PAS Kota Baru diramal calonkan tokoh presiden baru
Ketika PAS memulakan mesyuarat agung tahunan peringkat kawasannya hari ini, kawasan Kota Baru dijangka menamakan seorang calon selain Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi menduduki kerusi nombor satu parti itu.
Dan, mengikut ramalan awal, jawatan itu tidak akan dipertandingkan.
Sumber memberitahu The Malaysian Insider, nama tokoh berkenaan dibincangkan sejak sekian lama sebagai calon alternatif bagi menyelesaikan kemelut dalaman PAS.
Mesyuarat hari ini akan menentukan sama ada calon itu diterima semua perwakilan atau tidak.
Yang Dipertua PAS Kota Baru Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah ketika dihubungi berkata, pihaknya menyerahkan hal tersebut kepada perwakilan dalam mesyuarat itu nanti.
Katanya, PAS Kota Baru berazam menjadi pelopor dan membentuk pemikiran ahli PAS di seluruh negara menjelang Muktamar PAS ke-61 pada Jun depan.
Mesyuarat agung ini katanya akan memberikan hak sepenuhnya kepada perwakilan menentukan calon kepimpinan PAS di masa depan, termasuk bagi kedudukan presiden.
Dalam pertemuan beliau dengan semua ketua dan setiausaha cawangan di Kota Baru minggu lalu, beliau meminta mereka melaksanakan hak menentukan pucuk kepimpinan parti di semua peringkat.
"Biarlah semua jawatan dipertandingkan. Ia bagus untuk memberikan hak sepenuhnya kepada ahli menentukan siapa pilihan mereka. Menang tanpa bertanding setiap masa ini ada negatifnya," kata Rahim.
Khabar angin menyatakan PAS Kota Baru akan mencalonkan tokoh selain Hadi sebagai presiden bertiup sejak sekian lama.
Rahim sendiri sebelum ini pernah mencadangkan nama Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai presiden bagi menggantikan Hadi demi menyatukan kembali PAS.
Beliau yakin Hadi tidak akan mempertahankan jawatan itu demi kepentingan PAS yang sedang berpecah teruk sekarang ini.
Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yakin tidak ada pencabar yang berwibawa menggantikan Hadi buat masa ini.
Sejak memangku jawatan itu susulan kematian Datuk Fadzil Noor pada 2002, kedudukan Hadi tidak pernah dicabar.
Manakala bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Kamarudin Jaffar pula berkata, beliau tidak terkejut jika ada kawasan yang mencalonkan tokoh lain untuk jawatan kepimpinan tertinggi PAS, termasuk jawatan presiden, memandangkan apa yang berlaku dalam PAS sekarang.
Mesyuarat agung PAS kawasan Kota Baru buat pertama kalinya akan diadakan di Dewan Zulkefli Mohamad, Bangunan PAS Kelantan, tempat di mana bekas Mursyidul Am Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberikan kuliah Jumaatnya saban minggu sebelum ini.
"Biasanya dewan ini untuk kuliah sahaja. Kami pilih untuk mengadakan mesyuarat di sini buat pertama kalinya sempena 50 tahun pembinaannya," kata Rahim, bekas ahli Parlimen Kota Baru.
Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Kota Baru mengadakan mesyuarat agung pada Jumaat, sehari sebelum mesyuarat agung peringkat kawasan.
Pertandingan untuk merebut kepimpinan juga dijangka berlaku di peringkat kawasan Kota Baru.
Pada masa ini, Rahim merupakan yang dipertua kawasan, sementara Datuk Takiyudin Hassan (ahli Parlimen Kota Baru), timbalan yang dipertua manakala Datuk Anual Tan Abdullah (exco kerajaan negeri Kelantan), naib yang dipertua.
Takiyudin dikatakan akan mencabar Rahim kali ini untuk jawatan yang dipertua manakala Dr Rosli Ahlani, ketua Pemuda kawasan sekarang, dikatakan akan bertanding merebut jawatan timbalan yang dipertua. – TMI
ULASAN GB
Huykum kebenaran dan keadilan berjalan.
Tak salah apa pun dan tak berdosa untuk mencalonkan orang lain sebagai Presiden. So, lawan!
Usah pedulikan golongan taksub, serahkan urusan itu kepada Allah swt.
Berani pas Kota baru tidak wala kepada ulama pas presideng dan Msu yang tersuci termulia ?
BalasPadamApa hukuman?
A.B.A.H
BalasPadamAsalkan Bukan Abdul Hadi
A.B.A.H
p.s turunkan dari jawatan presiden untuk di lantik murshidul
mursyidulpun hadi xlayak. dia bias
BalasPadameloklah tu... jgn bebenkan dato presiden dgn tugas yang berat. berilah dato presiden berehat dan memikirkan isu lain yang lebih penting termasuk isu dunia islam yang bermasalah...
BalasPadamGOOD !!!!!
BalasPadamTer bukti sudah bukan semua prang orang PAS jenis Otak Gred 3 tidak cerdik.
Ini akan mencetus minda ter buka di kalangan orang orang PAS agar henti membahalol kan diri dari ikut gaya Ularmak2 Nik Bodoh dalam PAS.
sy cadangkan nik bduh sbg calon bagi menghargai jasa2 bapa dia. Amacam? ataupun calonkan serban besar supaya dia dapat mencurahkan khidmat bakti agar cempaka mampu berdaya maju seperti yang dia lakukan di pahang.
BalasPadamTerbaikkkk...tak jadi dosa pun kalau bertanding lawan presiden...adat lawanlah ada menang ada kalah...kenapa? Takkan haji hadi takut kot...
BalasPadamLagi sekali Mustafa Ali mendedahkan siapa dia sebenarnya Jawatan dia pun patut di ganti oleh orang baru
BalasPadamPenasihat memunahkan lagi ada lah
Haji hadi pokok stopa ali tu dahan dan geng2 ug tu ranting...kalau pokok tumbang maka..dahan dan ranting2 pun akan turut sama menyembah bumi...stopa ali tak payahlah nak buat statement mcm cara umno yg suka perbodohkan rakyat...
BalasPadamJangan sesekali pun ada mulut dari kita yang menyebut Kota Baru dengan menyebut Kota Baru'a'
BalasPadamEluk jugak ada percalunan biar mereka pro UG sibuk mempertahankan Hj Hadi jika tidak mereka hanya menumpu kepada jawatan Naib
Tuan Ibrahim Tuan Man boleh dicalonkan sebagai Presiden baru Pas, sebagai gandingan mantap dengan Mat Sabu
BalasPadam