13 Mac 2015

Sokongan Bukan Islam Terhadap PAS Merudum... Penyelesaiannya?


Sokongan bukan Islam pada PAS merosot'

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat mengakui sokongan bukan Islam terhadap parti itu membimbangkan ketika ini ekoran pelbagai isu yang melanda termasuk kemelut dalaman dan hudud.

Sekarang, katanya, berbeza dengan keadaan dalam pilihan raya umum lalu apabila majoriti golongan itu menyokong kuat PAS.

"Cukuplah saya kata bahawa nilai (penurunan) itu membimbangkan kita, dan harus diusahakan sesuatu (tindakan)," katanya yang mengakui situasi itu sedia dimaklumi oleh kepimpinan pusat PAS.

Justeru, katanya, cabaran kini untuk memberikan keyakinan kembali kepada golongan itu kerana ia dianggap “cabaran besar” buat parti Islam itu.

Beliau menjawab soalan mengenai sokongan bukan Islam terhadap PAS ketika ini selepas PAS berdepan beberapa isu panas dan kemelut dalaman sejak akhir-akhir ini.

Pada pilihan raya umum lalu, banyak kerusi dimenangi PAS hasil sokongan bukan Islam khususnya di kawasan bandar. Antara kawasan itu termasuk di Kelana Jaya dan Kota Raja.

Bermula isu MB S'gor

Diwawancara Malaysiakini, Suhaizan berkata antara isu mula menggelegak apabila berlaku pergeseran dalaman PAS bermula daripada isu penggantian menteri besar Selangor.

"Semua itu memberi kesan, sebab mereka menaruh harapan yang tinggi (kepada PAS). Mungkin ada perkara itu, tak selari dengan apa yang mereka impikan.

"Macam jual barang. Barang itu kadang-kadang orang terima. Kadang-kadang tak. Tapi kita sebagai penjual, tak bolehlah marah pembeli.

"Kita yang harus mengubah barang itu, bagaimana untuk dipasarkan," katanya.

Mengulas berhubung kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat, Suhaizan berkata majoriti ahli PAS mahu parti itu bersama gabungan pembangkang selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Menurutnya lagi, jika persefahaman politik yang dibentuk melanggar hukum syarak, Majlis Syura PAS akan membuat keputusan baru mengenai perkara itu.

Bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu juga tidak menolak kemungkinan perwakilan akan membangkitkan isu kedudukan PAS dalam Pakatan, pada muktamarnya Jun ini, berbanding isu-isu semasa dalam negara.

ULASAN GB

Penyelsaiannya? Mudah. Ahli-ahli PAS perlu menjadikan Muktamar tahun ini sebagai medan untuk memilih pemimpin yang ingin bersama Pakatan Rakyat.

51 ulasan:

  1. TITM kumpulan UG bersama Hadi, tak mahu cabar Hadi, nak cabar Mat Sabu sebab nak kuatkan UG

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eloklah tu...haron din mursyidul am, haji hadi presiden, tuan ibrahim timbalan presiden, naib presiden nik abduh, nik amar dan din ayam, semua ajk ambik yg ada cop ug...lepas tu kita ramai2 pakat keluar pas...

      Padam
  2. Siapa kata Pas nak keluar PR. Tak ada sorang pun dari kalangan pemimpin Pas baik ulama' atau profesional yg kata begitu. Cuma jarum karat dan batu api yg berkempentingan diri saja mengada2kan cerita. Cukup2lah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abistu yg pergi gantung dua adun selangor yg mahu kukuhkan pakatan rakyat tu dulu siapa kalau bukan geng ulama yg nk berkerajaan perpaduan dgn umno ?

      Padam
    2. hahaha... xde yg nk keluar Pakatan sblm muktamar dan kemenangan dlm tangan...

      " mu tunggu ucapan penutup aku lah lps muktamar kalo menang... "

      Padam
    3. Kalau tak mau keluar pr, kenapa perlu pasma dihentam sekuat hati oleh kepimpinan ug?

      Padam
    4. Saya x nmpk pun dlm ulasan gb ada sebut ulama nk bawa pas keluar pr, kenapa anda terasa wahai anon 11:05 pm?

      Siapa makan cili dialah terasa pedasnya...

      Padam
    5. Mulut kata taknak keluar pr tapi perangai mcm nak pecah belahkan pr... meeting taknak dtg...boleh ckp sesuka hati nak dtg ke atau tidak...itu ke contoh parti islam yg baik? Kalau pr tu ada cina, bn tu tak ada cina ke? Apalah punya assobiyyah pemimpin mcm ni...

