Saya orang Islam, tidak boleh terlibat penipuan – Mejar Zaidi
Pegawai Kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad menyatakan sebagai seorang penganut agama Islam beliau tidak akan berkompromi dengan pihak yang melakukan perkara yang tidak betul.
Menurutnya, sebagai seorang Islam beliau harus menceritakan perkara yang sebenar.
“Saya tidak boleh menjadi sebahagian dalam penipuan ini dan saya harus menceritakan perkara sebenar kerana saya dijanjikan dakwat tersebut tidak boleh hilang dengan cara yang mudah tetapi sebaliknya mengapa ia (dakwat) hilang dengan mudah,” katanya di sambut tepukan gemuruh penonton yang hadir dalam satu forum di ibu negara, malam tadi.
Zaidi berkata demikian, merujuk kepada tindakan pihak atasannya yang memerintahkannya untuk tidak lagi melakukan penerbangan dan sebaliknya disimpan di dalam kem sahaja.
“Selepas saya buat laporan polis, saya tidak dibenarkan lagi ‘fly’ seolah-olah mereka meletakkan saya di dalam ‘cold storage’. Lebih baik saya duduk di luar dan saya boleh bercakap daripada duduk di dalam tidak boleh buat apa-apa,” katanya lagi.
Bukan itu sahaja, pada forum tersebut Zaidi turut menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap Yang Dipertua Mahkamah, Kolonel Saadon Hasnan yang didakwanya tidak memberikannya ruang untuk membela diri.
Selain itu beliau juga mendakwa terdapat “kuasa besar” yang memerintahkan supaya hukuman tersebut dijatuhkan ke atasnya sehinggakan Yang Dipertua Mahkamah membuat keputusan sedemikian
“Mesti ada ‘something yang powerful’ di atas. Cara dia (Saadon) menegur adalah tidak betul. Sebab itu saya marah, ‘at least’ beri saya peluang untuk bercakap, ” katanya.
Zaidi didapati bersalah kerana membuat laporan polis dan mengadakan sidang media bagi menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU).
Beliau membuat laporan polis selepas dakwat kekal di jarinya hilang sebaik sahaja dibasuh beberapa jam selepas membuang undi pada PRU13 lalu. -FMT
Mejar Zaidi ditawarkan pekerjaan di Pulau Pinang
Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad yang dihukum buang kerja oleh Mahkamah Tentera baru-baru ini mungkin akan diambil bekerja di Pulau Pinang.
Memetik laporan sebuah portal berita hari ini, Timbalan Ketua Menteri I, Mohd Rashid Hasnon dikatakan, sedang mencari peluang pekerjaan bagi membantu bekas pegawai tentera itu.
Menurut Mohd Rashid, buat masa kini, pihaknya masih meninjau kekosongan pekerjaan di kawasan Bertam atau Tikam Batu.
"Dia adalah kawan rapat saya dan ini masanya untuk saya bantu rakan yang memerlukan.
"Kami akan mempertimbangkan untuk menawarkan dia kerja dalam NGO mungkin," katanya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.
Mejar Zaidi dibuang kerja 12 Januari lalu selepas didapati bersalah terhadap dua tuduhan melibatkan isu dakwat kekal semasa PRU13 dan menyiarkan maklumat surat pertukaran kerjanya, dua tahun lalu.
Zaidi mencetuskan kontroversi semasa pilihan raya umum lepas Mei 2013 apabila beliau memberitahu media bahawa dakwat kekal yang digunakan boleh dikeluarkan dengan mudah.
"Akan ada peluang untuk Zaidi di mana beliau secara aktif boleh menyumbang kepada rakyat," kata Rashid, sambil menambah bahawa pada masa ini tiada kekosongan jawatan di pejabatnya. -SH
Adakah orang pas terutama Msu suci mulia berkualiti seperti major zaidi ?
BalasPadamKalau Ada maka kami cina akan sokong pas!
