Ekonomi sedang tenat, GST perlu ditangguhkan - Ku Li
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, hari ini mencadangkan supaya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ditangguhkan memandangkan ekonomi dan kewangan awam berada di tahap yang tenat.
Berucap ketika sesi perbahasan titah diraja di Dewan Rakyat hari ini, Tengku Razaleigh atau lebih dikenali dengan gelaran Ku Li berkata, GST akan menjadi tambahan beban untuk rakyat yang kini sudah terlalu banyak dibebani hutang susulan kemerosotan ekonomi negara.
"Di atas perkiraan inilah saya cadangkan di dalam surat bertarikh 30hb Oktober, 2014 supaya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ditangguhkan memandangkan ekonomi dan kewangan awam berada di tahap yang tenat.
"Rakyat juga menanggung beban hutang isi rumah yang tinggi. Oleh itu kita perlu tahu sebab musabab GST dikenakan kerana punca pendapatan ini akan menambah beban kewangan rakyat.
"Rakyat berhak tahu sama ada GST yang akan dilaksanakan pada bulan April hadapan ini akan menguntungkan negara atau ia hanya untuk membayar faedah kepada si pemiutang dan pemegang bon, tujuan GST dilaksanakan tidak seharusnya dirahsiakan," katanya.
Bekas presiden parti Semangat 46 itu berkata, kerajaan bertindak tidak adil jika menyalurkan bebanan hutang kepada rakyat tanpa sebarang sebab munasabah.
"Jikalau beban tambahan ini dihalakan kepada rakyat tanpa alasan munasabah kita sebenarnya berlaku tidak adil.
"Oleh itu suara hati kita semestinya jelas dan terang ketika memberi keterangan kepada rakyat kenapa GST perlu pada ketika ini," katanya lagi.
Ahli Parlimen paling lama berkhidmat itu juga melahirkan kebimbangannya yerhadap penggunaan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) untuk membantu institusi kewangan yang terlibat dalam pemberian pinjaman kepada perbadanan-perbadanan tertentu.
"Dalam hal ini, kita perlu penjelasan daripada Menteri Kewangan mengenai kedudukan KWSP dan KWAP serta jumlah pelaburan dana di dalam institusi kewangan yang dibebankan dengan pemberian pinjaman," katanya.
"Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sekali-kali tidak harus berada dalam keadaan di mana terdapatnya pertelingkahan kepentingan," jelas beliau. -astroawani
Hadis Nabi...Apabila sesuatu urusan itu diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuranya. Fikir-fikirkanlah !
BalasPadambgi penyamun jaga peti duit, bini penyamun pegang anak kunci peti, anak tiri penyamun senang linang.
PadamMenteri fikir rakyat bodoh tetapi rakyat lebih mengetahui. GST mengenakan cukai 6% peratus untuk setiap peringkat pengeluaran, pemasaran dan peruncit menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan akan terus meningkat lebih tinggi dan bilangan rakyat miskin di negara ini akan terus meningkat kerana semua cukai-cukai itu yang termasuk dalam harga jualan akan ditanggung dan dibayar oleh rakyat sebagai pengguna sedangkan peniaga boleh menuntut bayaran input dari kera-jaan.
BalasPadamHarga rumah juga akan meningkat lebih tinggi lagi kerana setiap bahan dan peralatan pembinaan akan dikenakan cukai GST maka ramailah rakyat akan tinggal dalam khemah di tepi jalan !
Syabas kepada penyokong-penyokong Be End kerana menyokong GST. Semoga GST menjadi pemankin yang mempercepatkan kejatuhan Be End dalam PRU yang akan datang.
Jangan risau, yang penting pas dapat hudud di seluruh negara dengan sokongan umno. Peduli gst untuk apa?
PadamMana suara ahli parlimen PAS pro ug? Tak kan berbual kosong di kafetaria Parlimen semasa ahli parlimen pakatan rakyat yang lain menentang gst, keborosan kerajaan dan kezaliman polis.
Padamumno juga punya kerja ...
BalasPadamHabis selama ini kerajaan mengatakan GST tidak membebankan rakyat tipu le ye..
BalasPadamrakyat ditindas melalui GST,kesempitan hidup akan terus menekan ekonomi rakyat.
BalasPadamcukai GST hanya untuk menambah kekayaan
pemimpin AMNO sahaja.
ahli biasa AMNO terus diperbodohkan, termasuk rakyat yang memyokong mereka.
Hadi dan UG sokong GST?, Senyap saja, yang dikritik Pakatan Rakyat dan Pas bukan ulamak?