      Padam
  3. Presiden wajar diberi kepada Profesional kerana Tuan Ibrahim hanya berminat menjadi Timbalan

    BalasPadam
  4. Kesian mereka tak kenal musuh sebenar,iaitulah UMNO.

    BalasPadam
  5. Kenapa ulama sahaja? (mungkin kebanyakan mereka tu lebih sesuai dipanggil ustaz sahaja)

    Mereka yang lain tidak semesti tidak berilmu dan kurang rasa takwa. Tiada manusia yang lengkap dan serba serbi cukup. Nabi s.a.w. pun memberi ruang pada mereka yang ahli/pakar dalam sesuatu perkara untuk menerajui dalam hal hal dunia.

    BalasPadam
  6. kan geng ulama dah kata keutamaan bukan nak menang pilihanraya tp mendapat keredaan Allah. bersedialah utk kalah teruk praya. umno teluk tangan, lega, tak sangka mrk selamat kali ni. kan najib dah ucap tahniah atas perlantikan dr haron din sbg MA

    BalasPadam
  7. Suburkan demokrasi.Pas bukan harta pusaka sesiapa.

    BalasPadam
  8. Macama macam ada dalam pas yang kononnya di bawah kepimpinan ulamak dan majlis syura ulamak yang maksom. Tapi ulamak ulamak ini lahcyang kata ada barua, broker, syaitan etc dalam pas. Mereka yang sepatutnya tarbiah ahli ahli pas tapi dah gagal sebab perangai makhluk pilihan tuhan nak salah kan orang lain pulak. Setlah sekian lama menyokong Pas, akhirnya ada jugak kebenaran mamak madey, pas parti ajaran sesat. Parti anutan setan, parti amalan songsang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pandai btol macai umno ni selit kat cni.. GB.. hati2 byk pengkomen macai umno mnyamar kt cni.. tone komen pon dh bleh kenai pasti.. sile rujuk tone yg sama dlm omakkau n sinar harian.. hujung komen amik kesempatan buh ayat pas setan bagai..

      Padam
  9. Bila PAS pecah, umno tepuk tangan. Geng UG dpt jadi mufti & jawatan hebat2. Islam hancur ditangan org yg mengaku waris nabi tetapi munafik...............

    BalasPadam
  10. Anon 11.06 PM..

    Kalau tak keluar PR buat lah cara tak nak keluar.. ini tidak ajak meeting pun banyak bagi alasan yang menyakitkan hati..

    terutama GU asyik cari pasal je..

    BalasPadam
  11. Kalau bukan ulama pas, siapa yang suci mulia? Ulama pas memang tersuci termulia terbaik terpandai.

    Semua ter-best. Mari satu dunia wala kepada ulama pas presideng dan Msu. Mind najib ikut pas juaga

    BalasPadam
  12. Kebanyakan sahabat Nabi yang menjadi pemimpin adalah golongan profesional. Saidina Abu Bakar ialah tokoh korporat yang pandai bersyair. Sebaliknya, Abdullah bin Abbas dan Abdullah bin Umar tidak dilantik menjadi pemimpin kecuali Abu Hurairah yang pernah dilantik menjadi gabenor Madinah.

    BalasPadam
  13. PAS kelihatannya seperti melangkah setapak dua undur ke belakang, strategi untuk mempersiapkan diri bagaimana untuk terus mengundur jauh lagi ke belakang. Kejayaan PAS berada di belakang bukannya di hadapan!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan setapak dua tp 50thn kebelakang..

      Padam
  14. ""Kita yang harus mengubah barang itu, bagaimana untuk dipasarkan," katanya. "

    Masalah sekarang produk tu tak bermasalah malah bermutu dan berkualiti tinggi, tetapi PENGARAH PEMASARAN cukup bermasalah.... MABUK AIR SEJUK.... so cadangan saya ialah tukar PENGARAH PEMASARAN atau syarikat akan bankrap.... maklumkan kepada pemegang saham situasi sebenar agar mereka lebih memahami keadaan sebenar syarikat.

    BalasPadam
  15. Bodoh, xabis2 dgn UG. Dah TGHA brbuih bgtau xpelahap nk join UMMO. Brsama PR xsemestinya kena akur semua. Allahyarham TGNA pun pnh bgtau, PKR ni mcm bdk kecik, dia ingat org nk turut dia je.... phuihhhh....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pelahap nk join umno tapi kenyataan dan tindakan semua pro umno. Sokong persempadan semula spr, halang pilihanraya pbt kerana 13 mei akan berulang dsbnya.

