14 Feb 2015

[PENCERAHAN] Beberapa "Kebetulan" Yang Allah Susun Pada Kematian TG Nik Aziz.


Ada beberapa kejadian luarbiasa berlaku pada ketika kematian TG Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kita bukan taksub, kita bukan mendewakan makhluk, tetapi ada beberapa beberapa hal dan kejadian berkaitan pemergian Allahyarham TG Nik Abdul Aziz menghadap Rabbul-Jalil.

Pertama, Allahyarham kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat. Hari Jumaat adalah penghulu bagi segala hari.

Memanglah kematian hari apa pun tidak menjadi hal asalkan saat penghujungnya baik atau dinamakan "khusnul khatimah", sebagaimana dalam hadits yang shahih :

إنَّمَا الأَعْمَالُ بِالخَـوَاتِيْمُ رواه البخاري وغَيْرُهُ.
"Sesungguhnya amalan itu (tergantung) dengan penutupnya". [HR Bukhari dan selainnya]

Tetapi bagi TG NIk Abd Aziz, ia dilengkapi dan diindahkan dengan terpilihnya Allahyarham menghadap Allah pada hari Jumaat.

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوتُ يَوْمَ الْجُمُعَuةِ أَوْ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إِلَّا وَقَاهُ اللَّهُ فِتْنَةَ الْقَبْرِ
"Tidaklah seorang muslim meninggal pada hari Jum`at atau malam Jum`at, melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah (siksa) kubur". [HR Ahmad dan Tirmidzi]
* Hadith di atas dikatakan hadith dhaif (lemah sanadnya) tetapi bukan hadith maudhu (rekaan). Pendapat Imam Abu Hanifah, Imam Al-Syafi’i, juga Imam Ahmad bin Hanbal menyatakan boleh beramal dengan hadis dhaif secara mutlak.

Kedua, semasa jenazahnya diangkat, awan mendung berarak persis memayungi keranda yang diusung. Memberi keselesaan untuk semua hadirin yang hadir memberi penghormatan terakhir untuk Tok Guru. Persekitaran yang turut menjadi dingin dengan angin kencang itu disambut dengan laungan ‘Allahuakbar’ berkali-kali oleh orang ramai beragama Islam di tanah perkuburan yang menganggapnya sebagai satu kejadian luar biasa.



Ketiga, tarikh kematian beliau sama dengan tarikh kematian Imam Hassan Al Banna, Mujadid Islam abad ke 19.


Keempat, pemergian Tok Guru Nik Aziz juga "berkebetulan" sama dengan pemergian Allahyarham TG Ustaz Fadzil Mohd Noor, iaiatu ketika Anwar berada di penjara.

Ustaz Fadzil meninggal dunia pada 23 Jun 2002, yang mana pada tahun itu Anwar berada di penjara setelah dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun kerana didapati bersalah di atas kesalahan penyalahgunaan kuasa. Sementara TG Nik Abdul Aziz meninggal dunia selang beberapa hari Anwar dibawa ke penjara Sungai Buloh di atas tuduhan liwat. Ketiga-tiganya adalah pemimpin kesayangan dan harapan rakyat yang berbilang kaum di negara ini.


Di dalam Islam, sebenarnya tiada apa yang dikatakan fenomena "kebetulan", kerana bagi orang yang beriman, semua hal dan keadaan adalah ditetapkan oleh Allah s.w.t.

Berangkat dari penegasan Allah dalam surah Ali Imran ayat 191 yang menegaskan “orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka”.

Ayat tersebut lebih lanjut menegaskan bahawa manusia dengan segala penelitiannya tentang alam semesta ini akan memberikan nilai kesempurnaan bagi Penciptanya, iaitu Allah. Maka, manusia harus mahu meneliti dengan memahami ingatan Allah tentang apa saja, termasuk tentang alam semesta agar memperoleh keyakinan yang sempurna terhadap keagungan dan kesempurnaan Allah dengan segala ciptaannya.

I’tibar yang paling besar adalah, Allah sentiasa memberi petunjuk kepada kita termasuk hal-hal yang kita tempuhi di dalam hidup sehari-hari. Kerana sesungguhnya Allah punya peringatanNya tersendiri yang tidak sia-sia di dalam setiap kejadianNya untuk manusia pelajari ayat-ayat manzurahNya.

Maka adakah orang yang mengetahui bahawa apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu perkara yang benar, sama dengan orang yang buta matahatinya? Sesungguhnya orang-orang yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. (Ar-Ra'd 13:19)



7 ulasan:

  1. Apabila pemimpin itu disayangi oleh allah swt dan segala makhluk ciptaan allah swt. Allah swt akn sentiasa melindunginya dan semua orang akn rasa sedih dengan pemergiannya. I yg tinggal di sabah berasa sedih dengan pemergiannya.

    AL - FATIHAH HANYA INI SHJ SAYA MAMPU LAKUKAN. SEMOGA ROHHYA DICUCURI RAHMAT DARI ALLAH SWT. AMIN.

    BalasPadam
  2. Katakanlah kebenaran walau pahit..sbb kebenaran itu dari Tuhan.

    BalasPadam
  3. Ingatlah wahai teman semua...usah ikuti jejak syiah yg meyorokan kebenaran,,dan disandarkan pd al quran n hadis..insaf n bertaubatlah sebelum terlewat.

    BalasPadam
  4. NIK AZIZ NIK MAT

    N-namamu
    I-inspirasi
    K- kami....

    A-amanatmu akan kami
    Z-zahirkan
    I-insan
    Z-zuhud....

    N-namun
    I-ini tinggal
    K-kenangan....

    M-malam jumaat ...
    A-ALLAH menjemputmu...
    T-tanda pengakhiran yang baik
    (husnul khotimah)

    al-fatihah
    almarhum TGNA 1931>2015


    jkkr jengka

    BalasPadam
  5. Mengambil iktibar dan sentiasa berfikiran positif. Kita harus percaya bahawa setiap yang berlaku di dunia adalah kehendakNya dan dalam keizinanNya.
    Setiap yang berlaku adalah petunjuk dariNya terutama bagi orang Mukmin, kecuali munafikun. Logik akal memang penting dan tak boleh mengatasi takdir Allah swt.
    Sebagai seorang muslimin, kita wajib percaya akan RUKUN IMAN dan mempraktikkan dengan sepenuh hati. Sedikit keraguan akan RUKUN IMAN sudah pasti menjejaskan keimanan di hati kita.

    BalasPadam
  6. Tanpa tuhan semua akan gagal

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.