15 Jan 2015

[VIDEO & GAMBAR] Bas Terbalik & Terbakar Di Tapah, 7 Rentung


Sekurang-kurangnya tujuh penumpang sebuah bas rentung manakala 22 yang lain cedera dalam kemalangan di KM326.3 Lebuhraya Utara Selatan PLUS, berhampiran susur keluar Tapah awal pagi ini.

Kejadian kira-kira jam 1.15 pagi tadi berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Kurau, Parit Buntar menuju ke Genting Highlands, Pahang.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Somsak Din Keliaw.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila bas berkenaan terbabas selepas dipercayai melanggar sebuah tayar lori yang berada di tengah-tengah laluan.

Bas berkenaan kemudiannya terbabas ke laluan kiri dan melanggar sebuah kereta yang berhenti di bahu jalan sebelum terbakar.

Pemandu kereta jenis Daihatsu Charade itu dikatakan memberhentikan keretanya untuk mengalihkan tayar berkenaan, namun tidak sempat berbuat demikian.

Berdasarkan maklumat mereka yang terselamat, ketika kemalangan bas itu dipercayai membawa 30 penumpang. -astroawani






3 ulasan:

  1. kita semua bertanggung jawab di jalan raya Bukan saja cara kita memandu dan keadaan kenderaan yang selamat tetapi memastikan barang yang kita bawa di letakkan dengan selamat terutama pemandu lori yang membawa muatan

    Fikîkan lah keselamatan orang dengan menjaga keselamatan kita

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.