      Kalau x mahu ikut pr, apa lagi, keluarlah pr... bodoh...

      Padam
    2. Mesyuarat Majlis Presiden pun malas nk datang muka x tahu malu mahu kekal lg dalam pakatan.

      Padam
    3. Halau ahli kluar parti? Bkn ke umno yg slalu gune ayat x puas hati sile kluar negara.. tone sama tu..

      Padam
  16. Peminpin Pas seperti tak sedar diri bahawa kemenangan sebagai Adun dan ahli parlmen adalah sokomgn aundi padu dari bangsa lain.contahlah di Selangor,kal;au bukan dari undi bangsa lain sorylah nak menang.tapi disebabkan wala, dan sombong diri maka mereka ini lupa diri.tunggulag pilharaya akan datang kalau masih bongkak.

    BalasPadam
  17. kerana musuh pengkhianat dalam selimut parti islam akan bungkus ! ABU & lawan geng pro 'ug' sampai akhir !

    BalasPadam

  18. Tak payah lah bagi sumbangan atau derma utk tabung jihad pas. Pas bukan nak menang pilihan raya pun. Biar ostad UG kutip sampul kat ceramah mesjid.

    Bagi kat masjid lagi elok. Masuk dlm sampol bg kat ostad UG.

    BalasPadam
  19. Kita sokong ulama..tp kita x sokong ulamak(konon) yg nk brsekonkol dgn umno..Tgha memang hebat tp ramai lg tokoh2 yg jauh lebih hebat dlm pas..

    BalasPadam
  20. Penyelsaiannya? Mudah. - GB

    Tuan
    Bukan mudah tapi susah Lagi susah dari kisah yang di ceritakan oleh Subky untuk meramaikan ahli PAS Masa itu PAS berusaha menambah ahli dari kalangan melayu sahaja Jumlah ahli penyokong melayu yang ada ini pun merosot

    PAS sebenarnya mendapat sokongan bukan Islam bukan di sebabkan atas usaha PAS sendiri Tetapi satu kesempatan yang di beri Tuhan (pertolongan) ia itu keadaan di mana rakyat di beri tawaran baru ia itu PR
    Tanpa PR bukan Islam tidak akan hadir ceramah PAS seperti sebelum nya Kerana PR lah bukan Islam kibarkan bendera PAS Pada ketika itu juga orang melayu sendiri tak seramai itu jika PAS ceramah atas pentas PAS

    Bila sokongan kepada PR bertambah kuat bermula lah keyakinan mereka pada Islam Mereka yang bukan Islam memandang pemimpin PAS macam TGNA dan sedikit demi sedikit orang bukan Islam selesa dengan Islam Tambahan jika ada Ulamak PAS yang hidup lebih jauh senang nya dark TGNA mereka dah mula pandang serong

    Kita pertaruhkan Islam!! Orang bukan Islam tahu betapa kuat nya kita berpegang pada agama PAS bukan pertaruh bangsa ia itu Melayu tapi agama

    Dulu ramai orang kata semua agama sama Ulamak Ustad kata Islam tak sama Tapi perangai dan kelakuan pemimpin PAS pro UG yang meletakkan semua agama sama Sebab dalam kalangan Ulamak pun ada yang cakap lain buat nya lain

    Walaupun ahli ahli memilih pemimpin yang pro PR berapa yang telah di uji semangat PR nya kental dan berpegang pada janji ? Berpuluh tahun PAS nak sampai ke tahap PAS ganti UMNO ada kah muka muka baru boleh melakukan nya dalam masa yang singkat Berapa ramai di kalangan kita kenal Ustad Harun Din dari sudut kepimpinannya Orang bukan Islam mungkin tahu siapa Ustad Harun Din sebab kehandalan nya dalam perubatan Islam tapi mereka belum memberi keyakinan kepada Ustad Harun Din seperti mana mereka telah memberi keyakinan tanpa berbelah bagi pada TGNA Begitu juga lah kalau Tuan Ibrahim yang memimpin PAS

    BalasPadam
  21. seringkali kita seru supaya TUKAR kerajaan yang ada dari BN kepada PR.

    Rupa2nya Allah suruh kita TUKAR dulu pemimpin PAS yang ada sebelum berjaya TUKAR pemerintah negara.

    BalasPadam
  22. seringkali kita seru supaya TUKAR kerajaan yang ada dari BN kepada PR.

