18 Feb 2015

Isu PasMA: PR Tolak "Permintaan" Iskandar Samad


PR ambil sikap terbuka isu Pasma

KUALA LUMPUR - PR sentiasa mengambil sikap yang terbuka dalam mendengar hujah daripada semua pihak termasuk berkaitan isu Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma).

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali ketika ditemui hari ini berkata, sikap itu bagi mengelak dituduh mendukung mana-mana perjuangan seseorang atau dua individu.

“Pandangan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar A. Samad memohon supaya perkara ini diberikan perhatian.

“Tapi kita di PR sentiasa mengambil sikap yang terbuka. Kita akan mendengar semua pihak yang menerima dasar perjuangan PR.

“Bukan soal kita mendukung perjuangan satu atau dua individu tetapi secara kolektifnya kita menerima prinsip bahawa mana-mana pihak atau organisasi yang mendukung perjuangan PR ,”
katanya ketika ditemui media di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.

Semalam, Iskandar menasihatkan pimpinan PR di Selangor agar tidak terlibat dengan mana-mana program anjuran Pasma memandangkan kerjasama perikatan itu di negeri itu dalam keadaan baik.

Azmin akui memahami maksud kenyataan yang dikeluarkan Iskandar semalam yang menyebut supaya isu Pasma itu diselesaikan oleh Pas secara dalaman.

“Kita perlu dengar dan ‘engage’ dengan mereka supaya kita mengambil sikap yang lebih inklusif bukan sebagai sebuah kelab yang eksklusif dan menolak pihak-pihak yang lain.

“Sementara kita memahami kenyataan tersebut dan juga kita tidak mahu mencampuri urusan dalaman Pas, tetapi sikap yang diambil oleh PR selama ini ialah mendengar, engage dan temu tembung dengan semua pihak yang mendukung dasar PR,”
katanya.

Kenyataan terbaru Pas Selangor itu dilihat selepas nama Pasma kembali hangat diperkatakan dikaitkan dengan gerakan mahu menjatuhkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Presiden Pasma, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi bagaimanapun berkata, sudah lali dengan tuduhan itu, dan menganggapnya sebagai isu yang sengaja diperbesarkan untuk menarik perhatian umum menjelang pemilihan parti yang dijangka pada penghujung tahun ini.

ULASAN GB

Ringkas saja ulasan GB hari ini sebab GB telah ulas dengan panjang lebar semalam di dalam entri bertajuk: Apa Hak PAS Selangor Nak Halang DAP & PKR Terlibat Dengan Aktiviti PaSMA?

Hukum kebenaran dan keadilan pun berjalan. Tahniah YAB MB Selangor yang juga Timbalan presiden PKR yang menolak "arahan" Iskandar Samad tersebut.

Seperti yang GB katakan semalam, tiada sebab untuk PAS Selangor perlu mengeluarkan "arahan" atau "permintaan" supaya PKR & DAP tidak menyertai aktiviti-aktiviti NGO seperti PaSMA kerana bukan saja PAS Selangor malah PAS Pusat sekalipun TIADA KUASA & TIADA HAK untuk berbuat demikian.

Perjuangan kumpulan UG dalam PAS akan tetap gagal. Kita berusaha dan berdoa bersama-sama ke arahnya. InsyaAllah.

12 ulasan:

  1. PAS akan hancur jika membiarkan puak UG berada dlm parti mereka maka istillah 'PAS FOR ALL' bakal tgl kenangan malah melanggar amanat utz fadzil & tok guru

    BalasPadam
  2. elok azming pecat mamat ni dan gantikan dgn org yg neutral. baru jadi exco dah nak arahkan org. kalau jadi pm, mungkin lebih teruk dr roastma...

    BalasPadam
  3. Iskandar ni lupa diri,ketika isu Khalid dulu dia berada dimana?selepas Khalid terkeluar dia berada diman? muka tak malu.kalau sesorang yang sedar diri dia takan terima jawatan exco yang di lantik sebab dirinya telah membuat onar dulu.tetapi ujian dengan pangkat telah melemahkan dia

    BalasPadam
  4. Iskandar ni lupa diri,ketika isu Khalid dulu dia berada dimana?selepas Khalid terkeluar dia berada diman? muka tak malu.kalau sesorang yang sedar diri dia takan terima jawatan exco yang di lantik sebab dirinya telah membuat onar dulu.tetapi ujian dengan pangkat telah melemahkan dia

    BalasPadam
  5. Skrg ni pas pula yg jd mcm umno....klu lh jiran kita nk berkawan dgn jiran yg lg satu kita pula jd penghasut supaya jiran kita jgn berbaik dgn jiran yg lain...ajaran islam ke ni...mana ulama pas....Rasulullah pernah ajarkn kita mcm ni ke...dengar sekiranya baik buat jd pelajaran klu akidah kita kuat knapa perlu takut semua ni...