Minta greenboc dan ahli pas lain komen
Hukuman buang kerja amat keras. Turunkan pangkat sudah memadai mengenang jasa beliau kepada negara.
BalasPadam-adakah org UMNO (Ungke Monkey Nation Organization) a.K.a Pertubuhan Bangsa2 Beruk dan Ungke mempunyai akal?
BalasPadamKalo ade boleh pakai teori manusia berasal dari UMNO.
BRAVO Mejar Zaidi, lawan sang pengkhianat zalim pada agama & bangsa ! ABU !
BalasPadamMoga Allah swt melindungi Mejar Zaidi dan rakyat Malaysia yang ingin menegakkan keadilan. Allahuakhbar. Allahuakhbar. Allahuakhbar.
BalasPadamkegagahan pegawai berpangkat kolonel tak ke mana Ketegasan pegawai ketua ketua polis hanya menurut saja Kebijaksanaan hakim di tundukan dengan kedegilan pemimpin politik
BalasPadamSemua kamu seperti mengikut remote control iaituKuasa Besar
Jika rakyat yang membantah selama ini tidak memberi kesedaran kepada mereka kita faham sebab kita dengan mereka dua kelompok yang berbeza iaitu rakyat dan penguasa Kesedaran rakyat datangnya dari pemimpin politik seperti Anwar
Tapi Zaidi ini dari kelompok yang sama dengan kolonel ketua ketua polis hakim hakim tetapi Zaidi mempunyai harga diri sebagai se orang mejar
Ya kolonel kamu boleh menumpaskan musuh dengan batalion kamu
Ya Ketua ketua polis kamu boleh menangkap penjenayah dengan kekuatan pasukan kamu
Ya Tuan Tuan Hakim kamu juga membuat keputusan bermula dari mahkamah sivil mahkamah tinggi mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan
Tetapi Zaidi yang dalam kelompok kamu bertindak sendirian tanpa batalion dan tanpa pasukan Sepatutnya tindakan Zaidi menjadi pencetus untuk kamu semua memperbetulkan keadaan Jangan biarkan kamu semua di control dengan remote sebab Zaidi menyedarkan yang kedudukan kamu sepatutnya bukan seperti sekarang
Sepatutnya dinaikkan pangkat terus kepada Brig Gen kerana orang macam ini boleh bawa kemenangan dalam peperangan
BalasPadamYang benar akan tetap benar....dan salah akan tetap salah...mahkamah dunia bersalah xpe tapi jika mahkamah akhirat bersalah juga bagaimana? Tgk sejauh mana major ni akan melukut...apa kata dapig confirm diaorg bela...sebab?? Sendiri boleh ingat....
BalasPadamSedih tgk lu tulis.. Guna otak ke guna kepala lutut!
PadamYg benar kata benar yg salah kata salah dakwat cepat tanggal bila dibasuh apa cerita takkan nak kata kekal juga??
BalasPadamSetuju dengan Anon 1 54 AM
BalasPadamLebih baik buat surat sokong raja judi
supaya dia kembali ke Malaysia dengan segera
nak jadi pemimpin di mesia ni kena pandai pembohong, penipu, songlap apa ada, pandai joli dan hidup cara barat...
BalasPadamkalau tidak jangan harap dapat sokongan 49% yg bodoh2 tu..
hidup mejar Zaidi....
Tahniah! hanya allah pemberi rezeki
BalasPadamSaya orang UMNO memang penipu selama lamanya - Najib
BalasPadamRezki bukan manusia yang beri tetapi Allah SWT yang tentukan. Manusia yang enggan berkata benar adalah lebih baik mati daripada hidup di atas bumi Allah ini.
BalasPadamMajor Zaidi adalah manusia yang faham akan agama yang dia anuti bukan sekadar seperti sesetengah manusia yang hanya pandai mengaku sebagai seorang Islam tetapi kelakuan mengalahkan Yahudi.