kali kebelakang tiba tiba ada juga pencalunan Bukan kah ini memberi makna yang kehebatan Hj Hadi satu masa dulu telah menjunam

    Untuk menaikkan kedudukan Hj Hadi kepada kedudukan yang asal PAS perlu calunkan Ahmad Awang

    Untuk menyelamatkan PAS pro profesional kena calunkan Mat Sabu jika tak ada pencalunan lain Sebab kali ini menentukan hidup mati nya PAS

    Untuk kali terakhir PAS perlu uji semula kehebatan dan kewibawaan Hj Hadi menerajui PAS


    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang kata jawatan presiden PAS xpernah dicabar tu kaki bohong!

      Dalam sejarah PAS jawatan tersebut pernah dicabar 2 kali semasa PAS dipimpin oleh Almarhum Dr Burhanudin Helmi iaitu tahun 1953 dan 1956. Beliau dicabar oleh Almarhum Prof. Zulkifli Mohamed.

      Mereka berdua adalah tokoh yang hebat dan berjasa berbanding dengan TGHH. Dari segi jasa, bezanya seperti langit dan bumi!

      Padam
  15. napoleon Bonaparte tu tinggi sangat ke hingga boleh jadi maharaja eropah?

    adakah kamu tak bersyukur dgn ketinggian 5'2" hinggakan berasa inferior dgn hadi?

    lupa ke dgn firman manusia tu sama melainkan taqwa?

    apabila insan itu tunduk pd manusia, nescaya dia akan angkuh dgn Tuhannya.

    BalasPadam
  16. Rugi ooo TITM tolak.... kena tiba2 TGHA x mau pertahan jawatan, takkan muka tak malu nak terima balik pencalonan tu... alamat gigit jarilah. Kena yang jadi presiden pulak adalah nik amar... boleh gigit jari sampai kudung. Ke buat2 warak kucing? Kalau alim2 kucing utk geng profesional sahaja.

    BalasPadam
  17. GB punya blind spot sgt tinggi pd TGHA--berpada2 lah kempen utk mnukar presiden pas ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ujang....dalam muktamar jun nanti, Presiden dah xde, tempoh dah abis. PAS kena pilih presiden baru untuk tahun 2015-2017. Itu yang ditetapkn oleh perlembagaan.

      Apa yang nko metepek ni labu? Muktamar nanti PAS dah xde presiden. Kena pilih yang baru. TGHH pun kalau nak jadi presiden lagi kena masuk bertanding macam orang lain juga!

      Padam
  18. Kalau nak tanding Hadi , seaapa pun calon sesuai.

    Bebudak Sepilok Sabah pun boleh pakai serban kopiah.

    BalasPadam
  19. Kursi Parlimen PAS
    1999 : 27 - Presiden Dato Fadzil Noor.
    2008 : 24 - Presiden TG Hadi Awang
    2013 : 21 - Presiden TG Hadi Awang
    Presiden PAS mesti di ganti. Jangan asyik salahkan pihak lain saja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 2004 sertakanlah sekali. Masa tu kan Presiden PAS kalah Parlimen.

      Padam
  20. Ini bukan soal hubungan anak dgn Ayah atau kekeluargaan terdekat, ini adalah soal masa depan ummah.

    BalasPadam
  21. ahli pas bersabarlah sikit. beri peluang ustaz2 nak eksperimen buat hudud dengan umno. kekalkan staus quo yang ada. jangan bising2 sangat, malu kat orang. nanti bila pru14 tengoklah pencapaian pas macam mana. masa tu baru ada fakta. kalau ternyata eksperimen ustaz2 ni merugikan perjuangan islam, baru sedap nak tukar presiden!

    BalasPadam
  22. Anon 5 00 PM 15Mac
    Nak tunggu dah rugi dah tak berguna lah

    Ini bukan masalah hudud tapi masalah kepimpinan Bila TGNA sebut hudud orang bukan Islam tak melenting macam sekarang Walaupun mereka tak bersetuju tapi mereka tetap mendengar Sebalik nya bila pemimpin PAS cakap pasal hudud mereka terus bantah Kita pun rasa macam ada yang tak kena Sebab mereka guna kan hudud sebagai modal untuk menunjukkan ujud perpecahan dalam PR

    Jika cakap pasal hudud kalau nak buat eksperiman dua dua bahan kaji kena di uji PAS UMNO kena seiring dari mula bukadi hujung hasil eksperiman

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.