Ahli PERKASA dakwa cedera ditumbuk Ketua Pemuda UMNO Lenggong
KUALA LUMPUR: Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Bahagian Lenggong, Saad Abdul Rahman mendakwa cedera di muka dan menerima tiga jahitan, akibat ditumbuk Ketua Pemuda UMNO bahagian sama, Mohamad Iruan Zulkefli, ketika majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir diadakan di Dewan Kampung Kelantan, Lenggong, petang semalam.
Kejadian itu dikatakan berlaku pada jam 2.25 petang Khamis, ketika Saad bersama dua rakannya, termasuk seorang daripadanya pemandu kepada Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, tiba di dewan berkenaan bagi mengiringi Shamsul yang juga Ketua UMNO Bahagian Lenggong, menghadiri majlis yang disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim itu.
Difahamkan, insiden itu tercetus apabila mangsa mendakwa dihampiri seorang lelaki yang dikenalinya sebagai Iruan, yang tiba-tiba menerpa ke arah beliau dan meminta PERKASA jangan menganggu urusan Pemuda UMNO.
Saad bagaimanapun menafikan tuduhan Iruan yang juga Pegawai Khas kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.
Namun, mangsa mendakwa tiba-tiba lehernya telah dicekak dan mukanya ditumbuk lelaki terbabit, manakala beberapa rakannya membantu dengan menolaknya ke dinding.
Dakwa mangsa lagi, kejadian itu turut disaksikan orang ramai serta ahli PERKASA dan UMNO yang berada dalam dewan itu, yang kemudiannya membantu meleraikan pergaduhan.
Saad kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Lenggong untuk mendapatkan rawatan, kerana mengalami luka di bahagian kening kiri dan terpaksa menerima tiga jahitan, sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lenggong.
The Rakyat Post yang menghubungi Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi Idris bagi mendapatkan pengesahan dan penjelasan mengenai kejadian itu berkata, pihaknya akan berjumpa Saad, esok untuk mengetahui punca sebenar kejadian.
“Saya tidak berada di tempat kejadian, tetapi saya dimaklumkan pergaduhan ini berlaku semalam.
“Apapun, kita harap pihak polis membuat siasatan ke atas laporan polis yang telah dibuat ahli PERKASA ini (Saad),” kata Irwan.
Manakala cubaan menghubungi Iruan bagi mendapatkan penjelasan daripada pihaknya menemui jalan buntu, kerana sehingga berita ini diterbitkan, telefon bimbit beliau dimatikan. – The Rakyat Post
Wira PERKASA dakwa digasak Pemuda Umno
Seorang pemimpin sayap Wira PERKASA Perak, Saad Abdul Rahman mendakwa terpaksa merima tiga jahitan di mukanya akibat ditumbuk seorang pemimpin Pemuda Umno negeri itu.
Saad mendakwa dalam kejadian itu, Mohamad Iruan Zulkefli mencekak lehernya dan menumbuknya sehingga beliau cedera di bawah alis mata kirinya.
Dakwanya lagi, Mohamad Iruan turut memberi amaran kepadanya agar tidak mencampuri urusan Pemuda Umno.
Saad mendakwa kejadian itu berlaku di sebuah dewan di Kampung Kelantan, Lenggong semalam.
Dalam laporan polisnya, Saad mendakwa didatangi sepuluh orang lelaki yang diketuai Iruan.
"Lelaki tersebut telah cekak leher saya dan melepaskan tumbukan ke muka saya.
"Kawan-kawannya pula menolak saya ke dinding," laporan itu dipetik.
Isu agihan bantuan banjir
Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi Idris mengesahkan perkara itu.
Beliau kesal kerana insiden itu berlaku ekoran pertikaian dalam pengagihan bantuan banjir.
“Kami masih menyiasat punca kejadian ini tetapi kami kesal kerana perkara seperti ini boleh berlaku.
“Ini adalah jenis pemimpin dalam Pemuda Umno sekarang, tiada sopan santun mahupun otak,” katanya.
Katanya, pertikaian tidak harus diselesaikan dengan kekerasan kerana Malaysia mempunyai undang-undang.
Sementara itu, Iruan memberitahu Malaysiakini bahawa Saad hanya berpura-pura dan “berlakon” seperti cedera teruk.
Beliau menangkis dakwaan bahawa pemimpin PERKASA itu cedera parah.
“Jangan jadi pelakon. Jangan ambil kesempatan dan jangan fitnah,” katanya. – mk,
ULASAN GB
Ketara sangat penyampaian bantuan banjir anjuran UMNO sebagai medan untuk mencari populariti sehingga berlaku pergaduhan. Ertinya tiada keikhlasna untuk membantu di kalangan mereka...
Kalau sesama sendiri pun bergaduh macam mana nak berUG dengan PAS. Tak kan puak UG tak faham.
BalasPadamkenapa satu samseng dan satu lagi wira? Bukan ke dua dua samseng sama samseng
BalasPadamPara cendiakawan dan penganalisa politik cakap jangan politikkan masalah banjir mengulas pandangan Husam yang tidak bersetuju umno bekerjasama dengan PAS dalam isu banjir dan memperbaiki infrastruktor awam Sedangkan ini tanggung jawab semua orang Tumpukan pada rakyat dahulu
Ini petunjuk kepada ustad ustad UG Kalau agihkan bantuan pun sampai berdarah macamana pulak pembahagian kerusi dan jawatan Mahu sekurang kurangnya 20 jahitan pada dahi hitam pak ustad pak ustad
Tak kan kalau UMNO bagi duit pada Harakah sedangkan jawatan tinggi semuanya orang PAS Contoh ya contoh
Nak kutuk kutuk kaw kaw sekarang ni Sebelum kedua dua Ketua Pemuda berjumpa
BalasPadamKalau tak jadi macam kes Timb Menteri kena penumbuk dari ahli umno yang tak berpuas hati pertukaran seorang cik gu
Sudahnya kerana sedikit salah faham dan kedua dua mereka telah bermaaf maafan dan bersetuju melupakan perkara tersebit Bantuan agihan pun di top up lagi
tak usahlah berbaik-baik dengan samseng
BalasPadamHuh? Bukan cina sahaja ader orang jahat seperti kedai urut, Judi, niaga untung besar, Tak paham bahasa melayu, nak Ada sekolah rendah cina, hina agama dan Samseng? Yang gaduh ini dua dua wira negara hebat maka Mesti terhasut oleh dap cina
BalasPadamDua dua Melayu gaduh , dua dua jenis tak ber duit pun.
BalasPadamBaramgan yang di bagi pun baramgan kerajaan.
Bila orang orang miakin tak ber duit , hidup merana papa kedana dan kuat emosi.
Bebudal bahalol saja macam ini.
Lembu Belasah Babi ... kesian hahaha
BalasPadamsedara!.....tak abis abis lagi dgn UG ni?....cerita UG ni dah tutup dah...jgn sambung fitnah tentang UG ni.....sape geng UG tuh?...adakah benar mereka ni nak UG seperti mana yg sedara katakan tu..?...atau sedara hanya ambil dari mana mana blog pastu hebohkan!...entah benar atau tidak kita pun tak tahu....
BalasPadamAnon 12:59
PadamDah anda kata UG dah takde....mana buktinya? Apa alasannya. Cuba cerita bagaimana UG ni boleh timbul? Nak juga kami tahu crrita sebenarnya.
Depa dua org yg bertumbuk tu pasai UG ke?