Kerajaan didedesak potong dana melampau Jabatan Perdana Menteri
KUALA LUMPUR, 18 JAN: Kerajaan perlu memotong ‘dana istimewa’ dalam bidang kuasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berjumlah RM7 bilion dan bukannya mengurangkan perbelanjaan sosial ke atas penstrukturan semula Belanjawan 2015.
Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong berkata, kerajaan juga harus melantik Menteri Kewangan sepenuh masa yang boleh memberikan dedikasi kepada pengurusan dana dan ekonomi negara.
Menurutnya, penurunan harga minyak global yang menyebabkan pemotongan mendadak pendapatan kerajaan juga menunjukkan betapa perbelanjaan harus dikurangkan.
“Persoalannya kini dana manakah yang akan dipotong. Sebagai permulaan, tidak boleh ada pemotongan untuk pendidikan, kesihatan, kebajikan dan perbelanjaan sosial lain.
“Apa yang harus dipotong adalah ‘dana istimewa’ yang bukan sahaja diberikan kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) tapi Kementerian Kewangan, ” kata Chin Tong dalam satu kenyataan, hari ini.
Pengarah Pendidikan Politik DAP itu menegaskan, terdapat tujuh projek di bawah dana pembangunan yang diperuntukkan secara keterlaluan untuk Jabatan Perdana Menteri.
Projek itu adalah Program Kemiskinan bagi Semenanjung/Sabah/Sarawak (RM160 juta), Program Pembangunan (RM1.1 bilion), Projek Mesra Rakyat (RM670 juta), Dana Fasilitasi (RM2.5 bilion), Projek Kecil (RM300 juta) dan Projek Khas (RM1.6 bilion).
“Senarai-senarai ini melibatkan wang pembayar cukai sebanyak RM7.08 bilion, jauh melebihi bayaran BR1M.
“Sebab itu, sebarang pemotongan perlu dimulakan dari ‘dana istimewa’ Perdana Menteri termasuk menguatkuasakan perubahan gaya hidup untuk Najib dan keluarganya.
“Kita juga memerlukan seorang menteri kewangan sepenuh masa yang baru dengan pengetahuan mendalam dalam bidang ekonomi dan mempunyai kuasa cukup untuk membuat keputusan bermaklumat serta berpengetahuan,” tegasnya.
Menteri Kewangan kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sebelum ini menyatakan Najib akan mengumumkan penstrukturan semula Belanjawan 2015 pada 20 Januari ini.
Katanya, penstrukturan semula itu dibuat sebagai usaha untuk menangani kemerosotan nilai ringgit dan penurunan harga minyak. – Roketkini
ULASAN GB
Memang GB bersetuju sangat supaya peruntukan bajet bagi Jabatan Perdana Menteri perlu disemak semula dan dipotong kerana ia keterlaluan apatah lagi seperti dana untuk PERMATA, ia tidak lansung diaudit.
Hampir RM20 bilion diperuntukkan untuk JPM. Ini gila namanya. Sedang peruntukan itu sepatutnya lebih baik diagihkan semula kepada rakyat jelata yang terhimpit dengan kesusahan terutama yang ditimpa musibah banjir baru-baru ini.
Kedua mengenai cadangan supaya Najib melepaskan jawatan Menteri Kewangan ia adalah satyu yang amat mendesak kerana nampaknya penyalahgunaaan dana negara berlaku apabila portfolio menteri kewangan dipegang oleh PM. GB telah mengulas hal ini GB pada 16 Sept 2011 lagi:
Semenjak Tun Dr. Mahathir memegang Kementerian Kewangan selain menjadi Perdana Menteri, trend itu nampaknya berterusan dengan diikuti oleh PM selepasnya, Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Razak.
Masing-masing PM tersebut dilihat hendak menjaga dan memanipulasi pelbagai kepentingan dengan menyandang jawatan Menteri Kewangan.
Malah seingat GB, sebelum Pak Lah berundur sebagai PM beliau telah terlebih dahulu menerima tekanan daripada kumpulan Najib supaya menyerahkan jawatan Menteri Kewangan kepada Najib yang pada ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri.
Mahathirlah yang telah meletakkan "precedent" tersebut.
Sudah sampai masanya ia diubah semula dengan Najib menyerahkan portfolio kewangan kepada orang lain sebelum nanti dibongkar segala kepentingan yang beliau ada di kementerian berkenaan.
rakyat dah serah kuasa kpd wakil rakyat. bila wakil rakyat dapat kuasa rakyat (perintah), berubah jadi maharajah. kuasa rakyat hanya ujud sekali (itu pun tak sampai satu hari) dlm 4 atau 5 tahun, tapi pemerintah berkuasa 24 jam sehari selama 4 atau 5 tahun.
BalasPadamsuatu tindakan yg xcerdik. tujuan kutty buat begitu pm jadi menteri kewangan sbb nak pulun duit petronas bill out sana-sini utk anak kroni demi meraih sokongan, sementalah petronas xpernah diaudit.
BalasPadamtindakan xcerdik ini diteruskan demi kepentingan diri & bukannya negara. pm najib xkurang xlebih hanya sbg badut kpd rosmah.
pinjam kata PM 'INI KERJA HARAM JADAH' Bila rakyat lantik sang penyangak & penyamun ali baba & the 40 penyangak lingkup lah mesia slowly ! ABU ! !
BalasPadamGuna untuk bail out tu OK lah lagi
BalasPadamTapi mangkuk hayun ni guna untuk bini bershopping
Tapi tetap silap dan salah pada kutty sbb kutty ingat bini orang lain macam bini dia !!
dia ingat duit rakyat macam duit laki dia...
BalasPadambangsa pelaq mah badak montek ni..
lingkup negara kerana puak2 yg gila kuasa ini tak insaf2 dng kejahatan melahap harta negara jadi hak sendiri...
sejak Razak curi balak masa buka felda dulu diikuti anak mamak kutty ..disambung pak lah dan menantu, diterus pula oleh najib yg dikontrol bini..
melesia akan hancur selagi puak ini bermaharajalela dlm negara...
Parlimen boleh mengurangkan perbelanjaan tadika hampir 40juta kepada 1 juta saja.
BalasPadamtak ada keperluan pun projek tadika Rosmah ni.
Keperluan negara lagi utama.
Jangan nanti sampai orang menyumpah Rosmah macam rakyat Perancis baling telur pada Marie Antoinette Empress Perancis, sebelum digulingkan dan berakhir dengan kepalanya putus dgn Guilutinne.
Perbelanjaan Malaysia ni lebih mahal kos bunga manggar dan kain langsir berbanding harga rumah itu sendiri.