Kota Bharu - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berangkat ke kubur bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka, semalam.
Baginda berbaju putih tiba 6.15 petang dan meluangkan masa hampir kira-kira 15 minit membaca surah yasin dan berdoa.
Turut hadir Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Syukri Mohamad dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim.
Dalam pada itu, anak kepada Allayarham, Nik Omar Nik Abdul Aziz yang mewakili keluarga berkata, baginda mengucapkan salam takziah kepada ibunya, Datin Tuan Sabarian Tuan Ishak dan keluarga keseluruhannya.
Beliau mengucapkan junjung kasih kepada tuanku yang sudi meluangkan masa untuk melawat kubur ayahandanya.
Allahyarham Nik Abdul Aziz, 84, meninggal dunia pada 12 Februari lalu di kediamannya di Pulau Melaka selepas mengidap kanser prostat. -SH
ULASAN GB
Jika Allahyarham TGNA seorang ulamak yang lain dari ulamak PAS yang lain, maka begitulah Sultan Muhammad, sultan Kelantan, seorang sultan yang lain dari sultan-sultan yang lain.
Bukan mendewakan mereka berdua, dan bukan merendah ulamak dan sultan yang lain, kerana mereka berdua bukanlah dewa, dan Islam mengharamkan pendewaan terhadap sesama makhluk. Tetapi mereka berdua adalah contoh "hamba Allah" yang baik dan terpuji.
Untuk renungan:
# "Kita tanam lada, 40 hari dapat hasil, boleh jual. Tanam terung dua tiga bulan dapat hasil. Tapi keuntungan tidak besar kerana itu hanya projek kecil-kecilan. Jika projek yang lebih besar seperti tanam getah, bukan 40 hari tapi memakan masa bertahun. Semakin besar projek tersebut, semakin besar untungnya. Demikianlah juga pahala yang merupakan projek paling besar. Untungnya sangat besar jadi padanlah dengan menunggunya begitu lama iaitu selepas mati baru mendapat hasilnya......" Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
# "Para Nabi tidak diutus untuk mengajar manusia membangunkan bumi ini semata-mata, tetapi apa yang lebih penting ialah bagaimana untuk menyelamatkan diri di akhirat kelak....." Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
# "Walaupun malam gelap dan di bawah meja, semua kerja-kerja sulit akan didedahkan apabila kita berhadapan dengan ALLAH S.W.T di akhirat kelak. Baik manusia hebat manapun, semuanya akan didedahkan rahsianya nanti. Keyakinan seperti ini boleh menyebabkan manusia terbantut untuk buat maksiat...." Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
# "Tapak kaki kita kalau dah keras, pijak paku dan duri pun tidak terasa apa sebab tumitnya sudah keras. Tetapi kalau tapak kaki yang lembut, terpijak duri sikit saja terus sakit dan berdarah. Demikian juga lah hati, kalau ia dah keras tak terasa lagi bersalah kalau buat dosa". Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
# "Bila kita membeli belah di kedai, kita tukarkan duit dengan barang. Oleh yang demikian, kita tidak sayang belanjakan duit kerana nampak barang di depan mata. Nun, sedarkah kita bila kita laburkan duit untuk kebaikan, seperti kita membeli pahala dengan duit kita. Walaupun pahala ini benda yang tidak nampak, tetapi itulah duit kita di akhirat...." Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
# "Hidup ini tumpang menumpang.....di situlah lahirnya syukur kita kepada ALLAH. Pada sepinggan nasi yang kita makan, di situ ada nasi yang diusahakan oleh petani, ada ikan yang dicari oleh nelayam, ada ayam yang dipelihara oleh penternak. Betapa banyaknya pihak yang bekerja untuk untuk memberikan sepinggan nasi kepada kita...alangkah kerdilnya kita di bumi ALLAH SWT.....maka siapalah kita untuk memolak agama ALLAH....?." Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
# "Sains Barat hari ini berlumba-lumba untuk menjalankan kajian benih tumbuh-tumbuhan. Benij-benih dijaga begitu elok untuk menghasilkan tanaman yang bermutu. Jikavnenih tumbuh-tumbuhan pun dijaga demikian rupa, kenapa tidak 'benih tamadun' iaitu manusia? Lantaran itu, didiklah anak-anak dengan jagaan iman dan taqwa kerana dari 'benih' inilah akan lahirnya tamadun ummah in syaa ALLAH." Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
# "Di rumah ALLAH kita jadi imam dan makmum, manakala di luar rumah ALLAH kita disebut pemimpin dan rakyat. Orangnya masih sama. Khutbah dalam masjid menerangkan dasar-dasar ALLAH manakala ucapan di luar masjid adalah untuk melaksanakan dasar-dasar ALLAH...." Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
# "Jika memamdu kita perlukan lesen, menggunakan senjata api perlukan lesen, maka hidup di dunia juga tentulah perlukan lesen. Lesen itu ialah ISLAM. Hidup di dunia dengan menolak ISLAM ialah upama hidup tanpa lesen....." Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
# "Ambil wudhuk tidak perlu guna air banyak, tetapi biar sempurna. Ini kerana basuhan dengan air itu hanyalah simbolik. Yang hendak dibasuh bukanlah najis yang ada di wajah atau anggota kita, tetapi kotoran dosa yang dibawa oleh mata, mulut, telinga, tangan dan kaki.... ." Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
# "Perbezaan yang paling besar di antara manusia dengan makhluk yang lain ialah ilmu. Manusia diberikan kebolehan untuk diajar dan mengajar. Binatang ternakan contohnya, boleh diajar untuk mematuhi perintah tuannya, tetapi tidak boleh mengembangkan ilmu tersebut kepada binatang lain. Berbeza dengan manusia, sedikit ilmu yang diperolehinya mampu dikembangkan dengan lebih meluas....." Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
# "Saya adalah Menteri Besar. Dengan jawatan ini, sayalah orang pertama yang akan dipanggil oleh ALLAH SWT kelak di Padang Mahsyar. Soalannya yang akan ditanya, apa kamu dah buat untuk menegakkan suruhan ALLA S.W.T? Pada masa itu, saya akan menjawab saya sudah keluarkan arahan.Tuan-tuan semualah pula akan ditanya kemudiannya adakah arahan tersebut dilaksanakan." Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
# "Jika kereta rosak, mekanik yang akan membaikinya. Jika tubuh badan bermasalah, doktor yang akan mengubatinya. Jika kehidupan manusia bermasalah, maka Pencipta Manusia itulah yang perlu dirujuk. Pelik sungguh manusia yang mengaku ALLAH SWT sebagai Tuhan tetapi enggan merujuk kepada syariat ALLAH bila berdepan dengan masalah....." Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
# "Nabi merupakan PEMIMPIN kita dan contoh kepimpinan di sepanjang zaman. Atas nilai mencontohi kepimpinan Nabi itu, maka setiap kita adalah pemimpin dan sebagai pemimpin seharusnya kita mampu menzahirkan kepimpinan yang boleh menjadi contoh....." Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
# "Saya tidak memerintah Kelantan, saya mentadbir Kelantan. Bila disebut Kelantan, bukan negerinya tapi rakyatnya. Tumpuan utama pentadbiran ialah qalbu manusia. Kita mesti jaga qalbu manusia, kerana qalbu ini sengaja ALLAH S.W.T ciptakan untuk diisi dengan yang buruk dan baik. Dengan kita jaga qalbu manusia, dengan automatik terjaga habis, ekonomi manusia, sosial manusia, budaya manusoa dan aqidah manusia" Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
# Bila kita beragama, dengan sendiri kita akan merasa bahawa disisi kita ada malaikat yang memerhati, ada ALLAH S.W.T sedang memantau.....Keyakinan ini merupakan satu brek untuk kita terus lakukan dosa....tanpa ada yakin seperti ini manusia akan hilang brek.....kalau hilang brek, ia akan terjun gaung, tapi kalau manusia hilang brek, dia akan terjun Neraka...... ." Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
**************************************
# Semasa Lutfi Othman.. Pengarang Majalah Detik ketika itu ingjn mewawancara.. Tok Guru sign dokumen seakan melayangkan pen sahaja.. Lutfi berseloroh.."Tekan kuat sikit mata pen tu tok guru baru clear.." Sambil tersenyum tok guru membalas,"Ambo guno pen pejabat..Hok rakyat.. Tekan kuat takut membazir.. Kito tok buleh wat mudoh harto rakyat nih".. Dakwat pen pun jd perhitungan untung rugi...itulah Tok Guru Nik Aziz..
# Husam Musa bekas s.u politik tok guru pernah bercerita.. Setiap kali tidur di hotel sama tok guru, tok guru tidur atas lantai dgn alas sejadah dan membiarkan katilnya kosong.. Husam berkata, "Tido atah katil Tok Guru, sejuk tubuh tu.." Tok Guru membalas, "Tido atas katil...tempat sedap..takut jenegho tok bgn tahajud..tido atas lata..tempat tok seleso..mudoh sedar nak buat tahajud".. Begitu sekali beliau merancang ibadatnya..
# "Cuba beritahu saya mana satu yg Nik Aziz punya.. Harta saya malah tubuh saya hak Allah.. Saya pinjam jah.. Jd kita ni jgn sombong sgt dgn brg pinjam.. Kita atas muka bumi jgn bermewah sgt, Nok senang sentiasa.. Belajar hidup susah.. Takut kita dlm kubur terkejut bila mari susah (bergurau).. Jd berlatih susah dulu atas muka bumi ni.. (TG Nik Aziz, Majalah Tamadun)
Allahuakbrrrr..hebatnya almarhum TGNA dalam menjaga amalan seharian.. Diriku?
Malas la aku nak komen Sultan Kelantan ni, aku bukan anak negeri Kelantan punnn.
BalasPadamAllah hu Akbar...Daulat Tuanku !
Alhamdulilah
BalasPadamLain dari yang Lain
BalasPadamSehingga kalau berada di jalanraya kita boleh lihat di kenderaan kenderaan meletak sticker gambar TGNA Kalau di panas terik kita tenguk gambar TGNA mata jadi sejuk walaupun cuaca panas macam sekarang
Bagi mereka yang wala dan begitu menyanjung Hj Hadi sepatutnya mereka meletakkan sticker gambar Haji Hadi di kenderaan kenderaan masing masing
Saya lebih rela letak gambar Ahmad Awang dari Hj Hadi
Lu pehal solemun dari banting cite ahmad awang plak
BalasPadammb dan tmb tak teman ke?
BalasPadamnak letak gambar hstikr haji hadi.. huh boleh muntah hijau
BalasPadam