BalasPadamAhli parlimen umno sendiri dan tentunya kaya raya tolak gst. Rakyat yang cari makan terkais2 masih sokong gst memang sesuatu yang sangat jangal.
BalasPadamAdakah Sudah terlambat tuk ahli bawah BN
BalasPadamSedar kepincangan pemimpin mereka.
Tak hampir jahanam dikerjakan.
Malaysia musnah sebelum 2020.
Gomen tak de duit. Ketua Kabilah jenis Lahanat tegar.
BalasPadamBila lahanat yang di ketahui pembinasa umat di lantik ketua akibat rakyat yang taksub mentedarah rasuah BR1M , bahana nya hingga binatang pun seksa....
Apa2 pun salah orang orang Melayu
BalasPadamSalam
PM jangan peduli apa veteran Umno ni cakap. selagi 154 ketua bahagian sokong you, you buatlah apa saja. nak beli kapalterbang ke. nak simpan duit kat cayman island ke. nak bagi pinjaman kat jho low ke. nak bagi petrosaudi pinjam ke... buat saja
ketua bhg 154 org ada sokong you.
you jgn peduli rakyat 30 juta ni. di msia you hanya perlu jaga ketua bhg saja.
tu pun tak perlu semua. 154 dah cukup.
selamat bertugas DS Najib
Selain bekas presiden parti Semangat 46 dan Ahli Parlimen paling lama berkhidmat Tengku Razaleigh juga ia lah bekas Menteri Kewangan
BalasPadamNada cakap tu biar tegas dan padat ! Mata tenung tajam Kalau setakat cakap nak bagitahu dan minta penjelasan tak payah lah
Apa Tengku Razaleigh nak buat kalau rakyat terus di kena GST Adakah Tengku Razaleigh biarkan saja jika KWSP dan KWAP melabur dalam dana yang di bebankan dengan pinjaman Sebab itu lah kesudahan nya
Parlimen kita dah jadi kedai kopi !!
Salam...nk tanya pd pengomen yg tau...blog pak bakaq a.k.a penarik beca dh x dak ka?..mohon pencerahan..
BalasPadamKalau betul lah Ku Li ni betul betul nak tolong rakyat dan bertanggung jawab pada negara banyak perkara dan kepincangan yang sepatutnya Ku Li suarakan Masa minyak murah Kerajaan letak harga mahal itu pun rakyat jugak yang jadi mangsa tapi tak di bidas
BalasPadamRoyalti pun separuh jalan
Bila PR bantah UMNO BN kata Anwar yang mencadangkan GST semasa menjadi Menteri Kewangan Sebab itu lah UMNO BN terpaksa buat GST
kita tunggu dan lihat masa depan negara macam mana,,,mesir,maldives,marroco,malawi,madagascar,hampir semua negara tropikal ni malap,,
BalasPadamorg melayu ni suka menggelabah tak tentu pasal gst blm jalan lg dah mcm2 andaian kuar yg menangguk di air keruh inilah masanya nak cari modal. bila harga minyak naik huru hara seolah2 esok akan mati tak makan tp perut makin buncit jugak.. bila accident tgh jln sibuk nak perlahan kenderaan macam lah nak tolong sgt lbh nak menyibuk aje.. cuba bw bertenang dr zaman kegawatan ekonomi smpi skrg tak penah plak aku dgr ada org melayu yg mati tak mkn pasal harga brg naik.. yg melancong sakan pun ramai jugak, shoping compleks pun penuh dgn org melayu je aku tgk, tak plak nmpk melayu mengemis yg ramai org asing yg mengemis sbb org melayu kan byk duit blh bg sedekah lg.. cuba jd melayu yg berpikiran matang sikit ini asal ada aje org bw isu dah mengelabah.. asal ada aje org bg cerita terus aje forward tanpa perlu menapis cerita tu benar ke salah.. smpi kan hadis palsu pun dia main forward aje sbb nak dpt pahala lbh la katakan..
BalasPadamApakah sdra mahu negara sudah jadi seperti Mexico yg bangkrap baru hendak bertindak?
PadamHuh, cakap tak serupa bikin. Dahlah cakap bersaorangan di Parlimen.
BalasPadamLupa ke skandal BMF semasa beliau dalam kerajaan dan menjadi Menteri Kewangan???
agung kena bersuara, kerana alasan beli jet utk kegunaan agung.
BalasPadamJangan sudah terhantuk baru nak tengadah!
BalasPadamBukan tergadah TERGADAI !!