    BalasPadam
  6. tak nak kata apa kat pj ni,isu pasma masalah dalam pas.jadi selasai lah dalam pas bukan nak mengheret sama pkr dalam isu ni.pkr dan dap bersifat terbuka tapi mai pas bersifat tak boleh wujud sebuah ngo untuk menegur saff tertinggi dalam pas.nampak pejalanan parti pas yg dipimping oleh orang2 mengaku ulama(UG) semakin tempang tak boleh terima teguran.apa yang takut sangat dengan pasma in pun tak tau.bila ada teguran makna kata ada yang ambil peduli dan sayang pada parti,untuk membetul perjalanan yang tempang tu.puak ni sangka bila tak ada ahli2 dan rakyat tegur makna perkara yang mereka buat tu betul.dulu pas 4all sekarang pas for UG!

    BalasPadam
  7. Group yg mengaku ulamak dlm PAS dah takut ke pada rakyat yg mahukan PAS terus istiqamah dlm perjuangan PR. Kata2 TGHH dlm ucapannya telah mendetikkan dlm diri kami bahawa group ulamak ini tidak berpegang lagi pada kesepakatan dlm PR

    BalasPadam
  8. Ni yang tak faham Dalam DAP setakat ni ok lagi Tapi dalam PKR kerana sifat keterbukaan lah macam macam terjadi semasa pemilihan tapi kita boleh terima sebab bagi ahli ahli PKR yang tertentu saja itu lah makna keterbukaan "Berani" Berani kerana benar yang tak guna kepala otak Itu cara PKR

    Yang tak faham bila PAS yang tidak mengamalkan keterbukaan sebaliknya mengamalkan cara wala pula yang menunjukkan cara yang kita tak boleh terima langsung Tak ada yang kereta ahli/pemimpin PKR yang dibakar

    Kalau bagi PKR "Keterbukaan" membawa makna 'berani' apa pula makna "wala" kepada PAS? Adakah makna nya 'bendul'?

    BalasPadam
  9. Masa isu MB Selangor pandai pulak UG ni bersifat keterbukaan Boleh berbincang secara sulit dengan Khalid dan lepas dengan Khalid berbincang (tawar) dengan Azmin pun secara sulit

    Dengan Khalid kira masih 'keterbukaan' lagi sebab nak dengar cerita (kebenaran) dari pihak Khalid tapi dengan Azmin kalau apa yang di faham macam 'menghasut'

    Dah buat macam tu tak malu pulak suruh PKR/DAP jangan terlibat program PASMA Sekurang kurang nya PKR/DAP tak jumpa PASMA secara sulit

    BalasPadam
  10. Gb kadangkala di dunia ini Allah menzahirkan kemenangan pd pihak yg batil. Akhirat nanti
    Gb akan melihat sendiri hasil adu domba gb. Memang hukum kebenaran berjalan tp bkn pada kacamata gb

    BalasPadam
  11. wahai "mark by me Yusof". Kamu bekata:

    Gb kadangkala di dunia ini Allah menzahirkan kemenangan pd pihak yg batil. Akhirat nanti Gb akan melihat sendiri hasil adu domba gb. Memang hukum kebenaran berjalan tp bkn pada kacamata gb

    Memanglah bukan dari kacamata saya. Tapi Allah telah berfirman dalam surah Al-Fath ayat 23:

    “Sunnatullah (peraturan Allah) yang telah berlaku semenjak dahulu lagi; dan Engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bagi cara dan peraturan Allah itu.”

    Dan Allah telah berfirman juga:

    "Sesungguhnya telah datang kepada kamu enyataan-kenyataan dari Tuhan kamu; oleh itu sesiapa melihat (kebenaran itu serta menerimanya) maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa buta (dan enggan menerimanya) maka bahayanya tertimpalah ke atas dirinya sendiri. Dan tiadalah aku berkewajipan menjaga dan mengawasi kamu". (Al-An'aam :104) |

    Pergilah kamu belajar lagi dengan ulamak-ulamak yang kamu kasihi dengan mendalami isi Al-Quran mudah-mudahan kamu beroleh petunjuk.

    BalasPadam
  12. InsyaAllah Gb. Kalau ada ulama yg mursyid, boleh GB rekomenkan. Maklumlah, saya ni ilmu tak banyak. Gb Pelajaran Habis Dah (PHD)

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.