    Rupa2nya Allah suruh kita TUKAR dulu pemimpin PAS yang ada sebelum berjaya TUKAR pemerintah negara.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan PAS je, dlm PKR & DAP pun sama. Ramai yg kiasu.

      Padam
  23. Why not calonkan yb husam utk kerusi presiden?

    BalasPadam
  24. Anon 8.45 anta punya komen ok salah satu point yg bagus Mana ustaz ustaz yg menang kawasan campuran tak merasa Bangsa dan Rakyat Malaysian mcm Usraz Tonto, yg perasan Ulamak tu, silap Cina Termeloh bagi undi kat dia. Tepuk dahi diorg skg

    BalasPadam
  25. https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10205282370811175&set=a.1091027568286.14545.1604406281&type=1&theater

    BalasPadam
  26. Tak payah kluk klek, tak payah ulas panjang panjang...penyelesaiannya semudah ABC jea...Haji Hadi perlu digantikan sebolehnya oleh calon yg bukan tegar UG dan angkatan geng ug diturunkan pangkat oleh perwakilan pada muktamar akan dtg supaya tidak berkokok lebih sgt kalau sedar diri tu minoriti dlm pas...kalau tindakan ini tidak diambil, insyaAllah pas akan lihat hasilnya pada pru ke 14 nanti...

    BalasPadam
  27. Masa hubungan PAS dengan DAP baik dan UMNO masa tu pulak cuba pancing PAS tapj di tolak oleh TGNA UMNO kata PAS boleh berbaik dengan DAP tapi menolak UMNO yang beragama Islam

    Sekarang Hj Hadi kata Tidak salah berbaik dengan UMNO sebab dengan DAP pun kita berkawan PAS terbuka untuk menerima sesiapa saja

    BalasPadam
  28. Sebenarnya pemimpin2 PAS serba salah, sebab UMNO tu, walaupun korup, tak nak jalankan hukum Islam, tapi ahli2nya majoriti ISLAM, DAP tu sebaliknya.

    Itu saja. Lain2 sebab tu sampingan2 yang ditiup2 oleh UMNO .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abih tu kau ingat partner umno seperti MCA, Gerakan & Geng Dayak kat Borneo tu akan setuju ke laksanakan hukum islam kalau Pas dan umno bergabung?
      MCA tu jawa ke? Gerakan tu ahli ahlinya org Minang ke?
      ke DAP jea satu satunya puak cina dlm m'sia ni?

      Padam
    2. Logik senang, yang silap pasal cina walaupun Banding dengan rasuah.

      Ajaran agama apa ?

      Padam
  29. Ulamak mudah diperbodohkan UMNO, Profesional dan PKR biasa dengan UMNO dah tahu sepak terajang UMNO,sukar di perbodohkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perbodohkan? Bukan, Saja buat kerja extremist supaya dapat $$$

      Buat kerja extremist supaya nampak suci mulia. Ini la geng UG daripada parti suci mulia

      Padam
  30. Puan jerman,

    umno ada halau rakyat keluar dr negara ini. tp umno tak pernah halau ahlinya keluar dr parti!

    BalasPadam
  31. Ikhlas dalam agama walau dibenci oleh orang-orang kafir

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikhkas dakam agama... agama utk org berakal, bukan utk org bebal mcm kamu.... barulah x kisah walau dibenci leh org kafir ... afalataqqiluun?

      Padam
    2. Bagi UG, Orang lain terutama kafir semua Sampah. Sudah bersedia kalah pru maka Tak perlu sebarang sokongan

      Cakap macam diri suci mulia, tapi sebenar UG adalah extremist yang buat macam suci mulia.

      Padam
  32. Bukan aku kata tp nabi ajar gitu

    BalasPadam
  33. Macam ni

    Dua dua pun betul
    kena ikhlas
    kena berakal

    Sinario Ikhlas

    Kata lah memang betul lah si DAP tu benci PAS maka PAS jangan lah pulak membalas dengan alasan alasan yang tak masuk akal dan bersungguh sungguh berbaik dengan UMNO Kan tak ikhlas nama nya Yang suka dengan kita kena ikhlas Yang tak suka pun kena ikhlas

    Sinario Akal

    Bagi hint je lah
    Pil Kuda Barua
    Terus bersama PR tapi malas hadir mesyuarat

    BalasPadam
  34. Sayang...PAS loni dah tak kenal mana musuh Islam mana musuh org melayu.....

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.