BalasPadamMelayu dah ada yang tak makan 5 bari cuma makan roti
Anak Melayu dah ada yang tak pergi sekolah
Melayu dah ada yang tinggal di tanah kubur
Melayu dah ada jadi pelacur untuk menyara hidup
Melayu ada yang dapat bantuan dari gereja
Melayu yang main hoki untuk negara pun dah tak main hoki lagi sebab nak bantu keluarga
Melayu yang banyak melancung Melayu yang banyak bershopping tu melayu berdarah rosmah Jangan kata kerana Rosmah kaya semua melayu kaya Melayu masih lagi termiskin di bandingkan dengan kaum lain
NOH GADUT MANA ??
BalasPadamNOH GADUT MANA ??
Rafizi dh bgtau awal2 dah.tpi org mlsia spt org kg org felda org oku dll kaya.setuju shj...
BalasPadamSaya amat setuju dengan ingatan ANON March 17, 2015 at 7:53 PM,
BalasPadamMelayu kita ni baik dan sangat senang dipermainkan oleh pemimpin Melayu sendiri. Kalau pemimpin berkata apa yang depa buat tu untuk kebaikan Melayu, maka berbondong2lah depa menyokong tanpa siasatan dan berfikir. Janji Melayu untung walaupun sebenarnya Melayu yang rugi dan mungkin akan rugi selama-lamanya.
Dalam konsep kuasa perlembagaan, PM tak harusnya memegang jawatan Menteri Kewangan sebab kedua-duanya mempunyai kuasa veto yang luar biasa. TETAPI bila kedua-duanya dipegang oleh seorang sahaja, maka kuasa vetonya amat tinggi. Kita tidak belajar dari pengajaran kes DSAI. DSAI dipecat Che Det kerana DSAI tak mahu meluluskan permohonan PM untuk bail-out perniagaan anaknya. Tak kan sampai hari ini Melayu masih tak faham. Sejak hari itu, PM mempunyai kuasa yang luar biasa dan sejak hari itu, hutang negara mula bertambah dan tak pernah berhenti sebab PM yang memegang jawatan ini setakat pegang sahaja dan tidak mempunyai pengetahuan dalam pengurusan kewangan negara. Saya tidak faham kenapa PM nak pegang jawatan Menteri Kewangan lagi sedangkan banyak kerja di Jabatan Perdana Menteri pun tak mampu diselesaikannya sehingga perlu "meminjam" begitu ramai "profesional" yang tidak mahir. Lagi ramai pro yang dipinjam. lagi merundum ekonomi negara. Lagi cacamarba pengurusan kerajaan dari atas sampai ke bawah.
Lihat saja pada laporan Audit Negara. Bolehkah SPRM dan PDRM bercakap mereka tidak ada kuasa menyiasat penyalahgunaan kuasa yang berlaku? Hairan bin Ajaib. Selagi tindakan ini tidak diambil, sampai bila pun PM akan dikecam "RASUAH", ""TAKUT BINI", ....
Baru-baru ini, saya terdengar komen dari seorang yang menggelar dirinya "Polis Pencen" dalam rancangan "SELAMAT PAGI MALAYSIA" tentang soal "GST". Beliau marah bila peniaga Cina menaikkan harga barangan. Inilah mentaliti Melayu "BUTA". Bila GST dikenakan, harga barangan "TURUN". Bodohlah kalau Melayu mempercayainya. Kenapa Cina tidak berfikir seperti Melayu? Kenapa Cina begitu "susah hati" dan "gelisah" dengan rancangan perlaksanaan GST ni malahan Melayu pulak yang "gembira"?
Satu lagi hujahnya ialah Cina tu jahat menaikkan harga dan menganiayai Melayu yang "jujur". Melayu yang "JUJUR" ... jujur kat mana? 95% pegawai tinggi kerajaan termasuk POLIS adalah Melayu dan rasuah berleluasa. Pegawai kerajaan (Melayu) rasuah pun salah cina juga. Pegawai Melayu yang rasuah pun jujur jugakah? Sanggup dia kata Melayu jujur depan TV? Bukankah dia telah memperbodohkan Melayu di depan berjuta-juta penonton di depan TV?
Kita asyik dok kata kita jujur, kita baik, kita hebat, ...
jujur kat mana kalau audit negara menunjukkan penyelewengan berlaku ..
hebat kat mana kalau kita asyik dok kait dengan rasuah, pembunuha, fitnah liwat, ....
Kerana Melayulah, Islam dipandang serong. Fikir-fikirkanlah ...